To adinda ku...
Dengan ucapan semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati didunia dan akhirat...

To ayahanda tercinta..
Ya Allah..hindarkan abi ku daripada segala kepayahan yang merunsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun-tahun yang akan mendatang.. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukkan dan kerungsingan... Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan... Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikkannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akirat..
Amin Yarabbil alamin...

~From my Bro~

Semoga akal semakin luas dan cerdas.. Semoga hati semakin bersih & bijak, semoga jasad semakin cekap dalam membuat kebajikan... Semoga dengan bertambahnya usia menjadikan kamu insan yang mulia, semakin disayangi Allah & menyayangi Allah, semakin umurnya berkah, pahalanya bertambah, segala urusan dipermudahkan Allah... Hari ini telah bertambah 1 tahun lagi umurmu... Mengharapkan senang dalam berjuang, bagai merindu rembulan di tengah siang.. Jalannya tak seindah sentuhan mata, pangkalannya jauh hujungnya belum tiba..
MET MILAD SAYANG...♥♥♥


~From my Kekanda~

Selamat Hari Lahir dik... Maaf akak lambat wish... :) Akak doakan moga sentiasa berada didalam rahmat & redhaNya, dan berjaya dunia & akhirat...amiinnn
miss u so much..!! ♥♥♥

~From kak Nofa ^^~

Asslamualaikum sahabat sahabiah..dah dekat 3 hari ana tak bertinta di ruangan kesayangan ana ini...Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang untuk menikmati nyamannya udara kampung..^^
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur pada Mu ya Rabb yang tidak terhingga rasanya... Mudah-mudahan usia ku ini dapat menikmati Ramadhan yang mulia.. Sungguh teruja menunggu saat itu..^^

Ukiran ayat-ayat cinta diatas adalah sebahagian daripada ucapan2 yang ana terima terutama dalam 'muka buku'

"SANAH HELWA"

Tanggal 28 Julai bersamaan 26 Syaaban maka bertambah lagi satu tahun usia ku dimuka bumi Allah ini..
Syukran ya Allah untuk semua berkat dan perlindungan Mu hingga saat ini.. Syukran untuk suka duka yang ku alami, itu semua semakin membuatkanku terpesona akan kebaikkan dan cinta kasih Mu kepadaku.. Siapakah aku ini sehingga begitu Engkau perhatikan..? Siapakah aku ini sehingga Engkau memahkotakan dengan segala cinta Mu..? Maha Dahsyat dan Agung Engkau ya Allah...

Begitu cepat masa berlalu... Seolah2 baru semalam diri ini melangkah ke alam persekolahan... Rasa cepat masa berlalu sehingga hari ini usia ku sudah pun mencecah 23 tahun 3 hari.. Bak kata ummi "dah ada anak 2 orang usia ummi seperti kamu..^^" 

Sememangnya, setiap detik dan saat usia ini kian bertambah dan setiap hari juga kita semakin berusia dan setiap waktu juga kita makin hampir kepada 'kematian'..

Terasa rindu kepada sahabat perjuangan, akhwat yang ditarbiyah.. Setiap usrah pasti terasa hangat untuk membincangkan masalah agama & membentangkan amanah... Allah...memang teramat rindu pada ukhti-ukhti semua.. Teringat akan jaulah... hanya senyuman yang mampu ana ukirkan..^__^
"kak Fatin, Aina, Fatiehah & Rina"

Teringat seketika pabila menjelang 12 tengah malam tanggal 28 Julai.. Terasa panas pipi ini dibasahi manik-manik jernih.. Terasa minda ini diputar-putar kembali mengimbau kenangan-kenangan yang telah berlalu.. Terasa hati memanggil-manggil, seakan-akan menyuruh mengosongkan minda yang sedang berputar-putar...seakan-akan menyuruh manik-manik jernih itu terus mengalir dan terus mengalir tanpa henti..

Minda berputar lagi..mengingati kejadian-kejadian lampau... takut akan soalan di Mahsyar kelak...

APAKAH SUMBANGANMU KEPADA AGAMA YANG SUCI INI??

Makin sebak didada... Apakah jawapanku nanti?? tertanya2 hati ini... Tiada lagi ingatan saat2 manis seperti sebelum ini... Tiada lagi gelak ketawa, senyuman lebar ketika menerima ucapan daripada sahabat handai.. Malah, hanya dengan linangan air mata diri ini mampu berikan.. Terasa amat gentar sekali.. Menggigil... Jika nyawa ku malaikat tarik & jasad ku yang dipinjamkan ini menjadi bahan makanan ulat & cacing, apakah yang telah aku korbankan demi AGAMA ku setelah 23 tahun aku dimuka bumi pinjaman Ilahi ini..

Ya Allah, panjangkanlah umur ku dalam ketaatan kepada Mu, pendekkanlah umurku dalam kemaksiatan.. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah tempat aku meminta dan menyandarkan harapan.. Hanya pada Mu ya Rabb.. Tiada seorang pun yang mampu menghiasi taman qalbu ini melainkan dengan rahmat Mu ya Tuhan... Sejambak rahmat Mu mampu menenteramkan badai yang menghempas segumpal darahku ini... Setitis embun ketenangan dari Mu yang mampu meredakan setiap keresahan yang melanda nafas hamba Mu ya Rahman...


Ya Rahim... Disebalik wajah kerinduan ini, terukir satu impian.. Ingin sekali hidupku dibayangi dengan watak sebagi mujahidah yang tidak gentar dengan mehnah yang datang sebaliknya menjadikan ia wacana buatku semakin dekat dengan Mu... Ingin sekali matiku sebagai syahidah yang terkorban demi memperjuangkan agama suci ini... Ya Khaliq, sekujur tubuh hina ini hanya mengharapkan nikmat iman dan Islam yang Kau berikan berpanjangan hingga ke nafas akhirku...


Siapalah aku mendambakan kenikmatan syurga Mu Ya Allah... Keindahan disebalik wajah penuh nur ilmu dan iman 'mutiara' yang sempat dipegang seketika... Namun 'mutiara' itulah yang membuat aku semakin rindu untuk bertemu Mu ya Rabb.. Wahai kekasih balahan jiwaku, tempatkanlah 'mutiara' berharga ku dikalangan hamba Mu yang SOLEH... Seandainya mampu ku miliki 'mutiara' berharga itu pasti akulah hamba Mu yang paling bahagia.. Namun, Kau lebih mengetahui apa yang TERBAIK untuk hamba Mu ini..


Biarpun 'mutiara' itu hanya sempat dipegang dan tidak pula untukku miliki... Memegangnya merupakan rahmat besar buatku.. Cukuplah sekadar memegangnya karana Engkau Pemilik sebenar 'mutiara' itu... Ya Allah, peliharalah qalbu ku dari fitnah duniawi.. Sesungguhnya ya Ilahi, aku mencintainya kerana agamanya yang ada pada dirinya..Sekiranya hilang agama dalam dirinya, maka hilanglah cintaku pada dirinya...


Tiada siapa yang ana maksudkan 'nya' dalam bait-bait ayat diatas... Hanya sekadar mengingati diri sendiri dengan wasiat dari Imam Nawawi... Hakikatnya mengingati hati dan perasaan ini untuk tidak sesekali mencintai hamba Allah sebaliknya mengutamakan cinta Allah lebih dari segalanya... Sekiranya diciptakan seorang pendamping hidup, maka biarkanlah orangnya bukan pilihan diri sendiri tetapi lebih kepada yang diredhai Allah dunia dan akhirat... Sekiranya bukan didunia, moga dipertemukan di akhirat kelak...




..::nota hujung jari::..


Syukran kekanda coz orang pertama yang celebrate walaupun lagi 2 minggu hari yang sebenaq..^^ syukran atas hadiah yang speacial tu..hihi..
Syukran kpd sahabat handai yang tidak putus2 memberi ucapan & nasihat...birthday ana sama dengan birthday abi tercinta..smoga abi sentiasa berada dalam lindungan rahmat dari Ilahi..


p/s: serius...rinduuuuu teramat sangat pada kak bai..T__T


by~shha aina~

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Anonymous said...

23??dia tua setahun dari sy..haha

~Setanggi Syurga~ said...

salam...23 tu umuq ja...lagi meningkat umoq lg dkat dgn kematian..kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...