SubhanaAllah... Alhamdulillah...La ilaha IllaAllah...Allahu Akhbar...

Assalamualaikum sahabat sahabiah.. Apa khabar IMAN sahabat sekalian? Semoga Masih tegar dan tetap tegar dijalan Allah..InsyaAllah.. Ayuh Syabab..!!

Dah lebih seminggu rasanya teratak maya ana ni tidak terusik... Komentar yang ditinggalkan dari sahabat-sahabat maya baru sahaja dibalas... Mohon maaf kerana kesuntukkan masa bagi mensiapkan diri untuk menempuhi beberapa exam dunia pada minggu ini..insyaAllah bekalan Akhirat..insyaAllah...

Alhamdulillah..Ana berpeluang berdiskusi dengan sahabat lama ana disekolah menengah dahulu.. Diskusi kami lebih kepada ilmiah dan dakwah..Tersentuh serta terusik hati ini bila menceritakan tentang sahabat-sahabat sekolah menengah dulu.. Telah lama meninggalkan mereka tanpa sebarang khabar berita.. Laman "Muka Buku" lah menjadi penghubung kami..
Sebak..Sedih dan terkejut apabila beliau sharekan kpd ana link "Muka Buku" mengenai seorang sahabat lama kami..

Seakan lena ku malam ini ditemani manik-manik jernih lagi apabila terkenangkan sahabat ana itu.. Namun, ditahan jua manik-manik mutiara yang mudah tumpah ini membasahi pipi..

Bukan tak biasa melihat perempuan-perempuan lain berbaju tapi "bertelanjang".. Lebih-lebih lagi sekarang ni semuanya dihujung jari.. Bermacam-macam gambar boleh ditonton..Tapi bila terkena pada rakan terdekat dan saudara sendiri, hati ini menjadi sedih.. Kita sentiasa sibukkan diri dengan tarbiyah orang-orang yang jauh, sibukkan diri dengan pelbagai program namun kita sebenarnya terleka akan saudara terhampir sangat memerlukan perhatian dari kita.. Mereka sangat memerlukan sahabat yang dapat membimbing mereka...

"Enti add lah dia..pastu tarbiyah lah dia.."

"Camna ana nak tarbiyah dia?.."
 
 "Enti tanya khabar dia..jangan sentuh mengenai aurat dia dulu..cuba rapatkan diri kita pada dia.."

"InsyaAllah..ana akan cuba.." 

Begitulah antara dialog kami sebentar tadi....Tiada alasan sebenarnya untuk berdakwah ..

Jom kita teliti arus kehidupan masyarakat yang tidak ingin berdakwah atau kata lain meninggalkan kewajipan.. Mungkin kita tergolong seperti di bawah ini?
Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan umat Islam yang lain..

Pertama:
"Aku masih jahil. Sebab tu aku masih belum nak berdakwah"
Oke..Nak berdakwah tak semestinya perlukan ilmu yang tinggi melangit.. Tak mungkin kita jahil sejahil-jahilnya sehingga nak sampaika satu ayat tentang Islam pun kita tak tahu.. Orang kafir pun tahu serba sedikit tentang Islam.. Student cina dalam kelas ana pon tau asal usul kejadian manusia dari ADAM & HAWA.. Tak mungkin kita sedungu itu untuk kita tidak menyampaikan dakwah..?

Kedua:
"Aku ni banyak buat benda yang tak betul. Jadi, tak layak untuk aku berdakwah"
Sampai bila kita nak tunggu sampai jadi betul dulu? Sampai kiamat pon manusia ini melakukan kesilapan. Kalau kita dah rasa kita ni betul kemudian kita berdakwah. Apa yag penting mari kita baiki diri kita untuk jadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Ketiga:
"Dulu-dulu aku banyak buat maksiat. Rasa tak layak pula nak berdakwah"
Saidina Umar r.a dulu pernah jadi pembunuh. Beliau siap bunuh anak perempuannya yang masih kecil. Apabila dia memilih hidayah, beliaulah orang yang banyak berkorban dan berdakwah untuk Islam sehingga beliau menjadi khalifah yang sangat penting. Jadi, apa alasan kita? Bukankah Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya?

Keempat:
"Aku takde masa untuk berdakwah"
Alasan sebegini memungkinkah kita untuk rasa geram dan marah.. Punya banyak masa Allah bagi, takkan nak bercakap 10 minit pun takde masa? Main bola, main game, main facebook ada masa pulak?

Kelima:
"Belum tiba masa untuk aku berdakwah"
Al-Quran dan turun 1400 tahun lepas dan Allah dan RasulNya menyeru untuk kita berdakwah sebelum kita lahir lagi..! Jadi, adakah alasan "belum tiba masa" sah untuk di guna pakai?

Keenam:
"Aku tak pandai bercakap"
Perjalanan 1000 langkah bermula dengan satu langkah. Kalau tak mula bercakap sampai bila-bila pun tak pandai bercakap. Benda ni makan masa. Kita bukan orang hebat-hebat untuk sampaikan dakwah dengan ayat-ayat bombastik..Apa yang penting Allah menilai amal baik dan buruk kita walau sebesar zarah. Jadi, susah payah usaha kita untuk pandai bercakap tidak akan disia-siakan oleh Allah walaupun sebesar zarah.

Ketujuh:
"Aku takut kena belasah apabila berdakwah"
kita wajib pelajari ilmu pertahankan diri. Perkara ini merupakan perintah Allah dalam surah al-Anfaal ayat 60 yang membawa maksud:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak ketahui. Sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)"
Apabila mempelajari ilmu mempertahankan diri, insyaAllah keberanian itu akan hadir dan kita tidak lagi takut akan makhluk..

*********

sedikit sebanyak dicedok dari SINI

Yuk...ke masjid yuk...
::..nota jari bersarungkan cincin..::

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung."
 (Ali 'Imran " 104)
Jadi sahabat sahabiah yang ana kasihi sekalian... Tiada alasan untuk mengajak kearah kebaikkan..

oke..! ana bagi satu contoh yang simple untuk berdakwah secara halus..

"Cantiknya tudung..awak beli kat mana ni?"


"Beli kat pesta konvo hari tu."

"Oh...yaka.. cantiknya awak lilitkan camtu."


"Well..hehehe..senang ja ni..meh saya ajar awak lilitkan..."
 
****10 minit kemudian****


"Jadi ke?cam longgar jer.."


"mmmmmmm"


"ha..saya ada cara yang senang dan simple serta jimat masa..buat lurus ke bawah camni, and then letak kerongsang di bahagian bawah dan selitkan dengan jarum kat tengah2..ha, tak sampai dua minit dah siap..lagi cantik la awak pakai camni..Allah pun suka tau"


 "A'ah kan..lagi cepat..^_^"

Wallualam..mohon tegurannya..

by

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

~An-Nur~ said...

ya... kita selalu susah untuk berdakwah..
kita nampak yang jauh tp lupa kawan sahabat terdekat yg amat memerlukan sokongan kita...

~Setanggi Syurga~ said...

^__^..yup...tanpa sedar org sekeliling kita sgt memerlukan syabab...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...