"Ajarilah anak-anak mu sukan berenang, berkuda dan memanah"



Alhamdulillah.. Percutian yang bermanfaat pada hujung minggu. Ziarah dan riadah salah satu sunnah Rasulullah saw.

Sedikit perkongsian.

Saya sentiasa amalkan makan madu lebah, kurma, kismis, minyak zaitun, minyak habbatusauda, jus delima gulsan. (semasa mengandung & selepas mengandung hingga sekarang).

Kesan yang boleh nampak anakanda soleh wa musleh Miftahuddin al-firdausi dengan izin Allah swt dijauhi sebarang virus.

Cuma hari tu pak manakan duk cium Miftahuddin. Pak manakan pula selesema, dapat juga kat Miftahuddin. Jadi kami tak rujuk mana-mana doktor cuma berbekalkan madu sebagaimana cara Rasulullah saw dan YAKIN kepadaNya. Alhamdulillah besoknya selsema Miftahuddin terus hilang. 

Saya dan zauji bersepakat untuk tidak men'vaksin'kan anakanda kami. Cuma sebagai ibu perlulah mengamalkan makanan yang berkhasiat seperti di atas.

Yakin pada Allah.
Amalkan makanan sunnah.

Rasulullah saw is my Doctor


Jumaat lepas tengok rancangan Tanyalah Ustazah bersama ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dengan tajuk Anak-Anak Masjid. Sabtu pula kami bertiga bercadang nak 'dating'. Lepas sarapan saya cadangkan ke masjid negeri shah alam.

Miftahuddin pula asyik tidur je. Kami tengah sarapan pun tidur, masuk je kereta apatah lagi, Syok tidurnya. Makan minum tak lagi.

Sampai je masjid Miftahuddin sungguh teruja. Baringkan atas karpet masjid terus tergolek sana terguling sini. Jerit sana sini. Tegur orang yang sama-sama iktikaf. Letak jari ummi di mulutnya langsung tak 'ngap'. Biasanya pantang, macam anak burung.

Benarlah. Sebagaimana Rasulullah saw menyeru umatnya berpuasa. Ketika itu kanak-kanak pun turut sama berpuasa. Kanak-kanak, cepat merengek kelaparan. Bagaimana Rasulullah menangani keadaan tersebut? Ya, dengan mengajak kanak-kanak tadi ke masjid. Dengan izin Allah kanak-kanak tadi lupa akan lapar dan dahaganya. MasyaAllah.



Hampir 2 jam di masjid negeri shah alam. Dengar ustaz wa ustazah ajar mengaji. Lepas tu ada majlis ilmu. Masuk je kereta barulah anakanda soleh wa musleh minta perutnya diisi diiringi zikir oleh kesayangan saya! 

Pernah bersua muka dengan ustazah isfadiah semasa majlis kahwin adik-adik ipar ustazah di sijankang. Ketika itu Miftahuddin 7 bulan dalam kandungan. 

Anakanda Miftahuddin al-Firdausi, moga menjadi anak soleh wa musleh, sentiasa dirahmati dan diredhai Allah swt.


3 feb - 3 sept
Miftahuddin dah masuk 7 bulan.

Masa 4 minggu dalam dunia rahim, Miftahuddin dah sampai kelantan. Selalu singgah pondok pasir tumbuh. Dan hampir setiap bulan akan ke Kelantan dan masjid-masjid yang ada di daerah Serambi Mekah termasuk masjid Tuan Guru Nik Aziz di pulau Melaka sehinggalah Miftahuddin berusia 9 bulan dalam dunia rahim.

Sekarang ulama' soleh wa musleh ni dah pun 7 bulan di alam dunia. Dan rutinnya masih sama seperti mana dia di alam rahim. 

Miftahuddin membesar dengan dikelilingi kalam-kalam Allah. Masuk perut kereta mesti kedengaran Sheikh Habib mengalunkan tarranum Alquran. Di rumah pun sama. Hinggakan lenanya mahu si ayah mendodoikan dengan kalamuAllah.

Moga Miftahuddin menjadi anak generasi Alquran, dapat memimpin dan menjadi contoh buat adik-adik. Miftahuddin saham ummi wa abi dunia akhirat. Bila dah jadi saham ummi abi maka ummi abi 'pertaruh'kan Miftahuddin dengan ilmu akhirat yang tinggi namun ilmu dunia takkan dilupakan. 

Allahumma Faqqihhu Fiddin Wa A'llimhuttakwil.



Miftahuddin sekarang dah pandai berkata-kata dalam versi baby. Nampak macam nak merangkak tapi macam tak pula. Kot-kot dapat duduk terus berdiri nanti. Miftahuddin pun dah pandai ber'golek' sana sini. Kalau biarkan atas tilam kena letak bantal sekelilingnya. Dah pandai berebut Quran dengan abi. Nasib tak koyak. 



Kalau abi balik kerja bukan main minta didukung. hiii~








Banyak Karenah

“Ya Allah!!!!” bertempik seorang bapa tatkala melihat anak kecilnya mematahkan bingkai kaca mata. Baru dibeli semalam. Mahal pula tu.

Terkejut begini suatu reaksi spontan bagi mana-mana ibubapa apabila berhadapan dengan kesalahan si kecil. 

Pelbagai keletah tidak terjangka.
Menyorok telefon bimbit di dalam peti ais.
Meneraburkan duit dan dokumen dari dalam dompet.
Menyelerakkan buku daripada almari.
Meleraikan bunga hiasan.
Mencabut huruf-huruf di keyboard satu demi satu.
Mengoyak. Menterbalik. Mencurah. Menumpah. Menyepah. 1001 karenah.


Betulkan Sudut Pandang

“Kenapa dengan anak aku ni?” keluh hati ibubapa.

Mungkin kita terlupa…

Dia ‘anak kecil’! Memanglah anak kecil begini. Kalau tidak, apa bezanya dunia ‘anak kecil’ dengan dunia ‘anak besar’?

Anak kecil kita baru setahun jagung mengenal dunia. Bermula daripada tidak tahu apa-apa kepada belajar sedikit demi sedikit.

Adilkah kita mengharapkan anak kecil kita yang berusia 3 tahun berdisiplin seperti anak berusia 13 tahun? Jangan sampai sikap kita ‘menzalimi’ dunia kecilnya. Muhasabahlah mana-mana sikap kita yang tidak meletakkan sesuatu kena pada tempat. Mencubit, melempang…adakah itu sikap yang ‘adil’ dalam mendidik si kecil? Kasihani dia.

Kita akan lebih sabar apabila memahami. Lebih terpujuk. Kurang stress. Tugas mendidik anak menjadi lebih seronok bahkan menceriakan hidup.


Marahlah bukan Marah-marah

Ya, anak perlu belajar daripada kesalahannya. Jika ibubapa tidak marah, bagaimana anak akan mengambil serius terhadap perbuatannya yang salah? Lumrah marah, nada suara akan meninggi sedikit. Itu normal.

Biarpun nada suara meninggi sedikit, pastikan bahasa yang kita gunakan tidak kasar dan tidak menyiat-nyiat jati dirinya. Jangan meletakkan label ‘bodoh’, ‘nakal’ atau ‘jahat’. Kata-kata itu akan diprogramkan ke dalam otak menjadi satu kepercayaan diri yang negatif.

“No!” cukup dengan satu perkataan tegas, anak akan mengerti dia buat silap. Biasanya, mukanya akan berubah monyok. Bibirnya mencebir kesedihan.

“Waaaaaaaaaaaaaaa!!!” Ada yang terus berteriak menangis. Ada yang menangis perlahan tersedu-sedan.
Apakah reaksi kita ketika ini?

Meninggalkan begitu sahaja? Biar dia mengerti dengan sendirinya? Biar padan muka? Biar puas hati kita? Biar dia mampu membuat kesimpulan sendiri? Biar? Biar? Biar?


Selepas Marah?

Kembali kepada realiti, dia cuma anak kecil yang belum mengerti.  Jangan biarkan dia tertidur dalam kesedihan. Jangan biarkan hatinya rasa dilukai tanpa pujukan.

Kita tentu gembira jika anak kita pandai meminta maaf, bukan? Siapa yang akan mengajarnya sikap mulia itu kalau bukan kita?

Panggilan lembut akan melembutkan hatinya,

“Adik, mari minta maaf dengan ayah.”

Hulurkan tangan kita untuk bersalam. Jangan tunggu anak kecil kita mengerti sendiri untuk menghulurkan tangannya terlebih dahulu. Bahkan kita boleh mencium tangannya terlebih dahulu agar dia dapat mengikuti perbuatan itu.

Si kecil itu gembira diberi peluang. Kita juga akan terpujuk daripada geram. Ajarilah dia dengan kata-kata meminta maaf,

“Ikut ayah sebut, ‘Ayah, adik minta maaf. Adik tak sengaja.’”

Mendengar suara comelnya melafaz kemaafan, sangat mengubatkan. Bukan senang dia hendak memaksa dirinya lunak menerima didikan.

Selepas itu, senyumlah semula. Cium dia. Puji dia. Kerana ‘pandai’ meminta maaf.


Maafkanlah

Prap!

Si kecil terpijak lagi cermin mata si ayah. Dalam nada bersalah, dia cepat-cepat meminta maaf,

“Ayah, adik minta maaf. Adik tak sengaja.”

Sejuk hati mendengarnya. Mulia kelihatan akhlaknya.

Tapi, apakah sikap ibubapa ketika ini?

Memasamkan wajah? Memuncungkan mulut? Mencubit? Enggan menerima kemaafan?

Andai beginilah sikap kita, kita telah mengajarinya sikap berdendam. Dia akan meneladani sikap sukar memaafkan.

Ajarilah dia akhlak mudah memaafkan. Senang tersenyum kembali setelah memaafkan. Bukan mencuka berjam-jam.

Fahami, dia manusia biasa yang berpotensi melakukan kesilapan bila-bila masa sahaja. Kita juga manusia yang ada buat silap. Sudikah kita menurunkan ego untuk meminta maaf?

“Ayah yang sepatutnya minta maaf sebab letak cermin mata merata-rata.”


Berat tapi natijahnya hebat, insya Allah….

Assalamualaikum. Lama tak bertinta disini. Sibuk memanjang. Cuti raya di selangor seminggu dan cuti raya di terengganu seminggu. Letih yang amat. 

Tahun ni kami beraya bertiga. Kehadiran anakanda Miftahuddin menceriakan hidup bukan kami sahaja malah keluarga besar kami.

Layan gambar jom..!












Perjalanan yang masih baru ini haruslah di isi dengan ketabahan dan kesabaran.
Usia yang makin hari makin bertambah haruslah di iringi dengan amalan yang berpanjangan.
Agar usia yang dipinjamkan ini bukan sia-sia malah diperteguhkan dengan ketaqwaan.
Jadikanlah al-Quran pendamping mu agar dapat mendidik jiwa dan hati supaya tenang tatkala mengharungi ujian.

Berdua dengan mu, membina rumahtangga atas tapak iman dan bersyariat, tuluskan niat dan luruskan matlamat.

Ya zauji, kau lah pemimpin menuju Ilahi.
Diri ini hanya Isteri.
Permaisuri Hati.

Atas tapak iman ini juga kita dirikan hukum Tuhan.
Iman itu tujuan.
Syariat itu jalan.
Tempat menuju segala permasalahan.
Tempat mencari segala penyelesaian.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada kita semua “seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka, manakala isteri adalah pemimpin rumah suami dan anak-anaknya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka” (HR Muslim)


Ya zauji Ya habibi, Selangkah kita menghampiri padaNya seribu langkah dia menghampiri kita dengan keampunan, kasih sayang dan perlindungan.

    “Ya Allah, kami tahu dosa telah menyelimuti diri, tapi kami tahu kerahmatanMu, Ampunkanlah segala dosa kami andainya jiwa ini tidak bermaya, yang diharapkan hanyalah petunjukMu, iringilah perjalanan usia ini dengan NurMu dan janganlah kau pesongkan hati ini setelah kau berikan hidayahMu” Amin



Selamat Ulang Tahun Kelahiran ya Zauji.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan al-Mubarak.

Dahsyatnya tajuk. :) Sebenarnya nak cerita pasal si ulama' kecil kami. Alhamdulillah, hari ni dah masuk 5 bulan umur Miftahuddin bin Muhammad Syahrul Firdaus.

Sekejap je masa berlalu. Miftah sekarang dah pandai meniarap dengan sendirinya tanpa bantuan kami. Kadang-kadang tidur pun nak meniarap. 

Wajah Miftah lebih kepada abinya. Jarang sangat yang cakap muka ummi. Bila tengok gambar zauji masa kecil memang tak dinafikan, sebiji Miftah. Dengan semangatnya, dengan sepetnya mata, dengan mulutnya. Yang ikut ummi tang lesung pipit yang tenggelam tuh & warna kulit. he~

Miftah sangat murah senyumannya. Tapi hanya dengan ummi abi dan dengan orang dia rasa serasi sahaja. Kalo dia rasa tak serasi memang senyuman susah sangat nak muncul. Geletek la macam mana sekali pun.

Bulan lepas check up Miftah, dapat jugak bersembang dengan doctor yang sambut Miftah masa lahir di Klinik Bersalin Annur. Setengah jam lebih kami berborak. Check up bulan ni InsyaAllah besok. Doctor yang sangat "mak-mak" yakni ermmm..entah nak cakap macam mana. Nak cakap baik, lebih dari baik. Nak cakap ramah, lebih dari ramah. Memang ohsem!! :)

Moga jadi anak soleh wa musleh ya sayang. 


Update pasal anak je. Biarlah...! teruja jadi ummi tau.. stalker, doakan kami ya.. :)

Sesungguhnya nyawa bagi setiap ibadat dan amal kebajikan adalah keikhlasan.. jika tanpa keikhlasan kepada Tuhan, tiadalah bernyawa lagi akan amalan, bererti tiadalah lagi ia untuk dinilaikan.. sesungguhnya niat menjadikan sesuatu yang sedikit menjadi banyak, yang banyak menjadi sedikit.. sesuatu yang nilainya kecil menjadi besar dan besar menjadi kecil..~


Kisah teladan ini ana perolehi dari sebuah vedio yang di sebarkan melalui facebook. Iaitu seorang anak kecil yang umurnya dalam lingkungan 10 tahun yang cacat penglihatannya. Anak ini seorang hafiz Quran. Di tanya oleh seorang syeikh, kenapa kamu menghafal Quran sedangkan kamu tidak nampak.

Anak kecil itu menjawab, "Saya tidak pernah bertanya kepada Allah kenapa saya buta, malah saya amat bersyukur kepada Allah kerana 'kurniakan' saya buta. Jadi saya terlepas dari zina mata dan pandangan. Akan tetapi saya takut nanti jika Allah tanyakan kepada saya kenapa tidak hafal Quran. Yang buta adalah mata bukan hati. Kamu ada hati, kenapa tidak hafal Quran dengan hati kamu.

Allahu Allah......

Banyak kali tengok vedio itu dan banyak kali jugalah mata ini dituruni 'hujan'.

Jom sama-sama didik diri mencintai surat cinta Allah swt itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...