Showing posts with label Muhasabah Diri...^_^. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri...^_^. Show all posts

Siapa tidak kenal Facebook? Facebook merupakan laman sosial yang merevolusikan cara kita berkomunikasi, cara kita bergaul, cara kita mencari kawan. Sememangnya pada awal penciptaannya, ia dianggap satu kelebihan di mana ia memudahkan perhubungan antara rakan kolej dalam bidang yang sama; begitulah menurut pengasasnya.

 Namun, sejak kebelakangan ini, laman sosial yang punyai ratus juta pengguna di seluruh dunia ini semakin disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dan ia bukan sahaja mengundang pelbagai perkara negatif tetapi juga membiakkan kegiatan jenayah.Dan lebih teruk lagi, menurut Ustaz Zaharuddin, ia sebenarnya membiakkan dosa yang tanpa kita sedar kita sedang melakukannya.



Antara perkara yang ditegaskan oleh Ustaz Zaharuddin, tentang Dosa Bersarang di Facebook:

1) Mendedahkan keaiban suami atau isteri:
Meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan masing-masing melalui status mereka. Sememangnya bukan tujuan mengaibkan atau menjatuhkan maruah, sekadar melepaskan tekanan diri, namun tanpa disedari ini juga tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Kenyataan seperti itu menjelmakan maksud tersirat bahawa pasangan tersebut sedang berperang dingin, lantas tercetuslah idea bahawa berlaku kekurangan pada salah seorang daripada mereka.

2) Terlebih gambar:
Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan perhatian. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya, aksi dan fesyen. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda dan membuat lamaran “nafsu. Wanita menjadi pameran lelaki umum? Dosa jawabnya.



3) Penyamaran:
Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi “friend”, lantas mendapatkan maklumat dan gambar yang dikhaskan akses untuk rakan wanita sahaja. Si wanita yang pada asalnya berasa selamat, rupa-rupanya telahmendedahkan gambar kepda orang yang tidak sepatutnya. Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga.

4) Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan:
Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu. Dosa mendedahkan aurat serta maruah wanita. Simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti.


5) “Tagging” tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat:
Terdapat “trend” memuat naik dan menyebarkan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurat melalui “tagging” tetapi kini telah pun menutup aurat. Justeru penyebarannya adalah haram. Gambar yang menutup aurat tetapi dalam keadaan yang mengaibkan juga mengundang dosa kerana menyebarkan keaiban orang lain.

6) Mengutuk diri sendiri dan kebaikan diri:
Ada juga mereka yang dahulunya di waktu sekolah ataupun universiti berpenampilan cukup solehah and “extra caution” dengan aurat, namun kini telah berubah fesyennya yang lebih berani. Apabila tersiar gambar-gambar “extra caution” itu mereka secara tak sedar mengutuk diri sendiri dengan kata-kata “zaman solehah”, “zaman innocent”, “zaman suci” dan sebagainya. Adakah sekarang anda sudah tidak suci? Adakah anda sekarang sudah tidak solehah? Anda yang mengutuk diri anda sendiri.

Melayukini.net -Artikel ini boleh dibuat sebagai renungan diri kita sendiri dan orang lain. Jelas dosa ada di mana-mana sahaja. Sejak Facebook mula popular, sejak itulah pelbagai fitnah timbul antara dari kalangan wanita. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menggunakan medium Facebook.


by

Alkisah..
Tiga orang sahabat sedang beriadah di sebuah tasik. Setelah peluh membasahi dahi, mentari mencengkam kulit, angin lembut menyapa telinga, mereka bertiga melepaskan penat sambil menikmati alam ciptaan Allah. Terpandang sekumpulan akhwat yang beriadah sambil mentadabbur kalam Allah..


"Cantik sungguh muslimat tu kan?." Alif


"Ya..cantik.." Bohari


"Kenapa?" Cicoo


"Aku nak cuba dapatkan muslimat yang solehah." Alif


"Ha..? Kau biar betol.. Kan couple tak baik.." Cicoo


"Ada aku cakap aku nak couple? Aku cakap aku nak dapat kan muslimat solehah.. Muslimat yang solehah dari segi agamanya dan akhlaknya sebagai peneman hidup aku hingga ke syurga..insyaAllah.." kata Alif sambil memandang jauh ke tasik yang tenang itu setenang jiwa dan hatinya.


"Baguslah jika itu hajat kau Alif." Bohari


"Apalah korang ni..kan Allah dah cakap yang jodoh kita telah ditentukan Nya sejak di lauh mahfuz lagi. Tak usahlah duk mencari.. Membazir masa je.." Cicoo


"Betul tu.. Namun Allah swt menyuruh kita berusaha bukan hanya menunggu sahaja ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.." Bohari


"Berusaha dengan cara apa? Mengorat and then bercinta..? Bukankah itu jalan yang menghampiri zina ya sahabat? Walatakrobuzzina.......!" Cicoo


"Waahh..! Pandai kau berhujah..Tak sangka aku" sampuk Bohari tanpa menunggu Cicoo menghabiskan ayatnya.


"Ya akhi Cheku Khairul @ Cicco.. Lapangkan dada & bukakkan fikiran.. Maksud berusaha tadi adalah bila mana kita impikan yang solehah itu menjadi ketua bidadari kita di syurga kelak, kita seharusnya men'soleh'kan diri kita terlebih dahulu. Berusaha dengan men'soleh'kan diri dengan cara tingkatkan ibadat, tingkatkan iman yang masih diparas kenipisan kulit bawang, perbetulkan diri untuk menjadi muslim yang berguna kepada agama. InsyaAllah, barulah Allah menganugerahkan seorang bidadari dunia yang sempurna akhlaknya."Alif


Alif terus menyambung keterangannya...


"Bila kita dah berusaha untuk persiapkan diri, hati tak perlu gusar lagi untuk memilih pasangan hidup kerana yang menjadi ketua bidadari syurga nanti adalah golongan yang dipilih Allah swt untuk kita.." Alif


"Ya.. betol tu Alif.. itu lah maksud USAHA tadi ya akhi Cicoo.." Bohari


"Ermm.. T_T " Cicoo


...Nota hias...



Kalian faham maksud terpilih, memilih atau dipilh? Ana bagi cara mudah untuk kalian fahami..

TERPILIH
Dalam satu balang terdapat 20 biji bola pingpong.. kalian memerlukan 5 biji bola pingpong sahaja dan ambilnya dengan mata yang dipejam. 5 biji bola pingpong itu adalah bola yang terpilih..


Bermaksud.
Antara 20 wanita muslimah yang diberi perhatian oleh Allah swt hanya 5 orang sahaja wanita muslimah telah terpilih..


MEMILIH
Kalian dikehendaki memilih 3 biji bola pingpong yang elok & tidak kemek daripada 5 biji yang terpilih tadi..


Bermaksud.
Allah swt telah memilih 3 orang wanita muslimah yang telah ditapis daripada 5 orang wanita muslimah tadi.


DIPILIH
Daripada 3 biji bola pingpong tadi kalian dikehendaki pilih 1 biji yang tiada cacat cela sama ada kesan calar atau kotoran.


Bermaksud.
Seorang wanita muslimah yang solehah telah dipilih Allah swt daripada 3 orang wanita muslimah dengan lulus temuduga yakni seorang wanita muslimah yang solehah yang patuh perintah Allah, berjuang dijalan dakwah kerana Allah & Rasul.


Dan wanita muslimah itulah ketua bidadari syurga kelak yang menjadi idaman para mujahid seperti kalian dambakan..


Wallahualam


by

Bismillah...Alhamdulillah......


Assalamualaikum wbt.. Allahu Akbar...


Sungguh lama saya meninggalkan blog kesayangan ini... Teringat suatu ketika dulu, berjanji pada diri agar istiqomah dalam penulisan.. Namun kuasa Ilahi, tidak mampu saya ubah apatah lagi untuk melawannya.. Kesibukkan dalam menguruskan diri dengan menyelesaikan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang kuli kepada majikan.. InsyaAllah..Hari-hari kian berlalu, masa pun sentiasa cemburu dek malam yang telah larut.. Namun ku gagahi jua jari jemari terus menari-nari atas papan kekunci sambil ditemani bait-bait nasyid yang menyinggah ke gegendang telinga.. peacee!! ^_^ lama tak berpuisi, cenggini la jadi nya.. berterabooqq..!! he~


Minggu yang lepas ,Sabtu, berkesempatan menemani ummi wa (dan) abi ke hospital besar Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu untuk menjengah kawan-kawan ummi wa abi yang terlantar sakit. Bertolak seawal jam 4 petang walopun hanya 20 minit sahaja perjalanan dari rumah ke hospital bagi mengelak 'kehabisan' tempat parking kereta.


Sebelah kanan pegang erat tengan ummi...


Sebelah kiri genggam erat lengan abi...


Kami beriringan untuk melintas jalan... Kedua-duanya tidak mampu berjalan laju secergas dan sepantas seperti anak muda, jadi perlu kebergantungan tenaga si anak.... (terperasan, ramai yang duk tengok gelagat kami bertiga ^_^)... Beriringan masuk surau, jumpa ALLAH terlebih dahulu....


Sambil menunggu jam bergerak ke angka 5 (waktu melawat) sempat teliti gelagat pengawal keselamatan hospital "Mak Guard"...


"Sila lalu sebelah sana..." Guard


"Err..saya nak ke wad, jaga anak saya kat icu..." Si Ibu


"Tolong lalu laluan sebelah sana.." Guard (dengan muka yang masam mencuka)


Si ibu pasrah..... Terus berlalu ke laluan sebelah sana..


Yang menjadi peliknya, jika lalu ikut depan ni akan naik lif kat situ.. Jika lalu ikut laluan sana yang makan masa berminit-minit akan naik lif kat situ jugak... Jadi bagi lah peluang kepada mereka-mereka yang dalam keadaan urgent lalu ikut laluan depan ni.. (kalian bayangkan sendiri lah ya..)


Saya, ummi wa abi masih menunggu jam bergerak ke angka 5 sambil sembang-sembang ilmiah...
Saya dan ummi melihat seorang wanita menuju ke pintu utama berhadapan dengan guard dengan sedikit gopoh... dan jawapan tetap sama "Sila lalu laluan sana.." Datang lagi yang lain tak kira lelaki, perempuan, pakcik, makcik, nenek, tok wan tetap dengan jawapan "lalu laluan sebelah sana" Saya yang tengok rasa geram.. yela, makcik kot..dah tua.. jalan pon tak berapa nak stabil... T__T mana perginya sikap berperikemanusiaan..


Datang seorang lagi wanita dengan perut sarat ingin ke icu melihat suaminya yang terlibat dalam kemalangan... jawapan guard tu?? "SILA LALU LALUAN DI SEBELAH SANA.." dengan tidak melihat sedikit pon wajah wanita mengandung itu..Belum sempat saya bangun utk berhujah dengan guard tu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak bersih wajahnya menerpa pintu utama...


"Mak cik...Tolong buka pintu ini..." dengan nada yg lembut


"Awak pon sila lalu kot sebelah sana...laluan ni hanya utk emergency sahaja..." Tegas


"Mak cik..dia nak pergi tengok suaminya yang sakit...malahan dia mengandung..emergency la ni" nada tetap lembut..


"Awak ni sapa?"


"Saya saudara dia.."


"Dah-dah..lalu kot sana..!" tegasssssss


Tiba-tiba....


"Puan..bukak pintu ni..saya suruh dia masuk ikut sini..suami dia pesakit saya.... Ada apa-apa yang puan tak puas hati? atau puan nak saya report tentang kerja puan? atau puan dah bosan kerja kat sini?.." nada yang sangat lembut... "Saya tak ajar pekerja kat sini jadi kurang ajar & tak bersopan ya puan.. Terima kasih.. Assalamualaikum...


Perlahan-lahan pintu dibuka sambil wajah tertunduk ke lantai seakan-akan ingin menyembunyikan muka di bawah batu yang bersimen..


**Kesian tengok kakak yang sarat mengandung tu..mata, hidung dah merah kemerahan menahan tangis...


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Abi...errmm, seperti biasa lah dia... jalan cepat-cepat & orang pertama masuk lif... tersenyum je saya ngan ummi tengok gelagat abi..


Kami terus ke tingkat 7.. wad lelaki.. Ramai pesakit-pesakit yang terlantar.. Kebanyakkannya warga emas.. Termasuklah Pak Teh yang kami lawati yakni kawan abi merangkap pelanggan tetap kami.. Celoteh Pak Teh memang tak pernah membuatkan kami kering gusi.. Ada ja lawak yang dibuat walaupun keadaannya yang agak uzur namun senyuman yang diukir tetap manis.. Susuk tubuh yang sangat kurus sungguh menampakkan keuzurannya namun semangat dalam dirinya tidak pernah hilang.


"Kakak...Kamu tutup muka ni awat?... cam tau-tau ja.." Pakteh (sambil senyum)


"Pak Teh ni.. Macam tak penah tengok..hehe.. PakTeh tak mandi kot..Sebab tu akak tutup muka.." saya (berderai gelak ketawa kami)


"Pakteh ada TNB ni.." Pakteh


"TNB...?" Ummi


"aahhhh... TNB = TiBi.." Pakteh...


Huhuhuhu...sakit TiBi Pakteh bolah cakap ada TNB... Begitu lah Pakteh yang kami kenali.. Selalu berjenaka...Hari-hari minta ummi buatkan air teh 'manja' iaitu teh kurang pekat... Selalu saja sakat saya..


Sangat syahdu tengok Abi mengurut bahu n kaki Pakteh sambil memberi kata-kata semangat.. Ukhwah mereka sangat rapat.. Abi pula pantang dapat berita kawan-kawannya sakit, secepat mungkin akan diziarahinya..lebih kurang 10 minit melawat Pakteh, kami terus ke tingkat high class tingkat 8.. Ziarah pula sepupu ummi dan jiran sekampung.


Lebih kurang jam 6.30 ptg kami bertolak balik..


Dalam kereta macam-macam abi duk cakap..


"Ni giliran depa, giliran kita tak tau bila lagi...."


Padahal abi selalu ja masuk wad.. Sampai hospital tu dah jadi umah kedua dia..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Keesokkannya, Ahad.... Hantar kak ipaq ke Hospital... Hospital lagi?? iya.. kak ipaq ada temujanji.... Sampai ke hosptal jam menunjukan pukul 7.20 am.. Pecut kereta ke tempat kerja yang agak jauh ke daerah lain...hujan kadang-kadang lebat..Sampai ja, terus tarik hand break dan tengok jam punch card menunjukkan pukul 7.40 am... (wah lajuuuuunyeee... Bila mau berubah wahai ukhti hidayah ooiii..!)


Selasa, ke hospital lg with ummi & kak ipaq p tengok Muhaimin... Muhaimin di sahkan keracunan makanan...So, cirit birit la dia.. Alahai, Jejaka ummi & ayah ni dah kena masuk wad..kalo nak tau Muhaimin ni hensom sangat tau..memang sapa-sapa yang tengok akan berkenan lah..hehe


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Minggu tu sangat mentarbiyahkan hati ana.. Lebih-lebih lagi apabila melihat ummat Rasulullah saw berada dalam keadaan tidak sihat.. Ada yang bernyawa hanya bergantung pada mesin, ada yang boleh gelak ketawa walaupun keadaannya sakit, ada yang diam membisu.. Namun, mata ana dapat melihat di satu sudut yang terpencil.. Terlihat seorang pesakit lelaki yang sedang membaca kalam-kalam Allah.. Air mukanya bersih, alunan surah Yasin sungguh jelas kedengaran..Aluna surah Yasin yang menyinggah ke gegendang telinga ini terasa sedikit segar tubuh ana yang tadinya terasa panas membahang..Terlihat jua si ibu duduk dikerusi membetulkan tudung labuh yang dipakai apabila ana datang menyapa menghulurkan salam...

Cerita si ibu, anaknya mengidap demam panas...Dah seminggu di wad..InsyaAllah besok dibenarkan pulang.. Ada yang tak putus-putus ingat pada yang Maha Esa walapun dalam keadaan yang sakit.. Ya, masa sakit lah kena ingat Allah sokmo.. Masa sihat ingat apa?? 


Dihujung katil pula kelihatan pak cik terbaring sakit.. Mulutnya asyik kedengaran menyebut "Allah...Allah...Allah.."..Kedengaran pula doktor bercakap-cakap dengan pak cik tesebut... Sambil mengambil darah doktor mengajukan soalan..


"Pak cik dah solat asar?"doktor


"Macam mana nak solat doktor, kaki ni asyik keluar darah.. Tak henti-henti..sakit pulak tu..macam mana nak ambik wudhuk.."pakcik


"Boleh ja solat pakcik...Darah yang keluar tu boleh dimaafkan atas sebab darurat..solatkan wajib pakcik.."doktor


"Ala..nanti pakcik ganti la balik.."pakcik


"Kalo mati dulu & tak sempat ganti solat camna pakcik? mati dalam keadaan berhutang ngan Allah.."doktor


"........................"pakcik (tiada jawapan)


"Pakcik...Islam agama yang mudah..Boleh berwuduk dengan cara bertayyamum guna debu...(mengeluar sesuatu dari dalam kantung baju putih)...ajak anak pakcik ke tandas ya...Dari pakcik duk sebut nama Allah sahaja lebih pakcik menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Nya...InsyaAllah pakcik...sakit satu nikmat yang Allah berikan...nanti pakcik doakan untuk saya sekali ya"doktor memberikan nasihat sambil menggosok bahu pakcik..


*sesuatu yang dikeluarkan dari poket baju doktor td ana yakin kotak debu bertayyamum


Ana rasa ada satu tarikan...Ana follow doktor tu dari jauh...Kalau sahabat-sahabat nak tau, doktor tu akan bertanyakan soalan yang sama kepada pesakit-pesakitnya yang lain.. Soalan yang sama diajukan kepada pesakit, namun jawapannya turut sama yang diterima seperti pesakit-pesakit yang dah diambil darah tadi iaitu 'diam seribu bahasa'... Tibalah pula ke katil nombor 11..


"Assalamualaikum.. Pak cik, saya nak ambik darah sikit ni.."doktor


"Mmmm.. doktor saya nak SOLAT dulu boleh..?" pakcik


Doktor hanya menganggukkan kepala sambil melemparkan senyuman..


"Nanti saya datang ya pakcik.. Doakan untuk saya juga ya pakcilk.."doktor


Sungguuuhhh...! macam cerita dalam novel Dr. Farhan Hadi la pulak kan... Tapi begitulah.... Sakit mana yang dirasai pun, kena solat juga.. Islam adalah agama yang memudahkan manusia... Tak boleh solat berdiri, boleh solat duduk atau baring..


Seperti mana puasa dan juga menutup aurat hukumnya adalah wajib..

..::nota jari manis::..


Tarbiayah hati ana...

>> Guard yang pada mulanya berkeras hati akan peraturan namun akhirnya tunduk kerana satu teguran lembut yang menjengah ke akal terus ke hati... 

>>Ibu mengandung turut mentarbiyahkan hati ana kerana membawa satu nyawa serta amanah dalam perut yang telah memberi impak yang cukup besar yakni 'ingin merasai sendiri ada satu roh & jasad dalam perot'...^_^ kalo kembaq jadi dua roh & dua jasad..

>>Ukhwah antara abi dengan pak Teh sungguh meruntum jiwa ana...masing-masing saling mendoakan kesihatan yang baik dan lanjutkan usia agar boleh beribadat kepada Ilahi..

>>Lelaki yang mengalun ayat suci al-Quran.. Lelaki yang ditarbiyah itu sungguh menarik perhatian bukan sahaja ana, malah sesiapa sahaja yang melihatnya.. Tak percaya? Jika kalian melihat ada muslimat atau muslimin membaca al-Quran semasa menunggu bas di stesen bas, ramai yang melihatnya bukan?yela..kat stesen bas ramai orang..sudah tentu mereka-mereka yang tergolong dalam kategori ASING ini menjadi terikan orang ramai..

"Islam datang dalam keadaan pelik (asing).. dan kembali dalam keadaan pelik (asing).. Maka beruntunglah mereka yang pelik (asing) itu.."

Kalian mau terdiri daripada golongan yang ASING atau golongan yang hanya mau melihat?

>>last sekali mesti lah doktor..doktor yang merawat pesakit bukan dari sakit luaran sahaja malah sakit dalaman rohani pon dirawatnya..

p/s~ukhi Hidayah..after this mesti bawa kereta or motor ngan berhemah tau...!! ^__^

**Itu sahaja untuk kali ini..moga perkongsian ini bermanfaat**



by

Allahuma Solli Ala Saidina wa Maulana Muhammad...

SubhanaAllah..Alhamdulillah...Allahu Akhbar...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang...


Assalamualaikum... Salam Islam untuk semua pembaca yang sudi singgah ke teratak maya ana.. Jika ketua negara buat trade mark salam satu Malaysia (yang sememangnya ada satu ja Malaysia dalam dunia ni..) ana pula memulakan Salam Islam untuk entri kali ini.. Bukan nak buat kontroversi kat sini, namun nak sahabat-sahabat pikiaq sejenak.. Bahawa betapa mulia dan indahnya Islam bukan kerana sesebuah bangsa atau kaum, ana sendiri pon bukan pure melayu..Alhamdulillah dilahirkan dalam Islam...

Alhamdulillah..walaupun mesin sedang memproses plastik membingit telinga, namun kuat lagi suara ini mengulang ayat-ayat cinta dari Allah... As a production executive (insyaAllah) perlu memastikan production line berjalan dengan lancar serta perlu memastikan produk yang dikeluarkan tiada sebarang kecacatan..Tapi.........Siapa cakap tidak ada masa nak hafaz al-Quran? Berzikir? Berselawat? Beristigfar? Semuanya beralasan sibuk dengan kerja..Tak dak masa nak baca Quran....

Ohh... si Iman Thaqif 7 tahun boleh hafaz Quran dan Hadith sedangkan kanak-kanak lain sibuk dengan game, cartoon, mandi sungai, parit dan lain lain...

Kita?? Bukan 7 tahun kot... 17 tahun? 27 tahun? 37 tahun? 47 tahun? Malu la ngan kanak-kanak yang baru mengenal ABC boleh membahagikan masa waktu mengaji & bermain..

Sahabat-sahabat..
Sesibuk mana pun kita, jangan biarkan bibir kita gersang pinta menyebut bait-bait ayat Allah swt.. Biarkan bibir kita sering dibasahi zikir-zikir munajat..Biar melatah sekali pun kita menyebut kebesaran Allah.."Allahu Akhbar!"

Tiada salahnya sambil-sambil tulis laporan and then bukak handphone dengarkan selawat Nabi dan Rasul.. Kalo ada yang dengar, kita jugak yang beroleh keuntungan kerana memperdengarkan ayat-ayat yang sering memuji Allah serta Kekasihnya..

"Eh..Ustazah ke?"
"Hai Ustazah..."

Biarlah orang panggil kita dengan panggilan sebegitu..Bukan kata-kata hinaan pon..
InsyaAllah, kata-kata itu adalah satu doa.. Mana tau betul-betul jadi ustazah atau ustaz ke.. Sekurang-kurangnya kata-kata baik yang dilontarkan kepada kita..

Kalo ada orang panggil kita "Cap ayam" or "Gedik", sahabat-sahabat marah tak agaknya?? heee~

...Nota Tangan bercincin...

Maryam Umairah dah melihat dunia... Cucu ke 10 ummi wa abi.. Iman & Sofea dapat adik yang sangat comel..
12-02-12..cantikkan tarikhya..
Semoga Maryam Umairah menjadi anak yang solehah dan menjadi seorang serikandi yang berbakti kepada Islam kelak...insyaAllah.... ^__^


by




Cerita animasi Naruto boleh dijadikan strategi di medan dakwah?
betulkah?

Oke..! jom kita risik dengar perbualan dua orang sahabat di bawah ni....
Take note pada tulisan yang bergaris.. ^_^

A : Enti selalu adakan usrah menggunakan cara yang bagaimana?

B : Biasanya ana tanyangkan vedio seperti vedio Rasulullah saw.
Tak mau bagi diorang boring..

A : Ana biasa tayangkan cerita.. Seperti contoh cerita Naruto.
Begini..Enti tengok ukhwah antara naruto dengan Sasuke..

B : Ermmmm...

A : Ok..pastu enti tengok satu team akan ada tiga orang ninja.. dan ada seorang naqib..
Iaitu guru diorang..

B : Alahai..Camna ana nak terangkan pada mad'u ana nanti..

A : Ok..camni.. contohnya Rodri.. Even dia tahu yang dia tak de bakat dalam dunia ninja,
tapi dia hebat.. Sebab dia usaha..Dia tak de kuasa macam Naruto.. 
Dia tak de mata sharingan macam Sasuke..
Dia tak kuat macam Gara..
Tapi dia ada fizikal.. Dengan badan tu lah dia berlatih..
Dan menjadi antara ninja terhebat..


B : Wahhhhh...satu idea yang baru untuk ana perjelaskan dan kongsikan pada sahabat-sahabat nanti...
Gud2..!

A : That's why kita kena tengok dengan mata hati..
Not mata biasa...!!


B : Glluuupppp..!!


Ha..tu dia..dah risik dengar kan?
Pada mulanya si B ni macam pelik je lepas diberitahu si A ni tengah download cerita animasi Naruto.. Sedangkan si B ni tak suka sangat tengok cerita animasi kerana baginya cerita sebegitu akan membazirkan masa..
Si B pernah berkata kebanyakan cerita animasi or lebih dikenali cerita cartoon ni ingin menjatuhkan Islam.. Seperti contoh cerita cartun CAT & DOQ..
Kalau sahabat-sahabat perhatikan jalan cerita tu.. Alahai, betapa lemah lembutnya si anjing.. Akan tetapi betapa jahatnya si kucing..


So..why anjing tu baik sangat? why kucing tu terlalu jahat?
Dari segi pemikiran yang 'tak matang', jawapannya.............


"Ala....dah pengarahnya suh buat camtu..."

"Ishhh..kalo tak buat camtu tak jadi lah cerita..."


"Asyik kucing je yang baik..sekali sekala biarlah anjing pulak..."


"Ala...cartoon je pon...Nak bising-bising kenapa.."

Betapa hebatnya serangan pemikiran ZIONIS kepada umat ISLAM akhir zaman.. Sahabat sahabiah sedar tak sebenarnya? Cerita CAT & DOG adalah satu cara untuk menjatuhkan Islam..

Kenapa? Dimanakah salahnya??


Oke.. Sila baca yang selanjutnya..

Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah saw..
Memeliharanya adalah sunnah.. Besar pahala manusia yang mengamalkan sunnah nabi ini..


Diriwayatkan dari DAwud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yag menerangkan bahawa seorang budak memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah ternyata Aisyah sedang solat.. Lalu dia memberikan isyarat untuk menaruhnya..


Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur.. Datanglah seekor kucing memakan sedikit bubur tersebut. Ketika dia melilhat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah membersihkan sebahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya..


Rasulullah saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah saw berwudhu dari sisa jilatan kucing ~HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruquthni.

Sahabat sahabiah selalu duk share vedio kat Facebook mengenai kucing kan? kucing kena penyek..kucing kena pijak..kucing kena humban dalam air..anak kucing kena sembur angin pam tayar ..kucing kena bakar dan macam-macam lagi.. Tak kesian kah?


"Ada aku kesah...?"


Atau itukah jawapannya? 

Banyak lagi sebenarnya kartun yang berkaitan dengan kucing yang wataknya jahat..Boleh sahabat-sahabat bagi contoh lain lagi??


Animasi TWEETY? 
*anak ayam warna kuning dengan kucing..


Animasi TOM & JERRY? 
*tikus dengan kucing..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Oke.. Berbalik kepada anime Naruto diatas...
Kesimpulan yang boleh kita buat adalah UKHWAH antara Naruto dengan Sesuke sangat-sangat rapat.. ke'Ukhwah'an antara mereka sangat penting dalam memenangi misi perlawanan.. Jika mereka tidak rapat, tidak bersatu, tiada rasa ukhwah dalam hati mereka maka mereka akan sengsara dengan kekalahan..

Begitulah jua dalam dakwah..kita apply cara Naruto & Sesuke ber'ukhwah' dalam medan dakwah kita..
Ukhwah sesama akhwat & ukhwah sesama ikhwan bagaimana? Rapat dan saling teguh bukan?
Saling rindu merindui antara satu sama lain bukan?(sesama muslimat & sesama muslimin).. Ya..tanpa ukhwah sahabat-sahabat siapalah kita.. Terjalinnya ikatan ukhwah maka eratkanlah akan ikatan-ikatannya..Ukhwah fillah abadan abada..

Dalam animasi Naruto ada gurunya.. Sama juga dalam dakwah ada gurunya juga kan? Kita lebih kenali dengan panggilan Murabbi dan Murabbiah.. Merekalah yang saling tunjuk ajar kepada kita.. Yang sentiasa memberi kata-kata perangsang untuk kita terus hebat dijalan dakwah.. Jika kita rasa berputus asa, rasa jatuh terduduk malah dihimpap tangga, Murabbi lah tempat kita buat rujukan..

Dalam dakwah bakat itu tidak berapa penting namun yang paling penting adalah usaha.. Jika ada bakat tapi kurang usaha, berjalankah dakwah itu?lama kelamaan bakat pun berkurang dan hilang jika tak diasah..Akan tetapi, jika ada usaha tp kurang berbakat hasilnya amat effective sekali.. Dakwah akan berjalan dan bakat akan terus bertambah serta berkembang disebabkan usaha yang tidak kenal penat lelah..

Dakwah pon MANTOOPP..!!


That's right?


Teringat ana tentang cikgu add math time sekolah dulu..cikgu ana ni selalu bagi nasihat dan tarbiyah yg berguna kepada kami..
Antara kata-kata perangsang yang ingin ana kongsikan adalah mengenai bola sepak..cikgu ana cakap, pemain bola sepak akan menendang bola ke gawang gol dengan mencari sudut atau penjuru gol..tapi bukan di tengah-tengah pintu gol..


Oke..Bagaimana pemain-pemain bola sepak tu boleh jaringkan gol dengan menendang bola ke penjuru gol dan GOOOLLL!!?


Ya..Dengan melakukan latihan setiap hari..
Berpenat lelah.. Tak kira siang malam.. Hujan panas..
Namun hasilnya adalah kemenangan..


Sama jugak kalau kita sentiasa melakukan latihan setiap hari dalam ADD MATH..(sbb time tu kami semua lemah add math).
InsyaAllah..dengan berpenat lelah melakukan latihan namun hasilnya adalah A+..kan?


Ok..dalam dakwah pula..the same thing..
hangpa leh pikiaq bagaimana kan?


..::nota tangan::..




Sepetang bersama sahabat-sahabat..
Hujan rintik-rintik..
lepas tu Allah hadiahkan kami pelangi yang sangat cantik...


Ayuh syabab...!! Gemparkan dakwah di tempat anda..!!


by

SubhanaAllah... Alhamdulillah...La ilaha IllaAllah...Allahu Akhbar...

Assalamualaikum sahabat sahabiah.. Apa khabar IMAN sahabat sekalian? Semoga Masih tegar dan tetap tegar dijalan Allah..InsyaAllah.. Ayuh Syabab..!!

Dah lebih seminggu rasanya teratak maya ana ni tidak terusik... Komentar yang ditinggalkan dari sahabat-sahabat maya baru sahaja dibalas... Mohon maaf kerana kesuntukkan masa bagi mensiapkan diri untuk menempuhi beberapa exam dunia pada minggu ini..insyaAllah bekalan Akhirat..insyaAllah...

Alhamdulillah..Ana berpeluang berdiskusi dengan sahabat lama ana disekolah menengah dahulu.. Diskusi kami lebih kepada ilmiah dan dakwah..Tersentuh serta terusik hati ini bila menceritakan tentang sahabat-sahabat sekolah menengah dulu.. Telah lama meninggalkan mereka tanpa sebarang khabar berita.. Laman "Muka Buku" lah menjadi penghubung kami..
Sebak..Sedih dan terkejut apabila beliau sharekan kpd ana link "Muka Buku" mengenai seorang sahabat lama kami..

Seakan lena ku malam ini ditemani manik-manik jernih lagi apabila terkenangkan sahabat ana itu.. Namun, ditahan jua manik-manik mutiara yang mudah tumpah ini membasahi pipi..

Bukan tak biasa melihat perempuan-perempuan lain berbaju tapi "bertelanjang".. Lebih-lebih lagi sekarang ni semuanya dihujung jari.. Bermacam-macam gambar boleh ditonton..Tapi bila terkena pada rakan terdekat dan saudara sendiri, hati ini menjadi sedih.. Kita sentiasa sibukkan diri dengan tarbiyah orang-orang yang jauh, sibukkan diri dengan pelbagai program namun kita sebenarnya terleka akan saudara terhampir sangat memerlukan perhatian dari kita.. Mereka sangat memerlukan sahabat yang dapat membimbing mereka...

"Enti add lah dia..pastu tarbiyah lah dia.."

"Camna ana nak tarbiyah dia?.."
 
 "Enti tanya khabar dia..jangan sentuh mengenai aurat dia dulu..cuba rapatkan diri kita pada dia.."

"InsyaAllah..ana akan cuba.." 

Begitulah antara dialog kami sebentar tadi....Tiada alasan sebenarnya untuk berdakwah ..

Jom kita teliti arus kehidupan masyarakat yang tidak ingin berdakwah atau kata lain meninggalkan kewajipan.. Mungkin kita tergolong seperti di bawah ini?
Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan umat Islam yang lain..

Pertama:
"Aku masih jahil. Sebab tu aku masih belum nak berdakwah"
Oke..Nak berdakwah tak semestinya perlukan ilmu yang tinggi melangit.. Tak mungkin kita jahil sejahil-jahilnya sehingga nak sampaika satu ayat tentang Islam pun kita tak tahu.. Orang kafir pun tahu serba sedikit tentang Islam.. Student cina dalam kelas ana pon tau asal usul kejadian manusia dari ADAM & HAWA.. Tak mungkin kita sedungu itu untuk kita tidak menyampaikan dakwah..?

Kedua:
"Aku ni banyak buat benda yang tak betul. Jadi, tak layak untuk aku berdakwah"
Sampai bila kita nak tunggu sampai jadi betul dulu? Sampai kiamat pon manusia ini melakukan kesilapan. Kalau kita dah rasa kita ni betul kemudian kita berdakwah. Apa yag penting mari kita baiki diri kita untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Ketiga:
"Dulu-dulu aku banyak buat maksiat. Rasa tak layak pula nak berdakwah"
Saidina Umar r.a dulu pernah jadi pembunuh. Beliau siap bunuh anak perempuannya yang masih kecil. Apabila dia memilih hidayah, beliaulah orang yang banyak berkorban dan berdakwah untuk Islam sehingga beliau menjadi khalifah yang sangat penting. Jadi, apa alasan kita? Bukankah Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya?

Keempat:
"Aku takde masa untuk berdakwah"
Alasan sebegini memungkinkah kita untuk rasa geram dan marah.. Punya banyak masa Allah bagi, takkan nak bercakap 10 minit pun takde masa? Main bola, main game, main facebook ada masa pulak?

Kelima:
"Belum tiba masa untuk aku berdakwah"
Al-Quran dan turun 1400 tahun lepas dan Allah dan RasulNya menyeru untuk kita berdakwah sebelum kita lahir lagi..! Jadi, adakah alasan "belum tiba masa" sah untuk di guna pakai?

Keenam:
"Aku tak pandai bercakap"
Perjalanan 1000 langkah bermula dengan satu langkah. Kalau tak mula bercakap sampai bila-bila pun tak pandai bercakap. Benda ni makan masa. Kita bukan orang hebat-hebat untuk sampaikan dakwah dengan ayat-ayat bombastik..Apa yang penting Allah menilai amal baik dan buruk kita walau sebesar zarah. Jadi, susah payah usaha kita untuk pandai bercakap tidak akan disia-siakan oleh Allah walaupun sebesar zarah.

Ketujuh:
"Aku takut kena belasah apabila berdakwah"
kita wajib pelajari ilmu pertahankan diri. Perkara ini merupakan perintah Allah dalam surah al-Anfaal ayat 60 yang membawa maksud:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak ketahui. Sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)"
Apabila mempelajari ilmu mempertahankan diri, insyaAllah keberanian itu akan hadir dan kita tidak lagi takut akan makhluk..

*********

sedikit sebanyak dicedok dari SINI

Yuk...ke masjid yuk...
::..nota jari bersarungkan cincin..::

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung."
 (Ali 'Imran " 104)
Jadi sahabat sahabiah yang ana kasihi sekalian... Tiada alasan untuk mengajak kearah kebaikkan..

oke..! ana bagi satu contoh yang simple untuk berdakwah secara halus..

"Cantiknya tudung..awak beli kat mana ni?"


"Beli kat pesta konvo hari tu."

"Oh...yaka.. cantiknya awak lilitkan camtu."


"Well..hehehe..senang ja ni..meh saya ajar awak lilitkan..."
 
****10 minit kemudian****


"Jadi ke?cam longgar jer.."


"mmmmmmm"


"ha..saya ada cara yang senang dan simple serta jimat masa..buat lurus ke bawah camni, and then letak kerongsang di bahagian bawah dan selitkan dengan jarum kat tengah2..ha, tak sampai dua minit dah siap..lagi cantik la awak pakai camni..Allah pun suka tau"


 "A'ah kan..lagi cepat..^_^"

Wallualam..mohon tegurannya..

by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...