Siapa tidak kenal Facebook? Facebook merupakan laman sosial yang
merevolusikan cara kita berkomunikasi, cara kita bergaul, cara kita mencari kawan. Sememangnya pada awal penciptaannya, ia
dianggap satu kelebihan di mana ia memudahkan perhubungan antara rakan kolej
dalam bidang yang sama; begitulah menurut pengasasnya.
Namun, sejak kebelakangan ini, laman sosial yang punyai ratus juta pengguna di seluruh dunia ini semakin disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dan ia bukan sahaja mengundang pelbagai perkara negatif tetapi juga membiakkan kegiatan jenayah.Dan lebih teruk lagi, menurut Ustaz Zaharuddin, ia sebenarnya membiakkan dosa yang tanpa kita sedar kita sedang melakukannya.

Antara
perkara yang ditegaskan oleh Ustaz Zaharuddin, tentang Dosa
Bersarang di Facebook:
1) Mendedahkan keaiban suami atau isteri:
Meluahkan
perasaan sedih, kecewa, benci dan marah terhadap pasangan masing-masing melalui
status mereka. Sememangnya bukan tujuan mengaibkan atau menjatuhkan
maruah, sekadar melepaskan tekanan diri, namun tanpa disedari ini juga
tergolong dalam kategori mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Kenyataan
seperti itu menjelmakan maksud tersirat bahawa pasangan tersebut sedang
berperang dingin, lantas tercetuslah idea bahawa berlaku kekurangan pada salah
seorang daripada mereka.
2) Terlebih gambar:
Sememangnya fitrah wanita inginkan pujian dan
perhatian. Maka berlambak-lambaklah gambar dimuat naik dengan pelbagai gaya,
aksi dan fesyen. Yang menjadi bahayanya pabila menjadi tatapan ramai
lelaki yang kemudiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau
senda dan membuat lamaran “nafsu. Wanita menjadi pameran lelaki umum? Dosa
jawabnya.
3)
Penyamaran:
Terdapat lelaki yang menyamar sebagai wanita
untuk menjadi “friend”, lantas mendapatkan maklumat dan gambar yang dikhaskan
akses untuk rakan wanita sahaja. Si wanita yang pada asalnya berasa selamat,
rupa-rupanya telahmendedahkan gambar kepda orang yang tidak sepatutnya.
Jadi, pastikan gambar anda masih terhad dan terjaga.
4) Muat turun gambar untuk simpanan dan
tatapan:
Kerana mudahnya mengakses gambar sesorang, lelaki berhati buas memuat turun gambar tersebut untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya. Banyak wanita menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian, tanpa disedari berkongsi saham dosa dengan lelaki seperti itu. Dosa mendedahkan aurat serta maruah wanita. Simpan sahaja gambar cantik molek untuk tatapan suami yang sah, dan tunggulah pujian para malaikat dan bidadari syurga nanti.

5)
“Tagging” tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat:
Terdapat “trend” memuat naik dan menyebarkan gambar-gambar
lama yang tidak menutup aurat melalui “tagging” tetapi kini telah pun
menutup aurat. Justeru penyebarannya adalah haram. Gambar yang menutup aurat
tetapi dalam keadaan yang mengaibkan juga mengundang dosa kerana menyebarkan
keaiban orang lain.
6) Mengutuk diri sendiri dan kebaikan diri:
Ada juga mereka yang dahulunya di waktu
sekolah ataupun universiti berpenampilan cukup solehah and “extra caution”
dengan aurat, namun kini telah berubah fesyennya yang lebih berani. Apabila
tersiar gambar-gambar “extra caution” itu mereka secara tak sedar
mengutuk diri sendiri dengan kata-kata “zaman solehah”, “zaman
innocent”, “zaman suci” dan sebagainya. Adakah sekarang anda sudah tidak suci?
Adakah anda sekarang sudah tidak solehah? Anda yang mengutuk diri anda sendiri.
Melayukini.net -Artikel ini boleh
dibuat sebagai renungan diri kita sendiri dan orang lain. Jelas dosa ada di
mana-mana sahaja. Sejak Facebook mula popular, sejak itulah pelbagai fitnah
timbul antara dari kalangan wanita. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menggunakan
medium Facebook.
by
Follow @Setanggi_Syurga
by
3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
kebenaran yg sukar disangkal..
apalah yg dapat diharapkan akan kebaikan yg banyak terhadap satu ciptaan yg dibina bukan semata2 keranaNya dan pula penggunanya adalah dari golongan yg pelbagai...
fuad ansari~itulah dinamakan manusia..Yang sering leka & alpa tentang ciptaan oleh Pencipta Yang Esa.yang hanya sementara. moga mereka insaf..insyaAllah..syukran akhi.
nauzubillah...alhamdulillah ana x ada FB...
Post a Comment