Cerita animasi Naruto boleh dijadikan strategi di medan dakwah?
betulkah?

Oke..! jom kita risik dengar perbualan dua orang sahabat di bawah ni....
Take note pada tulisan yang bergaris.. ^_^

A : Enti selalu adakan usrah menggunakan cara yang bagaimana?

B : Biasanya ana tanyangkan vedio seperti vedio Rasulullah saw.
Tak mau bagi diorang boring..

A : Ana biasa tayangkan cerita.. Seperti contoh cerita Naruto.
Begini..Enti tengok ukhwah antara naruto dengan Sasuke..

B : Ermmmm...

A : Ok..pastu enti tengok satu team akan ada tiga orang ninja.. dan ada seorang naqib..
Iaitu guru diorang..

B : Alahai..Camna ana nak terangkan pada mad'u ana nanti..

A : Ok..camni.. contohnya Rodri.. Even dia tahu yang dia tak de bakat dalam dunia ninja,
tapi dia hebat.. Sebab dia usaha..Dia tak de kuasa macam Naruto.. 
Dia tak de mata sharingan macam Sasuke..
Dia tak kuat macam Gara..
Tapi dia ada fizikal.. Dengan badan tu lah dia berlatih..
Dan menjadi antara ninja terhebat..


B : Wahhhhh...satu idea yang baru untuk ana perjelaskan dan kongsikan pada sahabat-sahabat nanti...
Gud2..!

A : That's why kita kena tengok dengan mata hati..
Not mata biasa...!!


B : Glluuupppp..!!


Ha..tu dia..dah risik dengar kan?
Pada mulanya si B ni macam pelik je lepas diberitahu si A ni tengah download cerita animasi Naruto.. Sedangkan si B ni tak suka sangat tengok cerita animasi kerana baginya cerita sebegitu akan membazirkan masa..
Si B pernah berkata kebanyakan cerita animasi or lebih dikenali cerita cartoon ni ingin menjatuhkan Islam.. Seperti contoh cerita cartun CAT & DOQ..
Kalau sahabat-sahabat perhatikan jalan cerita tu.. Alahai, betapa lemah lembutnya si anjing.. Akan tetapi betapa jahatnya si kucing..


So..why anjing tu baik sangat? why kucing tu terlalu jahat?
Dari segi pemikiran yang 'tak matang', jawapannya.............


"Ala....dah pengarahnya suh buat camtu..."

"Ishhh..kalo tak buat camtu tak jadi lah cerita..."


"Asyik kucing je yang baik..sekali sekala biarlah anjing pulak..."


"Ala...cartoon je pon...Nak bising-bising kenapa.."

Betapa hebatnya serangan pemikiran ZIONIS kepada umat ISLAM akhir zaman.. Sahabat sahabiah sedar tak sebenarnya? Cerita CAT & DOG adalah satu cara untuk menjatuhkan Islam..

Kenapa? Dimanakah salahnya??


Oke.. Sila baca yang selanjutnya..

Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah saw..
Memeliharanya adalah sunnah.. Besar pahala manusia yang mengamalkan sunnah nabi ini..


Diriwayatkan dari DAwud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yag menerangkan bahawa seorang budak memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah ternyata Aisyah sedang solat.. Lalu dia memberikan isyarat untuk menaruhnya..


Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur.. Datanglah seekor kucing memakan sedikit bubur tersebut. Ketika dia melilhat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah membersihkan sebahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya..


Rasulullah saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah saw berwudhu dari sisa jilatan kucing ~HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruquthni.

Sahabat sahabiah selalu duk share vedio kat Facebook mengenai kucing kan? kucing kena penyek..kucing kena pijak..kucing kena humban dalam air..anak kucing kena sembur angin pam tayar ..kucing kena bakar dan macam-macam lagi.. Tak kesian kah?


"Ada aku kesah...?"


Atau itukah jawapannya? 

Banyak lagi sebenarnya kartun yang berkaitan dengan kucing yang wataknya jahat..Boleh sahabat-sahabat bagi contoh lain lagi??


Animasi TWEETY? 
*anak ayam warna kuning dengan kucing..


Animasi TOM & JERRY? 
*tikus dengan kucing..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Oke.. Berbalik kepada anime Naruto diatas...
Kesimpulan yang boleh kita buat adalah UKHWAH antara Naruto dengan Sesuke sangat-sangat rapat.. ke'Ukhwah'an antara mereka sangat penting dalam memenangi misi perlawanan.. Jika mereka tidak rapat, tidak bersatu, tiada rasa ukhwah dalam hati mereka maka mereka akan sengsara dengan kekalahan..

Begitulah jua dalam dakwah..kita apply cara Naruto & Sesuke ber'ukhwah' dalam medan dakwah kita..
Ukhwah sesama akhwat & ukhwah sesama ikhwan bagaimana? Rapat dan saling teguh bukan?
Saling rindu merindui antara satu sama lain bukan?(sesama muslimat & sesama muslimin).. Ya..tanpa ukhwah sahabat-sahabat siapalah kita.. Terjalinnya ikatan ukhwah maka eratkanlah akan ikatan-ikatannya..Ukhwah fillah abadan abada..

Dalam animasi Naruto ada gurunya.. Sama juga dalam dakwah ada gurunya juga kan? Kita lebih kenali dengan panggilan Murabbi dan Murabbiah.. Merekalah yang saling tunjuk ajar kepada kita.. Yang sentiasa memberi kata-kata perangsang untuk kita terus hebat dijalan dakwah.. Jika kita rasa berputus asa, rasa jatuh terduduk malah dihimpap tangga, Murabbi lah tempat kita buat rujukan..

Dalam dakwah bakat itu tidak berapa penting namun yang paling penting adalah usaha.. Jika ada bakat tapi kurang usaha, berjalankah dakwah itu?lama kelamaan bakat pun berkurang dan hilang jika tak diasah..Akan tetapi, jika ada usaha tp kurang berbakat hasilnya amat effective sekali.. Dakwah akan berjalan dan bakat akan terus bertambah serta berkembang disebabkan usaha yang tidak kenal penat lelah..

Dakwah pon MANTOOPP..!!


That's right?


Teringat ana tentang cikgu add math time sekolah dulu..cikgu ana ni selalu bagi nasihat dan tarbiyah yg berguna kepada kami..
Antara kata-kata perangsang yang ingin ana kongsikan adalah mengenai bola sepak..cikgu ana cakap, pemain bola sepak akan menendang bola ke gawang gol dengan mencari sudut atau penjuru gol..tapi bukan di tengah-tengah pintu gol..


Oke..Bagaimana pemain-pemain bola sepak tu boleh jaringkan gol dengan menendang bola ke penjuru gol dan GOOOLLL!!?


Ya..Dengan melakukan latihan setiap hari..
Berpenat lelah.. Tak kira siang malam.. Hujan panas..
Namun hasilnya adalah kemenangan..


Sama jugak kalau kita sentiasa melakukan latihan setiap hari dalam ADD MATH..(sbb time tu kami semua lemah add math).
InsyaAllah..dengan berpenat lelah melakukan latihan namun hasilnya adalah A+..kan?


Ok..dalam dakwah pula..the same thing..
hangpa leh pikiaq bagaimana kan?


..::nota tangan::..




Sepetang bersama sahabat-sahabat..
Hujan rintik-rintik..
lepas tu Allah hadiahkan kami pelangi yang sangat cantik...


Ayuh syabab...!! Gemparkan dakwah di tempat anda..!!


by

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Siti Khadijah Mn said...

haha. terbaek la analogi naruto tuh. hihi.

sebenarnya, apa-apa pun yang kita tonton, kita kena fikir. walaupun benda tu nampak macam tak berfaedah, tapi pandai2 la counterback balik, mesti ada sikit sebanyak moral value dia.

wallahua'alam :)

~Setanggi Syurga~ said...

^__^....

maksud tersirat disebalik cartoon yg bg sesetengah org tak bermanfaat..ummi ckp dr tengok drama cinta baik tgk cartoon...^__^

syukran sudi singgah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...