Salam Islam untuk semua..
Semoga bulan Syawal ini yag mulia ini Iman sahabat sekalian makin terus kukuh, kuat dan kebal..insyaAllah..
SubhanaAllah... Alhamdulillah.. Allahu Akhbar...
Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah. Hukumnnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannya untuk tontonan oleh para jemputan, sekali pun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat. Hal ini adalah kerana, melalui raut wajah wanita itu, sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya. Maka untuk menutup jalan-jalan yang membolehkan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran yang lagi besar, jadi adalah lebih baik tidak meletakkan gambar tersebut... Wallahu A'alam
Kadang-kadang apabila ana melayari sesetengah laman sesawang sama ada dunia blog
mahu pun muka buku, menjelajah lagi alam dunia yang serba serbi maya bagi manusia yang memayakan diri mereka itu, ana merasa hairan + sedih + kesian.. Muslimah yang bertudung, yang menutup aurat mahupun yang berniqab tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing..
Ya.. Ana pernah rasa teruja akan dunia maya sebegini.. Boleh menulis pelbagai perkara, pelbagai cerita, pelbagai perkongsian malah pernah meletakkan gambar sendiri.. Ana juga insan biasa.. Yang mempunyai pelbagai kelemahan dan kekurangan.. Insan yang sentiasa belajar dan terus belajar untuk memperbaiki sedikit demi sedikit untuk menjadi 'muslimah'.. Jadi antum semua semestinya kena tahu bahawa teguran 'membina' daripada antum sekalian amatlah di alu-alukan..
Tidak salah untuk memaparkan gambar kalian tapi perlulah bertepatan dengan hukum syara'.. Jadikan gambar itu satu penanda bahawa anda adalah seorang muslimah atau perempuan dengan meletakkan gambar karton seperti ana muslim atau gambar kanak-kanak yang belum baligh. Jika ingin meletakkan gambar kalian juga, letaklah gambar yang kecil dan privatekan supaya tidak di 'copy' dengan sesuka hati oleh 'manusia' lain..
Kecuali....
Untuk tatapan kaum hawa sahaja dengan mem'private'kan dan tidak dibenarkan rijal2 melihatnya.. Jika kalian mahu rakan lama mengenali kalian, kalian hanya perlu meletakkan nama bukan meletakkan gambar kalian sebesar-besarnya dan jelas sehingga setiap butir jerawat dan parut kalian terpampang di pipi..!
ADA APA DENGANNYA?
..MUSLIMAH & GAMBAR..
Bukan tujuan ana untuk mengaibkan kalian semua. Namun kalian semua mesti faham & sangat memahami tanggungjawab sebagai seorang rakan.. Ana adalah sahabat kalian, rakan kalian, kawan kalian...! Sungguh....! Ana sayang pada kalian semua walaupun kita tidak pernah bersua muka..
Patutkah ana membiarkan kalian semua menerima dosa-dosa yang kalian lakukan tanpa kalian sedari?
Patutkah ana membiarkan kalian memaparkan wajah-wajah kalian kepada orang lain?
Tak kesiankah kalian kepada bakal zauj (suami) kalian nanti?
Biar pun wajah kita bukan aurat mengikut sesetengah mazhab dan pendapat ulama', namun tatkala fitnah datang mengudang di samping itu jua terselit zina kecil (tersembunyi) berlaku, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup daripada ditatap oleh pandangan umum?
Sahabat-sahabat muslimah ku...
DUNIA TANPA SEMPADAN...tahukah kalian akan gerangan maksudnya? Ya.. Dunia tanpa had, Dunia tanpa batasan, Dunia tanpa halangan... Itu lah maksudnya.. Semakin hari semakin berkambang maju.. Saban hari mungkin berjuta-juta manusia yang menjejakkan kaki di laman sesawang kalian.. Di kalangan kalian ada yang bagus.. yang menundukkan pandangan selaras dengan firman Allah swt:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci daripada mereka. Sungguh, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.." ~An-Nur~
Namun demikian, kita harus akui bahawa dikalangan berjuta-juta manusia yang berteduh diteratak maya kalian terdapat mereka yang hatinya yang sakit serta jiwanya yang perit jerih menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kalian walaupun kalian bertudung litup.. Kita takut dan risau ada yang sakit hati atau ada yang suka, itu akan membuatkan mereka rasa tidak bersalah malah gemar membuat bermacam-macam dengan gambar kalian..
Seperti contoh yang ana boleh nyatakan disini.. Sahabat ana mengadu pada ana bahawa ada seorang muslimah (J) menuduh dirinya 'copy' gambar. Memang sahabat ana akui bahawa dia 'copy' gambar muslimah berniqab itu namun telah mendapt keizinan daripada pemilik gambar itu. Tapi, tiba-tiba sahabat ana ini diserang dalam inbox muka bukunya menyuruh 'delete' gambar tersebut. Padahal gambar tersebut tersangatlah ramai yang menggunakannya, bukan sahabat ana seorang sahaja.. Nasihat ana pada sahabat, gunalah gambar baby, kucing, 'love Allah' dan yang tiada kaitan dengan orang lain.. Oke..! ini adalah perkara biasa.. Bila ana melihat profil muslimah (J) di laman muka bukunya, memang beliau publishkan gambar pertunangan dan gambar perkahwinannya.. Jadi siapa-siapa saja boleh 'copy' gambar itu. Jika kalian seorang muslimah yang cemerlang dan berfikiran panjang, janganlah 'publish'kan mana-mana gambar yang sepatutnya di'privacy'kan oleh mata-mata kasar..
Maaf sekali lagi jika ada di antara kalian terasa akan kata-kata ana di atas.. Ingat sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah, seorang rakan yang tidak menegur akan kemungkaran yang dilakukan oleh rakannya sama ada kemungkaran yang dilakukan secara sedar mahupun tidak, maka rakan yang tidak menegur perbuatan rakanya tadi akan turut serta dihumban ke dalam 'NAR' (api neraka)..
Terkini..
Berita yang ana perolehi ketika beratur untuk membayar makanan di 'cafe', ana terpandang satu tajuk besar..
DI SIHIR GUNA GAMBAR DI FACEBOOK..
Terpampang di dada akhbar semalam.. Jadi, apa kesimpulan yang kalian patut fikirkan?
Jika kita kaji tentang dunia fotography atau gambar, begitu canggih sekarang.. Bukan main maju lagi.. bukan? Jika dahulunya hanya kamera yang perlu dicuci untuk mendapatkan gambar, kini telefon juga telah menjadi kamera. Kamera pula sangat dahsyat.. Boleh zoom sana sini.. Lebih 'instant' sesegera makanan segara yang sama kerosakan yang dibawa yakni penyakit hati..
Sungguh malangnya jika wajah kalian dipamerkan itu mengundang gejolak rasa di jiwa kepada insan bernama lelaki yang beriman akan beristighfar dan memujuk hatinya. Manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu kalian.. Mereka yang bermasalah tentang hati mula memburu kalian dengan chating, SMS, telefon, surat dan sebagainya atau yang paling bahaya menggunakan guna-guna ke atas kalian hatta mungkin mendekati kalian dengan tujuan memiliki kalian..
Dengan hanya satu kesilapan yang berkemungkinan kalian tidak terniat sedikit pun, wajah kalian terpampang besar di Internet..! Ya..! Gambar adalah bayangan realiti semata-mata. Namun mungkin jua satu fantasi.. Kadangkala lelaki tertipu juga dengan fantasi hebat Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi.. Jika itu tujuan kalian, kalian tanggung sendirilah.. Tapi jika niat kalian ingin berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, jadi nasihat ana berhati-hatilah..!
JALAN PENYELESAIAN..
Kalian sahaja yang mampu menyelesaikannya.. Bukan orang lain.. Diri kalian, kalianlah yang harus menjaganya.. Sebenarnya, apakah tujuan sebenarnya kalian bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepada kalian? Jadi, soalan ana kepada kalian, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah kalian sebesar-besar yang mungkin menutup pandangan orang terhadap kaliankah? Kerana laman sesawang muka buku, blog dan sebagainya itu adalah milik kalian.. Seharusnyalah kalian membuang gambar itu dan tidak akan meletakkanya lagi.. Atau jika kalian nak sangat letak gambar kalian maka hendaklah kalian meng'private'kan blog, muka buku atau sewaktu dengannya tapi dengan syarat haya KAUM HAWA sahaja yang boleh melihat gambar kalian..
Banyak cara yang boleh dilakukan dengan menggunakan perisian pengedit gambar.. Belajarlah daripada yang tahu.. Hindarkanlah daripada aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat.. Sekiranya niat kalian hanya berkongsi dengan rakan muslimah kalian, lakukanlah dengan cara tertutup.. Elakkanlah posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang.. Nak lebih mudah, kalian boleh kirimkan email bergambar pada rakan muslimah kalian itu..
Ya.. Isu sebegini sangatlah popular.. Ramai muslimah sekarang menyalahgunakan kemudahan ini..
Mesti ada di antara kalian yang membaca entri terdetik "Ahh..dah lapuk isu ni.. Dah selalu baca.."
Ya..memang dah lapuk.. memang dah selalu baca.. memang dah selalu dengar.. Namun, manusia kan selalu lupa..mudah lupa dan sangat pelupa.. Jika tidak, kenapa begitu ramai sekali muslimah di antara kalian leka dan alpa..? Atau hanya menganggap isu sebegini hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja..? Oleh itu, ana sebagai sahabat kalian ingin menegur kalian dan menegur diri ana sendiri juga.. Kerana kasih dan sayang ana kepada kalian wahai muslimah, terdetik di hati ingin menegur.. Sanggupkah kalian melihat rakan muslimah kita menjadi penghuni neraka? Tak sanggup kan? Begitulah jua ana..
::..nota inai dijari..::
INGAT.. wajah kalian adalah anugerah daripada Allah swt.. Anugerah Allah swt itu hanyalah layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja..
Wallahu A'alam..
by