Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..kita masih lagi berpeluang menikmati Ramadhan hari yang ke empat... Mudah-mudahan puasa kita pada hari ini lebih baik daripada hari-hari semalam... InsyaAllah...
Hari ni ana nak kongsi satu hadis...
Jom kita baca kat bawah ni...
"Tidak akan bergerak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan:
1. Umurnya (yakni masa-masa disepanjang umurnya) bagaimana ia habiskannya??
2. Ilmunya.. Bagaimana ia amalkannya??
3. Hartanya.. Dari mana ia diperolehi dan cara mana ia belanjakannya??
4. Tubuh badannya.. Bagaimana ia gunakannya??
~Hadis Riwayat At-Tirmizi~
Sahabat sahabiah sekalian...
Jom kita fikir...
Setelah beberapa tahun kita berada dibumi Allah yang sementara ini agak-agak berapa banyak kita habiskan ke jalan Allah..
Dan..
Berapa banyak pula ke jalan yang sia-sia...
InsyaAllah..Ramadhan masih lagi tinggal 26 hari... Moga kita memanfaatkan Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang boleh memberikan kita sahanm di akhirat kelak agar hidup kita di muka bumi Nya ini tidak sia-sia...
insyaAllah...^^
...nota ke empat Ramadhan...
Falsafah puasa adalah "MENAHAN DIRI"..
Alangkah ruginya diri kita ini jika kita mampu menahan dari lapar dan dahaga..
Tetapi tidak mampu menahan mata dan hati kita daripada liar kemaksiatan...
Pesanan ini ana tujukan kepada diri ana terlebih dahulu...
wassalam..
by~setanggi syurga~
2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Maafkan saya ukhti, tetapi puasa (sebagaimana yang dipaparkan di media) bukanlah 'menahan dari lapar' kerana kita tidak boleh menahan lapar. Sebenarnya ketika berpuasa, kita MEMANG BERLAPAR!
Lebih tepat lagi, menahan diri dari makan dan minum.
menahan diri dari segala-galanya bukan sahaja makan & minum...
maksud menahan diri tu luas sebenarnya...
Post a Comment