Assalamualaikum wbt..
Salam mahabbah buat kalian yang dikasihi.. Makin kerap pula ana postkan entri kali ni. Mood berbloging sungguh baik sekali. Walaupun hujan bagai menanti bah, namun jiwa ini masih tidak tergugat. Alhamdulillah.
Teringat ketika mula-mula berada dalam sesi taaruf. Sungguh menggelatar satu badan. Rasa takut sudah semestinya. Maksud ana bertaaruf atau berkenalan yang dijalan dengan bakal IMAM dan orang ketiga atau pun orang tengah menjadi perantaraannya. Perkongsian kali ini bukan terjadi pada sesiapa, tapi pada diri ana sendiri. Bukan satu perkongsian siapakah gerangan mujahid yang digelarkan 'sah' sebagai IMAM ku, namun perkongsian dari segi persiapan ke arah menjadi 'sah' kepada IMAM si mujahid.
"Dambakan imam muda,
didiklah diri menjadi makmum muda. Dambakan putera puteri agama, didiklah diri
menjadi permaisuri agama."
Ramai yang tidak menggunakan jalan taaruf ini sebagai jalan yang terbaik untuk membina mahligai bahagia. Bahkan mereka lebih rela menggunakan jalan yang tidak diredhai Allah. Dan ramai juga tidak tahu akan kewujudan jalan yang terbaik dalam mendirikan masjid.
Tidakkah kalian mengerti bahawa couple itu menjuruskan kepada perbuatan zina?
Firman
Allah:
ولا
تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan
keji, dan suatu jalan yang buruk”
"Ish akak ni. Saya bukan nak buat macam tu, lagipun kami hanya chating saja. Saya ada maruah tau."
"Kami keluar pergi tempat orang ramai. Makan-makan, minum-minum saja. Awak doakanlah saya tak melakukan perkara terkutuk tu."
"Ala.. Aku kenal sapa dia.. Selama aku couple dengan dia, tak pernah pon dia buat lebih-lebih kat aku. Pegang tangan pun kadang-kadang. Tu pun masa nak lintas jalan. Apatah lagi nak buat macam tu. Atau kau jelous kat aku ke?"
Cuba kalian bertanya kepada penzina, adakah mereka dahulu ingin melakukan zina? Sudah tentu jawapannya tidak. Mereka juga turut bermula daripada bercinta, ber'sms', chating, gayut h/p, dating, keluar makan dan sebagainya. Tapi perkara-perkara yang dilakukan itu adalah jalan yang menuju ke arah zina.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak
berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga
adalah syaitan”.
Kalian telah memberi cinta kepada buayafriend/gedikfriend, mereka belum tentu akan jadi suami/isteri kalian, nanti ada lagi kah cinta untuk kalian berikan kepada suami kalian?
Bagi kalian yang sedang bercinta tanpa ikatan yang halal, bertaubatlah. Pintu taubat masih lagi terbentang luas.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sesi taaruf biasanya bermula daripada orang tengah. Suami isteri atau orang yang boleh dipercayai akan menjadi orang tengah kepada bakal mujahid atau mujahidah. Suami isteri ini juga yang akan perkenalkan para hati yang berniat membina baitul muslim ini.
Dimulakan dengan bertanya kepada si Dara adakah masih belum mempunyai calon atau sudah di'cop'? Kata Ustazah jika belum ada yang mahu dirisik khabarnya. Jika dah ada tak mengapalah, akan mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.
Dan jawapannya adalah 'belom' dan positif. InsyaAllah.
Ustazah meneruskan dengan bertanya lagi tentang pandangan mengenai rumah tangga. Jawapan yang diberikan adalah mempunyai pasangan suami isteri yang akan melahirkan ummat Rasulullah saw, yang saling memberi dan mengalah, yang sama-sama meredhai kelemahan dan kelebihan dan yang paling penting pernikahan itu adalah semata-mata kerana Allah & Rasulullah.
Begitulah antara soalan-soalan yang diajukan.
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal."
~Al-Hujaraat:13~
Selama perkenalan itu dimaksudkan untuk tujuan-tujuan
dan cara-cara yang baik, maka perkenalan itu akan mendatangkan keberkahan Allah
SWT. Tetapi yang paling penting yang hendak disampaikan oleh ayat ini adalah
Allah SWT hendak mengingatkan kita agar selalu memiliki semangat taqwa ketika berkenalan dengan orang lain. Beerti, ta’aruf/perkenalan apapun yang
kita lakukan, akan terkait dengan anjuran dan batasan yang dimaksudkan oleh
ayat diatas. Termasuk perkenalan yang kita lakukan untuk tujuan pernikahan/ta’aruf pranikah.
Dan persoalannya bagaimanakah persiapan kita?
Pertengahan
Kalian mungkin sudah membaca buku karangan ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi iaitu Pemilik Cintaku Selepas Allah & rasul serta buku Denyut Kasih Medik. Bagaimana pasangan novelis ini bertemu & berakhir dengan pernikahan. Sudah tentu melalui orang tengah dan bersandarkan kepada Allah swt.
Tidak berhubung dengan kemudahan yang ada seperti telefon padahal masing-masing menyimpan nombor telefon. Apatah lagi mahu berdua-duaan ditaman bunga. Hanya sekadar menghantar email. Itu pun setelah ditapis oleh orang tengah yang menjadi perantaraan. Isi kandungan email hanyalah yang penting-penting sahaja, yang tidak penting amatlah tidak perlu.. Tiada 'hehehe', 'hihihihi', 'huhuhu', 'ahaaks' atau sebagainya. Itu melambangkan 'kegedikan' kalian terutama muslimah solehah.
Namun, dalam pemerhatian ana, walaupun dirinya digelar seorang ustazah yang pakaiannya sudah tentu seperti yang kalian bayangkan telah membahasakan diri 'Sayang dan Abang' sebelum pernikahan malah tidak segan silu memaparkannya di wall facebook. (tidak menyalahkan tentang pakaiannya atau ganti nama diri ustazah)
"H/p hilang, tak dapat kejutkan abang bangun subuh."
Awat? Dia tak dak mak ayah, adik beradik, kawan lelaki yang boleh kejutkan? or jam loceng dah kehabisan kuasa betri?
"Abang, nanti kejutkan sayang tahajjud ya, takut tak terjaga. Baru nak tidor ni."
Bagitau kat facebok, si jejaka tidak memberi respon. Jelas hendak menunjukkan bahawa cintan cintun ala-ala islamic. Kalo kalian baca mesti terdetik dihati 'lahai, baguihnya depa ni'..kan?
Namun perbuatan itu Sungguh menjelikkan bahkan amat menggelikan..!
Rata-rata perkataan tersebut diucap oleh si dara, jarang sekali diluahkan oleh si teruna. Namun tak kurang hebatnya pula si teruna yang gah bagaikan laksama agama menggoda si dara dengan bait-bait ayat yang melemah si dara dengan meletakkan Allah dalam situasi mereka.
"Ana sayangkan enti kerana Allah, moga Allah redha akan hubungan kita yang berlandaskan agama."
Bagaimana Allah hendak meredhai kalian yang terang-terang bermaksiat malah menyandarkan Allah untuk kalian? Tidakkah kalian merasakan seperti menjual agama?
NAUZUBILLAH..!
...nota cinta..
Nantikan sambungannya.. InsyaAllah..
Klik disini : INDAHNYA BERTAARUF (II)
by
0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Post a Comment