Bertemu cinta dalam halaqoh,
Hidup lebih indah terarah,
Menyulam tautan hati kerana Allah,
Terpaterilah ikatan akidah.
Banyak-banyak buku kat atas tu, buku Tautan Hati dari kak Ha atau Fatimah Syarha yang sedang ana baca buat kali kedua, dan insyaAllah kali ketiga besok pagi. Satu novel yang sungguh memberi kesan dalam hati ana. Novel ni sungguh bagus untuk adik-adik remaja sekolah dan rakan-rakan universiti. Baitul Muslim yang dibina berlandaskan syariat Allah, bukannya berlandaskan syaitan.
Kadang-kadang cam terkena pada batang hidung sendiri. Asyik beralasan assignment banyak, balik kampung, tak dak masa, exam dah dekat dan pelbagai seribu alasan.
Antara ayat-ayat yang paling ana suka dan membuatkan ana menitiskan air mata.
> Sekali wanita ternoda, gugurlah sekuntum wardah di SYURGA. Sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di NERAKA.
> My dear, to love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exiting, but to be loved by Allah is everything. Allah love you.
>Apabila didatangi masalah, kita haruslah menghadapinya dengan tenang dan tabah. Berfikir positiflah terhadap setiap masalah yang menimpa kerana itu bukti cinta Allah pada kita.
>Lazimnya yang susah itu mahal.
>Mungkin aku terlupa nak hidupkan hati mereka agar datang kerana Allah bukan keranaku. Kalau mereka datang sekali pun tapi kerana aku, bukan kerana Allah, tiada maksudnya.
>Jelaskan dulu matlamat study tersebut agar dalaman kita kuat untuk terus study dengan tekun kerana Allah.
>Buat apa berwajah cantik dan menjadi rebutan kalau menjual pinjaman Allah semurah ini. Ya Allah, insaflah dia..!
> Semakin jauh aku dari Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku.
Ni ayat yang sangat-sangat terkesan kat hati..(nangis tiap kali teringat)
DARI MANA KITA DATANG? UNTUK APA KITA DICIPTAKAN? DAN KEMANA KITA AKAN PERGI?
Banyak lagi ayat-ayat yang memberi impak kepada diri. Kalian adik-adik remaja, rakan-rakan, sahabat-sahabat, samada ada lelaki atau perempuan patut baca buku yang penuh ilmu ini. Bahkan diselit jua hadith Rasulullah & Kalam Allah. Sungguh tak rugi kalian membacanya.
..nota cinta..
Bagaimana kasih sayang semata-mata Allah dan Rasul antara Elya Khadeeja & suaminya Al-Banna bersatu.
Bagaimana pula cinta yang berlandaskan syariat antara Asiah Yusra & zaujnya Umar Mujahid bertemu.
Kalau nak tahu bacalah buku ini. Tak mahal pun berbanding handphone baru yang kalian beli tu, hihi. Beli buku ni, ilmu tak kan habis. Malah, makin hari ilmu makin bertambah..
by
Follow @Setanggi_Syurga
7 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
http://yayahnasake.blogspot.com/2012/06/jom-terjah-383.html
insyaAllah..semoga kta sama2 terpelihara dari azabNya('',)
sonoknya klo dudok ngn sis..nk pinjam novel...mmg peberet!
follower ke 565
jenuh berbunga-bunga ayatnya. rupanya pasal benda yang diperbuat dari kulit kayu.. anyway, nice info. cuma buku gitu tak berapa nak kena lagi.
yayahnasake~syukran coz menerjah blog saya.. ^_^
Cik Hacks~amin ya Rabb..insyaAllah..
Yumida~^_^ tidoq dgn buku, makan pon dengan buku, kucing pon main2 ngan buku coz tuannya suka buku.. ^_^ jom lah sama2 menambah ilmu..
Romeo Laut~ayat berbunga2 tu saya copy dalam buku tu njugak..dah lama buku tu diterbitkan.. rasanya dah 3 tahun..bacalah buku tu..sangat2 bermanfaat..syukran sudi singgah & komen ya..
salam...mmg best novel kak fatimah syarha..Tautan hati+syabab+...novel baru(xsempat bca lg)..:)
apa2pn salam ziarah tuan blog ..jemput ke rumah purple sy.. http://hatiseorangsarah.blogspot.com/
Salam ziarah. Artikel saya hari ni mengenai '' jangan takut untuk menyampaikan ''. Jemput baca dan beri pandangan. =)
Post a Comment