Tekan banner untuk join..^^ |
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ
فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى
سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ
يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ
عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Beberapa
hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya
diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan
yang bathil). karena itu, Barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat
tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan
Barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah
baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang
lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu
mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu
bersyukur. (QS. Al Baqarah: 185)
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ
مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
Sesungguhnya Kami menurunkannya pada
suatu malam yang diberkahi ~1369~dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi
peringatan.
1369~ Malam yang diberkahi ialah malam
Al Quran pertama kali diturunkan. di Indonesia umumnya dianggap jatuh pada
tanggal 17 Ramadhan.
Surah Al-Fajr ayat 2
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
dan malam yang sepuluh~1572~
1572~Malam yang sepuluh itu ialah malam
sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan. dan ada pula yang mengatakan sepuluh yang
pertama dari bulan Muharram Termasuk di dalamnya hari Asyura. ada pula yang
mengatakan bahwa malam sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.
Salam Mahabbah buat sekalian khas buat Niera terutamanya.. InsyaAllah, mukaddimah panjang sedikit. Niera, izinkan ana sediakan 'cebisan' entri yang lain sedikit kerana kebanyakkan entri dari sahabat-sahabat yang telah join ana rasa agak sama dengan apa yang ada dalam kotak fikiran ana sekarang. Jadi ana fikir ana nak kongsikan perkara ini:
SENARAI SEMAK IBADAH WANITA "ABC" PADA BULAN RAMADHAN
ABC lebih dikenali Allah Bagi Cuti.
Oke..!
1. Menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan.
2. Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah. Ganjarannya "Doa antara azan dan iqamah tidak ditolak." (Riwayat al-Tirmizi)
3. Membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal antaranya:
-Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau solat Subuh.
-Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
-Mempersiapkan pakaian solat mereka.
-Nasihati mereka supaya giatkan beramal.
Rasulullah saw bersabda "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." (Riwayat Muslim)
4. Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa.
5.Berdoa dan beristighfar.
6. Mendengar bacaan al-Quran.
7. Menuntut ilmu sama ada dengan mendengar dari televisyen, radio atau membaca buku.
8. Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas. Rasulullah saw bersabda "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yag berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." (Riwayat al-Tirmizi)
Ermm... Antara kelebihan kepada para muslimah-muslimah di bulan Ramadhan.. Harap Niera terima entri ni..
Ilalliqo'
..nota selepas Ramadhan..
Orang celaka selepas Ramadhan
Rasulullah saw bersabda "Celaka sungguh orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidaj berselawat ke atasku. Celaka sungguh orang yang sempat bersama Ramadhan dan berlalunya bulan itu tetapi dia tidak mendapat keampunan. Celaka sungguh orang yang berkesempatan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, tetapi tidak dimasukkan ke syurga."
~Riwayat Ahmad~
by
7 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
singgah sini jgk..dh follow awk jgk...^__^
dah follow awak jugak..:)
http://aniceday3.blogspot.com/2012/07/bloglist-ramadhan-bersama-aisyah.html
Sabar singgah dari segmen yg sama.ABC tu mmg perkataan yg guna kt rumah..info slps ramadhan tu memang menarik.Thanks for the info
terima kasih sudi follow .. kita sudah follow jugak.. SALAm :)
terima Kasih atas Kunjungan ~
Salam Ramadhan .
Salam ukhwah fillah.. pun dah lama follow blog ni..hehe..
salam ukhuwah...datang membuat kunjungan balas dari segmen yg sama.. keep in touch (^__^)
Post a Comment