Suami diikat, isteri disimbah asid dalam kereta


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ALOR SETAR: Sambutan Aidilfitri buat sebuah keluarga bertukar suram apabila ibu kepada 
empat anak kini terlantar selepas melecur pada badan dan muka dipercayai akibat disimbah
asid di Guar Chempedak, dekat Yan, kelmarin.

Mangsa, Rosnani Husin, 53, dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini ditempatkan di Unit 
Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, selepas melecur 30 peratus pada
muka, leher, paha dan belakang badan. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, 
mangsa yang juga kakitangan kerajaan bersama suaminya, 50-an, dikatakan keluar 
menaiki Proton Waja kerana mempunyai urusan.




Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pasangan
suami isteri itu ditahan dua lelaki tidak dikenali sebaik tiba berhampiran sebuah stesen minyak
di Kota Sarang Semut.




Menurutnya, pasangan itu kemudian bersetuju menumpangkan kedua-dua lelaki terbabit 
yang meminta ditumpangkan kerana mendakwa kenderaan mereka kehabisan minyak.




“Ketika dalam perjalanan dari Jalan Baru ke Bukit Besar melalui Jalan Permatang Buluh, 
lelaki terbabit tiba-tiba mengacu sebilah pisau kepada mangsa dan mengikat suaminya 
sebelum ditolak di tepi jalan berkenaan.





“Mereka meneruskan perjalanan dan kira-kira 50 kilometer dari kawasan itu, suspek 
memberhentikan kereta lalu menyimbah asid ke muka mangsa lalu meninggalkannya 
bersama kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi, di sini.





Menurutnya, si suami ditemui dalam keadaan tangan dan kaki terikat di tepi jalan oleh orang
awam manakala kereta dan mangsa ditemui polis di Guar Chempedak.




Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Yan untuk rawatan 
sebelum dikejarkan ke wad kecemasan HSB selepas didapati melecur pada sebahagian
badannya.

Sumber : HARIAN METRO





Sedih..pilu..hiba..sayu tatkala membaca berita ini di dada akhbar..
Sungguh marah rasa di hati.. Namun dari jauh ku berdoa agar mangsa selamat & sihat seperti sedia kala..

itu lah perasaan ana apabila baca petikan akhbar diatas..
Rupa-rupanya baru ana tau yang mangsa kejadian itu adalah ibu bapa kepada seorang akak di UUM DPP SIME DARBY.. Ya Allah.. Universiti ana..! DPP ana jugak..! Bayangkan jika mangsa itu adalah mak ayah kita... Sungguh sedih bukan? 

Berat mata memandang..Berat lagi bahu yang memikulnya..

Terkini : ibunya telah kehilangan mata sebelah kanan akibat disimbah asid...(from fb  kak Ku Jas Nadia)

..nota kesayuan..

Ana mohon dari sahabat2 blogger sekalian.. Sebar2kan berita ini dan  mohon doa kalian agar ibunya sihat seperti sedia kala & tabah menghadapi ujian Allah ni.. Buat lah satu entri seperti mana ana lakukan ni..InsyaAllah..KEperihatinan sahabat2 blogger sekalian sangat2 dihargai..moga Allah membalasnya..

by

7 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Naqie_Ahmad said...

huhu... kenapa negeri saya bermastautin byk terjadi kes simbah asid... dah la dengan dengan rumah saya... :(

~Setanggi Syurga~ said...

negeri akak jugak...lagi sedih bila tau tu adalah parent kepada seorang kakak yg stdy kat tempat akak..

Naqie_Ahmad said...

em... harap dia byk bersabar... :)

Unknown said...

hmmm aku baru tahu berita ni beberapa hari lepas kat fb. speechless. kasihan kan?

hanya Allah yg mampu membalas perbuatan laknat mereka. semoga keluarga mangsa byk2 bersabar.

Anonymous said...

Sedihnyer

Cikli said...

jahatnya manusia itu..

~Setanggi Syurga~ said...

naqie-> semoga keluarga mangsa bersabar

mai-> T__T sedih...smg Allah membalas kejahatan mereka...

aura putih-> ya..sedih..

cikli-> tu la manusia...T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...