Assalamualaikum sahabat sahabiah... salam raya ke enam.. 
Mudah-mudahan IMAN sahabat-sahabat terus meningkat...

Berita pemergian Allahyarham Noramfaizul Md Noor yang terbunuh dalam menyertai misi bantuan kemanusian di Somalia sangat terkesan dihati rakyat Malaysia khususnya Umat Islam. Beliau seorang jurukamera Bernama TV pernah juga terlibat dalam beberapa misi kemanusiaan seperti di Gaza, Palestin... Ana yang melihat siaran langsung di kaca TV tempoh hari tidak sedar air mata mengalir jatuh.. Ibu & ayah kehilangan seorang anak yang tersayang, isteri kehilangan suami tercinta, anak-anak kehilangan seorang ayah yang dikasihi, adik-adik kehilangan seorang abang yang penyayang.. Sungguh..! Bukan satu perkara yang biasa ramai ucapkan "cam petik jari je" "cam kacang je la" semata-mata membantu saudara-saudara seIslam yang lain sehingga mempertaruhkan nyawa sendiri.. Nyawa tidak boleh dijual beli... 

Al-Fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul Md Noor...



..::nota jari berinai::..

Teringat pula kepada Allahyarham Azuni Ali.. T__T Al-Fatihah kepada abang ana.. Semoga kalian ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman & bertaqwa disisi Allah swt... Amin ya Rabb..

by

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

An Najwa said...

betul tu, sedih bila dengar berita ni lebih2 lagi time siaran langsung untuk kebumikan arwah..al-fatihah untuk beliau dan juga abang awak..

auraputih said...

Sedih dan turut simpati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...