Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Syukur  kita kepada Allah swt yang telah mengurniakan nikmat Islam & iman.. Nikmat kesihatan & keselamatan serta segala nikmat yang tak terucap dibibir... Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw, ahli keluarga baginda serta sahabat2...

Salam Islam untuk semua dengan penuh keimanan buat sahabat sahabiah yang sentiasa mengunjungi & berteduh diteratak maya yang tidak seberapa ini..syukran jazilan atas komentar2 serta jejak ziarah daripada sahabat2 alam maya..kunjungan kalian amatlah dihargai..^^

InsyaAllah.. Seperti tajuk kali ni ILHAM AINA SUMAYYAH... Dulu time p usrah ana jumpa seorang akhwat...muda lagi..dah kawen.. dah ada baby... Nama baby dia Aisyah Sumayyah.. Comel sangat2.. Yang bagusnya baby tu suka didukung  dengan "ummi" yang pakai tudung labuh...kalo dengan pengasuhnya asyik nangis ja... hari tu berpeluang jaga Aisyah Sumayyah.. sehari ja.. seharian ana uruskan Aisyah Sumayyah.. Mandinya.. Makan minumnya.. Pakaiannya.. bemrmain dengannya... and then tertidoq.. hehehe.. memang senang nak dijaga.. tak menangis.. tak meragam... time tu Aisyah Sumayyah umoq 5 bulan... baru boleh meniarap.. memang syok bermain la... 

Teringin pula di hati kecil ini nak baby seperti Aisyah Sumayyah..^^.. terlintas la nama tajuk entri... Dulu time sekolah cikgu ana selalu cerita pasal anak dia yang bernama Ilham Alia & Ilham Amanina... kedua2 puterinya ini cantik bangat...comel...pemalu orangnnya... La ni diorang dah besaq2.. Dua2 belajaq kat luaq negara... Ilham Alia dah jadi doktor.. Ilham Amanina pula ana kurang pasti ambik jurusan apa.. teringain sangat nak jumpa kedua2 anak cikgu ana ni.. Ditakdirkan Allah, kami berjumpa time akak ana kawin.. abg ipaq ana tu ayah saudara diorang.. Sungguh... bukan saja comel akan paras rupa, malah perwatakkan diorang cukup menggambarkan kecomelan yang ada dalam dirinya.. bertudung labuh, berjubah dan ciri Islam memang tidak hilang... diorang tidak terpengaruh dengan adat budaya orang2 barat.. Alhamdulillah... 

Nama Aina pula ana ambil sempena nama seorang sahabat ana.. Kenal Aina time p usrah.. Asal dari Kelantan.. Ana sungguh terpesona bila tengok matanya..sesuailah dengan namanya Aina yang bermaksud mata yang cantik.. Aina bukan sahaja mempunyai mata yang cantik, namun mempunyai akhlak yang sungguh cantik.. kagum ana ketika dia menjalankan sesuatu amanah dari sang murabbi.. sungguh dirinya tidak mengenal erti penat lelah apatah lagi untuk mengalah dalam menjalankan dakwah.. la ni dah jarang jumpa.. rindu kat ukhti Aina sangat.. teringat pula kami berdua sedang hangat berbincang pasal niqab dan sama2 bercita2 untuk berniqab..^^.. dulu 1st time berniqab & terserempak dia terus memeluk ana dan menangis coz dia tak mampu berniqab lagi.. Ada sedikit masalah katanya.. 

And last nama Sumayyah... Nama ni baru lagi tercipta dalam kepala ana..hehehee... Walaupun sebenaqnya watak Sumayyah ni telah lama ana kaji.. Mula2 ana kaji bila ana mendapat tugasan dari murabbi untuk membedah buku pasal Sumayyah.. Sumayyah yang bermaksud kebanggaan telah mati dibunuh kerana mempertahankan kalimah La Ilaha Illallah dihatinya..nyawa menjadi taruhan demi Islam yang tercinta...

So..jadilah nama Ilham Aina Sumayyah..^^ Semoga permata hati ummi ini nanti bakal menyambung perjuangan dalam menegakkan kalimah tauhid La Ilaha Illallah.. Menjadi srikandi yang berguna pada ummah suatu ketika nanti.. InsyaAllah...

Dihati ini ku tanamkan azam & tekad agar dapat mencurahkan segala ilmu & pengalaman yang dikurniakan Allah untukku kepadanya... Doaku tidak putus2 dan terus berdoa semoga permata hati ummi nanti menjadi anak yang soleh & hamba yang terbaik kepadaNya... insyaAllah.. suatu ketika nanti jika diizinkan olehNya, dikau akan menbaca coretan ummi ini buat mu..

Buat Ilham Aina Sumayyah...

"Ummah kini kian leka & alpa serta telah berpecah belah angkara diri mereka sendiri.. mereka seringkali berselisih pendapat.. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan begitulah berleluasanya maksiat yang sudah menjadi tunjang kebodohan & kedunguan.. Alah bisa tegal biasa seumpama itu ungkapan yang boleh digambarkan kepadamu tentang dosa-dosa yang mereka lakukan seperti sudah menjadi darah daging mereka sendiri.. pimpin lah mereka kembali kepada Islam yang sebenar2nya sayangku... bawalah saudara2 seislam kita sujud kepadaNya.. Allah yang Esa.. Allah yang Satu... yang Maha mengetahhui segalanya yang telah berlaku dan yang akan berlaku..

Tatkala dikau ingin berkata2, ikhlaskan hati kerana Allah agar dapat engkau melenturkan hati2 mereka yang kian keras seperti batu..berhikmahlah dalam kata2mu agar hati mereka hidup dengan cinta Allah & sentiasa mengingati yang Maha Pencipta... Ummah kini amat memerlukan kita sayangku.. semga dikau menjadi seorang da'ie & pejuang Allah swt sehebat kalungan namamu ILHAM AINA SUMAYYAH..^^

Kehidupan ini seumpama roda..perjalanan kehidupan seumpama roda yang berputar..begitulah hakikat kehidupan kita dibumi yang fana ini..selalunya berada dipuncak roda beerti membawa gambaran yang positif & menyenangkan..dan dibawah itu adalah simbolik sudut yang negatif & menyusahkan... Begitulah... ada waktunya kita benar2 bersemangat, bertenaga& mempunyai perasaan gelora..itulah saat yang mampu membuatkan kita menyulamkan senyuman kegembiraan & asyik menikmati kesenangan hidup...dan ada jua saat yang melemahkan, diselubungi kelesuan yang berpanjangan & jiwa yang hambar..dan saat itu jua, air mata kita mudah mengalir bercucuran tanpa kita sedari..

Bangkitlah.. Bersemangatlah.. Berusahalah.. bersungguh2lah..agar engkau sentiasa  berada dipuncak.. Namun, jangan pula engkau merasa megah, sombong & lalai yang membolehkan kamu lupa padaNya.. Walaupun begitu, bersiap sedialah apabila engkau ditakdirkan Allah berada di bawah, janganlah pula kamu berputus asa.. Bangkitlah kembali menuju redha Ilahi...

Kuatkan semangat..!! Tabahkan hati..!!
Allah swt tak pernah salah dengan takdirNya..!!
Perbanyakkan berdoa, bermunajat & beristigfar kepadaNya...







..::nota buat aina::..

Semoga dirimu menjadi anak yang solehah...setabah & sekuat isteri2 para nabi serta para pejuang seperti Zainab Al-Ghazali...

p/s: huh! berangan! tak salahkan berangan yang baik2 dan mempunyai matlamat serta tujuan kan..??^^ mudah-mudahan.. bukan berangan,tp matlamat hidup..^^


by~shha aina


secubit dr brohamzah & bidadaribesi & ditambah secukup rasa..

4 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Iman said...

Assalamualaikum....
entry yg penuh bermakna...
Iman pun suka akan kanak-kanak dan mengimpikan anak dan membina sebuah keluarga yg d redhai Allah, sakinah, mawaddah dan rahmah.....
:-)

~Setanggi Syurga~ said...

wslam..ana pun ske kanak2 jugak..kalo baby kecik cm pic kat entri ni lg ana suka...ha pic dlm entri ni Aisyah Sumayyah..tomey2kan.^^..
sama2 lah bdoa agar dapat membina mahligai keluarga yang bhagia didunia dan akhirat..insyaAllah...

Muhammad Syafik bin Ab Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Syafik bin Ab Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...