Wahai wanita-wanita Islam, peliharalah 13 perkara ini...
1) BULU KENING
Menurut Bukhari, Rasulullah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
~HR Abu Daud~
2) KAKI MEMAKAI GELANG BERLOCENG
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
~surah An-Nur ayat 31~
keterangan ayat..
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatkan dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah..
3) WANGIAN
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutama pada hidung yang berserombong kapal..kata orang sekarang hidung belang..
~HR Nasaii. Ibn Khuzaimah dan Hibban~
4) DADA
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka...
~Surah an-Nur ayat 31~
5) GIGI
Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
~HR At-Thabrani~
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi lebih cantik, yang mengubah ciptaan Allah..
~HR Bukhari & Muslim~
6) MUKA & LEHER
Dan tinggallah kamu (perempuan) dirumah kamu janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu..
keterangan..
Bersolek (make up) dan menurut Miqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahilliah..
7) MUKA & TANGAN
Asma bt Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian nipis..
sabda Rasulullah "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja...
~HR Muslim & Bukhari~
8) TANGAN
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya..
~HR At-Thabrani & Baihaqi~
9) MATA
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya..
~surah An-Nur ayat 31~
Sabda Rasulullah saw "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.. Kamu hanya boleh pandangan pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram
~HR Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi~
10) MULUT (SUARA)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik..
Sabda Nabi saw "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi..
~HR Ibn Majah~
11) KEMALUAN
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..
~surah An-Nur ayat 31~
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatanya dan mentaati suanminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga melalui pintu-pintu yang ia kehendakinya..
~HR Al Bazzar~
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah..
~HR Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah~
12) PAKAIAN
Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti..
~HR Ahmad, An Nasaii & Ibn Majah~
surah al-Ahzab 59
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka muah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang..
Sesunggungnya sebilangan ahli NERAKA ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk SYURGA dan tidak akan mencium baunya..
~HR Bukhari & Muslim~
keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu..
~HR Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah~
12) PAKAIAN
Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti..
~HR Ahmad, An Nasaii & Ibn Majah~
surah al-Ahzab 59
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka muah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang..
Sesunggungnya sebilangan ahli NERAKA ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk SYURGA dan tidak akan mencium baunya..
~HR Bukhari & Muslim~
keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu..
::...nota tangan si comel...::
Wanita..
Diri mu amat berharga...
Sayangi lah dirimu...
Wanita..
Diri mu amat berharga...
Sayangi lah dirimu...
by~shha aina~
0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Post a Comment