Lelaki itu adalah seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah...
Ynag jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...
Lelaki itu adalah lelaki yang menjaga tutur katanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...
Lelaki itu adalah lelaki yang menghormati ibu bapanya..
yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...
Lelaki itu sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...
Lelaki itu tidak pernah membazirkan masa...
matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunya subuh dengan penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...
Lelaki itu sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...
Lelaki itu adalah lelaki...
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Disitulah rumah idamannya...
Dialah lelaki itu...
..::nota tangan si comel::...
lelaki ini yang selalu mencinta mu....^^ tu lirik lagu anuar zain daaaa....^^
lelaki itu cam abi..^^
by~shha aina
2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
lelaki yang soleh..penyejuk mata,penajam fikiran ~
cam lirik lagu ISTERI CERDIK & SOLEHAH ja..^^
Post a Comment