"Sayang, esok jom keluar," kata Faisal kepada Hani, teman wanitanya menerusi telefon bimbit.
"Ok darl, I on je," jawab Hani manja. "Kita jumpa di tempat biasa ya", sambungnya lagi.
"Ok, see you esok. Bye," kata Faisal sebelum menamatkan panggilan.
Malam itu, Faisal tidak dapat melelapkan mata dek kerana tidak sabar lagi untuk berjumpa Hani. Badannya di dibalikkan ke kiri, tidak dapat tidur, ke kanan, pun tidak dapat tidur.
"Lamanya esok," bisiknya sendiri.
Akhirnya hampir jam 4 pagi, barulah Faisal dapat melelapkan matanya. Itupun selepas menyumbat earphone di telinga bertemankan lagu Suraya nyanyian Indigo.
----------------
Faisal hanya terjaga pada pukul 12.25 tengahari itupun selepas dikejutkan dengan panggilan rindu dari Hani. Faisal bangun dan membelek skrin telefon bimbitnya. Ada satu mesej, dari emaknya di kampung.
"Salam, jangan lupa bangun subuh"
Mesej ringkas itu tertera di skrin telefon bimbitnya. Dihantar pada jam 6.12 pagi. Faisal tidak membalas mesej emaknya.
"Alah orang tua ni, solat je pun. Tak buat pun tak apa," ngomelnya sebelum melangkah ke bilik mandi.
Seusai mandi, Faisal bersiap-siap untuk keluar bertemu Hani. Minyak wangi Fantasia disembur ke bajunya."Nak kena jumpa awek, mesti la cantik-cantik,"bisiknya perlahan. Setelah siap semua, barulah Faisal melangkah keluar dari rumah sewanya dan memecut ke rumah Hani. Hani menyambutnya dengan senyuman mesra di pagar rumahnya. Hani nampak elegan dengan pakaiannya yang ketat dan menarik mata lelaki.
"Wow, you are so elegant with that kind of dress!" kata Faisal dengan mata yang terbeliak. Sambil itu, dia melangkah keluar untuk menjemput Hani masuk ke kereta.
"Haha, thanks darl. Untuk you jugak kan," kata Hani sambil melabuhkan punggungnya di seat depan.
"So, where we are going to go?" tanya Faisal.
"Sekarang baru jam 3.30 petang. Jom main boling dulu di Midvalley," kata Hani.
"Jom," jawab Faisal.
--------------
Lewat jam 8 malam, barulah Faisal dan Hani tamat bermain boling dan membeli belah di Midvalley. Mereka duduk berehat di kerusi berdekatan dengan kedai kasut Bata.
"Alah, I lupa nak beli something la sayang. Di Guardian," kata Faisal.
"Eh? Apa dia Darl?" tanya Hani.
"Alaa, benda tu lah. Untuk kegunaan malam ni," kata Faisal tersipu-sipu malu.
"Oh ya. Baru I ingat. Dah, dah. Cepat pergi beli. Cepat!" arah Hani.
Terkedek-kedek Faisal menuju ke Guardian lalu mencapai kotak yang bertulis Durex. Faisal kemudiannya berlalu menuju ke tempat duduknya sebentar tadi. Mereka berborak-borak dan bergurau senda sementara menantikan tibanya tengah malam. Lebih kurang jam 11.30 malam, mereka mula bergerak menuju ke kereta.
"Aha~ mari I bawak you ke tempat baik punya. I gerenti tak ada orang tahu. Entah-entah Tuhan pun tak tahu," kata Faisal sambil ketawa berdekah-dekah.
"Ah you ni. Buat suspen I je. Bawak je lah I pergi mana-mana pun. I tak kisah," jawab Hani manja.
'I dah tak sabar ni, nampak gayanya I kena pecut lebih sikit malam ni,"kata Faisal.
"Suka hati you lah," jawab Hani.
Langit pada malam itu mendung, tidak ada sebutir bintang pun di langit. Hanya gelap menghiasi langit malam. Kereta proton wira berwarna biru metallic milik Faisal dipecut laju membelah jalan raya. Dalam perjalanan itu tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya.
"Ish, hujan pulak dah. Ni yang tak best ni," ngomel Hani.
"Laa, hujan-hujan ni la yang best untuk....." Faisal tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Kereta yang dipandu Faisal bertembung dengan sebuah kereta pacuan 4 roda. Kereta yang dipandu Faisal berpusing dua tiga kali sebelum terbalik di simpang menuju ke sebuah kawasan perkelahan. Lebih menyayatkan hati, Faisal terpelanting keluar dari kereta dan dilanggar pula oleh beberapa buah kenderaan lain yang kebetulan lalu di tempat yang sama. Keadaan sunyi seketika. Dua tiga buah kereta mula berhenti di tepi jalan untuk membantu mangsa kemalangan.
15 minit kemudian, siren ambulans mula kedengaran. Paramedik bergegas membantu Faisal yang sudah tidak bernyawa itu. Mayatnya hampir hancur digilis sementara Hani disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan. Walaubagaimanapun, pemandu pacuan 4 roda hanya cedera ringan dan dirawat di hospital sebagai pesakit luar. Menurut saksi, serpihan cermin kereta yang pecah menikam tepat ke dada Hani. Jenazah kedua-dua mangsa di bawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Keesokan harinya, akhbar utama menyiarkan berita kematian kedua mangsa ini dengan headline "Tragedi Malam Valentine".
:nota tangan ku:
cerite ni saye ambik dari blog murabbi..sungguh sayu jika cerite ni dihayati dan diambil pengajaran..moga diri kite dihindar dari segala dosa yang sia-sia, same2 muhasabah diri..
JANGAN LIBATKAN DIRI DENGAN VALENTINE'S DAY..
0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Post a Comment