SubhanaAllah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar....!!

InsyaAllah.. Menekan papan kekunci dengan sungguh laju dek kerana banyak lagi 'assignment' sedang menunggu di ruang tamu dan dapur...

Seperti yang di beritahu pada entri yang sebelum ini Penghabisan Stok Akan Tamat T_T, ana ada menyatakan nak berkongsi bersama sahabat-sahabat tentang kuih yang telah siap ana buatkan.

POPIA GUNTING

Bahan-bahan

Kulit popia
Nestum + gula (dikisar halus)
Air
Minyak

Peralatan

Gunting
Kuali
Sarung tangan Plastik (kebersihan)

Dah nama POPIA GUNTING, mestilah gunting antara peralatan yang paling penting..Kalau tak, tak de nye nama seperti tu..he~.. Kalau guna pisau jadi POPIA PISAU la...~hi!

Cara-cara

1. Gulungkan kulit popia dan gam pada hujungnya dengan air agar tidak terbuka.



2. Gunting serong kulit popia yang telah digulung tadi seperti gambar di bawah.



3. Gorengkan



4. Setelah masak, taburkan nestum & gula yang telah dikisar halus.



SIAP...!


Ni la hasil ayaq tangan ceq..hi~

 Kredit gambar utk en. Google..

..::nota ketuk-ketuk Ramadhan::..

Senang ja kan? Kalau beli mahal tau. Tak silap ana 1kg hampir RM30..

~SELAMAT MENCUBA~

by

3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

assalamualaikum ukhti.. ^_^
saya nak kongsi resepi juga boleh?
iaitu popia pisang..

bhn2nya cuma kulit popia,pisang abu atau pisang awak(belah 2),dan sdkt bancuhan tepung jagung + air.

balut pisang dengan kulit popia..(cam kita wat popia),dan lekatkan hujung popia dgn kulitnya dgn sedikit bancuhan tepung jagung. Goreng,dan insyaALLAH siap! =)

wallahua'lam,salam sayang fillah~

~Setanggi Syurga~ said...

waalaikumsalam wbt..
insyaAllah..

wah..senangnya..besok nak try buat la..untuk berbuka..ari tu ada buat puding pisang abu..tapi xjadi...membazir ja...yg ni senang ja kan..insyaAllah..besok nk try..

syukran ukhti...^^ salam ukhwah fillah..

si para para said...

eh senang je nk buat..ingat kan susah.hehe

selamat hari raya..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...