Assalamualaikum sahabat sahabiah.. 
Lagi dua hari ana dan sahabat-sahabat lain akan ke universiti yang tercinta.. InsyaAllah ni semester akhir ana.. Masih ingat lagi saat-saat gembira apabila dapat surat tawaran ke UUM.. Wah.. Dapat masuk "U"...!! Ummi abi buat doa selamat agar segala-galanya berjalan dengan lancar...InsyaAllah...Alhamdulillah...

Namun bukan kegembiraan itu yang ana ingin kongsikan..
Hari ni ana terbaca lagi satu artikel tentang kemalangan jalan raya..Berita sedih ini berlaku kepada pelajar UUM... Tiga terbunuh manakala tiga yang lain cedera parah apabila sebuah van persiaran yang membawa 10 anggota keluarga terbabas ke dalam parit di Lebuh Raya Utara Selatan Bukit Merah awal hari ini..

Keluarga berkenaan menghantar anaknya Shahila, 19 tahun yang ditawarkan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah.. Ya, universiti ana..

sumber : DISINI

Al-Fatihah....
Takziah kepada keluarga mangsa..
Semoga Kalian ditempatkan dengan golongan-golongan yang bertaqwa serta beriman kepada Allah..insyaAllah...

Al-Fatihah...

..::nota kesayuan::..

Jumaat ni jam 9 malam..insyaAllah ana & sahabat-sahabat ana yang lain akan berangkat kembali ke bumi Sintok..
Mohon doa dari kalian agar kami selamat sampai..

by

3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Naqie_Ahmad said...

semoga selamat sampai kak... klu naik bas, pesan kat dreba bas jgn lupa baca doa sebelum mula perjalanan n drive safely...
hehe.. :)

Hafriz Mohamad said...

al-fatihah bt mangsa yg tlah kmbali ke rahmatullah...

smoga dipermudah segala urusan ya.. ^^, bittaufiq wannajah..

NautoKun 85 said...

Al-Fatihak kepada mangsa.. Moga kamu selamat sampai ke UUM Sintok tu yg juga U saya suatu ketika dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...