Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts


















Kalian ingat pada mereka berdua ni?
Merakalah pelakon iklan raya  BERNAS yang membuatkan hati kalian tersentuh termasuk hati ana juga.
Apa yang ana tau seorang buta dan seorang lagi pekak & bisu (jika salah tolong betulkan).

Nak upload video full tapi tak dapat. Kalian cari kat youtube pon ada. Tekan DISINI pun boleh..

..Nota tangan..

Ramadhan dah nak meninggalkan kita.. Jom pulun habis-habisan sementara masih ada waktu yang bersisa...
mood sedihhhhh...!!



by


Engkau cantik, tapi kau berduri...
Duri itu yang melindungi engkau daripada dihinggap si durjana kumbang...
Yang tak lelah mencari mangsa..

Duri itu penyelamat mu.. :)



by

Kredit gambar : UAI


Habis madu kau sedut
Kau terbang tinggi meninggalkan bunga yang cantik

Kenapa kau tidak menjaga bunga itu seperti mana sebelum engkau menyentuhnya dulu?
Ke mana kau pergi tanpa berita?
Dimana janji yang kau taburi dulu?

Adakah kau terfikir, bagaimana keadaan bunga itu selepas kau membiarkan dia?
Layu, menderita kesakitan, jiwa terseksa atau mati angkara sengat kau yang berbisa?

Engkau tidak pernah tahu
Kerana engaku biarkan si bunga tanggung sendiri
Engkau hanya ingin menikmati bahagia

Namun adakah kau merasa KEBAHAGIAAN itu tanpa redha ILAHI?

Tiada nilai dalam diri mu sedangkan engkau sangat berbisa daripada ungas-ungas lain..

p/s~Mood berpuisi.. Sila ubah puisi jadikan alam realiti manusia~


by

Kredit gambar : UAI


Jangan tak ada masa dengan Allah, nanti Allah tiada masa dengan kita. 

Jangan sibuk dengan dunia semata-mata.

Allah akan mengangkat darjat kita disebabkan ilmu dan iman kita kepada Allah.

Jom 'dating' dengan Allah. :)



by

Di ruangan bisu ini hanya jari dan hati bergerak cergas. Tatkala minda sedang ligat berputar, hati memilih bait-bait kata yang terpilih. Kemudian jari terus menari-nari menekan papan kekunci yang entah keberapa puluh juta kali ditekan. 

---------------------------------

Ku tunggu lamarannya 'Lailatul Qadar'.

10 malam terakhir sudah bermula. Jom 'berusaha'.

Bak hendak mengeyangkan perut, bagaimana perut nak terisi jika tidak 'berusaha' menyuapkan nasi.

Kerengga: 'Juadah berbuka untuk isteri & anak-anak pada hari ini'
Kredit gambar dari
 UAI.
..nota kasih tercipta..

Moga kekuatan yang dipinjamkan ini terus mengalir dalam sanubari.

"Kuat awak harungi dugaan ini"

Ya. DIA maha sayang. Sungguh..! Dari DIA kekuatan itu datang.

by

Kredit gambar : Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.

----------------------------------

Adik tu pandai 'cover' auratnya dengan pakai tudung. Malulah kita yang dah 'baligh' ni bukak sana sini. kan?

Jom berhijrah pada bulan yang Mulia ni. InsyaAllah, Allah dekat dengan kita tau. :)

ALLAH MAHA SAYANG.


by

Saat terdetik di hati ini,
Seumur hidupku apakah ada redha-Mu?
Atau aku hamba yang durhaka.
Ya Allah, Terimalah HIJRAH ini.
Selamatkanlah diriku.
Moga ku bukan hamba yang rugi.

-------------------------------

Alhamdulillah.. Mungkin ini rezeki bulan Ramadhan. Ana 'dinobatkan' sebagai pemenang utama dalam pertandingan Konspirasi Blogger Kreatif 2012. Niat hanya ingin sebarkan sedikit kemanisan dakwah yang dirasai dalam diri untuk para sahabat dan sahabiah. Sememangnya tak tau pun hadiahnya sebegitu besar jumlahnya. Masa sertai satu bulan yang lepas ana hanya copy & paste sahaja dari entri ana yang lama.
Syukran kepada pemilik blog yang sudi memilih cerpen nukilan hati ana itu sebagai pemenang (Senyum meleret ja ni).

Boleh review cerpen DISINI.

"Kawan i cakap, kalau nak jadi penulis yang berwibawa, mestilah banyak baca buku karangan orang-orang yang sangat berwibawa tau, sampai sendiri pon duduk sekali dalam rak buku ni.."

...nota singgah sahur...

Duhai hati, siapalah yang akan mengerti.
Sejak perginya dia, kekosongan menyelubungi diri.
Sejak perginya dia, hatiku rebah tersungkur.
Namun aku lupa DIA sentiasa ada.
Bila ku rebah, bila ku jatuh, bila ku tersungkur, DIA bangkitkan aku bangun dengan megah.

by



Sanah Helwah untuk diri sendiri..
28 Julai

Cepatnya masa berlalu.. 
Moga kekuatan dari Allah terus mengalir dalam jasad ku..

Salam Ramadhan buat abi aina.

by



Seindah adap, selembut bicara, seteguh prinsip..

by

Alhamdulillah...
In the name of Allah, the Benificant, the Merciful.
Ya Rahman, Ya Rahim.

Selama 4 tahun belajar, alhamdulillah dah tamat pada 19 Julai lepas. Rasa bersyukur kepada Allah tak terhingga rasanya. Gembira dah tamat belajar dalam masa yang sama sedih tinggalkan tempat praktikal.

Rasa perit kali pertama tinggal  di rumah sewa sungguh Allah berikan kemanisan itu dikemudian hari.
Rasa bengkak dihati beransur hilang namun tatkala ana tatap balik mesej pada handphone bengkak itu kembali membengkak dan tunggu masa nak pecah. Sedang memandu kereta pun ana boleh 'berzikir' perkara yang sama tentang isi mesej.
 "Astagfirullah....! Jangan biarkan hati mu terseksa, syaitan gembira ukhti..!" ujar sahabat jauh.


Bila ummi terpandang peralatan yang dibeli untuk tinggal dirumah sewa, ummi termenung dan seraya berkata "Awat dia buat anak ummi camtu?". Ana lihat ada air jernih dikolapak matanya. Sungguh ummi, semua ini ada ibrahnya. Allah swt bukan nak uji anak ummi ni saja-saja. Kita lihat apa kesudahannya nanti.

Ya, apa yang ana perhatikan ujian yang sama Allah berikan untuknya. Teringat kata-kata Ustazah Farhana, sungguh Allah itu Maha Mengetahui. Allah akan uji hamba-hambaNya dengan ujian yang sama. Jika ujian yang dulu tidak lepas, kemudian hari Allah akan berikan kembali ujian itu.

"Dia tu duk sibuk pasal orang je.."

Jenuh juga ana membelek Kalam Allah setelah ana dapat tahu 'dia & dia' berkata sedemikian.
Perasaan ingin menangis.
Di tahan perasaan itu.
Tangan ini kusyuk membelek KalamuAllah.
Dari hujung ke hujung..
Dari halaman ke halaman..
Dari sehelai ke sehelai..
Akhirnya tewas..
Air mata turun mencurah-curah. Kerana Apa?
Kerana dalam kitab suci al-Quran tiada satu pun ayat yang diturunkan untuk kambing, lembu bahkan bukan untuk khinzir.
Ayat al-Quran diturunkan untuk MANUSIA. Maksudnya bukan untuk BINATANG..

Sebab itu ana sibuk tentang manusia. Manusia yang sedang leka dan alpa. 
Tidak terfikirkah kalian jika tengah hangat bergayut handphone tetiba Allah tarik nyawa kalian? 
Tidak tersentapkah kalian sedang kalian berdua-duaan dalam kereta tiba-tiba kereta yang kalian naiki terlibat kemalangan?
Tidak insafkah kalian kenangan yang berlaku pada diri kalian sebelum kalian berjumpa si buayafriend sekarang ni?

Sungguh Allah itu tidak bodoh. CCTV Allah sentiasa merekodnya.

Dapat berita tentang perkataan 'gatal' dari pihak yang tertentu. Nah, Allah dah tunjuk dan harga yang harus dibayar..!

Terdetik juga kesian dihati..

Namun dapat pula berita lain. Sungguh tersentap hati ini (ana pula yang tersentap) pabila ana dapat tahu yang 'dia' tidak ada perasaan malu tinggal dirumah yang ada lelaki. Sedangkan ana dan ummi pernah mengajaknya tinggal dirumah ana. Namun berasalan malu kerana ada dua orang kekanda ana dirumah. Tak mengapa, 'dia' hanya malu pada manusia bukan malu kepada Sang Pencipta Manusia.

6 bulan berlalu dengan sangat pantas. Sedikit pun masa tidak menunggu kita. Makin hari makin jauh meninggalkan kita. Mana mungkin 11 April 2012 akan ada kembali dalam kalender.

Apa yang diperolehi dalam masa 6 bulan itu? Musuh? Sahabat? Buah hati? atau ILMU yang bermanfaat? Ana tau 'dia' semestinya ziarah teratak ini dan membaca cebisan ini. Ana pun tahu yang 'dia' turut menjadi stalker kat muka buku. Terima kasih atas kunjungan dari 'dia' itu. Dan 'dia' akan tahu jawapan dari soalan-soalan diatas.

Pelik sungguh perkongsian kali ini? Tak pelik pun, sekadar perkongsian. Dosa dengan Allah setel la dengan Allah. Dosa dengan manusia setel la dengan manusia. Kepada 'dia', ummi sangat terasa hati atas perbuatan anda. Haruskah 'dia' mohon maaf dari ummi? Tepuk dada tanya iman.

Hanya satu nasihat dari ana.. Berubahlah selagi nyawa masih melekat pada jasad. Allah dah banyak kali bagi peluang kepada kita, namun kita tak gunakan peluang yang diberikan tu sebaik-baiknya malah mensia-siakannya sahaja. Dibawa angin terus hilang. Namun jika datang ujianNya yang lain, kita merintih pula kepadaNya. Tak malukah kita? Merintih padaNya? Sedangkan kita sentiasa bermaksiat tanpa malu dihadapanNya. Maksiat & masalah hati tidak habis-habis. Namun Allah itu Maha Pengampun. Allah sikit pun tidak loket keampunanNya.

Mungkin... Diibaratkan Allah sampaikan pesanan dan teguran melalui seorang hambaNya merangkap sebagai sahabat untuk memberi teguran dan nasihat kepada anda. "Eleh..ingat kau baik sangat nak tegur aku, nak nasihatkan aku. Cermin diri dulu la..."

Namun sahabatku.. Jangan sampai ALLAH SWT YANG TEGUR.. Teguran dari Allah swt amatlah berbeza. Sama ada teguran dari segi kemalangan maut, kematian, sakit kronik, kehilangan harta yang banyak dan sebagainya.

Letaklah Allah dihadapan mu. Jika itu yang anda praktikkan, ana yakin, anda akan merasa gerun jika nak bermaksiat kepadaNya.

Masa tengah buat kerja kat tempat LI
..nota Ramadhan Kareem..

Allah masih beri peluang kepada kita untuk temui Ramadhan kali ini. Jadi gunalah masa yang ada ini untuk berubah. Allah tidak akan merubah nasib kita melainkan kita yang berusaha merubahnya.. InsyaAllah. Bergantunglah hanya pada Allah.

by



Jom habis juzuk ke 4 untuk malam ni... Ayuh Syabab....!!!

by



Jom ambil ibrah dari lirik lagu ini... ^__^

Semoga Ramadhan kali ini kita meraih pelbagai pahala yang tak terhingga.. 

Cuma perlu BERUSAHALAH... Jika tidak, mana mungkin nak dapatkan?

Jom tingkatkan IMAN kita bagi menampung sebelas bulan yang akan mendatang... InsyaAllah..

Salam Ramadhan Kareem..

by




Orang celaka selepas Ramadhan
Rasulullah saw bersabda "Celaka sungguh orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidaj berselawat ke atasku. Celaka sungguh orang yang sempat bersama Ramadhan dan berlalunya bulan itu tetapi dia tidak mendapat keampunan. Celaka sungguh orang yang berkesempatan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, tetapi tidak dimasukkan ke syurga."
~Riwayat Ahmad~

clik here : ISTERI PERTAMA
by


"Sesungguhnya Rejab adalah bulan memohon daripada segala dosa dan Syaaban pula adalah memperbaiki hati daripada segala kecacatan. Ramadhan pula memberi penerangan hati. Sedangkan malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah."

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah s.a.w tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaanakhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman daripada azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka Jahanam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia daripada memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratulmustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratulmustaqim.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah daripada berpuasa di bulan Rejab, hendaklah bersedekah setiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan hamba-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan hamba-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah s.a.w, Ramadan bulan umat Rasulullah s.a.w.

4. Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman, manakala Ramadan bulan menuai.

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadhan  bulan menggandakan kebajikan.

7. Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibbah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala, dan Ramadan diganda 1,000 pahala.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.

2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.

4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.

5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah s.a.w dan sirah Islam lain.



..nota ibu jari..

Hebat sungguh bulan-bulan Islam ni..
Rugi barang siapa yang mensia-siakan bulan yang penuh keberkatan ini.. Jom sama-sama meraih pahala..

p/s~nanti, lambang BULAN pula yang akan memegang tampuk pemerintahan.. InsyaAllah..

by

SubhanaAllah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar....!!

InsyaAllah.. Menekan papan kekunci dengan sungguh laju dek kerana banyak lagi 'assignment' sedang menunggu di ruang tamu dan dapur...

Seperti yang di beritahu pada entri yang sebelum ini Penghabisan Stok Akan Tamat T_T, ana ada menyatakan nak berkongsi bersama sahabat-sahabat tentang kuih yang telah siap ana buatkan.

POPIA GUNTING

Bahan-bahan

Kulit popia
Nestum + gula (dikisar halus)
Air
Minyak

Peralatan

Gunting
Kuali
Sarung tangan Plastik (kebersihan)

Dah nama POPIA GUNTING, mestilah gunting antara peralatan yang paling penting..Kalau tak, tak de nye nama seperti tu..he~.. Kalau guna pisau jadi POPIA PISAU la...~hi!

Cara-cara

1. Gulungkan kulit popia dan gam pada hujungnya dengan air agar tidak terbuka.



2. Gunting serong kulit popia yang telah digulung tadi seperti gambar di bawah.



3. Gorengkan



4. Setelah masak, taburkan nestum & gula yang telah dikisar halus.



SIAP...!


Ni la hasil ayaq tangan ceq..hi~

 Kredit gambar utk en. Google..

..::nota ketuk-ketuk Ramadhan::..

Senang ja kan? Kalau beli mahal tau. Tak silap ana 1kg hampir RM30..

~SELAMAT MENCUBA~

by

Salam Islam untuk semua sahabat sahabiah yang sudi menjengah sebentar ke teratak maya ana ini.. Mudah-mudahan redha Allah sentiasa bersama kita..InsyaAllah.

27 Ogos bersamaan 27 Ramadhan

Bagaimana perasaan sahabat sekalian hari ni? Sihat kah? Bagaimana dengan iman sahabat-sahabat? Makin teguh dan utuh kah? Makin meningkat dan konsisten kah? Makin kebal dan tebal kah? Sudah berapa juzuk al-Quran yang telah dibaca oleh sahabat sekalian? 10 juzuk? 15 juzuk? 26 juzuk? Dah khatam? Alhamdulillah ya Allah.. Sungguh bersemangat sahabat-sahabat sekalian.. Mudah-mudahan Allah menerima amal kita ini. Istiqomah ya sahabat-sahabat. Ana mendoakannya dari jauh.. insyaAllah..

Tinggal beberapa hari saja lagi. Ramadhan al-Karem akan pergi meninggalkan kita. Sungguh..! baru saja merasai detik-detik permulaan Ramadhan, tapi hari ni dah melangkah 27 hari. Cepat betul masa meninggalkan kita. Apa perasaan sekalian? Gembira nak sambut lebaran? Tak sabar nak menyarungkan baju-baju baru?

"Wah...dah nak habis pose, tak yah nak berlapar lagi..."

Atau inikah reaksi sahabat-sahabat?

Berkemungkinan... Adakah sahabat-sahabat merasakan kesedihan yang teramat sangat akan perpisahan yang akan berlangsung untuk sekian lama?

Ya sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Allahmdulillah.. Sujud syukur kepadaNya, kita berjaya melumpuhkan nafsu 'serakah' kita pada bulan ini.. Bulan yang penuh barakah yang sangat berkah malah dilambangkan bulan segala gedung pahala yang cukup-cukup istimewa lagi lumayan, yang mempunyai berlipat kali ganda pahala, yang mempunyai 'infiniti' keberkatan yang berjaya mendidik diri kita sebagai manusia yang mana nafsu nya tidak pernah tua.. MasyaAllah... Allahu Akhbar..! 

Seringkali timbul pertanyaan dalam benak fikiran. Apakah transfomasi yang mahu aku lakukan untuk Ramadhan kali ini?

"Ramadhan kali ini aku berjaya tak menjejakkan kali ke bazar ramadhan..!"

Alhamdulillah... Transformasi yang sangat bagus. Bila dikatakan bazar, sudah tentu tempatnya ramai manusia. Bermacam ragam manusia. Sampaikan hanya tinggal seposen saja pahala puasa kita. Allahu Rabbi.

Sahabat-sahabat sekalian pula bagaimana? Teruskan menjalani ibadat puasa sunat? Terus menerus qiam di malam hari? Konsisten atau tingkatkan bacaan kalamullah? Teringat ana pada Saiyidah Nafisah, dapat khatam al-Quran sebanyak 2 kali sehari (betulkan kenyataan ini jika salah)....
MasyaAllah.. Sungguh hebat..!

Mudah-mudahan sahabat-sahabat dapat istiqomah agar jiwa kita sentiasa bersih putih.


Pencarian 10 Malam Terakhir..


Semangat berkobar-kobar? Sederhana? Lena sampai terlepas sahur?
Golongan manakah sahabat-sahabat sekalian?
Alhamdulillah, rumah ana berhampiran dengan masjid dan juga surau. Bila tiba waktu pagi, masjid dan surau akan bergema dengan alunan kalamullah. Apabila sayup kedengaran kalamullah di baca, masyarakat setempat akan terjaga dan insyaAllah akan bangun untuk qiam..


"fabiaiyiala irabbikuma tukazziban"
~maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?~


Ar-Rahman: bermula ayat 13 berakhir ayat 77 (sebanyak 31 ayat dalam surah ini yang mengulang ayat yang sama.)


Begitulah tiap kali bacaan surah Ar-Rahman dibaca. Alhamdulillah boleh mengulang sekali. Kadang-kadang sangat liat untuk bangun awal pagi..bukan? Tapi bila lagi untuk kita melatihkan diri kita bangun awal pagi untuk betemu Nya? Sungguh kagum ana pada sahabat-sahabat yang tidak tidur malam semata-mata takut terlepas untuk qiam. MasyaAllah.. Ana sendiri tidak mampu.. Sekurang-kurangnya tidur dalam 3 atau 4 jam. InsyaAllah, mata yang layu dan kuyu akan menjadi segar bugar.. Tenaga pun bertambah.. Jasad kita pun perlu kan rehat.


Ramadhan al-Mubarak masih lagi bersisa. Jangan mensia-siakannya. Jangan menjangkakan pada malam-malam tertentu sahaja datangnya Lailatur Qadar. Bolot semua kesepuluh malam terakhir ini. Tamakkan diri untuk bertemu malam yang sungguh di nanti-nantikan sekian lama umat Muhammad saw. Jangan lupa kejutkan ummi & abi serta adik beradik yang lain juga. Tak semestinya iktikaf di masjid, namun di teratak bonda berjemaah bersama keluarga tercinta lebih baik. 


Banyakkan berdoa. Beribadahlah semaksima mungkin.


Penantian Lebaran


Sebenarnya, ana sendiri tak terasa dua hari lagi kita bakal menyambut hari kemenangan. Selalunya tiga hari lagi nak sambut 1 Syawal ana baru pulang ke kampung halaman. Kemeriahan nak sambut lebaran sangat terasa. Tapi sekarang 3 bulan di rumah, nikmat dapat berbuka puasa bersama keluarga, apatah lagi dapat tolong ummi di dapur memberi seribu erti bagi ana. Sepanjang Ramadhan kali ini, ana mengambil alih tugas ummi di dapur. Alhamdulillah. Dapat ummi rehatkan diri. Disebabkan itulah ana tak percaya yang kita sudah berada di penghujung bulan yang barakah ini.


Lebaran kali ini lain dari lebaran yang lepas. InsyaAllah, mudah-mudahan hari kemenangan yang bakal kita sambut nanti dapat kita hayati dan dapat kita kekalkan istiqomah kita seperti mana pada bulan yang mulia ini. Jagalah hati kalian kerana hati akan memberi kesan kepada anggota tubuh kita. Jangan biarkan hati kita diselimuti oleh debu-debu dosa seperti mana sebelum datangnya Ramadhan. Jadilah mukmin yang cemerlang..!


Terawih yang Di Rindui


Ana berterawih dirumah memandangkan kesihatan ana & ummi tidak menentu. Ana berterawih bersama ummi. Kenapa tak cakap puasa dan sahur yang dirindui?  Terawih hanya berlangsung pada bulan Ramadhan, mana ada pada bulan-bulan yang lain. Puasa dan sahur kita boleh laksanakan sebelas bulan yang akan datang..bukan? 


Persiapan Lebaran


Berpada-padalah kalian dalam persiapan lebaran. Jangan membazir. Berjimat cermat lah. Hari ni ana baru siap buat kuih. Satu jenis saja.. Nanti ana kongsikan resepinya.


Persiapan ana biasa-biasa sahaja. Ana lebihkan kepada tahap kesihatan diri. Besok kali keempat 'dating' dengan doktor. InsyaAllah, temujanji yang terakhir. Harapan agar tiada temujanji yang disambungkan di pusat rawatan universiti nanti.


UUM menanti


Ya..! Hati terasa merindui Sintok. Merindui sahabat seperjuangan. merindui para pendidik. Merindu assignment? yaka? Pejam celik pejam celik dah semester akhir ana di UUM. Empat tahun..! Permulaannya rasa teramat lama di tempat orang, namun sekarang dah nak habis. Bakal-bakal student UUM, inilah 'senior' mu. Mohon teguran juga dari adik-adik kerana tak semestinya 'orang lama' tahu akan ke semua selok belok UUM. Seminggu dua ni duk sibuk dengan tempat praktikal. Dah dapat tempat, namun hati masih lagi gentar. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan ana dan sahabat-sahabat lain juga. InsyaAllah.




::..nota akhir Ramadhan..::


Semoga redha Allah sentiasa bersama kita.. InsyaAllah..
Sama-samalah merebut pahala berlipat kali ganda kerana Penghabisan Stok Akan Tamat 2 hari saja lagi..



p/s: Tiket bas ke Changlon dah lama beli ^^.

by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...