Rasulullah saw bersabda
"Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa ke neraka"
~HR Bukhari~
1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Himmahnya (kemhuan) kuat terhadap ibadat dan membaca al-Quran.
3. Kurang berkata terhadap apa yang tidak perlu.
4. Memelihara solat fardu.
5. Menjaga diri daripada perkara yang haram dan syubhat.
6. Bersahabat dengan orang yang soleh dan baik.
7. Merendah diri dan tidak sombong.
8. Dermawan yang ikhlas.
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah.
10. Bermanfaat kepada orang lain.
11. Mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya.
Malu adalah pakaian & maruah setiap individu..
Rasulullah saw bersada
"Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabut lah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya. "(Ibnu Majah:4054)
Rasulullah saw bersabda
"Sesungguhnya setiap agama dan akhlak tersendiri dan akhlak Islam adalah malu"
~Ibnu Majah:4181~
..:nota kecil:..
SubhanAllah...
Sabagai jati diri orang Melayu/Islam, apakah kita masih mempunyai sifat MALU terhadap diri kita sendiri??
Wallahu a'alam...
Follow @Setanggi_Syurga
5 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
malu mahkota yang bernilai
ety~yup...^^
Salam, Hidayah.
Terima kasih. Peringatan buat diri yang kadang-kadang terlupa...
TERIMA KASIH ATAS PERINGATAN.
Z A Z A
pemerhati dunia & zaza
~wsalam ^^..afwan..peringatan utk diri ana jgk...syukran coz zirah sini..^^
Post a Comment