Assalamualaikum wbt. Salam Mahabbah kepada kalian semua..
Malam ni teringin nak join segmen ini. Bagi ana insyaAllah segmen ini sangat bagus kerana dapat mengeratkan ukhwah antara rakan seblogger.
Jika kalian nak join, sila clik banner kat atas ni.. |
InsyaAllah, 6 perkara tentang ana..
1) Ulat buku
"Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran."
~Riwayat al-Tirmizi~
InsyaAllah, ana diberi kesempatan untuk menelaah pelbagai buku walaupun diri ini sangat sibuk namun akan mengambil masa dalam sehari untuk membelek buku. Sekarang ni ana sedang bertungkus lumus menghabiskan buku karangan Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi bertajuk Cinta High Class. Kebanyakan sahabat ana tak tahu yang ana ni ulat buku sebab ana baca buku hanya kat rumah.
Namun, buku yang paling ana suka yang ditinggalkan oleh junjungan besar Rasul kita yakni al-Quran. Sentiasa dibawa untuk temankan ana ketika keluar dari rumah.
Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.
– Hadis Riwayat Muslim.
Jom sama-sama target dalam seminggu kita dapat habiskan 3 juzuk. Boleh? Nanti dah masuk Ramadhan InsyaAllah dapatlah buat pembaikkan dengan 1 juzuk sehari. Jadi dapatlah khatam sebuah al-Quran dalam bulan puasa.
2) Suka Menjahit
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” ~An-Nur (24):31~
Salah satu hobi tetap ana sebenarnya. Bukan jahit baju, tapi jahit Tudung labuh & niqab. Dalam sehari boleh siap 5 helai. Tu pun jika tak de orang ganggu. Jadi, ana dah jimat untuk upah orang jahit.
Ayat al-Quran mengenai wanita
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” ~Al-Ahzab (33):59~
3) Berniqab
Sehelai kain kecil sentiasa berada diwajah.
"Alangkah indahnya andai daulah islamiyyah tertegak, tidaklah orang yang berniqab kelihatan pelik."
Indahnya ummat Islam itu bukan kerana dia adalah seorang Muslim tetapi yang mengindahkan ummat Islam adalah pelaksanaan syariat Islam di dalam kehidupannya.
Kalian boleh rujuk DISINI.
4) Benda alah ni sentiasa bersama.
Ni namanya STRAW. Straw ni sentiasa ada dalam handbag. Apabila mengenakan niqab senang nak hirup air tatkala minum dikhalayak ramai. Tak susah pon.. :)
5) Suka Jubah
Semestinya ana memang suka pakai jubah daripada baju kurung. Ana dah lama sangat tak pakai baju kurung. Last ana pakai baju kurung tak silap 5 tahun yang lepas. Bagi ana, senang dan cepat pakai jubah.
6) Fanatik si comel 'kucing'
I LOVE THEM..!
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
..nota ibu jari..
Salam taaruf..!!
by
Follow @Setanggi_Syurga
10 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
salam..terima kasih sudi join segmen kina yang xseberapa nyh..harap2 ianya dapat mengeratkan ukhwah kita:)
wah harinyh..kina dapat juga sedikit ilmu dari perkonsian akak:)
follow awk. u'r d real idol of muslimah ^^
Kinara~afwan sayang..smg ukhwah diredhai Allah..
atiqah~salam ukhwah..^^
Anzulna~^^ syukran sudi follow..^^
wahh bestnya n3..salam kenal n gudluck ya..
dtg dari segmen yg same. follow sini. 596 ;)
http://farizafairuz.blogspot.com/2012/05/segmen-2-6-perkara-tentang-saya.html
salam kenal...dah follow awk.. :)
salam..sy pun suka kcing.. mkhluk Allah yg sngt c0mey nie~
balas kunjungan awak :)
follow jugak. 617 :)
Alhamdulillah.. ^^
salam ukhwah..
suka jahit?? boleh la tlg jahitsatu utk saya hihi
gurau je..
thanx follow saya..
done follow awk..
salam ukhwah
saya suka jubah jugak
baru ada 1 jerr
maaf late blogwalk
http://sayacikamal.blogspot.com/2012/06/segmen-2-6-perkara-tentang-saya.html
saya follow sini
Post a Comment