Assalamualaikum wbt.

Salam Mahabbah buat kalian yang tidak jemu menjengah teratak maya ini. Syukran.

Sekian lama memasang niat untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat berkenaan alam baru (walaupun dah lama) yang sedang ana tempuhi sebelum mahupun selepas. Sememangnya teratak bisu ini tidak pernah diam. Ada saja cerita yang ingin dikongsikan. Namun, tajuk entri kali ini sebenarnya telah lama di taip. Cuma perlu di 'touch up' sikit dan perlu mendapat kelulusan dari en 'imegresen' terlebih dahulu. Kadang-kadang terlupa yang diri ini bukan lagi kepunyaan wali walaupun 100%. 


PERKONGSIAN PENGALAMAN

".Dan kahwinkanlah orang-orang bujang(di antara lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (Rahmat Nya dan limpahan kurniaan Nya) lagi Maha Mengetahui.." 

[Surah An-Nur Ayat ke 32]

Sesungguhnya, pernikahan adalah satu agenda besar dalam hidup kita. Apabila kita telah membuat keputusan untuk bernikah dengan jawapan istikharah, ianya bukan sahaja melibatkan dua jasad dan dua hati bahkan di antara dua keluarga yang akan bergabung menjadi satu keluarga besar.

Selangkah demi selangkah ana mengatur gerak di alam ini dibimbing oleh suami yang sememangnya keadaan berkahwin dengan suami yang berasal luar dari tempat kelahiran ana malah suami pula sambung belajar dan bergelar mahasiswa. Tempat kediaman sekarang masih baru buat kami. Ana sendiri masih lagi tersilap lorong keluar masuk jalan ke rumah. Tidak dapat mengenali jalan yang dilalui walaupun dah kerap kali lalu. Tidak cam jalan masuk rumah sendiri. Suami hanya ketawa dan menggelengkan kepala. Jawabnya, jika ana memandu seorang diri memang sesat.

Sebelum bergelar isteri, ana lebih gemar menghabiskan masa dengan buku. Buku sentiasa ada di tangan jika ada masa terluang mahu pun semasa bekerja. Ana juga sering menelaah beberapa penulisan sahabat-sahabat yang banyak berkongsi pengalaman di alam maya ini. Ianya memberi suntikan semangat seakan-akan memanggil ana untuk turut sama berkongsi.

Antara penulisan yang ana ikuti adalah seperti penulisan Ust. HasrizalUstazah Fatimah Syarha, Akhi 'Ali Irfan& Ukhti Maryam. Dan antara buku-buku yang sering menjadi teman ana dalam membuat persiapan diri seperti 'Dijalan Dakwah Aku Menikah' penulisnya Cahyadi Takariawan, 'Apabila Hati Rindu Menikah' penulisnya Mas Udik, 'Fiqah Anak Soleh' penulisnya Musthofa Al Adawi, 'Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul' penulisnya Fatimah Syarha dan banyak lagi. Buku-buku ini menjadi barang hantaran perkahwinan ana untuk suami.


SEBUAH PERTEMUAN

Bagaimana ianya bermula menjadi sebuah pernikahan? Tentu sekali bermulanya dengan sebuah pertemuan. Dan bagaimana ana berjumpa dengan calon suami? Ini adalah antara soalan popular yang memerlukan ana menjawabnya selepas ana mengumumkan tarikh walimah. Soalan yang begitu hebat turut menimpa suami ana ketika itu.

Awal perkenalan kami dengan percaturan Allah yang Maha Hebat dengan tertulisnya ujian yang menimpa keluarga ana pada 10 September lalu. Boleh lihat entri MUSIBAH. Rumah kakak ana terbakar pada ketika itu dan ana update entri Musibah itu di blog ini. Dengan naluri hati yang jujur dan ikhlas ingin membantu kami satu keluarga, beliau (zauj) meninggalkan komentar ingin memberi bantuan kepada kami. Namun bagaimana caranya? Memandangkan niatnya yang baik, ana terfikir dengan cara berhubung dengan email sahaja yang dapat mengelakkan diri daripada terus berurusan yang tidak sepatutnya. Email kami dipantau oleh ummi ana.

 Bakal zauji (ketika itu) terus menelefon ummi dan abi setelah ana memberikan nombor telefon mereka. Itu pun kerana hajatnya ingin menolong kami. Pada asalnya niat hanya ingin memberi pertolongan telah menjadi adegan sunting menyunting bunga ditaman. Keberanian & hajatnya yang betul-betul menggegarkan hati ummi wa abi dengan tanpa pengetahuan ana dia menyatakan hasratnya kepada wali terlebih dahulu. Caranya itu menyebabkan diri ini terasa tersangatlah mahal dari segala mutiara dan emas yang bertebaran di bumi. Allahu Akhbar.

Kami tidak berhubung melalui handphone kecuali melaui email setelah diberi keizinan wali untuk berbincang hal yang penting.

Jawapan ana hanyalah istikharah tanpa kenal siapa gerangan tuan badan dan hanya menatap sekeping gambar.

Sering ditanya, bagaimana kita nak yakini yang 'dia' itu jodoh kita? Setiap orang mendapat petunjuk yang berbeza-beza. Antara petunjuk kuat yang ana perolehi adalah bakal zauj (ketika masih proses taaruf) telah menghantar email kepada ana mengenai satu set lengkap skema jawapan hukum bacaan tajwid. Dalam masa yang sama ana sememangnya mencari atau pun mengharap sesiapa yang sudi berkongsi mengenainya kerana pada masa itu ana ditawarkan menyambung pelajaran di Institut Al-Quran. Tiada siapa yang tahu perihal ana sambung belajar kecuali keluarga ana. 


RUJUKAN ORANG LAMA

Sebelum tibanya tarikh untuk berkenalan, ana banyak bertanya kepada saudara mara yang terlebih dahulu makan garam dari ana. Rujukan daripada ummi ana sendiri, daripada kakak-kakak dan rakan-rakan kenalan yang rapat dengan ana. Salah satunya Kak Fatimah Syarha.

Ada yang menyatakan situasi perkenalan kami seakan-akan dengan Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi.

Ada persamaan juga sedikit. Yang lainnya, ana terpaksa ber'sms' juga seminggu sebelum majlis nikah. Nak bukak email susah, handphone ana bukannya canggih sangat nak online 24 jam. Hanya berbincang perihal homestay, jamuan, jam berapa, dimana tempatnya. Namun orang tengahnya adalah kakak & abang ipar ana. Mereka yang menyusun aturkan keadaan apabila melihat ana tidak selesa. Bagi ana jika sudah terbiasa sebelum nikah, kemanisan itu akan hilang, madunya akan tumpah dek darah manis yang tidak terkawal walaupun tarikh nikah hanya 5 hari lagi. Makin dekat hari itu makin ana jaga agar 'kemanisan' itu tidak hilang.
 


PERCATURAN YANG TIDAK DISANGKA

Tarikh untuk datang ziarah ke Terengganu (rumah ana) adalah awal Febuary. Dan kami satu keluarga menunggu kunjungan orang jauh sejak malam hari. Ummi yang paling sibuk menyiapkan itu ini.

Mungkin Allah swt ingin uji kami. Ditakdirkan pihak lelaki tidak jadi datang kerana masalah tertentu. Yang sedihnya adalah ummi. Tuan empunya badan tidak merasa apa-apa, cuma berserah dan husnudzon. Masih terngiang kata-kata abi, "Allah dah aturkan yang lebih baik.. InsyaAllah.."


ZIARAH & SILATURAHIM

Tertunai juga hajat kedua belah pihak pada 15 Febuary. Majlis makan malam berlangsung sederhana. Dan bermulalah adegan yang lucu. Bakal suami (ketika itu) tersalah membaca doa buka puasa. 

Ana dalam bilik menunggu dengan debaran yang teramat. 
Ketika itulah kami berdua baru nak bersua muka dan bertentang mata. Masing-masing bagaikan nak mencium lantai, ana pula rasa macam nak tutup muka dengan tudung. Terasa lain benar tidak berniqab berhadapan dengan orang yang asing bagi ana. 

Kami tidak bertunang. Majlis tunang tiada dalam senarai sebenarnya. Email bakal zauj (ketika itu) hadir menyatakan jika boleh buat majlis tunang, nikah & walimah pada hari yang sama. Ana bertemu ummi dan ingin berbincang hal itu namun Allah telah mengetuk hati ummi terlebih awal kerana ummi pula yang menyatakan hasratnya jika boleh langsunglah sehari sahaja. Jimat masa, duit dan tenaga. Alhamdulillah ya Allah. Urusan kami sentiasa dipermudahkan.


PERKAHWINAN

29 Mac. Itulah tarikh keramat kami. Tarikh yang ditunggu-tunggu. Majlis yang sederhana, tiada juru make up, tiada camera man, tiada menepung tawar, tiada silat gayong, tiada berbalas pantun, tiada makan bersuap. Kami satu keluarga bersepakat mengutamakan perkara yang lebih penting. Hajat ummi untuk buat majlis bacaan Yassin pada waktu petang berjalan dengan lancar.




Terimbau kembali  perbualan ana dengan zauj semasa 1st date kami.

"Enta tau tak ana bertolak jam berapa ke masjid pada hari nikah?"

"Jam berapa?" tanya zauj.

"Jam 8.30 am.."

"Jadi?" Tanya suami lagi.

"Kalau enta nak tau, ana bersiap jam 8.20 am. Hanya mengambil masa 10 minit untuk jadi pengantin yang anggun." terang ana sambil senyum lebar.

"Ha..hmmmm.."

Yup...10 minit untuk sarung jubah, tudung labuh, niqab, sarung kaki , sarung lengan, sapu bedak debu & veil. 


KEHIDUPAN BARU

Setelah menelaah teori alam perkahwinan, ternyata kami memang di alam realiti. "Eh, kita dah kahwin ya?" Seakan-akan tidak percaya. Pernah zauj bertanya kepada ana, "Ummi abi enti tak marah ke ana bawa anak diorang keluar ni?" he~Padahal ketika itu dah cinta halal. :)

"Macam mana, susah tak bila dah kahwin?

Jawapan ana, bergantung pada diri masing-masing. Jika berada dalam situasi yang tidak bersedia mungkin agak sukar untuk menyesuaikan diri, apatah lagi jika langsung tidak bersedia. Jadi, persediaan untuk menjadi orang baru dalam keluarga baru dan perlu memikirkan hal orang yang kedua selepas Allah dan Rasul haruslah teliti. Bukan main redah.

Cabaran? Tentu sekali ada. Membina satu keluarga selepas berkahwin bermula dari zero. 'Zero' maksud ana dari segi rumah, kelengkapan rumah, isi rumah, setting itu ini. Dan pembikinan empayar rumah tangga ini kami bersepakat membinanya sedikit demi sedikit. Pada saat awal pembinaan rumah tanggalah kita baru mengenali siapa pasangan kita yang sebenarnya, kehendak yang berlainan, sikap yang pelbagai. 

Namun dengan akhlak yang diajar oleh Rasulullah saw, sentiasa berlapang dada, sentiasa memaafkan dan menerima keadaan pasangan dengan seadanya menjadikan hari-hari yang kita lalui sangat indah. Pernah adik ana bertanya, "Korang tak pernah bergaduh ke? Harmoni je........" Bergaduh tu lumrah alam rumah tangga, cuma masing-masing ada cara yang tersendiri untuk menyelesaikannya. Bergaduh bukan seperti pinggan mangkuk mesti keluar tingkap. Itu serius namanya. Jika itu terjadi, mana perginya tujuan asal pembinaan mahligai cinta yang di impikan? Mana pergi perkara asas dalam rumah tangga?

Wujudkan solat berjemaah bersama  pasangan setiap hari. Jangan lupa tilawah al-Quran setiap hari. Suami tilawah isteri tolong semak bacaan, giliran isteri tilawah pula suami yang tolong semakkan. Selepas itu suami beri sedikit tazkirah. Alhamdulillah, itulah yang kami amalkan setiap hari. Kongsikan dengan suami bahan bacaan yang berilmiah dan dapatkan respon suami. Suami yang baik adalah suami yang menjadi pendengar yang setia. Ha, itulah maksud perkara asas yang ana maksudkan tadi. 

Suami bekerja? Waktu subuh, magrib & Isyak boleh berjemaah bersama-sama. InsyaAllah.

Allhamdulillah, Allah anugerahkan ana emak mentua yang sangat baik. Sentiasa mendahulukan menantunya. :) Seringkali hati ana terdetik 'nanti nak jadi mak mentua sebaik mama lah'. Dan adik-adik ipar yang sangat soleh. Allah, sungguh sejuk mata ana memandang ketika kali pertama menjejakkan kaki ke kampung halaman zauj.

Mama menitik beratkan solat berjemaah. Jika tidak sempat ke masjid pasti akan berjemaah dirumah. Setiap waktu! Tumpah pula pada zauj ana. Nampak keberkatan satu keluarga. Moga ianya juga turut tumpah kepada bakal zuriat kami.


HIDUP UNTUK MEMBERI

Bila sudah berkahwin tidak sama ketika hidup berseorangan. Bangun tidur fikir hal zauj. Makan, pakai, barang kerja. Apatah lagi zauji sambung study. Lagi banyak keperluan yang perlu dibekalkan. Kekadang ana membantunya mengumpul sebarang nota untuk tugasan pelajarannya, tolong menyemak tugasan, membantu memberi idea. Adakalanya memberi KOMEN jika silap menjawab soalan exam.! haha! Oh, tolong baca nota untuk exam pun ada. Lagi syok. Waktu exam ana setia menunggunya diluar dewan. :)

Letihkan menjadi isteri? Tentu sekali tidak, kerana tugas dan khidmat yang kita curahkan untuk cinta yang halal meraih pahala yang berpanjangan. Bahkan seronok dapat meringankan tugas zauj.


ISTERI KE DUA

Sebelum bernikah, ana sudah tersedia maklum yang ana akan menjadi isteri kedua. Berkongsi seorang lelaki dengan isteri pertama  yang telah sekian lama dinikahkan sebelum zauj mengenali ana lagi. 

Apabila dikatakan berkongsi, perlulah memahami keadaan. Kemungkinan zauj tidak  akan bersama dengan kita, bahkan mungkin akan lebih akrab lagi rapat dengan isterinya yang pertama.  Dan ana, harus menyintai isteri pertamanya. Rasa cemburu harus dibuang awal-awal lagi. 

Isteri pertamanya adalah perjuangan. Zauji adalah hak milik masyarakat sekeliling. Khidmatnya untuk masyarakat, untuk keluarga, bahkan untuk majikan. Ketika balik ke kampung ana, sudah tentu masyarakat akan memanggilnya untuk berbakti, jika balik ke kampungnya pula keadaan adalah sama. Khidmatnya diperluka dimana-mana. Apatah lagi zauji adalah anak sulung yang sudah ketiadaan ayah sejak umurnya 13 tahun. Sejak umurnya seawal remaja itu, dialah ayah dialah abang. Kasih adik-adik ditumpahkan kepadanya. Ana gembira melihat keakraban mereka bahka turut bahagia.


PERASAAN

Hidup berubah dengan sekelip mata. Rasa bahagia & tenang yang Allah campakkan dalam hati kami tidak terhitung nilainya.  

Ingatlah, sebelum berkahwin andai diri terseksa dengan cinta manusia yang masih belum halal, mengadulah pada Allah. Minta Dia sentiasa menjaga perasaan halus kita agar tidak dicemari dengan tindakan yang tidak sewajarnya. Sebelum menanti cinta halal hadir untuk disuburkan, menangislah jika perlu menangis kerana betapa susahnya untuk menjaga hati kita yang sering berbolak balik ini.

Ternyata, cinta kami yeng termenterai ini adalah alkisah cinta selepas nikah. Insan yang diharap dalam setiap titip doa telah pun menjadi halal. Dengan itu, ibadah pun mudah dilaksanakan, hati lapang dan gembira apabila cinta halal menjadi penguat semangat untuk meniti hari-hari yang mendatang.

Sahabati....

Sesungguhnya perasaan itu milik Allah swt. Dialah yang berkuasa untuk mencampakkannya dalam hati kita dan Dia berkuasa untuk menarik kembali. Itu yang kita takutkan. Sirna mawaddah, mahabbah wa rahmah itulah yang kita mahukan dalam mahligai cinta kita. Kerana itu, jagalah hubungan sebelum nikah agar Allah lebih mencampakkan lagi rasa cinta selepas bernikah.


Rasanya cukup setakat ini. Apa yang dicoretkankan disini bukanlah yang terbaik untuk diteladani. Namun, sekadar berkongsi, mudah-mudahan sahabat-sahabat dapat melakarkan pertemuan kalian dengan lebih baik dari  kami. 

Nasihat ana, perbanyakkan solat taubat agar dosa-dosa lampau kita Allah swt ampunkan kerana kemungkinan dosa-dosa silam kita itu Allah tidak makbulkan doa yang kita rintih. Allah merindui taubat & doa hamba-hamba Nya. Ambillah peluang Ramadhan ini untuk muhasabah diri 10 minit ditikar sejadah sebelum sahur. InsyaAllah.

Akhir kalam, ana selitkan video pada hari pernikahan kami untuk tatapan rakan maya. :)

Doakan kami & zuriat yang bakal lahir tidak lama lagi.









Tiada manusia yang sempurna, but you are a great IMAM for me. Forever.!


Sanah Helwah en.Bulan. 
Moga dipanjangkan umur.
Dimurahkan rezeki.
Dipermudahkan segala urusan.
Moga digelar abi mithali tahun depan ya..!

Daiman Fil Qalbi ya Habeebi.



By Setanggi Syurga & our little mujahid/mujahidah. :)





Seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim..

Lelaki kristian » Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

Lelaki muslim » Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dlm sakunya, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula² itu ke atas lantai..lalu bertanya kepada lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?

Lelaki kristian » Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim » Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..


..nota hati..

Terasa baru semalam ja nikah.. :) kan en.Bulan..

Salam Ramadhan...









Honeymoon yang paling bagus adalah dirumah. Tapi sekali sekala nak jugak jenjalan. :) teman sidia kerja. wi~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...