Mula-mula terpeluk. Kemudian tercium pula. Itu pun belum lagi kehidupan dibelakang lensa kamera. Entah apa jenis maksiat pula yang artis kita lakukan. Inilah rona-rona kehidupan artis yang tidak mengikut ketepatan-ketepatan Allah swt. Rona-rona ini bukanlah suatu masalah bagi mereka. Malah sukar sekali untuk kita temui artis yang tidal bergelumang dengan maksiat.
Apa yang menyedihkan para pencipta Islam, golongan artis adalah ikon bagi masyarakat. Masyarakat hari ini bagaikan tidak kenal siapa ikon atau siapa role model mereka yang sebenar iaitu junjungan agung Nabi Muhammad saw. mereka lebih suka untuk mengikuti arus perkembangan semasa berbanding menteladani Nabi saw.
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) ~al-Ahzaab:21~
Pernah satu ketika selepas makan malam bersama keluarga tercinta, pantas jari jemari menekan remote contol tv. Terlihatnya satu program realiti. Kita memang sudah JIJIK mendengar AKEDEMI FANTASIA. Namun program realiti tv yanterlihat dan tersaksikan oleh jasad ini adalah melibatkan golongan kanak-kanak. NAUZUBILLAH....!! ASTAGFIRULLAH...!! Progam IDOLA KECIL yang menjadi ikutan para anak-anak kita... Sungguh hebat seranngan pemikiran "Ghawazul fikh" dalam masyarakat kita akhir zaman ini. Anak-anak kecil sudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat. Mentaliti anak-anak kita sudah terakam aksi-aksi yang membimbangkan. Yang menjadi tanda tanya sekarang, kenapa disiarkan siaran program realiti tv yang langsung tidak memberi manfaat kepada golongan-golongan muda mudi malah memberikan impak yang buruk terutama kepada golongan remaja dan kanak-kanak pada jam 9.00 malam?? Tetapi menayangkan program-program Islamiah pada waktu hampir-hampir masuk waktu maghrib?? Apa motifnya??
Lebih mendukacitakan lagi, kebanyakkan artis masa kini adalah golongan yang bejat akhlaknya, lemah keperibadiannya dan berhibur tidak mengikut hukum syarak. Maka apa yang dilakukan oleh artis itulah yang ditiru oleh sebahagian besar masyarakat hari ini terutamanya golongan remaja. Oleh yang demikian, masyarakat yang menjadi peniru artis ini juga turut terjerumus dalam lembah kehinaan hedonisme.
Perkara ini berlaku sudah tentu kerana masyarakat hari ini telah kehilangan ubat yang paling mujarab iaitu sistem kehidupan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. Apabila ketetapan Ilahi tidaj dituntuti, artis semakin ramai rosak dan penyakit ini berjangkit kepada masyarakat yang meniru perbuatan mereka.
Perbuatan artis yang terang-terang melanggar hukum syarak di khalayak ramai seperti bersentuhan sesama lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, menghina isteri Nabi saw, bergaul bebas dan sebagainya langsung tidak dikenakan uqubat (hukuman) seperti yang ditetapkan oleh Allah swt. Sebaliknya paling tidak pun mereka di gam, didenda dan dikenakan hukum hakam sekular sahaja dimana tindakan-tindakan ini langsung tidak memberikan keinsafan kepada golongan artis dan masyarakat.
Justeru. Daulah Khalifah adalah ubat bagi penyakit yang kian membarah ini. Ini adalah kerana Khilafahlah yang akan mengenakan uqubat kepada pesalah-pesalah yang memberikan kesan seperti keinsafan dan pencegahan. Tanpa Khilafah, tidak mungkin sistem uqubat dapat dijalankan kerana pemerintah sekular hari ini sememangnya rela mengangkat hukum hakam penjajah jufur dan membenci hukum hakam Allah swt. Dan Khilafah-lah satu-satunya institusi politik yang akan menerapkan Islam secara 100%.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyara. ~al-Baqarah:208~
Jadi, apakah yang kita harapkan lagi daripada sistem yang sedia ada? Adakah kita mahu kaum muslimin terutamanya ahli keluarga kita menjadi rosak seperti kebanyakan artis kita disebabkan oleh penerapan sistem kufur? Atau mengharapkan 'tranformasi', bak kata PM kita? Tiada apa yang boleh diharapkan daripada mereka, kerana janji manis sudah terlalu banyak kali ditabur, namun manisnya hanya itu menyebarkan penyakit dikalangan UMMAT!
from: TEKAN SINI
..::nota mujahidah::..
Perbezaan anak-anak kecil yang diberi pendidikan disekolah masing-masing. Umur, jantina, susur galur keluarga yang sama namun institusi pendidikan yang berlainan..
Situasi pertama..
Kakak: Hari ni belajaq pa kat sekolah?
Adik: Hari ni cikgu ajaq menyanyi..."Anak ayam dikejar musang....lalalalalalaaaaa"...
Petang..siang..malam..."Anak ayam dikejar musang.....lalalalala"
Kakak: Ishh!! yang sama ja...!!
Situasi kedua..
Mama: Hari ni anak mama belajaq apa kat sekolah?
Thaqif: Hari ustazah ajaq pasai hadith..."Hadith pertama... Innamal a'mallubinniat.........setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat........."
Tiap-tiap hari...."innamal a'mallubinniat.............setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat........"
Nilai lah... Apakah Institusi pendidikan pada situasi di atas ini?
wallualam...
by
Follow @Setanggi_Syurga
2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Subhanallah .. perbezaan yg ketara tapi situasi ni benar-2 berlaku .. moga saya dapat didik anak saya macam situasi anak yg kedua .. =)
Naurah Iman
insyaAllah..moga Allah permudahkan segalanya...^^
Post a Comment