Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur pada Ilahi kerana masih lagi memberi diri ini nikmat hidup, kesihatan, iman dan Islam...
Alhamdulillah..

Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa hamba Mu ini atas keterlanjuran hati & kata mahupun perbuatan yang disedari atau tidak disedari..
aminn....

Assalamualaikum sahabat sahabiah...

Hari ni tak dak apa yg nak dikongsikan...
Cuma teringat kat ole-ole yang nk dihadiah kan kpd yang tersayang..

untuk ummi @ abi tersayang elok si anak buat hasil tangan sendiri...
untuk sahabat dunia akhirat elok juga hasil tangan sendiri....

"BINTANG HATI BUAT MU"

antara bahan2 untuk buat BINTANG HATI...
pisau, gunting, pen, kertas A4 warna warni & cermin mata (bg yg rabun cm ana ^^)

Bila siap buat BINTANG HATI hias dalam botol ...
tp bukan botol ni..ana akan beli botol lain...

sengaja besaqkan....utk lebih jelas..hehee ^^

Tak lupa juga untuk dihadiahkan kepada hubby tercinta eloknya si isteri yang hasilkan dari tangan sendiri...
Lebih bermakna...^_^

Oleh kerana ramai yang pandai buat bintang spt ini & banyak yang dijual di mana-mana pasaraya, jadi ana tulis satu perkataan dalam setiap BINTANG HATI yang ana hasil kan...
Bila dibuka BINTANG HATI tu, bermakna kita yg buat sendiri...
"N0 DUPLICATE"
^_^

Sahabat-sahabat boleh tulis kat kertas yg digunting selebar 1cm (spt gambar 1st) sblum kertas tu dilipat mjadi bentuk BINTANG HATI..

Kita boleh tulis ttg hadith, kata2 nasihat, kata2 cinta buat ummi abi @ suami/isteri, nama bakal baby ^^, nama diri sndiri dgn suami/isteri dan banyak lagi..^^

Ana harap hadiah ni membawa seribu erti kepada kami satu keluarga...
Nak siapkan sampai 1000 biji BINTANG HATI ni..
InsyaAllah..^^

..::nota tangan baby::..

Entri pas ni ana akan tunjukkan botol ngan BINTANG HATI yang ana dah siap kan....hehehee...
Besok nk kuaq pi beli botol hiasan...

wassalam

by~shha aina

Assalamualaikum sahabat sahabiah...
Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa dibawah lindungan Allah swt..
InsyaAllah..^^

sejak-sejak ni ana slalu postkan entri yg serius ja kan..
La ni ana postkan entri yg lebih santai sikit...


ni tomato jenis anggur..jenis ni ana paling suka..^^

Tomato sangat kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi, beta karoten & mineral..
Secara ringkasnya ia baik untuk mencegah kanser...

Sebenaqnya ana nak kongsi crita ttg buah kegemaran ana ni..
Pelikkan ana boleh jatuh hati kat buah TOMATO...
 Biasanya buah kegemaran orang ramai spt RAJA BUAH (durian), maggis, mangga, tembikai susu dll.. Ana pon dah lupa bila ana suka buah ni....

Bak kata kalo ada buah STRAWBERI & TOMATO, ana akan bedal tomato dulu la...^^

Kalo keluaq pi market nampak ja tomato mmg ana akan beli..
opsss..lupa nak habaq, ana makan buah ni tanpa dimasak terlebih dahulu...ala..cam makan buah anggur..
sambil tengok tv...sambil online..
la ni pon tgh makan tomato..
cam makan buah epal pon ada..hehee..

kalo kat umah ana sorang ja yg fanatik kat tomato..
kalo tomato ummi hilang dalam peti ais tu, tak dak orang lain dah ummi akan syak..hehehe..
so, time p market ummi siap2 beli tomato utk dimasak & tomato utk ana ratah...^^

Hari tu p cameron highland, ana mmg banyak beli strawberi..tapi ana makan 3 @ 4 biji ja..selebihnya ana bagi satu bas utk menjamu selera..

Ana beli tomato 3 plastik ja..spt gambaq kat atas..3 plastik RM3..murahkan...?? nak beli banyak takot tak habis..
So ana bukak 1 plastik and bagi kat kawan-kawan dalam bas...
Kawan-kawan ana tgk pelik ja...diorang ambik satu and then rasa...mmm ada yg tunjuk muka semacam ja, ada yg cakap "cannot go"..hehehee....ada yg terus muntah...hihi...

Rupa-rupanya ramai yg tak suka buah tomato...
Untung ana..leh makan banyak2 dalam bas OTW balik UUM...hehhee..oppsss..lupa..ana kongsi ngan ct noriani zulianie
merangkap kawan sebelah kerusi dlm bas..^^

Pasal buah strawberi ana tak dak penerangannya coz ana lebih mencintai TOMATO..^^...saja ja buat tajuk entri spt itu..^^
Sapa2 yg suka buah strawberi leh berikan hujah antuna sekalian..^^..

..::nota cinta::..

nak makan tomato anggur yang baru dipetik dari dahannya..
mesti segar...
nnt nak abi belikan pokok tamato anggur..
leh tanam dalam pasu...
leh petik yang segar hari-hari...

like this...


InsyaAllah..
Smg berjaya...^^

by~shha aina

Wahai wanita-wanita Islam, peliharalah 13 perkara ini...

1) BULU KENING
Menurut Bukhari, Rasulullah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
~HR Abu Daud~

2) KAKI MEMAKAI GELANG BERLOCENG
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
~surah An-Nur ayat 31~

keterangan ayat..
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatkan dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah..

3) WANGIAN
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutama pada hidung yang berserombong kapal..kata orang sekarang hidung belang..
~HR Nasaii. Ibn Khuzaimah dan Hibban~

4) DADA
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka...
~Surah an-Nur ayat 31~

5) GIGI
Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
~HR At-Thabrani~

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi lebih cantik, yang mengubah ciptaan Allah..
~HR Bukhari & Muslim~

6) MUKA & LEHER
Dan tinggallah kamu (perempuan) dirumah kamu janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu..

keterangan..
Bersolek (make up) dan menurut Miqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahilliah..

7) MUKA & TANGAN
Asma bt Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian nipis..
sabda Rasulullah "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja...
~HR Muslim & Bukhari~

8) TANGAN
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya..
~HR At-Thabrani & Baihaqi~

9) MATA
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya..
~surah An-Nur ayat 31~

Sabda Rasulullah saw "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.. Kamu hanya boleh pandangan pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram
~HR Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi~

10) MULUT (SUARA)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik..

Sabda Nabi saw "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi..
~HR Ibn Majah~

11) KEMALUAN
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..
~surah An-Nur ayat 31~

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatanya dan mentaati suanminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga melalui pintu-pintu yang ia kehendakinya..
~HR Al Bazzar~

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah..
~HR Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah~


12) PAKAIAN
Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti..
~HR Ahmad, An Nasaii & Ibn Majah~


surah al-Ahzab 59
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka muah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang..


Sesunggungnya sebilangan ahli NERAKA ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk SYURGA dan tidak akan mencium baunya..
~HR Bukhari & Muslim~


keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu..




::...nota tangan si comel...::


Wanita..
Diri mu amat berharga...
Sayangi lah dirimu...


by~shha aina~

Firman Allah
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram,"

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Sujud syukur kepada pemilik hati dan jasad ini, Allah swt..
Selawat dan salam ke atas kekasih-Nya, Rasulullah saw serta kepada para sahabat baginda...

InsyaAllah...

Syukur pada Ilahi kerana masih lagi memberi diri ini nikmat hidup, kesihatan, iman dan Islam...
Ya Allah..
Ampunlah dosa-dosa ku, atas keterlanjuran hati, kata-kata mahupun perbuatan yang disedari atau tidak disedari...
amiinn...

Hari ni tak dak pa yang ana nak kongsikan...
Cuma hati ini sering tertanya-tanya...

Persoalan ana..

ADA JUGAK KER ORANG YANG TAK SUKA TENGOK KITA BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN??

Murobbiah ana pernah berpesan...
"Bila kita tak menyukai seseorang, maka percayalah bahawa orang itu pun tidak menyukai kita..."
Jadi....
Janganlah saling benci-menbenci, tapi bencilah akan perangainya sahaja jika perangainya yang akan membuat Islam dipadang serong oleh agama-agama lain...

*perbezaan agama Islam dgn agama lain adalah SOLAT..

Berbalik pada persoalan ana..
Mengapa ya perlu ada rasa seperti itu??
Tidakkah kita sebagai "sahabat" seagama patut menyokong + memberi semangat + memberi dorongan + berkata-kata benar kepada "sahabat" kita yang berubah ke arah kebaikkan agar "sahabat" kita itu  ISTIQOMAH..??

mmmmm.....
Ana slalu teringat akan kata-kata lecturer ana kat kelas..."PROBLEM" iaitu bermaksud masalah....
Adakah kita mempunyai masalah HATI yang masih lagi tak settle??

"Setiap kali insan melakukan suatu dosa, maka terbentuknya satu bintik hitam di hatinya. Namun, jika ia bertaubat kepada Allah swt akan terhapus bintik hitam tersebut. Namun, jika ia tidak bertaubat sehingga membiarkan hatinya terus dalam dosa dan kemaksiatan maka hati itu akan terus menghitam dan bertambah kekotorannya. Dan akhirnya ia menjadi keras, kaku dan terus mati..!"

Sahabat sahabiah sekalian...

Para ulama telah membahagikan hati ini kepada 3 jenis..
1) Hati yang hidup
2) Hati yang sakit
3) Hati yang mati

"Hati yang hidup"
Kata para ulama, hati yang hidup adalah hati yang segar, kuat hubungannya dengan Allah swt dan hati ini adalah hati manusia-manusia yang sentiasa takutkan Allah swt.

Jiwa dan perasaannya sangat-sangat mencintai, merindui dan menambakan keredhaan Allah swt..
Hati ini sangat gementar apabila dibacakan ayat-ayat Allah swt.. Ia takut kemurkaan, dan azab api neraka Allah swt..
Ia sangat halus dan unik..

Lihatlah hati yang hidup..



Dambaan semua insan yang disapa dengan Hidayah Allah swt.


"Hati yang sakit"

Hati ini adalah hati yang didalamnya penuh dengan calaran, gurisan dan bintik-bintik hitam akibat dosa dan maksiat..
Hati ini selalu lupa dan lalai..
Terus terjerumus ke lembah kehinaan...

Lihatlah hati yang sakit..



Dosa dan maksiat sering kali dilakukan ketika imannya benar-benar lemah..
Namun, sejurus kemudian ia akan menyesali dan mengisafi dirinya..


"Hati Mati"
Hati Mati adalah hasil daripada perbuatan dosa dan maksiat yang berulang-ulang kali sehingga hati hitam sepenuhnya..
Kemudian Hati itu terus kaku, keras dan tidak lagi dapat ditembusi dengan cahaya keimanan..

Hati mati tidak dapat tersentuh dengan kalam-kalam nasihat daripada ayat-ayat suci al-Quran dan hadis-hadis sentuhan hati daripada Kekasih Allah..

Ia keras...Hitam..Jijik dan terus jijik..

Lihatlah hati yang mati..



Ia semakin parah dan akhirnya ia terus mati terkubur di dalam jasad seorang manusia yang masih bernyawa..

Tanyalah hati mu..sahabat-sahabat..tanyalah hati kalian..dimanakah keberadaan hati kita??

Hati hidup, hati sakit atau kah hati mati...

Bayangkan rupa bentuk hati yang bagaimanakah yang akan kita persembahkan disaat hari pertemuan kita dengan Allah swt??

Hati yang jijik, hitam, kotor, bernanah, tercalar, rosak dan punah dengan kesan-kesan akibat dosa & maksiat..??

ATAU

Dengan hati yang bercahaya dengan keimanan, keyakinan dan kepasrahan kepada Allah swt. Hati yang tenang, tenteram, bersih, jernih, putih dan sentiasa puas untuk mengikrarkan bahawa Allah swt itu adalah rabb-Nya..

sumber : bro hamzah


::..nota cinta ummi..::

Masa ana dapat crita tu ada terdiam..tergamam..menangis dalam hati...T__T..(time tgh dengaq kawan crita)

balik bilik terus call ummi..
dengaq ja suara ummi rasa kelu lidah nk berbicara..
hanya butiran ayaq jernih yg tak tertahan tumpah jua membasahi niqab hasil dari tangan ummi...
sampai kan berkali-kali ummi beri salam coz ana hanya diam..
esakkan demi esakkan...
akhirnya ana dpt bsuara...

"Rindu Ummi.."

hanya 2 pkataan..T__T

ummi nasihat itu ini..
lega tak terkira bila dengaq nasihat daripada seorang ibu...

masih terngiang ditelinga ana ayat last sekali dari ummi..

"Pandangan Allah yang kita mahukan"
"doakan agar 'sahabat' anak ummi ini berubah ke arah kebaikkan suatu hari nnti"

"TERUSKAN ISTIQOMAH MU"

by~shha aina


"KECANTIKAN ABADI TERLETAK PADA KEELOKKAN ADAB DAN KETINGGIAN ILMU SESEORANG, BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA'
~HAMKA~

Assalamualakum sahabat & sahabiah yang dirahmati Allah sekalian...
Semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya..
InsyaAllah..^^

Suka ana akan kata-kata dari sebuah blog sahabat ana dalam buku yang dibedah olehnya "TENTANG CINTA" karangan Pahrol Mohd Juoi..

Secantik mana pun kita selawa mana pun kita
Namun kalau perangai 'hodoh'
tidak beradab
tidak berilmu
orang akan pandang hina pada kita..

Namun jika perangai elok, sopan ditambah lg dengan kecantikkan yg dianugerahkan, maka ramai lagi lah orang berkenan..
Kecantikkan awak tu adalah EXTRA bagi awak & awak kena lah bersyukur...^_^

Namun..
Disebalik kecantikkan wanita ini
macam-macam dugaan yang perlu ditempoh..
Allah memberi ujian kepada seseorang untuk menilai sejauh mana & setinggi mana iman kita terhadapnya...
Manusia yang mampu bertahan, Allah akan memberikan ganjaran disyurga kelak...

InsyaAllah..aminnn...^^

Ana nak kongsi kisah sahabat ana..crita ni dari sahabat dia..dia plak crita kat ana..faham sendiri la..hehee..

crita zaman dulu kala..
tak dak kaitan ngan yg hidup atau yang sudah meninggal dunia..
tapi boleh memberi iktibar..

Ada seseorang perempuan...
cantik..lawa..berilmu..keluarga berharta...
baik..ramai yang suka & ramai jugak yang membenci...

Ramai yang suka sbb dia baik budi pekerti...
Namun yang tak suka tu sebab LELAKI..
Ramai lelaki nak menjadikan dia isteri..huummmm...

Tak terkiralah ramainya...
Ada yang suka kat dia walaupun dah ada gf (hubungan xsah)..
Tapi perempuan ni hanya melayan sebagai sahabat sahaja...

Sampaikan perents pihak lelaki dah jumpa & suka pada perempuan ni...
Tapi disebabkan masih belajaq, tiada apa yang perempuan ini boleh lakukan...
Hanya terpaksa bersabaq dan meminta UMMI ABI nya mendoakan agar dia tidak diganggu oleh mana-mana lelaki serta perempuan yang tidak berilmu..
(doa ummi & abi penting tau..)

Ramai yang membenci kerana tidak faham akan hukum agama..
Menuduh perempuan ini macam-macam sedangkan dia sangat baik...
Sehingga kawan baiknya sendiri menjadi musuh...
tempat mengadu hanya pada keluarga...
Serta rakan yang sangat memahami ilmu agama..
Sesungguhnya setiap IDAMAN WANITA SOLEHAH itu lelaki yang soleh...
Yang dapat memimpin mereka serta anak-anak ke jalan yang diredhaiNya..
Jika belum apa-apa lagi dah minta couple & macam-macam so kita boleh taulah iman kita sejauh mana...

Perempuan ini sedang menanti seseorang yang bakal menjadi penyeri hidupnya...
Serta rakan-rakan yang membenci serta yang sayang pastinya menanti siapakah lelaki bertuah yang akan menjadi pemiliknya..^^

Untungnya perempuan ni...(nak jadi baik cam dia..^^)
Kita boleh lihat orang baik-baik..ni tentunya menjadi idaman setiap insan..
Jadi..jagalah perangai kita sekarang ini...
kerana 'effect'nya untuk anak-anak kita nanti..
Jika kita mahukan generasi Islam yang berjaya, didiklah diri kita untuk menjadi salah seorang daripadanya...

Tidak perlulah kita mencari yang soleh/solehah tetapi JADILAH yang soleh/solehah..

Jika kita baik, insyaAllah..kita akan mendapat yang baik-baik juga...
aminnn...


gambar sekadar hiasan..sungguh cantik serta soleh & solehah pasangan ini..^^


::..nota tangan..::

Jagalah HATI...
Jangan kau kotori..
Jagalah HATI lentera hidup ini..

~sayang ummi & abi~


by~ss

Kepada bakal suami
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka..Andai itu lebih menyenangi hati mu..
Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah..
Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar..

Kepada bakal isteri...
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu...
Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu..
Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum..
Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain...
Pilihan ditangan mu...

Kepada bakal suami..
Jika kau memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah...
Kerana wanita itu bisa berubah dek kerana faktor sekelilingnya..

Kepada bakal isteri..
Andai kamu sudah berpurdah, bukan bermakna kamu sudah menyempurnakan semua kewajibanmu..
Jagalah akhlakmu demi menjaga kehormatan suamimu...

Kepada bakal suami @ isteri..
Suami menjadi pakaian kepada isteri dan begitulah sebaliknya..
Maka hendaklah kalian menutup keaiban suami/isteri..
Jika kamu membuka aib suami/isteri sebenarnya kamu membuka aibmu sendiri..




"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An Nisaa':1)


::..nota jari manis..::


syukran ya ummi coz sudi buat purdah untuk anakmu ini..^^..
ummi p beli kain tudung yg ngam ngan tudung yg dah ada utk jahit jadi purdah...
ummi jgk yg p beli getah utk jahit kat purdah...
ummi jgak yg p beli lilin nk bakaq benang2 halus...
ummi jgk yg beli jarum peniti + benang + jarum jahit...
syukran ummi ^^..
yg jahit getah kt purdah tu anaknya la..^^..
xmau suh ummi dah..cian ummi..
ummi tgk ja anaknya duk tekun menjahit smbil tgk buletin utama..
ummi siap komen lagi...


"hang ni kena p belajaq menjahit la...cian ummi tengok kain tu.."


opsss..kantoi sudah..hehehehee..


by~ss




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...