Assalamualikum wbt..
Salam tautan hati buat sahabat-sahabat alam maya yang dikasihi. Semoga ukhwah di alam maya ini kian teguh semata-mata mencari redha Ilahi. InsyaAllah. Sambungan dari entri yang lepas Indahnya Bertaaruf (I)..

Sambungan Pertengahan.

Seringkali, kita menemukan orang yang begitu mudahnya bertemu dengan pasangan mereka. Mereka melalui sebuah proses perkenalan yang bisa dibilang sangat singkat, tetapi pernikahan mereka penuh cinta, keberkatan, kasih sayang, dianugerahkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Namun, ada juga yang kita lihat orang yang begitu sulit menemukan pasangannya, kemudian melakukan proses “perkenalan” yang sarat dengan perkara-perkara yang mendekati zina. Setelah menikah pun, ternyata pernikahan mereka tidaklah bertahan lama. Walaupun bertahan, masing-masing anggota keluarganya merasa kering, tidak ada kasih sayang, tidak ada cinta, tidak ada tujuan-tujuan yang besar yang ingin dibangun dari sebuah keluarga muslim. Apa yang menjadi perbezaan situai pertama dan situasi kedua? 

Permasalahan yang dihadapi dalam situasi pertama dan sitausi kedua adalah sama. Akan tetapi, peribadi yang ada dalam situasi pertama dapat menyelesaikan setiap persoalan dengan begitu baik sekali. Malah ia dilandai oleh ketaqwaan ketika memulakan sesi taaruf.

Sedangkan pada situasi kedua, ketika muncul masalah kecenderungan untuk menyalahkan pasangan begitu besar, karana selama ini segala bentuk perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan semasa perkenalan hanyalah sekadar “cintanya” diterima bukan berlandaskan syariat.

Permulaan perkenalan yang pada awalnya bertujuan agar dapat mengenali character sang calon, berubah menjadi “sharing” "loving" romantis. Betapa banyak mereka-mereka yang pada awalnya memiliki niat untuk perkenalan yang baik, tetapi kurang memiliki ilmu akan hal itu akhirnya jatuh kepada perkara yang bertentangan dengan agama. Dan, jadi sang buayafriend serta sang gedikfriend.

Teringat akan kata Murabbiah. "Jika hendak mencari yang soleh, enti kena mensolehahkan diri terlebih dahulu. InsyaAllah, akan akan menemukan kita dengan pasangan yang mungkin tidak disangka-sangka kehebatan dalam agamanya." Ya murabbiah ku, memang ana tidak menafikan itu...! (senyum)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

ok..! Di pertengahan menjalankan taaruf. Jika kedua-dua belah pihak sudah bersetuju yakni saling ingin bertaaruf, maka teruskanlah dan jangan lupa pula akan ISTIKHARAH. Minta Allah berikan petunjuk. Sesungguhnya petunjuk yang diberikan Allah tidak akan sesekali timbul perasaan kesal kerana jawapan Allah itu adalah jawapan yang benar. Allah swt lebih mengetahui akan segala hal yang baik mahupun tentang hamba-hambaNya.

Cuma, kalian perlulah berusaha. Ya, berusaha dengan men'kacak' kan dan men'jelita'kan diri dengan segala ilmu agama kerana nanti akan menjadi maharaja dan bidadari mahligai yang bersinar-sinar cahaya.

Persiapkan diri kalian dengan menebalkan ilmu di dada. Baca sebanyak mungkin buku-buku agama. Hadirkan diri dalam ilmu agama. Sentiasalah bersama sahabat-sabahat yang saling ingat mengingati ketika kita tersilap langkah. Sandarkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui.

Jujur ana katakan bahawa apabila berada dalam sesi taaruf, hati terasa sangat tenang, sungguh amat tenang sekali. Kerana apa? Kerana Allah berikan apa yang kita minta setiap kali kita sujud kepada-Nya. Sungguh perasaan yang tenang dalam hati ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semuanya rasa terjaga. Seakan-akan terasa detik amalan kita dicatit. Seolah-olah Allah teramat dekat dengan kita. Setiap malam berlalu dengan ditemani rasa ketenangan yang berpanjangan. Sampaikan ummi ana bertanya akan perubahan diri.

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
dalam Islam ada taaruf dalam tempoh,

Risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itu mendedahkan keserasian,
 Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf memalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.

~Tautan Hati: Fatimah Syarha~

Sahabat-sahabat, sandarkanlah kepada Allah semata-mata. InsyaAllah, Allah ada untuk menolong kita membuat pilihan. Jika taaruf kali ini hanya sekadar dipertengahan jalan, la tahzan kerana Allah tahu yang terbaik buat kita. Bersangka baiklah kepada Allah. Mungkin Allah hendak memberikan kita pasangan yang lagi hebat, atau pun Allah memberi peluang kepada kita untuk terus bermunajat dan memperbaiki diri. 


Pengakhiran


InsyaAllah, jalan yang ditempuhi semata-mata mencari redha Ilahi akan dipermudahkan. Jangan lupa khabarkan kepada ibu abah tentang perkara yang baik ini. Sesungguhnya, redha Allah itu terletak pada redha ibu abah. Apa tunggu lagi ya akhwat & ikhwah? Berbincanglah dengan keluarga pula. Yakinkan mereka, tak lupa juga teruskan berdoa, berdoa & berdoa. Kerana Allah sentiasa menunggu hamba-hamba-Nya yang tidak jemu berdoa. Rintihan kalian di tikar sejadah sangat dirindui Allah swt.


Kepada mereka yang lalui salam taaruf ini mesti akan terasa 'kemanisannya'. Sama ada taaruf itu berjaya hingga pernikahan mahu pun hanya sekerat jalan, turut merasainya di hati akan 'manisnya' tadi.. InsyaAllah.. Apa yang penting adalah PERSIAPKAN DIRI DARI SEKARANG..!




..nota-nota kemanisan iman..


 Moga Mujahid/Mujahidah yang kalian dambakan akan muncul dengan lafaz yang suci..


by

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Unknown said...

taaruf selepas kahwen lagi manis :)

~Setanggi Syurga~ said...

Eza~ya betol..namun taaruf yang ana maksudkan dalam cerita ni berlandaskan syariat dan ada org tengah seperti mana buku karangan fatimah syarha Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul & buku karangan Dr farhan hadi Denyut Kasih Medik.. Taaaruf perkara yang penting sahaja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...