Buat abang..


Sayang nak minta kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik kampung. Abang tak perlu hantar sayang sebab sayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik. Cuma ada perkara yang ingin sayang luahkan disini. Kereta baru abang tu mahal, harga mencecah 100k barangkali. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih sayang. Samapikan tiga malam abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak beli tiga bukan yang lalu.


Abang sayagkan kereta abang lebih dari sayang..nak tau kenapa?? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah sayang letakkan masa kita kahwin dulu. Cuba hantaran sayang lebih mahal dari harga kereta abang? Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat. Tapi sayang nak dapat kiss good morning pon susah.


Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, sayang nak dapat hadiah birthday setahun sekali pun susah. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kereta jaga maintainance. Sayang nak dapat pergi salon setahun sekali pon susah. Kereta abang make up lawa-lawa. Tapi kalau sayang make up lawa-lawa abang kata sayang tak sedarkan diri. Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin. Tapi sayang nak makan pizza sekeping je masa mengidam anak kedua kita abang kata sayang mengada-ngada. Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan. Sayang jatuh longkang besar boleh abang gelak. Paling menyedihkan sayang tanya kenapa tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang. Kalau sayang kena curi??


Sayang nak balik kampung dulu. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa. Tak nak naik kereta abang takut calar, kalau sayang calar tak pe. Jaga diri elok-elok, sarapan sayang dah sediakan. Sayang pi tak lama, sekolah bukak sayang balik lah dengan anak-anak. Pesanan sayang untuk abang...


Abang suruh lah kereta abang tu masakkan makanan kesukaan abang..
Abang suruh lah kereta abang tu basuhkan pakaian abang..
Abang suruh lah kereta abang tu gosokkan kemeja abang..
Abang suruh lah kereta abang tu siapkan air mandi abang..
Abang suruh lah kereta abang tu kemaskan rumah abang..
Abang suruh lah kereta abang tu urut-urut abang..
Abang suruh lah kereta abang tu temankan abang tidur...


Sekian,
Isterimu..


:nota buatmu:
sedih gak bace nih..
isteri ni sangat penyayang sifatnya..
suke memendam hakikatnya hati dia sgt tersentuh dan tercalar..
seandainya isteri menulis..menangis..atau buat something yang pelik...tu semua hanyalah cara untuk dia melepaskan stress atau sebuah perasaan yang membebankan hatinya..kerana..dia tidak akan perah sanggup untuk melihat suaminya tersinggung tatkala dia meluahkan hatinya..atau mungkin juga dia terlalu memendamkan perasaan sehingga takut perkara buruk akan berlaku..
jadi..hargailah pasangan anda...selagi ia masih ada...
^___^....

Assalamualaikum swt sahabat sahabiah skalian...
Ana doakan sahabat2 skalian sentiasa berada dibawah rahmat Allah..insyaAllah...
ana nak share alkisah ttg suami isteri...bjujuran air mata ana bila baca kisah ni...
Bkemungkinan kisah dibawah ini blaku dlm masyarakat kita yang tak lekang daripada membuat kesalahan...

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.






"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari.

Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
 Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.







Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania.

Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahinya, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
 Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri meragui anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin Nisa dah mengandung.. Kandungan Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan.

Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di fikiran Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu lembut bila berkata-kata, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah takkanlah Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
 Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin. Kalau diminta suaminya menjemput...macam-macam kata kesat dan nista yang dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, berlagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
 Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang rumahtangganya dilanda badai ombak bergelora...

Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, emosinya masih kuat. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
 Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?.








"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"


Assalamualaikum.

Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa

Abang, percayalah sayang. Hanya abang satu-satunya ayang cinta dan sayang. Abang seringkali mengungkit kisah silam Nisa. Sedangkan itu carita dahulu. Semua orang melalui fasa kehidupan kenal-mengenali sebelum kita bertemu jodoh. Tapi abang sukar menerima hakikat bahawa abanglah yang Nisa cintai. Abang sering mengatakan bahawa abang adalah orang terakhir yang Nisa cintai. Bagaimanakah lagi cara untuk Nisa menjelaskan kepada abang? Abang membakar segala barang pemberian orang kepada Nisa sekalipun barang itu terkumpul himpunan hadis dan al-qur'an. Tapi kerana panas baran abang, abang membakarnya dengan hati yang puas sambil menjegilkan mata merah pada Nisa. Nisa redha. Sedangkan Nisa tahu, abang masih menyimpan barang pemberian bekas kekasih abang dan gambarnya abang simpan dan sembunyikan daripada Nisa. Takpelah sayang, Nisa terima dengan redha pelakuan abang pada Nisa.

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Di minggu pertama perkahwinan terasa bahagia.Tapi setelah itu, abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang.

Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa semahu abang tapi bukan anak-anak kita. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

Doakan Nisa.

Ikhlas dari Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Tubuh Zakri terasa longlai dan diari di tangannya terlepas, sekeping gambar di hari pernikahannya dengan Nisa jatuh di kakinya dan Zakri mengambilnya. Di belakang gambar itu tertulis"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk di lantai dan berjuta penyesalan menjalar di seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. dan pertimbangan Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak fikirannya...setiap perbuatannya...seperti wayang gambar jelas terpampang di mindanya.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba di rumah suasana sedih dan memilukan membelenggu diri setiap yang hadir. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri mengucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar di sisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan air mata bergenang di celahan mata bening Nisa yang tertutup. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana dan menderita mental dan emosi diatas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap di sisi pusara Nisa.



Zakri bermimpikan isterinya yang datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar di muka Nisa Putih bersih. Nisa... Nisa...Nisa nak ke mana Nisa...Nisa... Nisaaaaaa!!! Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....





“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Suatu sudut kafetaria Cengkih kelihatan beberapa orang perempuan sedang rancak berbual. Tiba-tiba…

“assalamualaikum…”, terdengar suara orang memberi salam.

“waalaikummussalam…eh, ustazah kita dah sampai la…hehe…”, jawab salah seorang dalam kalangan mereka dengan nada menyindir.

Dia hanya tersenyum lantas berkata, “kamu semua sedang makan ya? Boleh saya turut serta?”

“Err…tak lah ustazah, kitaorang tengah basuh kain nie, tak nampak ke?”, jawab seorang lagi dengan nada ketawa.

“hahaha…adoi la…dah tahu tanya lagi. Eh Iman, engkau tak payahlah nak buat baik dengan kitaorang. Siapalah kitaorang nie kan, jahat…tak macam engkau tu, dah jadi alim sekarang”.

“erm…maaflah kalau kedatangan saya nie membuatkan kamu semua tidak selesa. Kamu semua tetap sahabat saya, tiada ada yang berubah kecuali penampilan saya ini je. Saya cu..”. tidak sempat Iman menghabiskan kata-katanya.

“Eh! Sudahlah. Kalau engkau nak duduk sini, duduklah. Aku nak blah. Tak lalu nak makan tengok muka engkau yang berlagak suci nie” . dia terus bangun dan berlalu. Kawannya yang lain menurutinya dari belakang.

Hati Iman terluka. Tidak menyangka, perubahannya ke arah kebaikan dipandang hina oleh sahabat yang sentiasa bersamanya dulu. Iman terus berlalu pergi sambil menahan air mata dari membasahi pipinya.

Ada mata yang memandang apa yang baru sahaja berlaku.

“Husna, kamu pergi dulu ya. Akak menyusul kemudian, ada hal yang perlu di uruskan.”

“baik kak Nur..” terus dia ambil bungkusan makanan yang Nur hulurkan.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Nur tercari-cari kelibat seseorang. Matanya terpandang sepohon pokok di tepi tasik. Kelihatan seseorang bertudung labuh duduk di situ.

“Mungkin dia…” detik hatinya.

“assalamualaikum….sorang je ke dik?”.

“waalaikummussalam… ya kak, saya sorang je..”, Iman menyambut tangan yang dihulurkan kepadanya.

“seronokkan duduk kat sini. Tenang je rasa, tambahan pula dapat lihat salah satu keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa”, kata Nur sambil matanya memandang ke tasik.

Namun tiada apa-apa respon dari Iman. Wajahnya kelihatan sayu sekali. Mungkin masih sedih dengan peristiwa sebentar tadi.

“adik ada masalah ya? Mahu kongsi dengan akak?”, Nur cuba mengajaknya berbicara.

“eh…tak ada apa-apalah kak…”, Iman cuba menyembunyikan apa yang sedang dirasainya.

Nur tersenyum lantas dia memegang bahu Iman seraya berkata, “akak tahu apa yang berlaku kat kafe tadi”.

Iman terkejut, “akak nampak ke tadi?”.

Matanya terus bergenang air mata. Nur membiarkan sahaja. Nur tahu insan di sebelahnya sedang di uji keikhlasan hatinya oleh Yang Maha Esa.

“yang tadi tu sahabat saya,” Iman memulakan bicara.

“kami sudah berkawan dari sekolah rendah lagi. Sahabat yang banyak berkongsi suka dan duka bersama. Kami sering bersama-sama tidak kira ke mana kami pergi. Masing-masing memberi semangat antara satu sama lain. Indah sekali saat itu kak. Cuma, sejak saya balik dari cuti pertengahan  baru-baru nie. Mereka seolah-olah cuba menjauhkan diri dari saya”

"Saya ada juga bertanya kenapa dia buat macam tu dekat saya. Dia cakap, dia tak suka dengan penampilan baru saya yang bertudung labuh nie. Saya tahu kenapa dia tak suka sebab dia anggap orang tudung labuh nie hipokrit. Berlagak alim walaupun hati tu busuk sebab dia tengok ada beberapa orang yang bertudung labuh sendiri buat maksiat."

"Dia kata orang tudung labuh nie lah yang banyak sekali yang couple, selalu menipu, solat pun lewat, pandang hina dekat orang yang pakai tudung biasa nie dan macam-macam lagilah kak. Jadi, bila saya berubah dengan pakai tudung labuh nie. dia anggap saya macam orang yang dia katakan tu…”

Nur tersenyum mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Iman.

Iman pelik dengan reaksi Kak Nur. “kenapa akak senyum? Reaksi akak tak sama dengan kawan saya yang lain bila saya cerita semua tadi kat diaorang”.

“apa reaksi diaorang?” tanya Nur.

“diaorang cakap kawan saya tu buta mata hati. Tak dapat lihat dan bezakan mana yang baik dan mana yang buruk,” jelas Iman.

Kali ini juga Nur tersenyum. Bertambah pelik Iman dibuatnya.

Nampak Iman yang berkerut dahi dengan reaksinya, Nur ketawa kecil.

Akhirnya Iman juga tersenyum melihat seniornya ketawa walaupun dia tidak tahu apa maksud disebalik reaksi insan disebelahnya.

“ha…senyum juga adik akak sorang nie…hehe…macam tu lah…” usik Nur.

Iman terus tersenyum. Nur menjelaskan kenapa dia memberi respon sedemikian. “akak tersenyum di awalnya kerna apa yang dikatakan oleh kawan Iman tentang yang memakai tudung labuh tu ada benarnya. Dan…akak tersenyum buat kali yang kedua juga menandakan reaksi kawan Iman itu juga ada benarnya…”

“maksud akak?”, tanya Iman yang mahukan penjelasan yang lebih mendalam.

“Apa perasaan Iman sebaik sahaja memakai tudung labuh nie?” Nur menjawab pertanyaan Iman dengan soalan.

“saya rasa lebih tenang dari sebelum nie kak. Terasa lebih terjaga, seolah-olah tudung labuh nie pelindung dan perisai diri saya. Suatu perasaan yang sukar diungkapkan melalui kata-kata,” Iman senyum, dia bersyukur diberi kekuatan untuk melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.

“Alhamdulillah…akak tumpang gembira dengan perubahan kamu nie. Akak cuma pelik kenapa kita membezakan antara yang memakai tudung labuh dengan yang memakai tudung biasa kerna tudung labuh itu tidak wajib. Yang wajib adalah menutup aurat.”

“dan akak juga tertanya-tanya, apa salah tudung labuh sehingga dipandang hina sebegitu rupa? Yang melakukan maksiat itu adalah si pemakainya, bukan tudung labuh tersebut.

Nur terdiam seketika sebelum menyambung kata-katanya, “kawan Iman yang tidak suka melihat orang bertudung labuh ini kerna dia melihat tingkah laku si pemakainya dan bukan pada hikmah tudung labuh tersebut. Dia merasakan seolah-olah mereka itu tidak layak sama sekali untuk memakai tudung labuh jika berakhlak buruk.”

“Dan kawan Iman yang memberi respon menyatakan buta mata hati itu kerna dia melihat insan yang berkata itu tidak menilai hikmah tudung labuh tersebut sebaliknya menilai si pemakainya. Dan yang menjadi penyebab dia buta mata hati itu siapa kalau bukan kita yang memakainya…”

Iman merenung jauh. Memikirkan kata-kata yang baru sahaja dia dengar.

Nur  memandang Iman lalu berkata, “hati Iman mesti terdetik betapa beratnya tanggungjawab mereka yang memakai tudung labuh nie kan?”

“Eh, macam mana akak tahu nie?” tanya Iman.

“sebab akak juga pernah laluinya…bukan suatu hal yang mudah untuk berhijrah seperti yang Iman lakukan sekarang. Perlukan kekuatan untuk melaksanakannya supaya sentiasa istiqamah. Akak kagum dengan mereka yang mampu melakukan penghijrahan ini dan istiqamah”. Jawab Nur.

“akak teringat kata-kata seorang Muslimin bilamana dia begitu hormat dan kagum dengan Muslimat yang mampu bertudung labuh dan baik akhlaknya di zaman yang moden nie. kita ini diibaratkan seperti berlian yang tersimpan indah di almari kaca yang tidak begitu mudah disentuh oleh mana-mana tangan yang “kotor”.

“Malah kita lebih berharga bilamana akhlak dan peribadi yang bagus menghiasi diri kita seperti permata yang berjuta harganya dijaga dengan rapi oleh pengawal keselamatan supaya tidak dicuri” sambungnya lagi.

“Subhanallah…saya mahu jadi seperti berlian yang tersimpan indah dalam cermin kaca dan dijaga rapi oleh pengawal keselamatan kak…” Iman berkata dengan nada yang bersungguh-sungguh.

“Alhamdulillah…tertutup itu indah kan…teguhkan pendirian kamu ya!. Jadikanlah diri Iman sebagai role model kepada kawan-kawan yang lain. InsyaAllah, mata hati kawan Iman itu akan terbuka untuk menilai betapa hebatnya hikmah memakai tudung labuh. Manalah tahu, dia juga akan memakainya suatu hari nanti…”

“perbaikilah diri sedikit demi sedikit. Carilah ilmu sedikit demi sedikit untuk mengukuhkan lagi pegangan dan keyakinan kita pada Yang Maha Esa. Percayalah, tudung labuh itu akan menjaga Iman dan menjadi perisai bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman jika kita ikhlas memakainya kerana Allah s.w.t…”.Nur terus tersenyum.

~BIDADARI BESi~~<3



:nota cinta:
yang tertutup itu indah....yang tersorok itu mahal....yang tersembunyi itu berharga....
seindah hiasan adalah wanita solehah...

KERANA KAU ADALAH WANITA SEPERTI MAWAR BERDURI....^__^



Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. 

Berikut adalah cara bertahap: 

I. Menghilangkan Definisi Hijab 

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. 

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273).


 Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” 


Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. 

Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. 

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya? 

Pertama, Membuka Bahagian Tangan 
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan? 

Kedua, Membuka Leher dan Dada 
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. 

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya. 

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang 
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. 

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita 
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!). 

Keempat, Agak di Buka Sedikit 
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya. 

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya. 

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit 
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya. 

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit 
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab." 

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang. 

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis 
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis." 

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi. 

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis 
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya." 

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." Begitu juga berapa ramai wanita bertudung yang membonceng motosikal suami terangkat kain yang mendedahkan betis mereka untuk tatapan bukan mahram....

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita. 

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita." 

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko. 

Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat. 

BATASAN AURAT WANITA:
Dalil-dalil tentang Aurat Wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. 

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR 
Abu Dawud] 


:nota tangan:
jaga lah auratmu semasa kamu masih sihat & hidup...
ana tak tau nak letak gambar apa sebagai cth...
so..ana kongsi lah gambar ni sebagai contoh menutup aurat...
AGAIN..sebagai cth menutup aurat yg terbaik....

mmg yg terbaik!!!

selamat bhijrah ke arah kebaikkan....^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...