Allahuma Solli Ala Saidina wa Maulana Muhammad...

SubhanaAllah..Alhamdulillah...Allahu Akhbar...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang...


Assalamualaikum... Salam Islam untuk semua pembaca yang sudi singgah ke teratak maya ana.. Jika ketua negara buat trade mark salam satu Malaysia (yang sememangnya ada satu ja Malaysia dalam dunia ni..) ana pula memulakan Salam Islam untuk entri kali ini.. Bukan nak buat kontroversi kat sini, namun nak sahabat-sahabat pikiaq sejenak.. Bahawa betapa mulia dan indahnya Islam bukan kerana sesebuah bangsa atau kaum, ana sendiri pon bukan pure melayu..Alhamdulillah dilahirkan dalam Islam...

Alhamdulillah..walaupun mesin sedang memproses plastik membingit telinga, namun kuat lagi suara ini mengulang ayat-ayat cinta dari Allah... As a production executive (insyaAllah) perlu memastikan production line berjalan dengan lancar serta perlu memastikan produk yang dikeluarkan tiada sebarang kecacatan..Tapi.........Siapa cakap tidak ada masa nak hafaz al-Quran? Berzikir? Berselawat? Beristigfar? Semuanya beralasan sibuk dengan kerja..Tak dak masa nak baca Quran....

Ohh... si Iman Thaqif 7 tahun boleh hafaz Quran dan Hadith sedangkan kanak-kanak lain sibuk dengan game, cartoon, mandi sungai, parit dan lain lain...

Kita?? Bukan 7 tahun kot... 17 tahun? 27 tahun? 37 tahun? 47 tahun? Malu la ngan kanak-kanak yang baru mengenal ABC boleh membahagikan masa waktu mengaji & bermain..

Sahabat-sahabat..
Sesibuk mana pun kita, jangan biarkan bibir kita gersang pinta menyebut bait-bait ayat Allah swt.. Biarkan bibir kita sering dibasahi zikir-zikir munajat..Biar melatah sekali pun kita menyebut kebesaran Allah.."Allahu Akhbar!"

Tiada salahnya sambil-sambil tulis laporan and then bukak handphone dengarkan selawat Nabi dan Rasul.. Kalo ada yang dengar, kita jugak yang beroleh keuntungan kerana memperdengarkan ayat-ayat yang sering memuji Allah serta Kekasihnya..

"Eh..Ustazah ke?"
"Hai Ustazah..."

Biarlah orang panggil kita dengan panggilan sebegitu..Bukan kata-kata hinaan pon..
InsyaAllah, kata-kata itu adalah satu doa.. Mana tau betul-betul jadi ustazah atau ustaz ke.. Sekurang-kurangnya kata-kata baik yang dilontarkan kepada kita..

Kalo ada orang panggil kita "Cap ayam" or "Gedik", sahabat-sahabat marah tak agaknya?? heee~

...Nota Tangan bercincin...

Maryam Umairah dah melihat dunia... Cucu ke 10 ummi wa abi.. Iman & Sofea dapat adik yang sangat comel..
12-02-12..cantikkan tarikhya..
Semoga Maryam Umairah menjadi anak yang solehah dan menjadi seorang serikandi yang berbakti kepada Islam kelak...insyaAllah.... ^__^


by

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

lyzaCR7 said...

Moga kita sama2 mendapat hidayah dari Nya.. :)

Ssalam perkenalan dari saya.. singgah and follow sini :)

mamawana said...

Mama love zikir always in my heart. Allah Ya Allah. Ins'allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...