Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya..
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawaN..
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan....
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan ketika kau dewasa kelak.....
Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi Selepas Islam tersebar Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu...
Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah...
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu..
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu..
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu..
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu..
Wanita.....
Kau memiliki kelembutan..
Kelembutanmu mampu menggoncang dunia..
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki..
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah..
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)
Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga..
Kau tahu dirimu begitu bernilai..
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga
TETAPI.....
Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu..
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?
Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!
Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...
Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu..
Selepas nafsumu dipenuhi..
Mengapa baru terbit sifat malumu..
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil..
Hasil perbuatan kejimudan kemudiannya kau mengambil jalan pintas..
Menggugurkan kandunganmu, membunuh anakmu, membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apawalaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan..
namun...
Ingatlah..
Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci..
Ibarat kain putih yang bersih..
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu
Tetapi....
Hakikatnya,Kau membuang zuriatmu..
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada..
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya..
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar yang sentiasa berkeliaran di mana-mana..
Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan..
Yang hanya ingin menghirup madumu..
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas
Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga..
Biarlah kau dikatakan sombong..
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya..
Demi menjaga maruah dirimu..
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....
Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata..
Mereka amat bijak dalam tipu daya..
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati..
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai
Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini.
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu..
Tidakkah kau sedar..
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?
Wanita.....
SedarlahJangan kau mengikut jejak Jahiliyah..
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam..
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga..
Insaflah dengan perbuatan silammu..
Masih belum terlambat untuk segalanya..
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'
Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mukerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....
Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu..
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah dan disayangi oleh Tuhan-Mu..
5 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
try komen....^__^
dulu ana dah try buat..tp xdpt..try buat td sbenarnye xdpt jgk...tp tgerak hati nk clik kat comment..so ade la benda alah ni...
pape pon syukran ya...blanje mkn??leh je...hihii
nice entry..
o_0 v
syukran..^__^
Post a Comment