Alhamdulillah. Senior-senior hanya memandang kami tanpa memberi sebarang teguran. Jika dimarah sekali pun, tidak mungkin disuruhnya kami menanggalkan pakaian ini di khalayak ramai, bukan? Marah manusia apa lah sangat jika dibandingkan kemurkaan Allah.
Pakaian kami tidak selari dengan kehendak para senior namun sangat-sangat selari dan sepadan dengan temanya...
Ukhwah Fillah Senior dan Junior.
Belon...Getah...Baldi...Air...Tepung dan segala peralatan untuk aktiviti sukaneka yang akan berlangsung sebentar saja lagi..Bila dilihat dengan mata kasar mesti seronok..bukan? Nostalgia zaman kanak-kanak..
Entah apa-apa.. Macam budak tadika.. Rungut hati ida.. Aisya entah ke mana perginya. Katanya tadi mahu bersama-sama.
Satu kumpulan dengan lelaki.
Disuruh beratur panjang.. Paling depan lelaki manakala paling belakang perempuan. Ida lah orangnya. Arahan menyuruh membuat satu bulatan. Jadi semestinya lah ida akan bersebelahan dengan lelaki.
Sebelum sesi taaruf bermula, bulatan kumpulan ida ditegur oleh seorang senior perempuan.
"Bulatan tak sempurna..kenapa tak pegang tangan? Kat luar bukan main lagi. Kat sini buat-buat alim pula.."
Sinis sungguh..! Tak padan dengan tema..!Sabar..Sabar..Sabar. Ida memujuk hatinya.
Ida mengambil ranting kayu. Menyuruh lelaki cina disebelahnya memegang di hujung ranting manakala ida memegang dipangkal ranting. Bulatan dah sempurna.. Apa susah. Tak payah nak kena sentuh tangan pon.! Kalau tak, tak pasal-pasal dah bank in kan dosa..
Ida dikecualikan daripada permainan yang kebudak-budakkan itu dengan alasan puasa. Waste time.! Waste energy.! And Waste IMAN.!
"Puasa apa hari jumaat?"ejek senior sambil ketawa bersama rakannya.
Ida tak ingin menjawab. Dia memang betul-betul puasa. Puasa sunat hari khamis semalam dilanjutkan sampai tiga hari sampai ke hari seterusnya memandangkan bulan rejab dah menjelma. Sekurang-kurangnya ida tidak terjebak dengan aktiviti itu, hanya menjadi pemerhati sambil mengulang beberapa surah kegemarannya. Telinganya disumbat dengan earphone. Mendengar bait-bait kalam Allah lagi bagus dari mendengar jeritan si dara dan si teruna gelak ketawa di padang. Dari celahan ramai, ida ternampak roomatenya Aisya turut sama-sama menjayakan aktiviti itu. Mungkin Aisya tidak berpeluang sebelum ini agaknya. Dan inilah masanya. Allah.... Allah...Allah... Berhusnudzon lah wahai hati..! Marah ida kepada diri sendiri.
Mata sepetnya melirik ke tangan kiri.
Allah. Dah 4.30 petang. Dah satu jam lebih dirinya berada disitu. Jasadnya dilindungi pohon merimbun membuatkan dirinya leka mendengar Syeikh Al-Ghamidi mengiramakan ayat-ayat cinta dari Allah seakan-akan rohnya berada di dunia lain. Earphone yang disumbat dalam ke telinga dicabutnya.
Haiyya a'lassolah......
Sayup kedengaran azan dari masjid. Sudah masuk waktu asar rupanya. Ida memandang ke arah padang. Masih rancak dengan upacara tiub belon sambil didendangkan dengan lagu-lagu barat. Sungguh bingit! Petang Jumaat yang indah. Penghulu segala hari. Malah hari jumaat jugalah akan berlakunya hari kiamat. Tiada sekelumit perasaankah mereka-mereka ini. Sekurang-kurangnya hormatilah azan yang kedengaran.
Bilakah hendak berhenti dari permainan yang melengah-lengahkan waktu solat ini. Monolog ida lagi.
Ramai yang lalai..leka..
Memandangkan SOLAT WAKTU, mestilah cepat-cepat menunaikannya. Sangat menguntungkan merebut pahala di awal waktu solat.
Ida bangun memberanikan diri bersua muka dengan senior meminta izin untuk solat asar. Katanya sebentar nanti akan bersurai. Ida hanya membalas dengan senyuman dan berlalu. Kembali duduk di bangku lusuh sambil membaca Al-matsurat.
Mata beralih lagi pada jam.
Pukul 5.15 petang. Kelalaian terus rancak...! Tepung bersepah...! Dilontarnya ke sana ke mari. Terus terpias ke tudung ida.
Di sapunya. Wajah masam mencuka menandakan tidak suka. Apa motifnya..!
Sekali lagi ida bangun. Kali kedua bersua muka dengan senior yang sama. Ida bersuara namun tidak bertentangan mata. Meminta izin lagi untuk menunaikan solat asar.
Senyaaaappp........
Tiada jawapan dari senior.
Ida mengandaikan senior tidak mendengar oleh kerana suasana bingit dengan muzik. Ida mendekati seniornya kali ketiga.
"Kak.. Jom sama-sama kita pergi solat dulu.. Dah lewat ni kak."
Seakan-akan memujuk. Dengan ukiran senyuman yang terukir di bibir. Senyuman yang penuh bermakna nan indah tatkala berbicara dengan seniornya.
"Nanti senior-senior lain marah dik kita tinggalkan majlis ni." jawab seniornya.
"Tak pa kak.. Marah diorang tak kemana..Tapi kalau Allah marah, tak terkata kita nanti kak." balas ida.
"mmmmmm..." tiada jawapan dari senior
"jom kak.. Kita ajak kawan-kawan akak sekali tu.. Boleh berjemaah bersama-sama." pujuk ida lagi.
"Nanti kalau diorang tanya?." tanya seniornya.
"Kita cakap pergi jumpa Allah." dengan penuh yakin ida memberi jawapan.
Follow @Setanggi_Syurga
Posted by
~Setanggi Syurga~
Thursday, August 18, 2011
Labels: cerpen, IPT, Muhasabah Diri...^_^, muslimah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
best2... muslimah yg diidamkan oleh pemuda... sambungannya mohon dicepat2kan ye kakak... hehe..
salam... cerita yang menarik
salam..real rasanya....ini pengalaman saudari sendiri ke?ya benar apa yang perlu kita takut dengan marah manusia..apa yg seharusnya kita takut adalah akan kemarahan Allah
http://shaffuan86.blogspot.com/
Kalau tak dapat jadikan novel pun, dapat jadikan cerpen pun ok juga. Hantar kat mana-mana yang sesuai. Mungkin penulisan2u ke untuk permulaan.
Banyak sangat novel/cerpen picisan cinta cintun muda mudi yang lagha membuatkan karya sebegini diperlukan untuk counter attack! :)
Salam LailatulQadar.
QieSya ->^^ insyaAllah..smg Allah kurniakan idea yg bagus2...
Arai Lekir -> Waalaikum salam.. insyaAllah..dgn izin darinya...
Mohd Shaffuan -> waalaikumsalam..sedikit sebanyak apa yg ana perhatikan disekeliling ana...insyaAllah..moga Allah redha dengan penulisan ini..
En.kerani -> minat ana lebih kpd membaca sebenarnya,apa yg ana tulis disini kebanyakkannya apa yg ana baca..but tgk blog seorg sahabat maya ana ni iqbalsyarie.blogspot.com (Bayyinat) ana teringin pula nak menulis sebegini..^^ agar memberi manfaat kpd semua sahabat sahabiah.. ana mohon doa dari kalian agar terus istiqomah..^^ insyaAllah..
Post a Comment