Assalamualaikum sahabat sahabiah... Salam Ramadhan hari ke 20... Apa khabar sahabat sekalian? Apa khabar iman sahabat2? Semoga pada hari ke 20 Ramadhan ini iman kita semakin KEBAL dan TEBAL untuk menempuhi segala cabaran sebelas bulan yang akan datang.. insyaAllah..
Alhamdulillah Ya Rahman kerana pada hari ini jua kita masih lagi menikmati oksigen yang Allah kurnia & masih lagi diberikan secara percuma.. Yela sahabat2, sering kali ana tulis kan di sini bahawa betapa beruntungnya kita sebagai hamba2Nya diberikan segalaNya dengan percuma tanpa diminta sedikit bayaran pun.. Cuba bayangkan tiba2 BIL OKSIGEN yg kita gunakan sepanjang kita hidup dimuka bumi Allah ini sampai di rumah?

Renung-renungkanlah....
Tapi manusia tidak pernah cukup apa yang diberikan...
Semoga kita tidak tergolong dengan golongan-golongan yang tidak bersyukur...insyaAllah..
AWAK JATUH CINTA??
Apabila soalan ini diajukan, mesti ramai yang tersenyum..bukan?
Pernah sahabat-sabahat ana bertanyakan soalan sebegini ini, seperti biasa senyum lebar tak lekang dibibir.. Tapi bukan itu yang ana ingin bicarakan di sini.
"bagaimana kita perlu bersikap, sekiranya kita telah jatuh hati kepada seseorang lelaki yang soleh, tetapi keadaan sekarang tidak memungkinkan kita untuk menikah'"
Jika soalan sebegini ditanya, apakah jawapannya? Ni sebenarnya antara soalan yang ditanya oleh beberapa sahabat ana. Mereka adalah pendakwah di kampusnya. Ketika ditanya mungkin jawapan yang ana berikan hanya sekadar & spontan sahaja. Kiranya jawapan itu tidak mencukupi bagi membantu masalah yang mereka hadapi, namun ana mengambil peluang di alam maya ini menjawab masalah itu.
Bicara Jodoh...
Semestinya akan menjadi banyak kemungkinan & sebab yang melambatkan sampainya jodoh seseorang. Kemungkinan jua kita telah meyakini bahawa kita telah bertemu dengan jodoh kita, tetapi jalan yang menuju pembinaan masjid itu kelihatan agak pudar.
Boleh jadi juga kita sendiri tidak mendapat kebenaran daripada pihak keluarga. Atau berkemungkinan jua di pihak kita sudah menyetujui, namun di pihak yang satu lagi masih belum mempunyai kata putus.
Atau pun juga keluarga kita memang tidak memahami dan tidak mengizinkan kita untuk meneruskan niat murni tersebut ke arah pernikahan. Kemungkinan besar kita sebagai student masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu, after study baru boleh memikirkan tentang hal yang berkaitan alam pernikahan. Kebanyakkan ibu bapa berfikiran sebegitu, namun kata-kata ibu bapa kita itu ada betulnya.
"REDHA ALLAH BERGANTUNG KEPADA REDHA IBU BAPA"
Ingat ayat di atas ni..
Kita sebagai hambaNya perlu yakin dan percaya bahawa jodoh seseorang itu telah sekian lama termaktub di lauh mahfuz lagi. Jadi jangan susah hati. Simpan lah perasaan cinta itu kepada Ilahi serta Rasul dan kepada bakal zauj/zaujah anda..
Menyikap..
Dalam menghadapi kondisi yang agak sukar sebegini, kita perlu sentiasa kembali kepada Allah. Allah pasti mempunyai perancangannya. Kita merancang, Allah pun merancang namun perancangan Allah lagi hebat dari segala-galanya. Jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaikki diri, melobi keluarga dan menggunakan saluran yag benar untuk sampai kepada pernikahan, namun saatnya masih tidak kunjung tiba, maka apa yang perlu dilakukan.?
Kebanyakkan individu akan menyalahkan persekitaran. Menyalahkan ibu bapa yang tidak memahami keadaan masyarakat. Kita sering mengatakan "nak menjaga kesucian diri bukannya mudah." Dan seribu alasan lagi.
Seharusnya kita perlu berbalik kepada perkara yang asas. Yang perlu kita lihat adalah diri kita sendiri. Menyalahkan keadaan adalah sesuatu kesilapan. Hal ini kita seakan-akan menyalahkan takdir Allah atas lambat datangnya jodoh.
Mempertingkatkan..
Pertama sekali yang perlu dilakukan adalah berterusan memperbaiki diri kita. Jangan pernah merasakan bahwa kita telah cukup bersedia untuk menikah selagi belum ada kata putus daripada orang tua. Jangan sesekali menyalahkan keadaan apabila tiada jodoh yang sesuai untuk kita. Jangan pentingkan dengan pencarian jodoh kita siapa, namun pentingkan dengan akhlak & taqwa dalam diri kita. Sama ada semua itu sudah memenuhi kehendak pasangan yang soleh/solehah. Tetapi janganlah sesekali mencari yang soleh/solehah jika diri kita tidak pernah berusaha untuk berubah menjadi soleh/solehah.
Kita sentiasa perlu ingat bahawa jodoh itu perlu dicari bukan dengan cara mendekati sang jodoh tersebut, tetapi dengan mendekati Sang Pemilik Jodoh.
Jika pernah ketika dahulu kita sering kali terbabas dengan kelalaian diri kita sendiri, segeralah bertaubat atas segala debu-debu dosa yang sentiasa menjalar ke segenap penjuru hati kita.
Kesimpulan: Mendekati Allah swt..
Kerana Dia lah yang menentukan segala-galanya. Dialah yang mempermudahkan segala urusan, Dialah jua yang merumitkannya. Setiap yang ditakdirkan Nya pasti tiada yang sia-sia. Maka pastikan setiap yang berlaku kepada diri kita dikembalikan kepada diri Nya. Barulah permasalahan akan selesai. Jodoh itu ada, namun kita bukan pemilikNya. Serahkan segalanya kepada Nya. Kerana Dialah Pemilik Jodoh.
::..nota hujung jari..::
Kepada sahabat-sahabat yang ada pasang niat nak menikah muda, kenalah pandai mencuri hati mak ayah terutamanya sahabat-sahabat perempuan. Maksud ana banyakkan bantu emak kita dirumah terutama bahagian dapur ^^.. ringankan tulang membantu mak, jangan tunggu disuruh baru nak buat. Itu tauladan yang tidak baik. Tunjukkan komitmen kita agar niat yang kita pasang itu dapat membina sebuah masjid yang terang benderang lagi bercahaya.
Teruslah berdoa kepada Nya agar segala-galanya dipermudahkan.
JANGAN MENCARI YANG SOLEH/SOLEHAH
NAMUN,
JADILAH YANG SOLEH/SOLEHAH
p/s : ada kena mengena ngan tajuk kat atas tak entry ni??
\(^___^)/
by~setanggi syurga~

7 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
adoi kak..xde kena mngena pn..hihihi..tajuknya suspen btol..huhu
assalammualaikum
:-)..
Ukhti dh beli novel Dia Yang Kunikahi???
Si Puteri Ali-> ^^..saja ja akak buat tajuk cmtu..kita cam adik beradik kan??
Noor Azlen->waalaikumsalam, belom beli lagi..xreti la nak beli online..ana minta abg ana tgk2 kan JB kalau ada..
assalammualaikum
beli online d mana??ana boleh mbantu enti beli online.sblm ini ana dh bli online novel tautan kasih by Ustazah fatimah.
ana ada tgk kt shoutmix pada blog enti,iqbal ada tinggal link kat situ..
assalamualaikum...
perkongsian yang bermanfaat..sesuai utk semua..sebenarnya ada kaitan ckit...mesti guna ayat mantik nie..he3
Muhammad sukri supi-> waalaikumsalam..insyaAllah..smua ilham Allah yang kurniakan...insyaAllah..sikit2 tu adalah la jugak kaitannya...tp xbanyak la..^^ syukran sudi singgah..
Post a Comment