Bertemu cinta dalam halaqoh,
Hidup lebih indah terarah,
Menyulam tautan hati kerana Allah,
Terpaterilah ikatan akidah.

Banyak-banyak buku kat atas tu, buku Tautan Hati dari kak Ha atau Fatimah Syarha yang sedang ana baca buat kali kedua, dan insyaAllah kali ketiga besok pagi. Satu novel yang sungguh memberi kesan dalam hati ana. Novel ni sungguh bagus untuk adik-adik remaja sekolah dan rakan-rakan universiti. Baitul Muslim yang dibina berlandaskan syariat Allah, bukannya berlandaskan syaitan.

Kadang-kadang cam terkena pada batang hidung sendiri. Asyik beralasan assignment banyak, balik kampung, tak dak masa, exam dah dekat dan pelbagai seribu alasan.

Antara ayat-ayat yang paling ana suka dan membuatkan ana menitiskan air mata.

> Sekali wanita ternoda, gugurlah sekuntum wardah di SYURGA. Sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di NERAKA.

> My dear, to love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exiting, but to be loved by Allah is everything. Allah love you.

>Apabila didatangi masalah, kita haruslah menghadapinya dengan tenang dan tabah. Berfikir positiflah terhadap setiap masalah yang menimpa kerana itu bukti cinta Allah pada kita.

>Lazimnya yang susah itu mahal.

>Mungkin aku terlupa nak hidupkan hati mereka agar datang kerana Allah bukan keranaku. Kalau mereka datang sekali pun tapi kerana aku, bukan kerana Allah, tiada maksudnya.

>Jelaskan dulu matlamat study tersebut agar dalaman kita kuat untuk terus study dengan tekun kerana Allah.

>Buat apa berwajah cantik  dan menjadi rebutan kalau menjual pinjaman Allah semurah ini. Ya Allah, insaflah dia..!

> Semakin jauh aku dari Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku.

Ni ayat yang sangat-sangat terkesan kat hati..(nangis tiap kali teringat)

DARI MANA KITA DATANG? UNTUK APA KITA DICIPTAKAN? DAN KEMANA KITA AKAN PERGI?

Banyak lagi ayat-ayat yang memberi impak kepada diri. Kalian adik-adik remaja, rakan-rakan, sahabat-sahabat, samada ada lelaki atau perempuan patut baca buku yang penuh ilmu ini. Bahkan diselit jua hadith Rasulullah & Kalam Allah. Sungguh tak rugi kalian membacanya.


..nota cinta..

Bagaimana kasih sayang semata-mata Allah dan Rasul antara Elya Khadeeja & suaminya Al-Banna bersatu.

Bagaimana pula cinta yang berlandaskan syariat antara Asiah Yusra & zaujnya Umar Mujahid bertemu.

Kalau nak tahu bacalah buku ini. Tak mahal pun berbanding handphone baru yang kalian beli tu, hihi. Beli buku ni, ilmu tak kan habis. Malah, makin hari ilmu makin bertambah..

by


Sila clik banner kat atas untuk maklumat yang lebih lanjut..

Ukhwah Alam Maya Bermula lagi...!

..Nota ringkas..

"Asyik-asyik join segmen ni.. tak bosan ke?"

Saya tak pernah bosan dalam mencari sahabat terutama untuk kutip ilmu-ilmu daripada mereka...InsyaAllah..

by

Seorang  khafir  yang marah kepada seorang pemuda islam dan dengan segera mengancam pemuda  itu lalu berkata: 
"Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu."

Si pemuda islam itu menjawab penuh ketenangan,

"Kamu  tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebahagaimana 
kamu tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku."


Si khafir  tadi bertanya:

"Mengapa aku tidak akan mampu melenyapkan kebahagiaanmu?"

Pemuda islam itu menjawab dengan penuh keyakinan:

"Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu kamu mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu kamu juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain."

Orang khafir  tadi bertanya dengan penuh kehairanan:

"Di manakah kebahagiaanmu?"

Pemuda islam itu menjawab dengan penuh ketenangan dan keyakinan:

"Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah.


clik doodle kat atas utk pilihan doodle yang lagi menarik


...Nota anak jari...
Iman adalah mutiara,
Didalam hati manusia,
Yang diyakini Allah Maha Esa & Maha Kuasa..



by

Sejak dari semalam teringin nak bela ikan kecik.. Ramai yang panggil ikan 'gappi', ada pula yang panggil ikan 'guppi'.. Petang tadi ditemani ummi. Kami p serang kedai ikan..

Banyak tak? Tak berapa Clear gambar ni..

Ha..gambar ni jelas sikit kan? banyakkan? warna-warni...
Seekor RM1.. So, kiralah berapa ekor kat dalam tu..

Banyak ni je yang ana beli sebenarnya.. 6 ekor harga RM5..Gambar kat atas tadi akuarium kat kedai ikan, sebab tu banyak tak terkira hehe..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
SubhannaAllah, saya sangat terpesona dengan keajaiban ciptaan Allah. Sangat cantik.


Sempat saya perhatian mulut seekor ikan yang comel, terkumat kamit. Dalam hati, saya malu sendiri. Mesti ikan comel tu sentiasa berzikir mengingat penciptaNya. Sedangkan saya, makhluk istimewa yang berakal pun kadang-kadang timbul perasaan malas nak berzikir. Itula yang hati kadang-kadang tak tenteram. Mudah terjatuh dengan nikmat dunia yang sedikit.

Sememanganya, hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan, resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.


Dikala itulah, kita perlukan Allah. Di saat resah mengharungi dugaan, disaat bahagia meniti kehidupan. Hakikatnya, kita perlukan Allah hari-hari.. setiap masa, setiap saat, setiap hembusan nafas kita perlukan Allah. Bila satu saat kita lupakan Dia, ketika itulah hidup kita dirundung gelisah, berkeluh kesah. Fitrah manusia, begitulah. Dan kita manusia istimewa yang dikurniakan akal oleh Allah masih mencari jalan keluar yang lain selain mencari DIa. Pergila kita ke pantai-pantai, pusat rekreasi, meredah hutan belantara.. semuanya untuk melepaskan ‘tension’ kononnya. Kita rasa tenang melihat awan, lautan, hidupan laut, gunung ganang dll. Kita tenang hasil menumpang zikir ‘mereka’. Sedangkan kita lupa nak berzikir. Bukan lupa kot.. tapi malas nak berzikir.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.


wallahualam..

..nota ibu jari..

Syukran ummi ku sayang.. Apa sahaja anakmu ini 'kepingin', mesti ummi tunaikan.. Minggu lepas teringin nak makan bubur kacang, sanggup ummi buat sedangkan anaknya ini ditempat kerja. Balik umah sudah terhidang atas meja.. Minggu ini pula terasa nak bela ikan kecik tu.. 'Tetiba' buang tebiat.. Ummi pula terus ke dapur. Entah apa yang diselongkarnya. Rupa-rupanya nak tunjuk belanga hiasan untuk letakan ikan nanti.. Alahai ummi, pantas ummi bertindak..! Ummi tau anaknya ini tak berapa ceria, sakit sentiasa menyerang sampai menghapus keceriaan dunia.. Syukran ummi kerana sentiasa buat ku tersenyum.. 
KAULAH SAYANGKU..

p/s~tak letak ikan tu dalam belanga pon, letak dalam balang gula-gula je..hehe..

by

Assalamualaikum wbt..
Bulan ni memang suka join segmen camni.. entah apa mimpi.. ^_^



Oke! Antara blog yang sangat memberi inspirasi pada diri ini..



Blog brohamzah adalah blog yang pertama ana jejaki pada mula-mula ana bertatih dalam dunia bloging.. Penulisan beliau penuh dengan ilmu dakwah, kadang-kadang perkongsian di blog beliau terasa diri ini ingin menjadi kuat seperti beliau.. Tak rugi jika kalian mengunjungi teratak Brohamzah.. Teringin membaca buku-buku yang dihasilkan beliau, harap ustaz dapat hasilkan suatu hari nanti.. insyaAllah..


Sapa tak kenal akak kita yang comel ni kan? Blog yang best! Bermotivasi! Penuh dengan ilmu! Sarat dengan cinta Yang Maha Esa! Seriouslyyyyyy!!! Majoriti buku nukilan dia telah dibaca berkali.. Malahan buku zauj beliau turut ana minati.. 'Terjerat' dengan buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul dan sekarang terus 'terpikat' dan jatuh cinta dengan hasil tangan beliau suami isteri..


Ya! blog ni jugak sangat banyak informasinya.. Suka akan cerpen & novel yang di nukil oleh beliau.. Beliau sekarang ni dah jadi novelis.. dua buah novel yang telah dihasilkannya iaitu Dia Yang ku Nikahi & Transit Cinta..


Blog ni? nak tau? kunjungilah..
Sarat dengan cinta & rindu kepada si Dia yakni Allah Yang Agung.. Rata-rata penulisan yang ana nukilkan, ana akan rujuk lenggang lenggok & gaya bahasa yang digunakan oleh beliau.. Dik Qawiem, nanti hasilkan buku jugak tau, akak leh jadi pelakonnya..hehe

...Nota jari manis...

Empat blog yang ana kenal pada mula-mula ana merangkak dalam membina blog sampai jadi seperti sekarang ni, alhamdulillah.. InsyaAllah, nukilan daripada kalian sangat-sangat membantu dalam membina jati diri dengan pengisian yang berilmiah..

by

Assalamualikum wbt..
Salam tautan hati buat sahabat-sahabat alam maya yang dikasihi. Semoga ukhwah di alam maya ini kian teguh semata-mata mencari redha Ilahi. InsyaAllah. Sambungan dari entri yang lepas Indahnya Bertaaruf (I)..

Sambungan Pertengahan.

Seringkali, kita menemukan orang yang begitu mudahnya bertemu dengan pasangan mereka. Mereka melalui sebuah proses perkenalan yang bisa dibilang sangat singkat, tetapi pernikahan mereka penuh cinta, keberkatan, kasih sayang, dianugerahkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Namun, ada juga yang kita lihat orang yang begitu sulit menemukan pasangannya, kemudian melakukan proses “perkenalan” yang sarat dengan perkara-perkara yang mendekati zina. Setelah menikah pun, ternyata pernikahan mereka tidaklah bertahan lama. Walaupun bertahan, masing-masing anggota keluarganya merasa kering, tidak ada kasih sayang, tidak ada cinta, tidak ada tujuan-tujuan yang besar yang ingin dibangun dari sebuah keluarga muslim. Apa yang menjadi perbezaan situai pertama dan situasi kedua? 

Permasalahan yang dihadapi dalam situasi pertama dan sitausi kedua adalah sama. Akan tetapi, peribadi yang ada dalam situasi pertama dapat menyelesaikan setiap persoalan dengan begitu baik sekali. Malah ia dilandai oleh ketaqwaan ketika memulakan sesi taaruf.

Sedangkan pada situasi kedua, ketika muncul masalah kecenderungan untuk menyalahkan pasangan begitu besar, karana selama ini segala bentuk perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan semasa perkenalan hanyalah sekadar “cintanya” diterima bukan berlandaskan syariat.

Permulaan perkenalan yang pada awalnya bertujuan agar dapat mengenali character sang calon, berubah menjadi “sharing” "loving" romantis. Betapa banyak mereka-mereka yang pada awalnya memiliki niat untuk perkenalan yang baik, tetapi kurang memiliki ilmu akan hal itu akhirnya jatuh kepada perkara yang bertentangan dengan agama. Dan, jadi sang buayafriend serta sang gedikfriend.

Teringat akan kata Murabbiah. "Jika hendak mencari yang soleh, enti kena mensolehahkan diri terlebih dahulu. InsyaAllah, akan akan menemukan kita dengan pasangan yang mungkin tidak disangka-sangka kehebatan dalam agamanya." Ya murabbiah ku, memang ana tidak menafikan itu...! (senyum)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

ok..! Di pertengahan menjalankan taaruf. Jika kedua-dua belah pihak sudah bersetuju yakni saling ingin bertaaruf, maka teruskanlah dan jangan lupa pula akan ISTIKHARAH. Minta Allah berikan petunjuk. Sesungguhnya petunjuk yang diberikan Allah tidak akan sesekali timbul perasaan kesal kerana jawapan Allah itu adalah jawapan yang benar. Allah swt lebih mengetahui akan segala hal yang baik mahupun tentang hamba-hambaNya.

Cuma, kalian perlulah berusaha. Ya, berusaha dengan men'kacak' kan dan men'jelita'kan diri dengan segala ilmu agama kerana nanti akan menjadi maharaja dan bidadari mahligai yang bersinar-sinar cahaya.

Persiapkan diri kalian dengan menebalkan ilmu di dada. Baca sebanyak mungkin buku-buku agama. Hadirkan diri dalam ilmu agama. Sentiasalah bersama sahabat-sabahat yang saling ingat mengingati ketika kita tersilap langkah. Sandarkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui.

Jujur ana katakan bahawa apabila berada dalam sesi taaruf, hati terasa sangat tenang, sungguh amat tenang sekali. Kerana apa? Kerana Allah berikan apa yang kita minta setiap kali kita sujud kepada-Nya. Sungguh perasaan yang tenang dalam hati ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semuanya rasa terjaga. Seakan-akan terasa detik amalan kita dicatit. Seolah-olah Allah teramat dekat dengan kita. Setiap malam berlalu dengan ditemani rasa ketenangan yang berpanjangan. Sampaikan ummi ana bertanya akan perubahan diri.

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
dalam Islam ada taaruf dalam tempoh,

Risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itu mendedahkan keserasian,
 Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf memalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.

~Tautan Hati: Fatimah Syarha~

Sahabat-sahabat, sandarkanlah kepada Allah semata-mata. InsyaAllah, Allah ada untuk menolong kita membuat pilihan. Jika taaruf kali ini hanya sekadar dipertengahan jalan, la tahzan kerana Allah tahu yang terbaik buat kita. Bersangka baiklah kepada Allah. Mungkin Allah hendak memberikan kita pasangan yang lagi hebat, atau pun Allah memberi peluang kepada kita untuk terus bermunajat dan memperbaiki diri. 


Pengakhiran


InsyaAllah, jalan yang ditempuhi semata-mata mencari redha Ilahi akan dipermudahkan. Jangan lupa khabarkan kepada ibu abah tentang perkara yang baik ini. Sesungguhnya, redha Allah itu terletak pada redha ibu abah. Apa tunggu lagi ya akhwat & ikhwah? Berbincanglah dengan keluarga pula. Yakinkan mereka, tak lupa juga teruskan berdoa, berdoa & berdoa. Kerana Allah sentiasa menunggu hamba-hamba-Nya yang tidak jemu berdoa. Rintihan kalian di tikar sejadah sangat dirindui Allah swt.


Kepada mereka yang lalui salam taaruf ini mesti akan terasa 'kemanisannya'. Sama ada taaruf itu berjaya hingga pernikahan mahu pun hanya sekerat jalan, turut merasainya di hati akan 'manisnya' tadi.. InsyaAllah.. Apa yang penting adalah PERSIAPKAN DIRI DARI SEKARANG..!




..nota-nota kemanisan iman..


 Moga Mujahid/Mujahidah yang kalian dambakan akan muncul dengan lafaz yang suci..


by

Clik banner kat atas.
Ukhwah alam maya..
Terjalin tanpa melihat empunya diri..
Moga sama-sama saling berjaya..
Menegakkan sillaturahim kukuh terpatri..

InsyaAllah..

by

Assalamualaikum wbt..
Salam mahabbah buat kalian yang dikasihi.. Makin kerap pula ana postkan entri kali ni. Mood berbloging sungguh baik sekali. Walaupun hujan bagai menanti bah, namun jiwa ini masih tidak tergugat. Alhamdulillah.

Teringat ketika mula-mula berada dalam sesi taaruf. Sungguh menggelatar satu badan. Rasa takut sudah semestinya. Maksud ana bertaaruf atau berkenalan yang dijalan dengan bakal IMAM dan orang ketiga atau pun orang tengah menjadi perantaraannya. Perkongsian kali ini bukan terjadi pada sesiapa, tapi pada diri ana sendiri. Bukan satu perkongsian siapakah gerangan mujahid yang digelarkan 'sah' sebagai IMAM ku, namun perkongsian dari segi persiapan ke arah menjadi 'sah' kepada IMAM si mujahid. 

"Dambakan imam muda, didiklah diri menjadi makmum muda. Dambakan putera puteri agama, didiklah diri menjadi permaisuri agama."


Ramai yang tidak menggunakan jalan taaruf ini sebagai jalan yang terbaik untuk membina mahligai bahagia. Bahkan mereka lebih rela menggunakan jalan yang tidak diredhai Allah. Dan ramai juga tidak tahu akan kewujudan jalan yang terbaik dalam mendirikan masjid.

Tidakkah kalian mengerti bahawa couple itu menjuruskan kepada perbuatan zina?

Firman Allah:

ولا تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”

 ~surah isra':32~
"Ish akak ni. Saya bukan nak buat macam tu, lagipun kami hanya chating saja. Saya ada maruah tau."
"Kami keluar pergi tempat orang ramai. Makan-makan, minum-minum saja. Awak doakanlah saya tak melakukan perkara terkutuk tu."
"Ala.. Aku kenal sapa dia.. Selama aku couple dengan dia, tak pernah pon dia buat lebih-lebih kat aku. Pegang tangan pun kadang-kadang. Tu pun masa nak lintas jalan. Apatah lagi nak buat macam tu. Atau kau jelous kat aku ke?"

Cuba kalian bertanya kepada penzina, adakah mereka dahulu ingin melakukan zina? Sudah tentu jawapannya tidak. Mereka juga turut bermula daripada bercinta, ber'sms', chating, gayut h/p, dating, keluar makan dan sebagainya. Tapi perkara-perkara yang dilakukan itu adalah jalan yang menuju ke arah zina.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga adalah syaitan”.

Kalian telah memberi cinta kepada buayafriend/gedikfriend, mereka belum tentu akan jadi suami/isteri kalian, nanti ada lagi kah cinta untuk kalian berikan kepada suami kalian?

Bagi kalian yang sedang bercinta tanpa ikatan yang halal, bertaubatlah. Pintu taubat masih lagi terbentang luas.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Permulaan 
Sesi taaruf biasanya bermula daripada orang tengah. Suami isteri atau orang yang boleh dipercayai akan menjadi orang tengah kepada bakal mujahid atau mujahidah. Suami isteri ini juga yang akan perkenalkan para hati yang berniat membina baitul muslim ini.

Dimulakan dengan bertanya kepada si Dara adakah masih belum mempunyai calon atau sudah di'cop'? Kata Ustazah jika belum ada yang mahu dirisik khabarnya. Jika dah ada tak mengapalah, akan mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.
Dan jawapannya adalah 'belom' dan positif.  InsyaAllah.

"Sayangku, Agamanya bagus sekali. InsyaAllah."

Ustazah meneruskan dengan bertanya lagi tentang pandangan mengenai rumah tangga. Jawapan yang diberikan adalah mempunyai pasangan suami isteri yang akan melahirkan ummat Rasulullah saw, yang saling memberi dan mengalah, yang sama-sama meredhai kelemahan dan kelebihan dan yang paling penting pernikahan itu adalah semata-mata kerana Allah & Rasulullah.

Begitulah antara soalan-soalan yang diajukan.

Firman Allah swt 
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal."
~Al-Hujaraat:13~


Selama perkenalan itu dimaksudkan untuk tujuan-tujuan dan cara-cara yang baik, maka perkenalan itu akan mendatangkan keberkahan Allah SWT. Tetapi yang paling penting yang hendak disampaikan oleh ayat ini adalah Allah SWT hendak mengingatkan kita agar selalu memiliki semangat taqwa ketika berkenalan dengan orang lain. Beerti, ta’aruf/perkenalan apapun yang kita lakukan, akan terkait dengan anjuran dan batasan yang dimaksudkan oleh ayat diatas. Termasuk perkenalan yang kita lakukan untuk tujuan pernikahan/ta’aruf pranikah.

Dan persoalannya bagaimanakah persiapan kita? 


Pertengahan

Kalian mungkin sudah membaca buku karangan ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi iaitu Pemilik Cintaku Selepas Allah & rasul serta buku Denyut Kasih Medik. Bagaimana pasangan novelis ini bertemu & berakhir dengan pernikahan. Sudah tentu melalui orang tengah dan bersandarkan kepada Allah swt.

Tidak berhubung dengan kemudahan yang ada seperti telefon padahal masing-masing menyimpan nombor telefon. Apatah lagi mahu berdua-duaan ditaman bunga. Hanya sekadar menghantar email. Itu pun setelah ditapis oleh orang tengah yang menjadi perantaraan. Isi kandungan email hanyalah yang penting-penting sahaja, yang tidak penting amatlah tidak perlu.. Tiada 'hehehe', 'hihihihi', 'huhuhu', 'ahaaks' atau sebagainya. Itu melambangkan 'kegedikan' kalian terutama muslimah solehah.

Namun, dalam pemerhatian ana, walaupun dirinya digelar seorang ustazah yang pakaiannya sudah tentu seperti yang kalian bayangkan telah membahasakan diri 'Sayang dan Abang' sebelum pernikahan malah tidak segan silu memaparkannya di wall facebook. (tidak menyalahkan tentang pakaiannya atau ganti nama diri ustazah)

"H/p hilang, tak dapat kejutkan abang bangun subuh."

Awat? Dia tak dak mak ayah, adik beradik, kawan lelaki yang boleh kejutkan? or jam loceng dah kehabisan kuasa betri?

"Abang, nanti kejutkan sayang tahajjud ya, takut tak terjaga. Baru nak tidor ni."

Bagitau kat facebok, si jejaka tidak memberi respon. Jelas hendak menunjukkan bahawa cintan cintun ala-ala islamic. Kalo kalian baca mesti terdetik dihati 'lahai, baguihnya depa ni'..kan?

Namun perbuatan itu Sungguh menjelikkan bahkan amat menggelikan..!

Rata-rata perkataan tersebut diucap oleh si dara, jarang sekali diluahkan oleh si teruna. Namun tak kurang hebatnya pula si teruna yang gah bagaikan laksama agama menggoda si dara dengan bait-bait ayat yang melemah si dara dengan meletakkan Allah dalam situasi mereka.

"Ana sayangkan enti kerana Allah, moga Allah redha akan hubungan kita yang berlandaskan agama."

Bagaimana Allah hendak meredhai kalian yang terang-terang bermaksiat malah menyandarkan Allah untuk kalian? Tidakkah kalian merasakan seperti menjual agama?

NAUZUBILLAH..!


...nota cinta..

Nantikan sambungannya.. InsyaAllah..

Klik disini : INDAHNYA BERTAARUF (II)



by


Clik banner di atas..
Terhad 40 blog sahaja.. ^_^
Biaq ramai sahabat, jangan ramai musuh..

~Bicara Tanpa Suara >> Blog Cun

by


"Sesungguhnya Rejab adalah bulan memohon daripada segala dosa dan Syaaban pula adalah memperbaiki hati daripada segala kecacatan. Ramadhan pula memberi penerangan hati. Sedangkan malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah."

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah s.a.w tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaanakhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman daripada azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka Jahanam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia daripada memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratulmustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratulmustaqim.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah daripada berpuasa di bulan Rejab, hendaklah bersedekah setiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan hamba-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan hamba-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah s.a.w, Ramadan bulan umat Rasulullah s.a.w.

4. Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman, manakala Ramadan bulan menuai.

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadhan  bulan menggandakan kebajikan.

7. Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibbah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala, dan Ramadan diganda 1,000 pahala.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.

2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.

4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.

5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah s.a.w dan sirah Islam lain.



..nota ibu jari..

Hebat sungguh bulan-bulan Islam ni..
Rugi barang siapa yang mensia-siakan bulan yang penuh keberkatan ini.. Jom sama-sama meraih pahala..

p/s~nanti, lambang BULAN pula yang akan memegang tampuk pemerintahan.. InsyaAllah..

by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...