Salam Islam untuk semua sahabat sahabiah yang sudi menjengah sebentar ke teratak maya ana ini.. Mudah-mudahan redha Allah sentiasa bersama kita..InsyaAllah.
27 Ogos bersamaan 27 Ramadhan
Bagaimana perasaan sahabat sekalian hari ni? Sihat kah? Bagaimana dengan iman sahabat-sahabat? Makin teguh dan utuh kah? Makin meningkat dan konsisten kah? Makin kebal dan tebal kah? Sudah berapa juzuk al-Quran yang telah dibaca oleh sahabat sekalian? 10 juzuk? 15 juzuk? 26 juzuk? Dah khatam? Alhamdulillah ya Allah.. Sungguh bersemangat sahabat-sahabat sekalian.. Mudah-mudahan Allah menerima amal kita ini. Istiqomah ya sahabat-sahabat. Ana mendoakannya dari jauh.. insyaAllah..
Tinggal beberapa hari saja lagi. Ramadhan al-Karem akan pergi meninggalkan kita. Sungguh..! baru saja merasai detik-detik permulaan Ramadhan, tapi hari ni dah melangkah 27 hari. Cepat betul masa meninggalkan kita. Apa perasaan sekalian? Gembira nak sambut lebaran? Tak sabar nak menyarungkan baju-baju baru?
"Wah...dah nak habis pose, tak yah nak berlapar lagi..."
Atau inikah reaksi sahabat-sahabat?
Berkemungkinan... Adakah sahabat-sahabat merasakan kesedihan yang teramat sangat akan perpisahan yang akan berlangsung untuk sekian lama?
Ya sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Allahmdulillah.. Sujud syukur kepadaNya, kita berjaya melumpuhkan nafsu 'serakah' kita pada bulan ini.. Bulan yang penuh barakah yang sangat berkah malah dilambangkan bulan segala gedung pahala yang cukup-cukup istimewa lagi lumayan, yang mempunyai berlipat kali ganda pahala, yang mempunyai 'infiniti' keberkatan yang berjaya mendidik diri kita sebagai manusia yang mana nafsu nya tidak pernah tua.. MasyaAllah... Allahu Akhbar..!
Seringkali timbul pertanyaan dalam benak fikiran. Apakah transfomasi yang mahu aku lakukan untuk Ramadhan kali ini?
"Ramadhan kali ini aku berjaya tak menjejakkan kali ke bazar ramadhan..!"
Alhamdulillah... Transformasi yang sangat bagus. Bila dikatakan bazar, sudah tentu tempatnya ramai manusia. Bermacam ragam manusia. Sampaikan hanya tinggal seposen saja pahala puasa kita. Allahu Rabbi.
Sahabat-sahabat sekalian pula bagaimana? Teruskan menjalani ibadat puasa sunat? Terus menerus qiam di malam hari? Konsisten atau tingkatkan bacaan kalamullah? Teringat ana pada Saiyidah Nafisah, dapat khatam al-Quran sebanyak 2 kali sehari (betulkan kenyataan ini jika salah)....
MasyaAllah.. Sungguh hebat..!
Mudah-mudahan sahabat-sahabat dapat istiqomah agar jiwa kita sentiasa bersih putih.
Pencarian 10 Malam Terakhir..
Semangat berkobar-kobar? Sederhana? Lena sampai terlepas sahur?
Golongan manakah sahabat-sahabat sekalian?
Alhamdulillah, rumah ana berhampiran dengan masjid dan juga surau. Bila tiba waktu pagi, masjid dan surau akan bergema dengan alunan kalamullah. Apabila sayup kedengaran kalamullah di baca, masyarakat setempat akan terjaga dan insyaAllah akan bangun untuk qiam..
"fabiaiyiala irabbikuma tukazziban"
~maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?~
Ar-Rahman: bermula ayat 13 berakhir ayat 77 (sebanyak 31 ayat dalam surah ini yang mengulang ayat yang sama.)
Begitulah tiap kali bacaan surah Ar-Rahman dibaca. Alhamdulillah boleh mengulang sekali. Kadang-kadang sangat liat untuk bangun awal pagi..bukan? Tapi bila lagi untuk kita melatihkan diri kita bangun awal pagi untuk betemu Nya? Sungguh kagum ana pada sahabat-sahabat yang tidak tidur malam semata-mata takut terlepas untuk qiam. MasyaAllah.. Ana sendiri tidak mampu.. Sekurang-kurangnya tidur dalam 3 atau 4 jam. InsyaAllah, mata yang layu dan kuyu akan menjadi segar bugar.. Tenaga pun bertambah.. Jasad kita pun perlu kan rehat.
Ramadhan al-Mubarak masih lagi bersisa. Jangan mensia-siakannya. Jangan menjangkakan pada malam-malam tertentu sahaja datangnya Lailatur Qadar. Bolot semua kesepuluh malam terakhir ini. Tamakkan diri untuk bertemu malam yang sungguh di nanti-nantikan sekian lama umat Muhammad saw. Jangan lupa kejutkan ummi & abi serta adik beradik yang lain juga. Tak semestinya iktikaf di masjid, namun di teratak bonda berjemaah bersama keluarga tercinta lebih baik.
Banyakkan berdoa. Beribadahlah semaksima mungkin.
Penantian Lebaran
Sebenarnya, ana sendiri tak terasa dua hari lagi kita bakal menyambut hari kemenangan. Selalunya tiga hari lagi nak sambut 1 Syawal ana baru pulang ke kampung halaman. Kemeriahan nak sambut lebaran sangat terasa. Tapi sekarang 3 bulan di rumah, nikmat dapat berbuka puasa bersama keluarga, apatah lagi dapat tolong ummi di dapur memberi seribu erti bagi ana. Sepanjang Ramadhan kali ini, ana mengambil alih tugas ummi di dapur. Alhamdulillah. Dapat ummi rehatkan diri. Disebabkan itulah ana tak percaya yang kita sudah berada di penghujung bulan yang barakah ini.
Lebaran kali ini lain dari lebaran yang lepas. InsyaAllah, mudah-mudahan hari kemenangan yang bakal kita sambut nanti dapat kita hayati dan dapat kita kekalkan istiqomah kita seperti mana pada bulan yang mulia ini. Jagalah hati kalian kerana hati akan memberi kesan kepada anggota tubuh kita. Jangan biarkan hati kita diselimuti oleh debu-debu dosa seperti mana sebelum datangnya Ramadhan. Jadilah mukmin yang cemerlang..!
Terawih yang Di Rindui
Ana berterawih dirumah memandangkan kesihatan ana & ummi tidak menentu. Ana berterawih bersama ummi. Kenapa tak cakap puasa dan sahur yang dirindui? Terawih hanya berlangsung pada bulan Ramadhan, mana ada pada bulan-bulan yang lain. Puasa dan sahur kita boleh laksanakan sebelas bulan yang akan datang..bukan?
Persiapan Lebaran
Berpada-padalah kalian dalam persiapan lebaran. Jangan membazir. Berjimat cermat lah. Hari ni ana baru siap buat kuih. Satu jenis saja.. Nanti ana kongsikan resepinya.
Persiapan ana biasa-biasa sahaja. Ana lebihkan kepada tahap kesihatan diri. Besok kali keempat 'dating' dengan doktor. InsyaAllah, temujanji yang terakhir. Harapan agar tiada temujanji yang disambungkan di pusat rawatan universiti nanti.
UUM menanti
Ya..! Hati terasa merindui Sintok. Merindui sahabat seperjuangan. merindui para pendidik. Merindu assignment? yaka? Pejam celik pejam celik dah semester akhir ana di UUM. Empat tahun..! Permulaannya rasa teramat lama di tempat orang, namun sekarang dah nak habis. Bakal-bakal student UUM, inilah 'senior' mu. Mohon teguran juga dari adik-adik kerana tak semestinya 'orang lama' tahu akan ke semua selok belok UUM. Seminggu dua ni duk sibuk dengan tempat praktikal. Dah dapat tempat, namun hati masih lagi gentar. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan ana dan sahabat-sahabat lain juga. InsyaAllah.
::..nota akhir Ramadhan..::
Semoga redha Allah sentiasa bersama kita.. InsyaAllah..
Sama-samalah merebut pahala berlipat kali ganda kerana Penghabisan Stok Akan Tamat 2 hari saja lagi..
Follow @Setanggi_Syurga

p/s: Tiket bas ke Changlon dah lama beli ^^.
by
0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Post a Comment