Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.....

Assalamualaikum wbt...
Sujud syukur kepada Nya kerana masih memberi ruang dan peluang kepada ana untuk menikmati segala2nya yang ada didunia ini semata-mata mrnuju akhirat...
insyaAllah..
Seperti irama dan juga lagu, Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan dalam diri seseorang mukmin..
Itu lah sebesar2 kurniaan Allah kepada hamba2 Nya....

Ya Allah....
Kekalkan lah nikmat Islam & iman dalam diri ku...ahli keluarga ku...murobbi2 ku...sahabat2 ku serta muslimin dan muslimat di dunia ini ya Allah...
amin....

Bercakap pasal TEAM, mesti sahabat2 terbayangkan team bola sepak kan???^^
walopun ana tak minat sangat bola ni tapi tergerak hati ana untuk menghuraikannya...

Sudah tersedia maklum bahawa piala FA telah berpihak kepada team Terengganu...(negeri ceq la tu..)
Berbagai-bagai isu hangat yang diperkatakan dalam mana-mana website yang mengambil berat tentang bola  sepak...Yang menjadikan bola sebagai salah satu daripada agenda hidup mereka...dan macam-macam lagi...

Dan sudah tentu seorang insan yang berjantinakan L, maka bola sepak ini memang tak dapat dipisahkan daripada hidup (walaupun boleh sebenaqnya)..

Tetapi, demi seorang yang beragama Islam dan mengamalkan al-Quran sebagai cara hidup, maka ana pun mengikutlah satu firman Allah:

واءن تطع أكثر من في الأرض يضلواك عن سبيل لله

Maksud: "dan sekiranya kamu mengikuti kebanyakkan orang di muka bumi ini, pasti mereka akan menyesatkan mu daripada jalan Allah." (surah Al-An'am ayat 116)

Jadi, ke arah membentuk muslim yang sejati, kita pasti tak akan ikut mereka-mereka yang membincangkan dengan lantang dan sanggup berganduh hanya kerana BOLA, mereka yang sanggup tak tidur malam dan hasilnya ngantuk kat dalam kelas hanya disebabkan BOLA...

Dan lebih parah lagi mereka yang sanggup melambat-lambatkan lagi solat Isya' semata-mata untuk melihat pasukan yang mula bermain pada jam 8 malam waktu Malaysia hanya kerana BOLA...

Memandangkan itu, pastinya seorang Muslim itu perlu tahu di mana batasan dalam mengambil bola dalam kehidupan seharian.. Bukanlah Islam itu sebuah agama yang menolak sama sekali hiburan, malah ia menghormati fitrah manusia... Sebagaimana yang telah disebut diatas, kita pastinya tidak patut mengikut kebanyakkan orang pada zaman ini yang menjadikan bola sebagai suatu yang penting dalam hidup...

Pada penerangan diatas adalah sifat kebanyakkan orang pada zaman ini... Adakah kita seperti mereka?? Jika ya, silakan terus membaca...

BOLA MENGIKUT PANDANGAN MASYARAKAT HARI INI...

Seperti yang kita ketahui, zaman sekarang orang ramai lebih mengutamakan bola daripada segalanya.. Ramai yang pergi kerja ngantuk hanya kerana BOLA.. Pergi sekolah pon tak dak bezanya, pasti mengntuk disebabkan BOLA..

Dapat disimpulkan disini bahawa orang sudah mengetahui BOLA daripada pelajaran, malah pekerjaan itu sendiri...

Ana tidaklah melihat benda ini sebagai teruk sangat, (bahkan ana pon terkadanag termasuk dalam golongan itu), tapi yang ana risaukan ialah mereka mendahulukan bola daripada ibadat serta agama itu sendiri... Malah sanggup mengorbankan pahala solat awal waktu pada waktu Isya'..

Lebih menyedihkan lagi ada yang bergaduh dan terasa hati apabila orang mengutuk pasukan kesayangannya... Sampai bertumbuk, bergaduh, ukhwah pon tergadai, itulah golongan orang yang kuffur...

Jadi, sekali lagi ana ingatkan dan tekankan ayat atas sekali yang ana nyatakan. Harap dapat betul-betul menghayati kerana ayat itu memainkan peranan yang besar dan juga punca isi penting dalam post ana kali ini... Dan mengikut ayat itu, sebagai ummat Islam, jangan sesekali mengikut segala sifat yang ana sebutkan dia atas...

..::nota tangan aina::..

Berharap sangat suatu hari nanti team bola sepak Malaysia dapat memenuhi syariat Islam...
ala..tutup aurat la maksudnya...kadang2 tu tgk penjaga gol ja yang berseluaq panjang kan??



nantikan sambungan entri ni...^^

by~shha aina

0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...