Perlahan-lahan akak senior dan dua orang rakannya mengikuti jejak langkah ida balik ke bilik.
Bahu ida ditepuk.


"Dik, nak solat berjemaah ke? Bilik kan sempit"


"Kita ke surau la.. Sebelah bilik aku je kan." jawab sahabatnya sendiri tanpa perlu ida membuka mulutnya..


Ida tersenyum meleret panjang...


Selesai solat, ida dan tiga seniornya bertaaruf.
kak sofiea, kak nita dan kak mas. Lama bertaaruf...


Asal mana?
Anak ke berapa?
Ambil course apa?


Tiada sebarang pun persoalan mengenai aktiviti sukan yang berlansung tadi.
Ida menyampaikan risalah tentang akhlak seorang muslimah. Dalam risalah tersebut mengandungi watak-watak kartun yang memberi keseronokkan kepada si pembaca. Namun begitu, ia mengandugi mesej yang cukup indah sekali.


Selesai bertaaruf, mereka bersurai.. Tak lupa ida memberikan buah tangan kepada akak bertiga.


Alhamdulillah...


"Allah swt selamatkan kami berempat dari perkara yang lalai.. Terima kasih ya Allah." ida melafazkan kesyukurannya sebaik sahaja akak-akak seniornya beredar.


Jam menunjukkan 6.30 petang...
Kedengaran bunyi riuh diluar kamar. Roomate ida, aisya baru pulang dari sukan kolej. 


"Assalamualaikum.."


"Waalaikumussalam.."


"Eh..cepatnya enti sampai bilik.. Kenapa?." tanya aisya.


"Oh... Tadi nak jumpa Some One.. So kena cepat-cepat sebelum terlewat.." jawab ida. "Oh ya... Tadi ana nak ajak enti jumpa sekali, tapi nampak kusyuk sangat bila.............." belum sempat ida menghabiskan kata-katanya, aisya terus mencelah.


"Mestilah seronok sukan tadi. Dapat keluarkan peluh dan dapat eratkan ukhwah. Sebab tu kusyuk ja...hehehe." jawab aisya sambil ketawa.


5 minit berlalu............


"Mmmm.. Enti dengar apa tu?" Tanya aisya apabila ternampak ida memakai headphone sambil terbaring kepenatan di katil.


"Ni? Mmmm.. ni santapan rohani. Roh kita juga perlukan makanan. Tajuknya Dosa Melewatkan Solat Waktu." jawab ida.


Aisya terkedu. Baru teringat dia belum solat asar lagi.
Bergegas aisya ke tandas.


Jam dah mencecah angka tujuh. Ida hanya mampu menggelengkan kepala.


Mengabaikan waktu solat disebabkan menghadiri aktiviti yang sia-sia. Bukankah solat kita turut menjadi solat yang sia-sia? Terimakah Allah akan solat kita itu?


Pada keesokkan harinya tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak kolej. Ini bermakna, ketiadaan ida dan akak-akak senior memang tidak memberi sebarang kesan kepada perlaksanaan aktiviti sukan.


Adanya diorang sukan tersebut tetap berjalan. Tiadanya diorang sukan tersebut tetap akan berjalan. Jadi, tiada apa-apa, makna bagi mereka.


Sesungguhnya, Allah akan menjaga kita jika kita menjaga Allah. Allah akan membantu kita jika kita membantu agama Allah.. InsyaAllah.


Bukan senang nak melembutkan hati yang sekeras batu. Namun dengan kelunakkan bicara, kelembutan suara dan kebijaksanaan tutur kata, hati yang keras dari batu insyaAllah akan menjadi lebih lembut dari sutera.


Tak semestinya dengan hujjah yang berapi-api, kita bisa memenangi hati-hati manusia yang susah dilentur. Kadangkala, hanya berbekalkan hati yang sarat dengan CINTA, ditambah pula dengan sedikit ILMU dan KEPERIBADIAN ISLAM yang SYUMUL, kita mampu menghidupkan suasana dakwah ditempat kita.. InsyaAllah.


Sahabat-sahabat disekeliling kita ini adalah antara ujian bagi kita. Gunalah pendekatan yang boleh melembutkan sekeping daging yang terdapat dalam diri manusia yang memberi kesan kepada seluruh anggota tubuh. Buruk 'daging' itu maka buruklah anggota tubuh. Baiknya 'daging' itu maka baiklah anggota tubuh.


Wahai adik-adik... Apabila menjejakkan kaki ke alam kampus, kita akan terjumpa pelbagai kerenah yang baru. 


Dahulunya tidak sanggup ditatap oleh dua biji mata, kena mencari baru dapat memperolehnya, tapi kini sudah terhidang di depan mata, tak perlu penat untuk mencari.


Jika dahulunya tidak pernah bercakap dengan lelaki dengan sesuka hati, tapi nanti akan menjadi perkara biasa.


Jika dahulunya malu berseluar tapi nanti tidak segan ber'jeans'.


Jika dahulunya malu ada buah hati tapi nanti malu tidak mempunyai buah hati.


Jika dahulunya marah pada rakan-rakan yang tidak menutup aurat dengan sempurna, tapi nanti akan terjadi pada diri sendiri.


Jika dahulu tutur kata dijaga, tapi nanti benda haram sudah menjadi perkara biasa di mulut kita.


Suka ana untuk berkongsi kisah sahabat yang bertajuk TERTUTUP ITU INDAH (clik SINI untuk kisahnya) yang mengisahkan tentang dirinya serta sahabat-sahabat disekelilingnya yang berlaku dalam sebuah kampus. Semoga mendapat manfaat.



..::nota jari si kecil::..

Mohon maaf jika nukila STORY DI IPT 1, 2 dan 3 tidak seberapa baik mungkin. Ni adalah 1st time ana cuba mengarang yang boleh dikatakan sebagai cerpen. Ana lebih kepada membaca sebenarnya namun apa yang ana nukilkan disini adalah berkaitan dengan pembacaan ana & apa yang berlaku dipersekitaran ana. 

InsyaAllah.. 
nak buat ayat berbunga-bunga seperti blog BAYYINAT memang jauh panggang dari api. Apa-apa pun harap mesej yang ingin ana sampaikan adalah jelas & dapat difahami semua. InsyaAllah, tugas kita untuk menyampai, mudah-mudahan Allah dapat memberikan kefahaman kepada kalian semua. insyaAllah


p/s: Dosa Melewatkan Solat Waktu (ceramah from Ustaz Azhar Idrus, Masjid Jamek Pengadang Baru Kuala terengganu)

by~setanggi syurga~

6 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Naqie_Ahmad said...

"Allah akan menjaga kita jika kita menjaga Allah... " Setuju sgt...

Pasal bila masuk ipt yg akn berubah tu mmg btul... byk kwn2 yg jd cmtu... padahal dari sek aliran agama... huhu... xtau nk ckp cmne kt diorg tu, pndai sgt jwb...

btw, ok jalan ceritanya... lagu dosa melewatkan solat waktu ada ke kak?? hehe...

~Setanggi Syurga~ said...

Qie_sya -> dik xbaca habis ka?

Naqie_Ahmad said...

Bca habis... tp ok dah macam tu...

knp kak??

~Setanggi Syurga~ said...

kalo adik baca habis adik xkan tanya la ttg DOSA MENINGGALKAN SOLAT WAKTU...hihi

Naqie_Ahmad said...

owh.. klu yg tu mmg trlepas pndang... sori2... lg pon ceramah tu belum tgok lg... klu ada link dia bleh bg?? hehe... sori ek, trlepas pndang...

~Setanggi Syurga~ said...

dlm cita ni bukan berlaku kat akak la dik..insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...