"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jgn menyembah selain Dia & hendaklah berbuat baik kpd ibu bapa. Jika salah seorg diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sesekali jgn lah engkai menyatakan kpd keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucaplah kpd keduanya perkataan yg baik" (Al-Isra':23)

sahabat-sabahat yg dirahmati Allah..

Ibu dan ayah merupakan permulaan hidup kita. Ibu telah mengandungkan dan melahirkan kita.. 
Ayah yang berusaha mencari sesuap nasi menyara dan membesarkan kita...
kemudian kita dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang, ditatang bagaikan minyak yang penuh...

Tetapi setelah kita meningkat remaja, bagaimanakah sikap kita terhadap mereka?? Pertanyaan ibu dijawab dengan herdikan..teguran ayah dibalas dengan cemuhan.. beginikah sikap kita kepada orang yang berkorban segala-gala yang mereka ada untuk kita?? pengorbanan ibu dan ayah yang tidak mampu kita balas dengan wang ringgit walaupun kita bergelar jutawan.

Namun inilah realiti manusia hari ini.. 
Cuba renungkan sabda Rasulullah SAW.."Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta pampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat pada isterinya, MENDERHAKAI IBUNYA, LEBIH RAPAT DENGAN TEMAN DAN MENJAUHKAN AYAHNYA, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih daripada orang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan ALLAH, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat." dan jika kita lihat, segala-galanya amat jelas berlaku pada hari ini.

sahabat-sahabatku...

Janganlah kita menjadi si tanggang moden yang menderhakai ibu ayah kita..SESUNGGUHNYA REDHA ALLAH ITU BERGANTUNG PADA REDHA KEDUA IBU BAPA DAN AMARAH ALLAH ITU JUGA BERGANTUNG KEPADA MARAH KEDUA IBU BAPA. (Riwayat al-Hakim)

3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Anonymous said...

from ilham aina...
>>rindu umi & abi....harap cuti umi dpt balik ya..!! rindu nk peluk umi....T__T abi lg rindu umi..^__^.....

Umi yg comel..!!

~Setanggi Syurga~ said...

ye syg....umi usahakan...(ni sape yg taip? hehehehee...baby 1 thn pandai main laptop dah ek...)

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Salam buat kakak comel :)

Moga dalam keredhaan TUHAN, doa terlebih dahulu dihulurkan buat ukhti :)

Nak tanya, macam mana buat fungsi, 'like facebook' di setiap ending entri kita?

Nak tambah ilmu~

Selamat malam, kakakku (^_^)

Mahabbah fillah dari Iffah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...