Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah…
Bersyukur kepada Ilahi kerana pada hari ini Allah masih belum lagi menarik nikmat Islam dan iman yang diberikan kepada kita. Allah memberikan kita oksigen untuk kita bernyawa tanpa meminta sebarang bayaran. Bayangkan, jika oksigen yang kita gunakan untuk meneruskan hidup diminta bayarannya sepertimana bil elektik, bil air mahupun bil telefon. Adakah kalian mampu?
Allah masih lagi memberi nasi untuk kita santap. Allah masih lagi memberi air untuk kita hilangkan kehausan. Syukur ya Allah.
Teeteeeett…teeteeeeett…
“Sis…Alhamdulillah, uitm dah panggil..”
“Kak..saya dapat matrikulasi…”
“Salam kak… Saya dapat tingkatan 6 ja.. InsyaAllah nak ambik ijazah nanti senang..”
Begitulah gembiranya hati adik-adik tatkala dapat melanjutkan pelajaran selepas berhempas pulas mengharungi dugaan sebagai seorang pelajar sekolah dan bertarung dalam peperiksaan.. Kedengaran seperti gembira menjegah sanubari apabila idaman mereka ke menara gading telah terjawab.. Bukti kecemerlangan mereka buat ibu dan abah tercinta..
Tahniah buat kalian…
Kegembiraan di hati ini jua terserlah tatkala mendapat khabar gembira dari adik-adik tersayang. Namun, jauh disudut hati ini sering timbul perasaan gusar serta gundah. Kebimbangan dalam diri tidak dapat lari. Sekian lama dulu, pernah diceritakan pengalaman DISINI, (clik tulisan merah),kali ini pengalaman yang berbeda.
Adik-adik ku sayang. Ketahuilah, bahawa di medan IPT adalah satu medan yang sungguh mencabar. Medan yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Jika tersalah mengatur langkah, akan tersungkur di tengah jalan. Jika tersalah meredah arus, akan hanyut dibawa badai.
Alam IPT yang mana disebut oleh Sheikh Imam Maududi sebagai 'tempat penyembelihan iman-iman para pemuda Islam'. Begitu menyeramkan..!
Kalau entri yang lepas telah diceritakan mengenai sesi orentasi, insyaAllah kali ini akan dikongsikan mengenai pejalar senior pertengahan. Maksud ana, belajar masa semester 4 atau semester 5 bukan semester pertama atau semester akhir.
Ya. Tidak dinafikan bahawa suasana di UUM sungguh aman dan nyaman. Dengan dihiasi kehijauan pohon disepanjang jalan. Tiada pencemaran yang teruk. Dapat menghirup udara yang segar setiap pagi. Dapat mendengar cengkerik. Bagaikan berada di kampung.
Semester 5 pada dua tahun lepas yakni tahun 2010, sudah diibaratkan seorang kakak. Mendapat rujukan daripada adik-adik junior. Dipanggil ‘kakak’ tatkala berjumpa. Pelbagai cabaran yang telah diredahi. Bermacam ragam manusia telah dilihat karenahnya. Yang dahulunya tidak pernah melihat ‘couple’ berpegangan tangan, sekarang sedia terhidang didepan mata. Dahulunya kenal mereka disekolah dengan bertudung litup, sekarang masih lagi bertudung namun seolah-olah tudung itu hanyalah syarat untuk ke kuliah dan bukan kewajipan sebagai seorang Islam. Bila dah habis kelas, tudung yang diibaratkan mahkota keperibadian wanita telah terbang hilang entah ke mana. MasyaAllah.!
Namun, keperibadian ku seorang muslimah haruslah memberi contoh kepada adik-adik yang baru mengenal erti ‘kuliah, study week’ dan sebagainya.
Ana berkawan tidak kira golongan mahupun agama serta bangsa. Tak kira yang bertudung kecil, bertudung labuh mahupun tak bertudung. Kenapa kita perlu boikot mereka sedangkan mereka juga hamba-Nya. Kenapa kita perlu menjauhkan diri kita dari mereka sedangkan mereka memerlukan kita untuk saling nasihat dan menasihati. Kalau tidak kita yang mula, siapa lagi? Nak tunggu mereka-mereka yang dahulunya lulusan sekolah agama? Habis kita yang tak bersekolah agama bagaimana? Tak bolehkah sama-sama menasihati perkara yang menjurus kearah kebaikan?
"Sesiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka dia mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya."
~HR Muslim~

Teringat semasa mula menjinakkan diri dengan bulatan gembira, diri ini yang masih jahil bertanya kepada murabbiah tercinta.
“Kak, orang yang bersekolah di sekolah agama sahaja kah yang layak menikmati syurga Allah? Bagaimana pula dengan ana yang langsung tidak pernah menjejakkan kaki di sekolah agama?”
Murabbiah tersenyum.
Bait-bait hadith riwayat al-Bukhari diperdengarkan.
"Jika sesorang hamba itu mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya berlari-lari."
Maka, tidak kira siapa kita asalkan apa yang diperintahkan dalam al-Quran & Hadith kita turuti. Semoga hidup ini tidak akan sesat dengan bersuluhkan dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw iaitu al-Quran & Sunnah.
Begitulah jua dengan kita. Dijadikan Allah swt menjadi seorang manusia. Dibesarkan dalam rahim ibu dan dilahirkan suci seputih kain bersih. Maka, terserah kepada ibu ayah untuk mencorakkan anak-anak mereka. Nikmati syurga yang penuh dengan kesempurnaan. Tiada gambaran yang boleh ditonjolkan dalam dunia realiti. Namun, Syurga Allah boleh dinikmati oleh semua manusia yang Dia kehendaki.
"Ala, kat sekolah baru pakai yang labuh-labuh, kat rumah buat apa nak pakai macam ni."
"Pakai tudung labuh syarat nak masuk sekolah agama saja, kat rumah seperti biasa la."
"Aku dah bosan la pakai macam kau, dulu asyik pakai jubah saja. Masuk U baru aku kenal seluar 'jin' ni. Bebas..!"
Pernah atau tidak kalian mendengar perkataan di atas ni? Atau kalian sendiri yang menyebutnya?
Walaubagaimana pun, ada riak yang positif.
"Errmm.. Aku rindu la nak pakai macam kau.."
"Kalau kau nak tahu, dulu aku pakai macam kau lah.." (sambil tunduk malu)
"Ni gambar aku masa kat maahad dulu.. Teringin sekali nak pakai macam ni.."
Ya adik-adik ku sayang. Memang kejutan budaya akan terkena pada diri adik-adik apabila menjejakkan kaki ke menara gading. Walaupun terpias sedikit turut mengena sedangkan diri berusaha mengelak. Namun adik-adik, ORANG YANG BERIMAN SEHARUSNYA BIJAK. Zikir sebelum fikir dan zikir semasa fikir.
Jangan engkau gundah tatkala mengenakan pakaian yang menutup aurat. Jangan engkau gelisah menutup hak empunya maruah.
Kalian tidak seharusnya malu mengenakan pakaian yang tertutup sana, tertutup sini. Malah kalian seharusnya bangga dengan diri kerana kalian dapat menghindari mata-mata buayafriends dari melihat kalian. TERTUTUP ITU INDAH LAGI MAHAL..
Sebagai senior semester ke 5 pada ketika itu diibaratkan contoh kepada adik-adik junior. Malah pada semester tersebut diri ini baru mengenakan kain kecil dimuka (niqab). Percayalah, jika adik-adik mengenakan pakaian yang terdedah sana sini memang flying kiss akan dihadiahkan. Malah mata buayafriends akan melihat adik-adik sehingga hilang dari padangan. Silap-silap mata mereka dapat scan apa yang dilihat. Dan akan berlanjutanlah hingga ke alam chating facebook mahunpun YM.
Berbeza jika adik-adik menutup segala yang menimbulkan fitnah. Sembunyikan ia sedalam-dalam dengan serapi-rapi yang mungkin. Simpan ia didalam peti besi berkunci yang berantai. Dan campaklah kuncinya ke dalam lautan. Mujahid yang sanggup menyelami lautan hingga ke dasar paling dalam dan berjaya mencari kunci peti besi sahaja yang menang.
Ibarat begitulah MAHAL nya diri kita yang bergelar muslimah.
Di Universiti, pelbagai warna warni yang adik-adik akan temui. Pernah pensyarah memberitahu di universiti lah masanya untuk mencari boyfriend. Maaf ya puan pensyarah, tujuannya kami ke universiti adalah menimba ilmu yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami. Bukan untuk meng'ushar' buayafriends.
Ada hati nak menangih cinta dari makhluk yang diciptakan Nya, cinta kepada si Pencipta jauh sekali.
Adik-adik ku sayang, setiap perkara yang ingin dilakukan hendak berniat kerana Allah swt.
"Sesungguhnya Allah swt itu tidak melihat tubuh mu, tidak juga melihat rupa mu, tetapi Dia melihat kepada hati mu sekalian."
~HR Muslim~
Serlahkan keperibadian mu duhai adik-adik ku. Jangan engkau takut hendak berjinak dengan bulatan gembira, jangan engkau gentar menyarungkan pakaian yang menyelimuti tubuh mu, jangan engkau akur atas perkara yang dilarang Allah, jangan engkau tunduk dengan bisikan syaitan nirrojim.
Serlahkan keperibadian mu hanya kepada Sang Pencipta. Moga keperibadian mu itu menjadi contoh kepada bakal-bakal pemegang ijazah dunia kelak.
...nota jari manis...
Suka ana untuk berkongsi hadith riwayat al-Tirmizi.
"Peliharalah Allah, pasti Allah akan memeliharamu."
Jagalah Allah, maka Allah akan menjaga mu. Tolonglah agama Allah, pastinya Allah akan menolong mu.
by

3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
betul tu..kena pandai jga diri..kita ada hak utk berkawan.maka, pilihlah yang boleh membimbing.. ^_^
p/s: kita bebas memilih.. ^_^
Assalam , yang saudari follow saya ni blog kedua saya...
jika saudari mahu ke blog utama di sini http://farizreza.com
terima kasih kerana sudi menjenguk blog kedua saya (^_^)
Ckin Kembaq~^_^ moga sahabat yang dipilih adalah sahabat yang menjurus kpd jalan Allah..
p/s~nak tau kita cenggana org nya kena lah tgk siapa pula sahabatnya..
thanks comel sudi singgah..cyg kamu!
Post a Comment