Duhai mata yang sedang menangis..
Mungkin tik ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasi mu, air yang menggenanginkelopakmun dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah swt yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuh mu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis…

Aduh..!!
Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambing ketaidakmatangan. Sedangkan Allah swt merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ 17:109)

Duhai mata yang sedang menangis…
Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisan mu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsure-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu sahaja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah… Hebat sungguh penciptaan air mata..!!

Duhai mata yang sedang menangis…
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan di jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa kau perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaan,ui sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dpat menafikan kau juga insane yang punya hati dan perasaan. Isi hati mu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badan mu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah swt padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.
Ia antara penyebab panjangnya usia mu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doctor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis..
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Allah. Benar, tangisanmu itu tidak mampu mengembalikan masa lalu mu. Jangan membiarkan tangisan itu membabitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah swt ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasululllah saw dalam menyampaikan kalam Yang Esa, “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (Riwayat Ahmad & al-Nasa’i)

~solusi_Fatimah Syarha Mohd Nordin~

0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...