Mengikut hasil kajian sains, khasiat kurma terbukti :


- Memanaskan badan
- Mencergaskan tubuh
- Mencerdaskan minda
- Membantu tumbesaran kanak-kanak
-Melancarkan perjalanan darah
- Menghindari barah
- Mencucikan hati
- Membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran


Tidak sahaja buah kurma, umbuk pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.


Jus kurma juga berkesan meredakan tekanan darah tinggi.


Kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.


Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim al-Nasimy dalam buku tempoh mengandung dari segi perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, khasiat jus kurma antara lain :


- Menolong mencengkam rahim sewaktu kelahiran
-Memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kelahiran
- Membantu memudahkan proses kelahiran bayi
-Zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi yang diperlukan bagi membentuk susu ibu.
-Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakan buah kurma boleh menggalakkan pertambahan susu.
-Kurma berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukkan darah dan sumsum tulang.
-Kajian juga membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.


Firman Allah kepada Maryam, Ibu nabi isa, supaya memakan kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersali : " Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak." (surah Maryam 19:25)


~Utz. Mohd Wahid Abd. Hanif_SOLUSI~

3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

syairahmohdanuar said...

haritu ada baca entry psl kurma jugakk.lain pulak -__-

nice post!! ;D

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

syukran...

ana bace dr buku solusi...^__^

hanisa sabrina said...

banyak khasiat kurma . rugi siapa yg tak mkn kurma .
tapi sayang dr kecik sy asyik muntah je mkn kurma
tak tahu kenapa.parents selalu ajar makan slow .

alhamdulillah sekarang mcm dah okay sikit .boleh la terima :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...