Alhamdulillah..
InsyaAllah..
Semuanya dengan izin dari Nya..
Tanpa keizinan dari Nya siapalah kita..
13 Ramadhan 12.47 pagi.. Bermakna sudah 12 hari kita berpuasa.. Hari makin hari, pelbagai ujian Allah berikan.. Badan terasa lemah, minda turut mengikuti jejak langkah.. Kesakitan itu adalah satu nikmat.. Jika tiada nikmat sakit maka tiadalah jua nikmat sihat...bukan??
Saat berganti minit..
Minit berganti jam..
Jam berganti hari..
Hari berganti minggu..
Minggu berganti bulan..
Bulan berganti tahun..
Dan begitulah seterusnya..
Dimanakah kita sebenarnya?
Kemanakah kita nanti?
Sudah bersediakah kita bertemu dengan Nya?
Mampukah kita?
Sebuah kapal yang berlepas dari pelabuhan dan akan kembali semula ke pelabuhan.. Setelah sampai ke pelabuhan itulah segala-galanya akan dihitungkan..
Begitulah jua kita akan dihitungkan dari segala amalan-amalan yang dibawa..
Bila ditanya kepada mereka.. Hendakkah kamu menikmati syurga Allah? Tidak kira ditanya kepada sesiapa pon.. Kepada pelajar, pekerja, kanak-kanak, remaja, perdana menteri, menteri besar... Mahupun ditanya kepada mat-mat motor, minah-minah rempit serta penagih dadah yang tangannya masih berjarum sudah tentu jawapannya YA..!!
Wahai hati manusia..! apakah bekalan yang engkau bawa untuk menikmati syurga Allah yang sangat-sangat mahal itu??
Rasulullah saw.. Seorang pemimpin negara yang tiada tandingan & bandingannya.. Selama 23 tahun dapat mengubah dunia menjadi terang bercahaya.. Bermandikan darah.. Nyawa digadai.. Hanya mahu melihat ummatnya tidak menderita.. Dengan itu, Baginda meninggalkan dua harta yang sangat-sangat bernilai.. Tanpa dua harta ini, manusia akan sesat...
AL-QURAN & AS-SUNNAH
Kata abi awat hangpa makan lebih lama dari berjumpa sang Pemberi Rezeki ini?
Sama-samalah ubatkan hati kita dengan memberikan santapan rohani yang secukupnya.. Jasad kita perlukan makanan.. Roh kita juga turut memerlukan makanan..
Adakah anda lupa?
Al-Quran itulah santapan rohani kita..
...nota tangan si kecil...
hari ke 13 Ramadhan..sepatutnya sudah sampai juzuk ke 13..
anda pula bagaimana?
tepuk dada, tanya iman..
13 Ramadhan
0048 am
Follow @Setanggi_Syurga
4 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
assalammualaikum
"emm..suratan atau kebetulan.."
salam ramadhan al mubarak
thanks dgn peringatan semasa bulan puasa...
rasa takut apabila bicara tentang bekalan kita nnti. adakah ianya ckup? bersediakah kita? dan oleh krn persoalan itulah saya cuba mempertingkatkan amalan, wlupun bnyak godaan yg melanda.InsyaAllah. Terima kasih sbb post entry ni.. i like, salam ukhuwah :)
Noor Azleen -> waalaikumsalam..^^
Qie_sya-> afwan..smg terus istiqomah dalam mjalani ibadat puasa..
MiaHani-> ^^..smg 1o malam terakhir kita xsia2 kan begitu sahaja..insyaAllah..ikhlas kan hati..syukran...
Post a Comment