بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بينكما فِيْ خَيْرٍ 

Maksudnya:
Moga Allah berkati untuk kamu berdua. Ya Allah, berkatilah kedua-dua mereka, dan menghimpunkan kedua-dua mereka dalam kebaikan.

Alhamdulillah, wa syukurilah..

Tahniah kak Ziela & suami. Walimah kak Ziela berlangsung pada 2 Jun 2012. Nampak sangat-sangat meriah walaupun diri ini hanya menatap beberapa keping gambar. Pada mulanya rancang nak meraikan pengantin, namun ana pula ada hal yang tak dapat dielakkan. Maaf ya kak ziela, insyaAllah walimah kak Nofa nanti Hidayah pergi & then kita semua boleh jumpa, boleh berinai, boleh sembang lama-lama, boleh itu ini, boleh usik mengusik bakal pengantin. heh? ^_^

Gerenti time nak balik nanti habis basah pipi. Jadi mulai sekarang kena simpan air mata, tak mau buat drama yang bukan-bukan.

xxxxxxxxxxxxxxxx

Ana sebenarnya nak kongsi sedikit mengenai busana muslimah pengantin yang dikenakan oleh kak Ziela. Apa pandangan kalian tentang baju pengantin perempuan?

Pengantin with kak Nofa
Bagi ana baju pengantin perempuan sangat-sangat sopan. Yang sangat penting adalah menutup AURAT. Tudung labuh menutupi dada, tidak ketat, malahan tidak jarang walaupun baju berwarna putih suci.

Jika dilihat mana-mana gambar di laman sesawang sama ada di facebook mahu pun blog kebanyakkan gambar-gambar pengantin yang mengenakan pakaian yang tidak mengikut syariat. Bagi ana, 'majoriti' pengantin tidak mengikut syariat Islam dalam pemakaian mahu pun dalam bab solek menyolek dan sangat 'minoriti' pengantin yang mengikuti syariat Islam.


Kadang-kadang terasa hairan, tatkala membaca kad jemputan perkahwinan mesti ada perkataan seperti "semoga Allah memberkati masjlis kami", "semoga majlis ini dirahmati Allah", dan pelbagai lagi ayat yang bersandarkan kepada Allah. Namun, bagaimana Allah ingin memberikan rahmat-Nya serta keberkatan-Nya sedangkan para pengantin tidak menjurus kepada peraturan yang telah elok diaturkan oleh Yang Maha Berkuasa lagi Maha Tahu?


Ok. Hati kena 'bersangka baik' & mendoakan keberkatan serta kerahmatan dari Allah datang mencurah-curah. Ameen!


Kepada bakal-bakal pengantin, bersederhanalah kalian dalam urusan duniawi dan lebihkan kepada akhirat..


Sedikit pemerhatian ana dalam musim walimatulurus ini dan sedikit perubahan yang ana cuba lakukan sebaik mungkin sebagai panduan kepada kita semua. Dua perkara yang ana tekankan iaitu:


1) HIBURAN
Biasa yang kita dengar tuan umah akan sediakan DJ untuk memeriahkan majlis dan akan menyajikan lagu pengantin, lagu cinta, dan lagu yang 'lagha'. Apa kata kalau kita ubah hiburan yang disajikan tu seperti mendendangkan lagu nasyid, burdah, dan berzanji. Tidak pun perdengarkan alunan taranum al-Quran.


Ana sertakan beberapa link lagu yang boleh didendangkan dan sedap didengari telinga. InsyaAllah.


Saat Lafaz Sakinah ~ Far East
Burdah ~Mesut Kurtis
Barakallah ~ Maher Zain
Selamat Pengantin Baru ~ Nada Murni
Isteri Cerdik Yang Solehah ~ The Zikr


Hanya pandangan ana, jika tak sesuai mohon teguran.
Nasyid dari kumpulan The Zikr yang paling ana suka. (sila clik tulisan merah untuk mendengar alunannya)


2) HIASAN
Baju pengantin perempuan penuh dengan corak, renda, dan pelbagai kilauan. Bahkan 'ketat' lagi 'sendat' malah ada yang sampai mata boleh 'scan' hingga ke dalam. Ana rasa harga baju-baju yang sedemikian mencecah ratusan ringgit bahkan hanyalah sewa sahaja. Yang menambahkan kekecewaan ana apabila si pengantin sanggup menanggalkan tudung dan mencukur bulu kening. Sedangkan sebelum ini elok ja bertudung dan tidak pernah mengukir kening. 


"Ala.. Bukan selalu.. Sekali saja dalam hidup.. Lagikan ni hari bahagia."


Ok..! Alasan yang terlalu biasa.. Agaknya hidup ini ditentukan olehnya bukan oleh Allah. Jika ditakdir Allah kalian berkahwin lagi kerana berlaku kematian atau penceraian, jadi tidak perlulah berkata "sekali saja dalam hidup", kerana MATI sahaja yang sekali dalam hidup tiada dua mahu pun tiga. Muhasabah dirilah kepada kalian yang pernah mengucapkan perkara yang sedemikian.


Ana tunjukkan contoh pakaian yang sangat-sangat simple bagi pandangan mata ana namun tetap ohsem.. Canteekk..! ^_^


Credit gambar dari Ustaz 'Ali Irfan & zaujah dari blog BroHamzah

Baju pengantin perempuan ni lagi simple. Hanya jubah biasa , harga tak sampai pon RM80 ^_^.


Kalau dikatakan berkahwin, sudah tentu pelamin adalah antara satu daya tarikan para tetamu yang hadir. Bagi ana sendiri, tak ada pelamin sebenarnya tak menjadi masalah, malahan tiada dalam rukun nikah. Kalau tiada pelamin sekali pun majlis akad berlangsung juga, yang penting majlis akad & walimah yang dilangsungkan diberkati Allah. Nak buat pelamin sekadar yang mungkin boleh saja, namun elakkan dari pembaziran kerana itu adalah amalan syaitan. Ye dak?



إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورً


“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan-syaitan dan adalah syaitan itu sangat mengengkari akan Tuhanya”
~al-Isra':27~


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Seseorang pernah melontarkan persoalan kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI)

“Salam, Ustaz apakah hukumnya menabur beras pada pengantin?”

UAI menjawab : “Boleh jika sekirnaya yang berkahwin itu adalah ayam”


Seharusnya adalah dengan meletakkan Islam sebagai “The Way of Life” adalah yang terbaik, sebab Islam adah penyelamat yang hakiki dan abadi jika dibandingkan dengan Adat Melayu yang hanya terkenal di bumi Malaysia, tidak di tempat lain.

Memetik daripada nukilan Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya “Halal dan Haram”
Pada Hakikatnya Segala Sesuatu adalah Mubah (Harus)
Rangka berfikir yang diterapkan oleh Islam ialah pada hakikatnya segala sesuatu yang dicipta oleh Allah itu adalah halal dan tidak menjadi haram hinggalah ada nas pasti daripada Syar’I (Allah swt) yang mengharamkannya.

Sepotong hadith menyatakan:

“Apa sahaja yang dihalalkan Allah swt di dalam kitabNya dia adalah halal, dan apa sahaja yang diharamkan adalah haram. Dan apa sahaja yang tidak disebutkan  oleh Allah swt maka dia adalah ampunan, terimalah ampunan Allah swt kerana Allah swt tidak melupakan apa pun.”

(riwayat Tarmidizi dan Ibn Majah)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bersambung balik mengenai hari bahagia kak Ziela.

Kak Ziela & Suami.. ^_^

Ni dia akak-akak yang ana sayangi.. Dari kiri kak Anis yang Comel, kak Ziela yang Cantik & kak Nofa yang Jelita.. 


Sungguh rindu kat akak-akak semua.. Walaupun dengan kak Ziela kita tak berapa sempat nak 'bermesra' lebih tapi ana rasa seperti kenal kak Ziela dah sangat lama.. Sungguh kak..! Teringat time kita semua tidur kat surau blof F Sime Darby UUM.. ^_^


Semoga kak Ziela & suami berbahagia hingga ke syurga..

Luv you all..!!

...nota cinta buat mu...

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum:21) 

“Ya Allah kurniakan kami dari kalangan isteri-isteri kami dan zuriat kami sebagai penyejuk mata kami. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan).


by

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Anonymous said...

Salam. Boleh tahu mane butik untuk sewa baju pengantin muslimah yang tidak ketat dan tidak tabarruj? Ana telah bernikah dan kami sedang hadapi masalah mencari baju pengantin perempuan yg syariah compliance..

~Setanggi Syurga~ said...

waalaikumsalam. Kalo butik saya kurang tahu..b'coz baju nikah & walimah saya beli jubah biasa je.. boleh tengok entri ni http://setanggi-permata.blogspot.com/2013/05/mudahnya-menikah.html

dan entri ni http://setanggi-permata.blogspot.com/2013/04/sah-menjadi-imamku-my-soulmate.html

Bagi ana better beli yang murah2 daripada sewa..sewa dapat pakai sekejap ja..tapi masing2 ikut pendapat sendiri..tidak membazir itu lebih baik..:)

Barakaallah ukhti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...