Showing posts with label penyertaan. Show all posts
Showing posts with label penyertaan. Show all posts

Klik banner & join.

Setanggi Syurga blogger dari TERENGGANU.

TERENGGANU ada UAI  (Ustaz Azhar Idrus) & TGAH (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

Salam Taaruf..!

Tag






Saat terdetik di hati ini,
Seumur hidupku apakah ada redha-Mu?
Atau aku hamba yang durhaka.
Ya Allah, Terimalah HIJRAH ini.
Selamatkanlah diriku.
Moga ku bukan hamba yang rugi.

-------------------------------

Alhamdulillah.. Mungkin ini rezeki bulan Ramadhan. Ana 'dinobatkan' sebagai pemenang utama dalam pertandingan Konspirasi Blogger Kreatif 2012. Niat hanya ingin sebarkan sedikit kemanisan dakwah yang dirasai dalam diri untuk para sahabat dan sahabiah. Sememangnya tak tau pun hadiahnya sebegitu besar jumlahnya. Masa sertai satu bulan yang lepas ana hanya copy & paste sahaja dari entri ana yang lama.
Syukran kepada pemilik blog yang sudi memilih cerpen nukilan hati ana itu sebagai pemenang (Senyum meleret ja ni).

Boleh review cerpen DISINI.

"Kawan i cakap, kalau nak jadi penulis yang berwibawa, mestilah banyak baca buku karangan orang-orang yang sangat berwibawa tau, sampai sendiri pon duduk sekali dalam rak buku ni.."

...nota singgah sahur...

Duhai hati, siapalah yang akan mengerti.
Sejak perginya dia, kekosongan menyelubungi diri.
Sejak perginya dia, hatiku rebah tersungkur.
Namun aku lupa DIA sentiasa ada.
Bila ku rebah, bila ku jatuh, bila ku tersungkur, DIA bangkitkan aku bangun dengan megah.

by

Tekan banner untuk join..^^


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). karena itu, Barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan Barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (QS. Al Baqarah: 185)


Surah  Ad Dukhan ayat 3

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ

Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi ~1369~dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.
1369~ Malam yang diberkahi ialah malam Al Quran pertama kali diturunkan. di Indonesia umumnya dianggap jatuh pada tanggal 17 Ramadhan.

Surah Al-Fajr ayat 2
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
dan malam yang sepuluh~1572~ 
1572~Malam yang sepuluh itu ialah malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan. dan ada pula yang mengatakan sepuluh yang pertama dari bulan Muharram Termasuk di dalamnya hari Asyura. ada pula yang mengatakan bahwa malam sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.

Salam Mahabbah buat sekalian khas buat Niera terutamanya.. InsyaAllah, mukaddimah panjang sedikit. Niera, izinkan ana sediakan 'cebisan' entri yang lain sedikit kerana kebanyakkan entri dari sahabat-sahabat yang telah join ana rasa agak sama dengan apa yang ada dalam kotak fikiran ana sekarang. Jadi ana fikir ana nak kongsikan perkara ini:
SENARAI SEMAK IBADAH WANITA "ABC" PADA BULAN RAMADHAN

ABC lebih dikenali Allah Bagi Cuti.
Oke..!
1. Menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan.
2. Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah. Ganjarannya  "Doa antara azan dan iqamah tidak ditolak." (Riwayat al-Tirmizi)
3. Membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal antaranya:
-Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau solat Subuh.
-Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
-Mempersiapkan pakaian solat mereka.
-Nasihati mereka supaya giatkan beramal.

Rasulullah saw bersabda "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." (Riwayat Muslim)

4. Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa.
5.Berdoa dan beristighfar.
6. Mendengar bacaan al-Quran.
7. Menuntut ilmu sama ada dengan mendengar dari televisyen, radio atau membaca buku.
8. Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas. Rasulullah saw bersabda "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yag berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." (Riwayat al-Tirmizi)

Ermm... Antara kelebihan kepada para muslimah-muslimah di bulan Ramadhan.. Harap Niera terima entri ni..

Ilalliqo'

..nota selepas Ramadhan..
Orang celaka selepas Ramadhan
Rasulullah saw bersabda "Celaka sungguh orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidaj berselawat ke atasku. Celaka sungguh orang yang sempat bersama Ramadhan dan berlalunya bulan itu tetapi dia tidak mendapat keampunan. Celaka sungguh orang yang berkesempatan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, tetapi tidak dimasukkan ke syurga."
~Riwayat Ahmad~

by



Click banner untuk sertai.

"Aku terima nikah Maryam Sofea binti Marwan Solihin dengan mas kahwinnya RM250 tunai." kata keramat yang lahir dari bibir Izzul Harith bin Ibrahim.

Tersenyum sendiri Maryam menatap gambar di hari bahagianya dua tahun yang lalu. Hatinya sudah dimiliki oleh seorang mujahid pilihan Allah untuknya. 'Dialah jawapan istikharah ku.. Sah menjadi imam ku..'

Jarum jam sudah bergerak ke angka 11. Maryam Sofea setia menunggu kepulangan suami tercinta sambil membaca novel Sebarkan Cintamu karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

'Lewat juga abang balik malam ni' hati Maryam berbisik sendirian.

Izzul Harith bertugas di Hospital Kuala Lumpur sebagai doktor farmasi. Tugas yang dipertanggungjawabkan olehnya tidaklah sesibuk doktor-doktor yang berada di wad. Namun, tanggungjawabnya sangat berat. Beliau harus berhati-hati dan teliti dalam menjalankan tugas terutama semasa memberi pelbagai jenis ubat kepada pesakit agar tidak berlaku kesilapan.

Kedengaran enjin kereta di perkarangan rumah. Bergegas Maryam meluru ke muka pintu untuk menyambut kepulangan suami tercinta. Senyuman manis terukir dibibir Maryam tatkala menyambut tangan suaminya.

"Sayang tak tidur lagi ke?" tanya Harith.

"Sayang tunggu abang dulu.. Ermm, abang mesti penatkan? Sayang buatkan air ye." Maryam melepaskan tangan Harith untuk ke dapur. 

Belum sempat Maryam melangkah, Harith dengan pantas menarik lengan Maryam. Satu ciuman singgah didahi Maryam.

"I Love You sayang..!" ucap Harith begitu romantik.

Maryam tersimpul-simpul malu. 'I Love You Too Abang', Maryam membalas ungkapan keramat di dalam hati sambil berlalu ke dapur.

Malam makin larut. Maryam merebahkan badan disisi suaminya setelah selesai baca surah al-mulk. Harith yang sedang membelek majalah SOLUSI perasan yang isterinya ingin bertanyakan sesuatu. Namun tiada kata yang keluar dari bibirnya.

"Sayang ok ke?" Tanya Harith

"Ermm, ok je abang. Kenapa?" Jawab Maryam sambil memandang suami yang disayanginya.

Direnung mata isteri yang dicintainya. Cinta yang berputik selepas akad nikah, mata itulah yang direnungnya pada saat lafaz sakinah sehingga jatuh ke lubuk hati yang paling dalam dan terus terpahat di situ.

"Sayang, Abang minta maaf ye. Dah tiga hari berturut-turut abang balik lambat. Pergi kerja Dania tak bangun lagi. Balik kerja pula Dania dah diam beradu. Maafkan abi ya Dania. Maafkan abi juga ya ummi Dania." luah Harith.

"Abang. Sayang faham kerja abang. Abangkan keluar cari rezeki untuk keluarga. Dania ok je abang, tak banyak kerenah. Cuma seperti dia rindukan abinya." luah Maryam pula.

Mata mereka beralih pada ruang sudut bilik. Terlihat katil Maisarah Dania yang dihiasai reben pink putih. Bayi baru berusia 8 bulan leka dibuai mimpi nan indah. 

"Dania je yang rindu abi? Ummi Dania tak rindu abi?" Seloroh Harith.

Maryam mencubit lengan suaminya. Malu dirinya dikenakan begitu.

"Abang, jom tidur. Nanti terlepas tahajjud." Maryam bersuara menutup rasa malu.

"Jom sayang. Baca tiga Qul dulu ya sebelum tidur." Harith mengingati isterinya sambil menghadiahkan senyuman.

4.30 a.m...

Maryam terjaga dari lenanya. Meraba-raba suami disebelah. Tiada..!
Kedengaran suara rintihan dalam sedu sedan di bilik sebelah. Lama Maryam hayati, makin kuat rintihan itu. Dia tahu..! Apa yang dilakukan oleh suaminya. Dan dia akur, itulah cinta suaminya yang sejati dan yang pertama dihati. Dia tidak perlu cemburu akan cinta itu. Maryam berfikir, walaupun segunung cintanya terhadap Harith, namun tidak pernah sesekali sama akan cinta suaminya ditikar sejadah itu. Esak tangis. Suara Harith hiba, mengadu pada Yang Maha Pencipta. 

Wajah Harith yang begitu suci baginya bagaikan tiada masalah tiap kali mereka bersama. Manusia mana yang tiada masalah, sama ada sebesar-besar gajah mahupun sekecil-kecil zarah. Namun Harith tidak sedikit pun menunjukkan masalah kepadanya. Hanya kepada Yang Agung tempatnya mengadu saban malam. 

Maryam bergegas ke bilik air, tidak mahu melengahkan masa. Maryam mahu mengikuti serta berjumpa Allah bersama suaminya.

Selesai solat sunat tahajjud, Maryam dan Harith sama-sama menghabiskan satu juzuk yang masih berbaki. 15 belas minit kemudian, sayup-sayup kedengaran suara bilal menandakan telah masuk waktu subuh.

Harith mengimamkan solat subuh dengan penuh khusyuk. Alunan surah al-Fatihah sungguh menyentuh hati. Tak disangka-sangka, Harith menagulunkan pula surah al-Waqiah pada subuh itu. Menitis air mata membasahi pipi Maryam. Sangat meruntum jiwanya.

Setelah mengaminkan doa, tiba pula untuk bersalaman. Harith perasan mata dan hidung Maryam kemerah-merahan.

"Sayang, kenapa menangis?" Tanya Harith.

Maryam diam seribu bahasa.

"Sayang. Sayang abang yang comel lagi solehah ni sakit ke?" Seloroh Harith.

Maryam hanya tersenyum kelat. Namun esak tangisnya terus kedengaran.

"Sayang.. Kenapa? Abang ada buat sayang kecil hati ke?" tanya Harith lagi memujuk isterinya.

"Abang. Sayang Cemburu." Terungkap tiga kata dari bibir Maryam.

Harith hanya tersenyum apabila terdengar ungkapan jujur dari isterinya.

"Sayang cemburu abang akan ada bidadari lain di syurga nanti." luah Maryam.

"Bila abang cakap macam tu sayang.?" tanya harith sambil menyeka air mata di pipi isterinya yang mulus.

"Tadikan abang cakap masa solat subuh." Maryam bangun mengambil surat cinta dari Allah dan dibeleknya helaian keramat itu.

"Surah Waqiah ayat 22 dan 23 'Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik' dan ayat ke 35-38 'Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung*, lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh penuh cinta dan sebaya umurnya untuk golongan kanan." luah Maryam lagi dalam tangisan.

Harith hanya tersenyum. Itu saja yang dia mampu ukirkan dibibir tatkala isterinya yang dicintai dunia akhirat mengadu hiba di depannya. Harapan Harith dengan senyumnya memberikan semangat dan meredakan perasaan isterinya yang gusar.

Harith duduk bertentangan dengan Maryam. Diambil tangan Maryam dan menggenggamnya erat. Direnungnya anak mata Maryam yang bersinar cahaya. Dicium tangan Maryam dengan penuh kasih sayang yang sarat dengan cinta. 

Berdebar-debar Maryam menanti suami yang dicintainya bersuara.

"Sayang. Abang sayangkan sayang. Sayang tahu kan?" bisik Harith.

Maryam mengangguk lemah.

"Abang cintakan sayang. Itu pun sayang tahukan?." bisik Harith lagi.

Maryam terus mengangguk.

"Semua ni kerana siapa sayang?." tanya Harith.

"Kerana Allah dan Rasul." jawab Maryam dengan yakin.

Harith terus memeluk bahu isterinya sambil mengusap kepala Maryam yang masih berlitup rapi dek telekung solat.

"Sayang, jika itu jawapan sayang atas pertayaan abang tadi, mana mungkin cinta, rindu, kasih dan sayang abang terhadap isteri tercinta abang ni beralih arah tatkala di akhirat kelak? Sayang, wanita solehah adalah bidadari didunia. Dan sayang adalah bidadari dunia buat abang. Dan sayang jugalah ketua bidadari di syurga kelak." luah Harith.

"Sayang. Abang nak sayang tahu satu perkara. Abang sebenarnya lagi cemburu pada sayang." Harith sambung luahannya.

Maryam terus mendongak, memandang mata Harith.

"Maksud abang.?" Maryam bertanya kehairanan.

"Ya.. Abang lagi cemburu.. Sangat-sangat cemburu pada sayang." Harith menunjukkan air muka yang hiba.

"Apa yang sayang dah buat sampai abang cemburu pada sayang.?" tanya Maryam lagi.

"Pada hari kita dipertemukan oleh ustaz Ehsan serta keluarga kita, abang malu sangat bila tengok sayang. Sayang muslimah yang sangat solehah. Pada masa tu abang terfikir layakkah sayang untuk abang?. Abang lagi cemburu bila ustaz Ehsan maklumkan pada abang ramai mujahid yang sudi jadikan sayang sayap kiri mereka. Namun, alhamdulillah Allah telah menganugerahkan mujahidah solehah Maryam Sofea pada abang." Harith terangkan dengan suara agak perlahan sambil menggenggam erat tangan isterinya.

Maryam terseyum mendengarnya...

"Lepas nikah lagi abang cemburukan sayang. Sayang pandai jaga abang, sayang pandai memasak. Tengok badan abang ni dah makin 'tegap'." seloroh Harith sambil memicit hidung isterinya.

Maryam menjerit kecil bila dilakukan begitu.

"Cemburu abang makin bertambah-tambah tatkala sayang disahkan hamil. Masakan abang mana boleh mengandung. Sabda Rasulullah saw perempuan yang mengandung akan diampunkan 1000 dosa dan diberikan pula 1000 pahala. Banyak tu. Sebab tu abang cemburu. Saat Dania dilahirkan, sayang bertarung nyawa. Kesakitan tak terkata. Abang bukan tak berpeluang nak merasai itu semua tapi memang peluang itu tak akan muncul sampai bila-bila bahkan sampai kiamat berlaku. Jika ditakdirkan, Allah ambil sayang masa lahirkan Dania, cemburu abang berada tahap tinggi. Sayang akan syahid dijalan Allah. Tapi abang? Tak mampu berada ditempat sayang. Jika Allah izinkan, abang nak rasa kesakitan sayang saat lahirkan anak-anak kita." Harith meneruskan luahannya yang berakhir dengan dihujani air mata yang membasahi pipi.

"Abang ku sayang. I Love You Too." ucap maryam setelah mendengar luahan hati suaminya.

"Ha...?" Harith hairan tiba-tiba isterinya melafazkan cintanya.

"Jawapan malam tadi, sayang jawab dalam hati. Allah je yang dengar. Sekarang sayang ucap depan abang, biar abang  pon turut dengar." Maryam menjawab.

"Sayang, abang berjanji bahawa di akhirat kelak sayanglah ketua bidadari abang di syurga. Kita bercinta hingga ke syurga ya sayang." Harith berkata dengan rasa cinta terhadap isterinya yang solehah.

Perbualan mereka terhenti akibat terdengar Maisarah Dania bercakap seorang diri di katilnya. Dengan pelbagai bahasa bayi digunakan sambil tangan bermain kain yang menyelimuti badannya. Izzul Harith dan Maryam Sofea tersenyum melihat gelagat bayinya yang sangat comel.

"Mata bulat, bulu mata lentik, kulit putih merah, lesung pipit di pipi. Semua ikut Ummi ya.. Abi cemburu." Harith berkata.

"Abang ni. Tu ha hidung Dania yang mancung tu ikut siapa kalau tak ikut abinya" Maryam terus menarik hidung suaminya yang sedang mendukung Maisarah Dania.

"Sayang, sama-sama kita doakan Dania menjadi anak yang solehah ya. Dialah saham kita di akhirat kelak." kata Harith kepada Maryam.

"InsyaAllah abang." jawab Maryam pendek sambil mencium pipi Dania yang merengek minta disusukan.


..nota jari manis..

Rumah tangga bahagia didunia dan diakhirat..
Cinta Allah dan Rasul yang pertama dan utama..
Indahnya bercinta berlandaskan syariat..
Nan berseri dengan cahaya mata..

tag : Wardah addin & Farhana

Click banner kat atas ni ya..

Assalamualaikum..

Boleh ushar gelagat blogger..

Nanti boleh hasilkan entri mengenai gelagat sahabat alam maya..

InsyaAllah, Setanggi Syurga akan follow kalian balik setelah kalian follow Setanggi Syurga..

Jangan lupa tinggalkan link kalian pada ruangan komen ya.. Nanti senang Setanggi nak follow..

Buat masa sekarang bilanggan follower 614 orang..

p/s: kalian boleh dak tinggalkan nasihat sekali untuk setanggi mengenai blog ni? Mohon ya sahabat setanggi kasihi.. ^_^

by

Assalamualaikum wbt. Salam Mahabbah kepada kalian semua..
Malam ni teringin nak join segmen ini. Bagi ana insyaAllah segmen ini sangat bagus kerana dapat mengeratkan ukhwah antara rakan seblogger.

Jika kalian nak join, sila clik banner kat atas ni..
InsyaAllah, 6 perkara tentang ana..


1) Ulat buku

"Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran."
~Riwayat al-Tirmizi~

InsyaAllah, ana diberi kesempatan untuk menelaah pelbagai buku walaupun diri ini sangat sibuk namun akan mengambil masa dalam sehari untuk membelek buku. Sekarang ni ana sedang bertungkus lumus menghabiskan buku karangan Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi bertajuk Cinta High Class. Kebanyakan sahabat ana tak tahu yang ana ni ulat buku sebab ana baca buku hanya kat rumah. 

Namun, buku yang paling ana suka yang ditinggalkan oleh junjungan besar Rasul kita yakni al-Quran. Sentiasa dibawa untuk temankan ana ketika keluar dari rumah.

Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.

– Hadis Riwayat Muslim.


Jom sama-sama target dalam seminggu kita dapat habiskan 3 juzuk. Boleh? Nanti dah masuk Ramadhan InsyaAllah dapatlah buat pembaikkan dengan 1 juzuk sehari. Jadi dapatlah khatam sebuah al-Quran dalam bulan puasa.

2) Suka Menjahit

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” ~An-Nur (24):31~

Salah satu hobi tetap ana sebenarnya. Bukan jahit baju, tapi jahit Tudung labuh & niqab. Dalam sehari boleh siap 5 helai. Tu pun jika tak de orang ganggu. Jadi, ana dah jimat untuk upah orang jahit.

Ayat al-Quran mengenai wanita

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” ~Al-Ahzab (33):59~

3) Berniqab

Sehelai kain kecil sentiasa berada diwajah.

"Alangkah indahnya andai daulah islamiyyah tertegak, tidaklah orang yang berniqab kelihatan pelik."


Indahnya ummat Islam itu bukan kerana dia adalah seorang Muslim tetapi yang mengindahkan ummat Islam adalah pelaksanaan syariat Islam di dalam kehidupannya.


Kalian boleh rujuk DISINI.


4) Benda alah ni sentiasa bersama.


Ni namanya STRAW. Straw ni sentiasa ada dalam handbag. Apabila mengenakan niqab senang nak hirup air tatkala minum dikhalayak ramai. Tak susah pon.. :)



5) Suka Jubah

Semestinya ana memang suka pakai jubah daripada baju kurung. Ana dah lama sangat tak pakai baju kurung. Last ana pakai baju kurung tak silap 5 tahun yang lepas. Bagi ana, senang dan cepat pakai jubah.


6) Fanatik si comel 'kucing'



I LOVE THEM..!

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

..nota ibu jari..

Salam taaruf..!!

by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...