Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahu Akhbar...

Assalamualaikum wbt...

Apa khabaq sabahat sahabiah ana... Semoga sihat sentiasa dan di rahmati Allah selalu... InsyaAllah...
Ana rasa dah terlalu lama ana meninggalkan blog kesayangan ana ni...Dengan kesihatan yang tidak menentu, keluaq masuk hospital dan sebaginya..

Alhamdulillah... malam ni nak kongsi sedikit pasal kunyit.. ce lihat gabaq kat bawah ni... 


Mengapa tajuk entri ana kali ni mengenai kunyit? dakwah ibarat kunyit? awat ek?

Sedang ana menolong ummi ana menggali kunyit di belakang rumah untuk di bekalkan kepala pembekaltiba-tiba nak bertanya pada ummi..

"Ummi...camni ummi tanam kunyit ni"?

"Ala..senang ja...ambik yang besaq tu dan tanam dalam tanah.."

"Camtu ja? tak payah jaga?"

"Mesti la kena jaga..kalo dak macam nak hasilkan kunyit yang baguih.."

"Ala ummi..tak leceh ka?kalo tingal camtu ja dia bercambah jugak kan?"

"Ya..mmg la bercambah...tapi tengok la percambahannya tu macam mana..sedikit ka..banyak ka..elok ka...buruk ka.."

Ya sahabat sahabiah......
Untuk menghasilkan kunyit yang berkualiti kena lah dijaga dengan menyiram, membaja, mengemburkan tanah dan sebagainya...

Tapi....
Apa kena mengena dengan dakwah & kunyit pula?

Memang tak kena mengena.. namun jika enta or enti sebagai dai mahupun mad'u dan sila fikir dengan logik akalnya persamaan kunyit yang dijaga dengan rapi dengan mencari seorang Muslim agar menjadi Muslimin dan Muslimat yang teguh dan tak mudah rapuh imannya... Sama? mengapa pilih kunyit? kenapa tak lengkuas, halia, serai dan yang lain-lain?

Sebab ana gali pokok kunyit..bukan pokok lain...hehehe

Ok... Dakwah ibarat tanam kunyit... Maksud ana apabila kita nak menjalankan dakwah mestilah bersungguh-sungguh.. bukan hanya sekadar batuk ditangga sahaja.. seperti pokok kunyit... kita kena jaga.. siram dengan air.. letak baja.. agar lebih subur dan menghasilkan kunyit yang elok... 

Begitulah jua dalam dakwah.. Apabila kita seorang da'i dan mempunyai beberapa orang mad'u, seharusya jagalah mad'u kita dengan sebaik-baiknya... siramilah mereka dengan ayat-ayat Allah... bajailah mereka dengan hadith & sunnah Rasulullah saw.. Agar mad'u kita menjadi mad'u yang berkualiti dan boleh membela nasib orang-orang Muslim dan menjulang Islam dengan cemerlang.. InsyaAllah...



Bangunlah wahai Muslim.. Bangun..!!
Ya..mmg 500 tahun dahulu kita tersungkur dibumi.. 
Tetapi..
Adakah kita memerlukan 500 tahu lagi untuk bangun..
Kita dilahirkan mulia..
Maka hidup pun mulia..
Mati juga sebagai mulia..
Kita perlu bangit bersama..
Berjuang bersama..

Gunung sama kita daki..
Lurah sama kita turuni..
Berat sama dipikul..
Ringan sama kita jinjing..
Hati kuman sama kita cicah..
Hati gajah sama kita lapah..

Biar seribu musuh di hadapan..
Kita serbu bak badai menggila..
Dayung sudah ditangan..
Perahu sudah di air..

Apa yang kita tunggu lagi wahai Muslim..!!

Biar kita mati sebagai pejuang..
Jangan hidup bernafas sebagai petualang...

..Nota jari manis..

Jangan lupa para da'i... mad'u kalian turut mempunyai hati & perasaan...
Pendakwah yang hebat harus menonjolkan kualiti hebat...

Takbirrr..!! Allahu Akhbar..!!


p/s: rindunya ummi nur pd kak bai..nnt jumpa lg ya syg..^_^

by

0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...