Alhamdulillah...
InsyaAllah..Hari ini kita perlu banyak bersyukur lagi dan lagi dan lagi dan seterusnya lagi...Kerana pada hari ini Allah masih belum menarik nikmat Islam & Iman yang diberikan kepada kita..Allah masih lagi memberikan oksigen untuk kita bernyawa... Allah masih lagi memberikan nasi untuk buat santapan kita... Allah masih lagi memberikan air untuk kita hilangkan kehausan...
Syukur banyak-banyak..
Kehidupan di IPT mempunyai pelbagai warna warni yang tersendiri..

Beberapa hari yang lepas handphone ana kerap berbunyi..

"Salam akak...dpt UUM..boleh jumpa akak nanti...insyaAllah"

"Assalamualaikum..kak Dayah...alhamdulillah..USIM sedang menunggu.."

"Kak nur.....dapat UMS...best-best...doakan ya kak"

Satu demi satu pesanan ringkas 'sms' menjengah kedalam handphone oleh adik-adik lepasan dari matrik & STPM serta STAM.. Alhamdulillah.. Kedengaran seperti kegembiraan.. Mungkin apa yang mereka hajati telah tertunai...Tahniah adik-adik ku..

Perasaan gembira sebagai seorang kakak turut dikongsi bersama.. Namun, jauh disudut hati ini, kebimbangan tidak dapat lari..
Kerisauan mengenangkan apabila adik-adik ini tatkala berhadapan dengan situasi yang asing bagi mereka.. Jika di Matrikulasi mereka pernah mengerti tentang kuliah dari pagi hingga petang. Masa untuk mereka menghabiskan waktu tidak berpeluang kerana masa untuk ke kuliah & study pula pada malam hari sangat-sangat sempit..
Tapi, berlaian di IPT yang membolehkan student membuat jadual kuliahnya yang tersendiri... Lebih fleksibel... 

Bagaimana pula dengan adik-adik lepasan STPM & STAM?? Mereka tidak pernah mengalami keadaan seperti ini... Berjauhan dengan keluarga... Bebas dari pengetahuan keluarga... Pergaulan dengan kawan-kawan baru... Rindu akan keluarga, masakan mak, menangis...
"HOME SICK"

Adakah sabahat sahabiah sekalian mengalami keadaan seperti ini??

Alam IPT yang mana disebut oleh Sheikh Imam Maududi sebagai 'tempat penyembelihan iman-iman para pemuda Islam'.. Sungguh seram intonasinya bukan..?

Teringat pula pengalaman seorang sahabat ana semasa minggu orentasi.. Sahabat ana IDA menceritakan kepada ana pengalamannya yang bagi ana sungguh berkesan dihati ini sampai bila-bila..
MasyaAllah..sememangnya Ida akui dan mesti akui jika bukan rahmat daripada Allah, mesti Ida sudah lama hanyut dan larut seperti kebanyakkan manusia lain.. 

"Nur tu nanti balik dari sana (UUM) bukan setakat pakai tudung kecik, malah hilang semua yang menutup tu"

Masih terngiang-ngiang ditelinga ini kata-kata seseorang yang sedang berborak dengan ummi... Kenapa masih ada orang yang berfikiran sebegini? Bukannya nak mendoakan kaum sejenisnya ini dilindungi Allah malah berkata sebegitu rupa..Kalau rasa tak sedih tu memang tipu la... Namun, ana memandangnya dari sudut yang positif.. Kemungkinan kata-kata itu adalah tanda kerisauan serta kebimbangannya terhadap anak gadis ini.. Yela, ana mana pernah berjauhan dari keluarga.. Pagi pergi ke sekolah dan pulang pada petangnya.. Tak tidur kat asrama pun..

Alhamdulillah..Dengan Kekuasan Allah dan Rahmat dariNya, ana masih lagi bertahan dan Allah melindungi ana dari perkara-perkara yang menyeramkan...

Berbalik kepada pengalaman sahabat ana tadi "IDA"...
Ida menceritakan dia dipaksa menari di atas pentas berdepan dengan khalayak ramai..??

O0o0o0o0ohhh tidakkkk..!!
Itu lah pengalaman yang tidak dapat Ida lupakan..

Cuba antum sekalian teka kena menari lagu apa??

CHICKEN DANCE..!!


Tipu la kalau antum sekalian tidak mengetahui tarian yang sebagaimana.. Kebanyakkan kem motivasi & mana-mana orentasi terutama pelajar baru IPT didendangkan lagu "langha" ini.. Kalau tak tau jugak sila tanya cik 'youtube'..

Kalau ana yang kena, memang pengalaman yang amat menyakitkan..Ida maklumkan kepada ana dia dikenakan denda disebabkan tidak mengikut aktiviti tarian lagu tersebut.. Sebelum itu semua fasilitator menujukkan cara bagaimana nak menari dengan alunan muzik tersebut dihadapan pentas... Nauzubillah..Tertunduk Ida... Malu..!! Menggoyangkan badan.. Pinggul..!! Sambil gelak ketawa..!! Allah..mengucap Ida.. tidak pernah katanya didendangkan alunan muzik sedemikian rupa apatah lagi untuk menyusun langkah tarian..! Kebetulan ketua fasilitator ternampak Ida berada dibahagian belakang sekali tidak melakukannya.. Terus Ida di panggil ke hadapan pentas dan menyuruh menari seperti yang diajar sebentar tadi...


Ida akui bahawa silap dirinya kerana terpedaya dengan segala arahan dan 'kegarangan' para fasilitator.. Sungguh malu dengan Allah..! 500x2 mata yang sedang melihatnya di atas pentas untuk menyaksikan seorang muslimat melenggang lenggok & menggoyangkan badan yang baginya sungguh jijik..!


Maklum la dalam minggu orentasi semestinya pelajar baru masih lagi  blurr seperti Ida dan mengikut sahaja arahan yang diberikan kakak fasilitator & abang fasilitator dengan nada tegas seakan-akan 'mengejek'.. Ida masih lagi 'berdegil' & 'ingkar' dengan arahan.. Ketua fasilitator 'provoke' Ida akan melaporkan kepada presiden kolej tentang keingkarannya.. Seperti biasa, Ida tetap berdiri tegak dengan muka yang 'seposen' namun dalam hatinya mencari jalan penyelesaian sambil berzikir.. Berzikir sebelum fikir..


Ketua fasilitator menyuruh Ida melakukan tarian tersebut dengan nada yang agak 'keras'.. Satu dewan TERDIAM.. Arahan tersebut mematikan segala celoteh pelajar-pelajar lain didewan... Dah 'bengang' muka para fasilitator.. Kata ketua fasilitator tidak akan lepaskan Ida tanpa melakukan sebarang denda sebab tidak adil bagi pelajar-pelajar lain.. Jika tidak lakukan juga, akan laporkan keingkaran itu kepada pengetua kolej & akan diambil tindakan.. Entah semangat dari mana kata Ida dia berani menghampiri microfon dihadapannya dan terus mengatakan:


"SAYA RELA DITENDANG UNIVERSITI DARIPADA MELAKUKAN PERBUATAN YANG 'JAHILIAH' INI SEHINGGAKAN MENDAPAT KEMURKAAN DARI ALLAH..!"


Tegas..!! namun masih lagi dengan senyuman...


Terkejut juga ana mendengarnya.. Masakkan kita ini belajar sampai tidak cukup 24jam semata-mata nak merealisasikan impian untuk mengapai puncak 'menara gading'.. Tetapi, sebaliknya sahabat ana, Ida..


O0ooh.. Bagaikan tercabar naluri seorang lelaki, ketua fasilitator masih lagi menyuruh Ida melakukan denda.. Tapi di beri sedikit kelonggaran memilih sendiri denda yang hendak dilakukan, namun katanya lagi mesti dalam bentuk persembahan selama setengah jam (sungguh menjengkelkan).. Jika tidak, semua mata-mata yang memandang Ida dihadapan tidak dibenarkan tidur hingga ke pagi...


Tenang...Ida terus berzikir & fikir..


Akhirnya.... Ida terpaksa akur...

Ida meminta kebenaran untuk ke tempat duduknya mengambil sesuatu dari beg & meminta abang fasilitator memainkan muzik pilihan hati ida "ALLAH MAHA PENGAMPUN-LA TAHZAN (DR AIDH AL QARNI)


Sesuatu yang diambil dari beg adalah surat cinta dari Allah (al-Quran).. Tanpa melengahkan masa, Ida terus mempersembahkan persembahan yang dinantikan oleh khalayak terutama fasilitator... Alunan taranum al-Quran dengan menggunakan 3 riwayat daripada surah Ad-Duha.. 


Tidak cukup dengan itu, Ida memberi isyarat kepada abang fasilitator untuk memainkan muzik yang Ida pilihkan tadi dan meminta untuk mematikan beberapa lampu agar suasana kelam.. Kedengaran muzik dimainkan...Sungguh syahdu hinggakan menusuk jiwa... Sambil itu ida membelek surat cinta dari Allah.. Terus merintih serta mengalunkan surah Al-Waqiah.. Ayat demi ayat Ida membaca dengan nada merintih... Cukup beberapa ayat, ida sambung kembali dengan terjemahan ayat2 yang dibacanya...


Ida yang membuat persembahan menahan sebak didada namun hanya seketika, tidak tertahan akhirnya air matanya mengalir perlahan-lahan membahasahi pipinya yang mulus.. Ida menggunakan bakat yang Allah kurniakan dengan terus membuat persembahan yang terbaik pada malam itu.. Rintihan demi rintihan.. Kadang-kadang tegas... Kadang-kadang sayu memohon keampunan Allah...


"Apabila terjadi hari kiamat"
"Terjadinya tidak dapat didustakan (disangkal)
"(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain)"
"Apabila bumi diguncangkan sedahsyat-dahsyatnya"
"dan gunung-gunung dihancurluluhkan sehancur-hancurnya"
"maka jadilah ia debu yang bertebangan"
"dan kamu menjadi tiga golongan"
"yaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu."
"dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu"


~Al-Waqiah ayat 1-9~


"dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu."
"Mereka dalam siksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih"
"dan naungan asap yang hitam"


 ~Al-Waqiah ayat 41-43~


Begitulah antara bait-bait ayat yang dibaca oleh Ida.. Hampir satu jam persembahan Ida padahal pada awalnya hanya diminta setengah jam yakni 30 minit.. Apabila lampu dicerahkan kembali ternyata berkesan dihati para pelajar termasuk kakak-kakak & abang-abang fasilitator yang awalnya mengejek Ida.. Kedengaran sedu sedan..esak tangis...


Alhamdulillah..Itu lah hasilnya daripada zikir sebelum fikir...


Ida mengatakan bahawa sepatutnya tidak perlu takut dengan gertakkan orang-orang seperti itu, siapa mereka untuk mengancam kita?? Jangan takut dengan ancaman daripada orang-orang yang lalai seperti mereka tetapi takut akan KEMURKAAN ALLAH swt.


"ORANG YANG BERIMAN SEPATUTNYA CERDIK"


Tidak terlintas di benak fikiran...sepatutnya membuat alasan agar tidak terjebak dengan majlis yang tidak memberi sedikit makna sekali pon malah mengotorkan hati..


...nota hias...


Bukan susah untuk berdakwah..namun bukan juga mudah untuk berdakwah.. Bukan senang untuk melembutkan hati manusia yang sekeras batu malah lebih keras dari batu..namun dengan kelembutan dalam bicara ditambah pula dengan sedikit ilmu yang dalam hatinya hanya berbekalkan CINTA yang tulus serta ISLAM yang penuh KESYUMULANNYA insyaAllah hati yang lebih keras dari batu akan menjadi lebih lembut dari sutera..


Bawalah bekal mu wahai adik-adik ku....

p/s: Alunan muzik itu jugak menjadi pilihan blog ana..


wallahu a'alam


by~shha aina~

20 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Anonymous said...

as'salam...
universiti mana?
apa2 pun caya la ayat tu... sanggup tendang U..
saya pon xske lagu ape kejadah tu..

Syazwana Mohd Zulkifeli said...

Subhanallah...hebatnya shbat ukhti:)
Sngat2 mnyentuh hati,tq for sharing!!

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

Anonymous-> wslam...universiti mana ana xbleh bgtau..tp sbuah IPTA..smg Allah mengampuni hamba2Nya yang lalai..

Syazwana->afwan...^^..syukran sudi singgah & baca..

Nazihah@Jiha said...

Salam alaik.

Allahuakbar....

mampukah diri sekuat itu..
saya lpsn stpm dan akan akan ke UMS...

semakin takut kak...:'(

Nurhazwanie Azhar said...

assalam
syukron akak sudi share
kebanyakkan u sama je..
atas diri masing-masing untuk mengaturnya means kita nak ikut or x..
keberanian mesti kuat tuk melindungi diri kita sendiri..
pengalaman orientasi di u mmg macam2 dugaan dan ujian yang diberi oleh sahabiah yang kurang memahaminya..semoga suatu hari nanti sahabiah diberikan hidayah
*peringatan untuk diri sendiri:)

Nurhazwanie Azhar said...

assalam..
syukron akak share..u mana2 sama je..atas diri masing-masing untuk mengaturnya...pengalaman orientasi banyak dugaan dan ujian yang harus ditempuh..semoga jadikan pengajaran..semoga sahabiah yang kurang memahaminya diberi hidayah untuk lebih memahami
*peringatan untuk diri sendiri:)
insyaAllah

saleem wahab said...

mantop la ukhti....!

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

Naziha@jiha->tahniah dpt melanjutkan pelajaran ke uni yg akan paling minat..^^...dik..p mana2 ja adik kena bawak benda ni..xkira kemana saja adik p...IMAN...jgn lupa ya..insyaAllah..doa byk2...

Nurhazwanie->syukran..^^..ujian Allah tidak mengira tempat & waktu..

saleem-syukran..idea smua dr Allah..

Yien said...

assalamualaikum,
i just read about what you wrote and i love it.saya adalah antara golongan fasilitator yg saudari cakapkan..yang menyuruh bdk2 baru buat aktiviti chicken dance tu..
everyone deserve to give their opinion,dan saya memang tertarik dgn penyampaian saudari..tahniah...

http://shaffuan86.blogspot.com said...

salam.....saya amat kagum sekali keberanian saudari..teruskan usaha gigih agar terus membela islam...

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

Yien & shaffuan-> waalaikumsalam ^^..syukran sudi singgah di teratak yg xseberapa ni...penyampaian disini adalah utk dikongsi bersama...moga mdapat manfaat...

encik kerani said...

Saya merupakan salah seorang yang disembelih imannya ketika zaman u dulu. Allah bayar cash. Tarik nikmat ilmu dan nikmat pelajaran. Tarik nikmat kesenangan.

Sekarang saya lebih selesa sebagai seorang yang susah tetapi terus cuba bangun semula membaja iman supaya subur kembali.

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

la tahzan..innallaha ma'ana...^^
insyaAllah...
kedatangan Ramadhan ini marilah sama2 kita membajai iman kita agar semakin subur..insyaAllah..Allah maha mendenger...

shidah2020 said...

subhanallah . . terkesan di hati ana . . alangkah besarnya hidup ini dibebankan dgn perkara2 itu . . itulah namanya ujian hidup . . betul2 tertarik dgn tindakan sahabat ukhti itu . .

*agak takut untuk ke alam IPT . . meskipun masih ada lebih 5 tahun untuk ke sana . . ya Allah . . :'(

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

shidah2020-> ya ukhti..tu la di namakan ujian...insyaAllah,enti kuat utk tempuhinya dari skarang..kebalkan iman mu smg dpt menepis sgla yg dimurkai Allah..insyaAllah...bersiap sedia dr la ni..

Nazihah@Jiha said...

Alhamdulillah,baru melihat komen kak Hidayah..

IMAN..terima kasih kak ^_^ fell better..selamat berpuasa!!

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

nazihah-> jg diri ya dik...selamat berpuasa juga..^^

.::: mr IQ :::. said...

ana kagum.. Fikrah nya berfungsi di dalam keadaan begitu... Jiwa dai'eah sejati...
kalau ana pun teragak2 lagi nak buat camtu...

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

mr IQ-> "IDA" bkn seorang hafizah malah bukan seorang pelajar skolah agama...Allah memberikan dia satu cetusan idea yg sgt berguna & dalam masa yg sama Allah menolong dia utk menyedarkan hamba2Nya yg lalai...mohon doa utk "IDA"..dia tak sihat..syukran..

Anonymous said...

mcm tipu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...