Bismillah..Alhamdulillah...
Syukur padaNya kerna masih lagi dapat menikmati anugerah yang dipinjamkan buat sementara waktu ini..Alhamdulillah..syukur pada Mu ya Rabb..
Masih ingat lagi semasa menjenguk ke teratak Brohamzah yang bagi ana seorang blogger yang sangat disegani.. Blognya penuh dengan ilmu, motivasi dan sebagainya..Tidak rugi kalau sahabat2 sekalian menjengah seketika ke teratak maya beliau..
"Oksigen yang Allah swt bekalkan kepada hamba2Nya secara percuma tanpa diminta bayaran... Cuba kita bayangkan jika oksigen yang kita gunakan setiap saat diminta bayarannya seperti bil elektrik & bil air setiap bulan..Mampukah kita??" Pejam kan mata anda seketika & renungkan...Muhasabahkan diri kita...
Malunya kita kepada Allah...
Selalu merasakan tidak puas apa yang dikurniakan tanpa sekulimit rasa bersyukur... Malah merasakan pula tidak cukup... Namun menyalahkan takdir dengan apa yang diberikan...
Malunya kita kepada Allah...
Nikmat mata untuk melihat sedangkan orang buta teraba-raba untuk mencari... Nikmat mulut untuk bercakap sedangkan orang bisu terkial2 menggunakan isyarat agar kita fahami... Bandingkan dengan apa yang Allah berikan kepada kita... Dapat melihat.. Dapat bercakap.. Dapat mendengar dan sebagainya... tidak cukup lagi kah?? tidak sayangkah Allah kepada kita??
Malunya kita kepada Allah...
Adakah pancaindera yang dikurniakan ini digunakan sebaik mungkin??
Adakah pinjaman ini digunakan ke arah mencari redha Nya??
Atau...
Adakah kita menggunakan nikmat Allah yang sementara ini ke arah jalan kemaksiatan??
Adakah kita menggunakan kurniaan Allah yang dipinjamkan ini ke arah kemurkaan??
Cuba kita renung & fikir sejenak..
Apakah yang kita lakukan pada hari semalam??
Cukup tak solat fardhu yang diwajibkan ke atas kita??
Adakah tepat pada waktunya??
Adakah kita mendoakan kesejahteraan kedua orang tua kita??
Adakah kita membaca kalam Allah walau sebaris ayat??
Adakah hati kita sentiasa berzikir mengingatiNya??
Adakah kita berselawat kepada kekasihNya tanda kita ingat pada beliau??
TUNGGU...! itulah jawapan kita...bukan??
Sapa2 yg mau sambung entri ni silakan..^^
by~shha aina~
5 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Ya Allah....
Ampunkanlah kami semua...
Terimalah amalan kebajikan yang kami lakukan....
Kami, hamba yang mudah alpa, leka....
Tanpa ampunan dari Mu siapa lah kami....
amiin ya Rabb.....
Same2 la kita bermuhasabah diri dan memohon taubat dan memaafkan insan lain sebelum tidur...
Amin ya Rabb..mudah2an segala dosa kita Allah ampunkan..sesungguhnya Allah maha pengampun...Y__Y
assalamualaikum
ape kbr ukhti hidayah??
Sukur dengan setiap nikmat yang ALLAH kurniakan buat kita:-)
ALLAHU AKBAR
wasalam ukhti azlen..alhamdulillah..sihat...syukrancoz singgah ke teratak yg xseberap ini..^^ alhamdulillah..smg kita mnggunakan nikmat sementara ini sebaik mungkin..insyaAllah...
jazakillah atas perkongsian..sangat bermakna!
Post a Comment