Bismillah..Alhamdulillah..
Insan yang bergelar Maryam Umairah telah ditakdirkan Allah swt melihat dunia pada 12 Feb 2012..
Sungguh cantik namamu sayang..
Secantik raut wajah mu yang di anugerahkan Ilahi..
Sebijik wajah kakak mu Sofea Umairah..
Buat MARYAM UMAIRAH....
"Ummah kini kian leka & alpa serta telah berpecah belah angkara diri mereka sendiri.. mereka seringkali berselisih pendapat.. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan begitulah berleluasanya maksiat yang sudah menjadi tunjang kebodohan & kedunguan.. Alah bisa tegal biasa seumpama itu ungkapan yang boleh digambarkan kepadamu tentang dosa-dosa yang mereka lakukan seperti sudah menjadi darah daging mereka sendiri.. pimpin lah mereka kembali kepada Islam yang sebenar-benarnya sayangku... bawalah saudara-saudara seIslam kita sujud kepadaNya.. Allah yang Esa.. Allah yang Satu... yang Maha mengetahhui segalanya yang telah berlaku dan yang akan berlaku..
Tatkala dikau ingin berkata-berkata, ikhlaskan hati kerana Allah agar dapat engkau melenturkan hati-hati mereka yang kian keras seperti batu..berhikmahlah dalam kata-kata mu agar hati mereka hidup dengan cinta Allah & sentiasa mengingati yang Maha Pencipta... Ummah kini amat memerlukan kita sayangku.. semga dikau menjadi seorang da'ie & pejuang Allah swt sehebat kalungan namamu MARYAM UMAIRAH..
Kehidupan ini seumpama roda..perjalanan kehidupan seumpama roda yang berputar..begitulah hakikat kehidupan kita dibumi yang fana ini..selalunya berada dipuncak roda beerti membawa gambaran yang positif & menyenangkan..dan dibawah itu adalah simbolik sudut yang negatif & menyusahkan... Begitulah... ada waktunya kita benar-benar bersemangat, bertenaga & mempunyai perasaan gelora..itulah saat yang mampu membuatkan kita menyulamkan senyuman kegembiraan & asyik menikmati kesenangan hidup...dan ada jua saat yang melemahkan, diselubungi kelesuan yang berpanjangan & jiwa yang hambar..dan saat itu jua, air mata kita mudah mengalir bercucuran tanpa kita sedari..
Bangkitlah.. Bersemangatlah.. Berusahalah.. bersungguh2lah..agar engkau sentiasa berada dipuncak.. Namun, jangan pula engkau merasa megah, sombong & lalai yang membolehkan kamu lupa padaNya.. Walaupun begitu, bersiap sedialah apabila engkau ditakdirkan Allah berada di bawah, janganlah pula kamu berputus asa.. Bangkitlah kembali menuju redha Ilahi...
Kuatkan semangat..!! Tabahkan hati..!!
Allah swt tak pernah salah dengan takdirNya..!!
Perbanyakkan berdoa, bermunajat & beristigfar kepadaNya...
..::nota buat Maryam::..
Semoga dirimu menjadi anak yang solehah...setabah & sekuat isteri-isteri para nabi serta para pejuang seperti Zainab Al-Ghazali...
Agar suatu hari nanti mama & papa mu bangga atas kejayaanmu..
p/s: Maryam anak kepada my beloved sister..^_^
secubit dr brohamzah & bidadaribesi & ditambah secukup rasa..
by
by
2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
mudah-mudahan dia akan menjdi pejuang mak sedaranya ni.. ^_^
Ckin Kembaq
InsyaAllah... ^_^ syukran sudi singgah...
Post a Comment