"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
~Ali-'Imran :185~

Keadaan van setelah pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua
mangsa-mangsa yang terlibat.
Ana dapat berita ini dari SINI iaitu salah seorang bekas pelajar MATRI.. 

Lagi berita boleh dilihat DISINI dan DISINI

Tiga mangsa yang terbunuh adalah :

1. Shahidan Bin Ali
2. Muhd Izzat Bin Ismail
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan

Manakala 6 yang lain cedera..

Innalillahi wa'inna ilaihi raji'un.. Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan-golongan yang beriman & bertaqwa..amin..

Teringat ana ketika membantu adik-adik Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) datang ke UUM tahun lepas untuk membuat kajian lapangan seperti mana kajian yang dilakukan oleh mangsa kejadian diatas.. Ana bersama adik Ikin membantu pensyarah kami sir Fadhli untuk membawa adik-adik melawat sekitar UUM.. Ana ada coretkan kisah ana dengan adik-adik di sini 
ketika mula-mula merangkak di alam maya ini..

Sungguh..! Turut merasai kesedihan apabila menerima berita tersebut..

AL-FATIHAH..
Sama-samalah kita mendoakan kepada mangsa-mangsa kejadian..

..::nota hujung jari merah::..

Minggu ni kerap ana postkan entri yang sedih-sedih kan? Kesemuanya berkaitan dengan kemalangan malah ana sendiri mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke UUM..

Muhasabahkan diri kita.. Sesungguhnya kita adalah hak empunya TUAN.. hak Allah swt.. Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.. Semoga musibah yang melanda ini membuatkan kita insaf dan sedar bahawa MATI ITU ADALAH PASTI...!

by

4 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Naqie_Ahmad said...

innalillah wa inna ilaihiraji'un... semoga roh mereka dicucurkan rahamt yang Maha Esa.
kakak mengalami kemalangan dalam perjalanan balik ke uum??

~Setanggi Syurga~ said...

al-fatihah...bas yang excident..akak xsedaq pon..tidoq..tgk2 cermin bas dah pecah terburai..

Zyla said...

al-fatihah... peringatan buat kita semua disebalik kejadian yang berlaku itu..:").. tabahkan hati sahabatku...

Cikli said...

Allah lebih menyayangi. semoga ke syurga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...