Sejak dari semalam teringin nak bela ikan kecik.. Ramai yang panggil ikan 'gappi', ada pula yang panggil ikan 'guppi'.. Petang tadi ditemani ummi. Kami p serang kedai ikan..
Banyak tak? Tak berapa Clear gambar ni.. |
Ha..gambar ni jelas sikit kan? banyakkan? warna-warni... Seekor RM1.. So, kiralah berapa ekor kat dalam tu.. |
Banyak ni je yang ana beli sebenarnya.. 6 ekor harga RM5..Gambar kat atas tadi akuarium kat kedai ikan, sebab tu banyak tak terkira hehe.. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx |
SubhannaAllah, saya sangat terpesona dengan keajaiban ciptaan Allah. Sangat cantik.
Sempat saya perhatian mulut seekor ikan yang comel, terkumat kamit. Dalam hati, saya malu sendiri. Mesti ikan comel tu sentiasa berzikir mengingat penciptaNya. Sedangkan saya, makhluk istimewa yang berakal pun kadang-kadang timbul perasaan malas nak berzikir. Itula yang hati kadang-kadang tak tenteram. Mudah terjatuh dengan nikmat dunia yang sedikit.
Sememanganya, hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan, resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.
Dikala itulah, kita perlukan Allah. Di saat resah mengharungi dugaan, disaat bahagia meniti kehidupan. Hakikatnya, kita perlukan Allah hari-hari.. setiap masa, setiap saat, setiap hembusan nafas kita perlukan Allah. Bila satu saat kita lupakan Dia, ketika itulah hidup kita dirundung gelisah, berkeluh kesah. Fitrah manusia, begitulah. Dan kita manusia istimewa yang dikurniakan akal oleh Allah masih mencari jalan keluar yang lain selain mencari DIa. Pergila kita ke pantai-pantai, pusat rekreasi, meredah hutan belantara.. semuanya untuk melepaskan ‘tension’ kononnya. Kita rasa tenang melihat awan, lautan, hidupan laut, gunung ganang dll. Kita tenang hasil menumpang zikir ‘mereka’. Sedangkan kita lupa nak berzikir. Bukan lupa kot.. tapi malas nak berzikir.
Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.
KAULAH SAYANGKU..
p/s~tak letak ikan tu dalam belanga pon, letak dalam balang gula-gula je..hehe..
by
Follow @Setanggi_Syurga
2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
subhanallah :) ciptaan Allah semuanya yang terbaik..
Eza Boom Boom~ ^_^... cantik kan?
Post a Comment