Permulaan berniqab...

Sedang umat Islam bergembira menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa, perasaan ana pula bercampur baur... Gembira nak sambut 1 Syawal & gembira nak berniqab....^^.. Alhamdulillah... Hari ke 5 Syawal, ana try pakai.. Just pakai depan cermin ja... 2 hari lagi ana akan ke UUM... Time tu lah masa yang sesuai untuk ana mula berniqab... Tanam tekad dalam hati...Istikharah... Hari ke UUM... Turun ja dari kereta, ana terus pinkan niqab... Ummi, abg ngah & kak ipar tengok... Diorang hanya senyum...

Ditakdirkan malam tu bas meninggalkan ana... Adoi....belum jam 9 lagi.... Terpaksa la berkejar ke stesan minyak coz bas tunggu disitu.. Tak bernafas jugak lah time tu... 1st time berniqab rasa tak boleh nak sesuaikan diri lagi... Tapi ana kuatkan semangat.. Perjuangan mesti diteruskan... Alhamdulillah, segala2nya selamat..

Dalam bas.. Semua orang tengok2, pandang2... Ana mencari tempat duduk yang kosong.. tapi sebelahnya pula lelaki... "camna ni...??mmm" & mengharapkan simpati dari sapa2 yg sudi tukar tempat duduk... Alhamdulillah, Allah bantu ana.. Terasa beg ana ditarik.. Seorang lelaki cina berdiri & menyuruh ana duduk ditempat duduknya yang single sit... Allah... Mengapa non Muslim yang lebih memahami keadaan ana.. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya...insyaAllah...

Hari pertama berniqab di UUM...

Adalah hari pertama masuk ke kelas Sains Pengurusan after raya yang mempunyai sekerat sahaja kaum Adam & majoritinya bangsa cina... Secara ringkasnya, penting bagi ana mengekalkan rasa malu sebagai gadis Islam.. Ana memakai purdah bukan kerana ana cantik atau merasakan diri ini cantik... Jauh sekali.. Ana hanya gadis melayu campuran cina seperti gadis2 melayu lain juga... Namun begitu, ramai kaum Adam bahkan kaum Hawa itu sendiri menganggap wanita berpurdah itu cantik atau merasakan diri cantik... Hakikat sebenarnya bukan semua begitu.. Cantik itu adalah subjektif.. Sifatnya bergantung pada mata yang memandang & cita rasa  seseorang yang sesungguhnya Allah jadikan tidak sama....

Implikasinya, apabila mereka berpeluang melihat wajah yang kian lama tertutup & didapati tidak secantik yang dibayangkan dek mata, mereka mula mengeji & hati mereka mula mendatangkan sikap mazmumah mengutuk wanita berniqab.. Salah siapa?? Tiada siapa yang menyuruh kita bayangkan apa-apa yang sudah disembunyikan. Bahkan pula ia satu khayalan yang amat mensia-siakan diri mereka yang tidak akan memberatkan bahu kanan mereka.. Namun sebaliknya memberatkan bahu kiri pula dengan mengeji kejadian Allah swt yang tidak dapat diubah yakni wajah...

Allah menilai hati & juga akhlak kita... Jika kita menilai bukan daripada neraca Allah, kita memang sengaja mengundang kemurkaanNya... Nauzubillah...

Allah membuka peluang kepada hamba2Nya untuk memburu syurga yang menjadi rebutan para manusia dengan agama yang mampu diusahakan, bukan dengan paras rupa yang sudah ditetapkan oleh Allah.. Hati berkata... Pedulikan dengan penilaian mereka yang tidak mengenal erti bersyukur kerana syurga itu bukan milik mereka... terus terusik hati ini... Menitis jua air jernih membasahi niqab hasil tangan ummi... "Sesungguhnya aku hanya memandang penilaian dari Mu ya Robb..."

Berkata lagi... Sebesar zarah sekali pun, mereka tidak akan mampu memberikan kebahagiaan mahupun penderitaan tanpa keizinan dari Nya...

Ujian berniqab...

Mana2 wanita yang berniqab mesti menjadi perhatian kaum Adam.. Begitulah jua apa yang ana hadapi.. Sehabis baik mungkin ana melarikan diri dari semua itu agar hati tidak terpesong.. Hanya kepada Allah tempat mengadu... Alhamdulillah, dengan kekuatan yang Allah berikan, ana tidak mempunyai walau seorang pun sahabat lelaki di UUM.. Yang dahulunya agak rapat dengan senior lelaki kerana urusan pentadbiran MPP & Majlis Tertinggi (MT) jurusan yang ana ambil, namun sekarang ni telah tiada... Ana letak jawatan sebagai s/u MT dengan alasan yang tersendiri... Niat untuk tidak bertegur sapa & bjumpa lelaki.. Pada awalnya hanya untuk urusan rasmi, tapi setelah itu lain pula jadinya... Ada yang call bertanyakan khabar, kejutkan tidur untuk bangun qiam & subuh.. Ada yang menghadiahkan buku2 agama, malah ada yang mengirimkan surat... Ana akui semuanya silap diri sendiri mengatur semua ini yang dahulunya menganggap jawatan yang dipegang itu sangat penting.. Tiada siapa yang mengetahui tentang lamaran dari mereka kaum Adam.. Namun, pelbagai cara ana fikirkan bagaimana untuk meneruskan istiqomah... Alhamdulillah...Atas nasihat murabbi2, ana letak jawatan... Pelbagai cemuhan & bantahan.. Apakan daya ana... Ana lebih mementingkan maruah diri sebagai seorang muslimah yang pemalu... "Malu itu sebahagian daripada iman"...

Ujian datang lagi.. Ketika membuat presentation.. dalam senarai ada permakahan tentang gaya badan & mimik muka... "Better kamu bukak niqab tu, nanti hilang 10%...rugi tau.." kata seorang sahabat & sahabat2 yg lain turut mengiakan... Ana hanya menyepetkan mata tanda senyum... Namun jauh dilubuk hati ana amat kesal coz sahabat2 ana lebih mementingkan 10% penilaian permakahan dari pensyarah bukan 100% penilaian permakahan dari Allah swt... Ana tetapkan pendirian demi mendapat redha Allah... Alhamdulillah dengan izinnya, ana mendapat carry mark paling tinggi dalam kelas.. Syukur kepada Allah yang tak terhingga...

Ujian Allah tak terhenti disitu sahaja... Wanita berniqab ini terus dikeji kerana menganggu ketenteraman rumah tangga orang.. Hamba Allah itu publishkan di email dengan kata2 yang boleh menimbulkan kemarahan bagi sesiapa yang membacanya samada kaum hawa & kaum adam... Antara kata2 dari hamba Allah ini...

"Apa yang perlu kita buat kalau ada sesorang perempuan yang berjubah litup, bertudung labuh & berpurdah yang menganggu suami kita.. Cuba jawab wahai Nurhidayah yang suka ganggu suami saya..."

Ana tidak sanggup menulis kesemua kata2 yang dihemburkan itu, ana takot ada diantara sahabat2 akan wujud perasaan marah yang teramat apabila membacanya... Tidak satu pun ana membalas komen mahupun email yang diberikan. Namun terus membiarkan nya mencemuh.. Pelbagai reaksi, nasihat & pandangan dari sahabat2 email tentang kata2 yang menikam jiwa ini...

"Bertindak jangan mengikut emosi, berkata jangan sesedap kata, teliti dahulu & usul periksa supaya tidak rosak binasa.. lelaki memang ada haknya, wanita juga ada haknya masing2. Jangan menunding jari sebelum ada jawapan yang pasti kesilapan boleh berlaku di mana2. Jadi, janganlah kita terburu2 tanpa usul periksa. bermuhasabah itu lebih baik & mulia.. Pasti ada hikmah disebaliknya.."

"Bertindak tanpa berfikir..Bertindak mengikut hawa nafsu bukan dengan iman..."

"Subhanallah...menunding jari tak dapat selesaikan masalah.. Jangan salahkan wanita berpurdah, bertudung litup, berselimutkan jubah itu sebagai alasan untuk kamu menundingnya menganggu suami kamu.. Fikirkan & renungkan, sekiranya benar dia menganggu suami anda, anda fikirlah anda bagaimana... Lelaki kalau tidak melayan tak sah..Fikirkan kalau benar suami kamu sukakannya, pasti ada keistimewaan dalam dirinya yang tiada pada anda...Renungkanlah.."

Banyak lagi komen2 dari sahabat2 email.. Alhamdulillah... Semuanya yang positif dan berpihak kepada yang benar... Hampir setiap hari ana bertemankan air mata. Namun ana memandangnya hanyalah masalah kecil berbanding masalah & penderitaan saudara2 kita di bumi Palestin... Syukran ya Robb kerana memilih ku untuk menempuhi ujian mu ini.. Ana masih ingat akan pesanan daripada murobbi.. "Ujian yang Allah berikan kepada hamba2Nya kerana Allah sayangkan akan hamba2Nya & mengetahui bahawa hamba2Nya yang dipilih itu mampu menghadapi & mengharungi ujian yang bakal dihidangkan... Tidak dikatakan beriman seseorang itu jika dirinya tidak diuji..." Setekah dua hari, tiada komen balas dari hamba Allah itu.. Dengan izin Allah jua komen2 dari hamba Allah itu telah hilang... entah mengapa ana sendiri tak tahu.. Namun masih ada tersimpan dalam inbox email...

Ramai yang bertanya dalam inbox... Ana hanya menjawab dengan senyuman.. Tiada bezanya pertanyaan dari sahabat2 di kelas.. Ana turut dipanggil oleh kekanda ana yang menjadi tenaga pengajar di UUM.. Berita ini turut tersebar kepada umi & abi.. Namun ummi abi memahaminya & memberi nasihat..

Ujian Allah datang lagi...... "Akak..akak... sat akak.. tunggu sat.." seorang pelajar perempuan menghulurkan beg kertas.. Ana melihat isi kandungannya... PEEERRRGGGHHH!!! ana dapat hadiah....!! Percaya tak yang ana dapat hadiah sebentuk cincin dan sehelai surat...?? dengan selamba ja ana pulangkan balik hadiah itu kepada pelajar perempuan tadi dan berkata "Dik..akak dah milik orang.. Ni cincin ditangan akak..maaf ya dik..." entah dari siapa ana tak tahu & tidak ingin untuk mengetahuinya... Sudah pastinya ana hak empunya tuan.. Ana hak milik Sang Pencipta... Ana hak milik ummi & abi... Ana juga hak milik zauj yang telah termaktub di lauh mahfuz... Cuma tidak tahu siapakah geranganya ketika itu...

Ujian Allah turut dialami dirumah... Abg ana sendiri mencemuh.. "Kau tutup muka cam ninja tu sbb tak nak bagi nampak jerawat kan??" Ana naik berang terus menjawab.."Nur tak redha apa yang abg ckp kan, abg tau ke apa yang ada dalam hati Nur??" Abg terdiam... Ana terus masuk ke dalam kereta membawa ummi abi ke umah kak long... lajuuu... rapat tekan pedal minyak.. Ummi cakap istigfar...ingat Allah.. Sambil memegang kepala ana... Astagfirullah... Terlalu mengikut perasaan.. melompat gembira syaitann..!!

Alhamdulillah... Family ana dah ok dengan pemakaian ana..dah biasa tengok ana berniqab.. Ana satu2nya ahli keluarga yang memakai niqab.. Baik disebelah ummi mahu pun sebelah abi...

Hari tu ada teman akak p solat hajat kat sekolahnya.. akak cakap bukak la niqab tu.. Nanti pelik orang tengok.. "Kak... Islam datang dalam keadaan pelik (asing) & kembali dalam keadaan pelik (asing) maka beruntunglah orang2 yang pelik (asing) itu.." "Dik..kau doakan akak jadi cam kau ya..." ^___^.. InsyaAllah kak...

Bila terkenangkan kembali perasaan kali pertama memakai niqab, hati ini rasa hiba...sebak... hairan, mengapa & kenapa?? Dalam senario masyarakat yang majoritinya tidak menyukai niqab bahkan ramai pula yang prejudis, Allah telah campakkan ke dalam hati kita yang semestinya kita tidak mampu membelinya dengan harta yang berjuta-juta dolar sekali pun...


..::nota kecil::..

Cukuplah Allah bagi ana.. Baiknya Ana kerana menumpang rahmat Allah swt.. Buruknya ana kerana telah lalai dari mengingatinya.. Juga kerana fitrah ana sebagai manusia yang kerdil yang sentiasa dikelilingi segala kelemahan... Biarlah manusia mahu mencerca & menilik keaiban & kesalahan kita.. namun hakikatnya yang Maha Pengampun adalah Allah jua...

by~shha aina~

9 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum

salam ukhuwwah fillah ukhti..

ALLAH..kita satu bumbung rupanya "UUM"..

Moga terus sabar dalam menghadapi UJIANNYA..

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

wslam ukhti....
salam ukhwah kembali...^__^
tegur la ana jika terserempak dimana kt UUM..^^..
doakan ana ya..insyaAllah...

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum..

insyaallah..ukhti duk dpp sime darby kan??ana duk eon..

AL-QASSAM said...

cari niqabies untuk saya sorang.hehe

JOm Membaca

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

minta la dari Allah...insyaAllah..Allah akan memberi yang terbaik kepada hamba2Nya...

Nur_Riang said...

salam..
ana masih lagi berskolah mngah biasa..bru 16..tp punya keinginan kuat untuk berniqab pd msa akn dtg..
Doakan moga ana kuat mcm ukhti..ana juga pasti jika kptusan ana untk berniqab pd mse akn dtg trut akn ditentang kluarga..sdgkan thun ni bila ana sudah mula berubah image kpd yg lebih mnutup aurat,abg ana sendri sudah mula mencemuh...sedihnya hati Allah jelah yg tahu..

~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali said...

salam alaik dik..

alhamdulillah..niat sgt2 baik dik..dalam umur adik yg sgt muda ALlah telah mengetuk hati adik..dik..bila kita nak jadi baik, Allah akan uji kita dgn pelbagai cara..insyaAllah..mengadu padaNya..Dia sentiasa ada bersama-sama kita..kuatkan hati...jgn putus berdoa ya...^^

Ulya said...

sukanyaa ulya mmbaca kisah ni :)

Anonymous said...

Asalammualaikum ...seronok..bangga terharu...dan sedih (untuk diri sendiri) sbb keinginan untuk berniqab hadir pada usia 14 tahun bila melihat muslimah berniqab wajah mereka mashaAllah sungguh bercahaya bila dipandang...tapi skrg pada usia 38 tahun perasan tu masih kekal dah ramadah kedua sudah di jahit satu niQab untuk diri sendiri..cuma kekuatan untuk pakai tuk masih lagi lemah...kerana bekerja dengan Goverment yg melarang berniqab membuat nanti pemakaian itu mcm biskut chipsmore...tapi InsyaAllah ade harinya permulaan berniqab..kekuatan dari Allah skarng akak pohon..mencari jalan atau titik permulaan..mohon doakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...