Bismillah..Alhamdulillah...

Syukur padaNya kerna masih lagi dapat menikmati anugerah yang dipinjamkan buat sementara waktu ini..Alhamdulillah..syukur pada Mu ya Rabb..

Masih ingat lagi semasa menjenguk ke teratak Brohamzah yang bagi ana seorang blogger yang sangat disegani.. Blognya penuh dengan ilmu, motivasi dan sebagainya..Tidak rugi kalau sahabat2 sekalian menjengah seketika ke teratak maya beliau..

"Oksigen yang Allah swt bekalkan kepada hamba2Nya secara percuma tanpa diminta bayaran... Cuba kita bayangkan jika oksigen yang kita gunakan setiap saat diminta bayarannya seperti bil elektrik & bil air setiap bulan..Mampukah kita??" Pejam kan mata anda seketika & renungkan...Muhasabahkan diri kita... 

Malunya kita kepada Allah...
Selalu merasakan tidak puas apa yang dikurniakan tanpa sekulimit rasa bersyukur... Malah merasakan pula tidak cukup... Namun menyalahkan takdir dengan apa yang diberikan... 

Malunya kita kepada Allah...
Nikmat mata untuk melihat sedangkan orang buta teraba-raba untuk mencari... Nikmat mulut untuk bercakap sedangkan orang bisu terkial2 menggunakan isyarat agar kita fahami... Bandingkan dengan apa yang Allah berikan kepada kita... Dapat melihat.. Dapat bercakap.. Dapat mendengar dan sebagainya... tidak cukup lagi kah?? tidak sayangkah Allah kepada kita??

Malunya kita kepada Allah...
Adakah pancaindera yang dikurniakan ini digunakan sebaik mungkin??
Adakah pinjaman ini digunakan ke arah mencari redha Nya??
Atau...
Adakah kita menggunakan nikmat Allah yang sementara ini ke arah jalan kemaksiatan??
Adakah kita menggunakan kurniaan Allah yang dipinjamkan ini ke arah kemurkaan??

Cuba kita renung & fikir sejenak..
Apakah yang kita lakukan pada hari semalam??
Cukup tak solat fardhu yang diwajibkan ke atas kita??
Adakah tepat pada waktunya??
Adakah kita mendoakan kesejahteraan kedua orang tua kita??
Adakah kita membaca kalam Allah walau sebaris ayat??
Adakah hati kita sentiasa berzikir mengingatiNya??
Adakah kita berselawat kepada kekasihNya tanda kita ingat pada beliau??

TUNGGU...! itulah jawapan kita...bukan??




..::nota tangan::..
sama2 lah kita memuhasabahkan diri kita..

Sapa2 yg mau sambung entri ni silakan..^^

by~shha aina~

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Syukur  kita kepada Allah swt yang telah mengurniakan nikmat Islam & iman.. Nikmat kesihatan & keselamatan serta segala nikmat yang tak terucap dibibir... Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw, ahli keluarga baginda serta sahabat2...

Salam Islam untuk semua dengan penuh keimanan buat sahabat sahabiah yang sentiasa mengunjungi & berteduh diteratak maya yang tidak seberapa ini..syukran jazilan atas komentar2 serta jejak ziarah daripada sahabat2 alam maya..kunjungan kalian amatlah dihargai..^^

InsyaAllah.. Seperti tajuk kali ni ILHAM AINA SUMAYYAH... Dulu time p usrah ana jumpa seorang akhwat...muda lagi..dah kawen.. dah ada baby... Nama baby dia Aisyah Sumayyah.. Comel sangat2.. Yang bagusnya baby tu suka didukung  dengan "ummi" yang pakai tudung labuh...kalo dengan pengasuhnya asyik nangis ja... hari tu berpeluang jaga Aisyah Sumayyah.. sehari ja.. seharian ana uruskan Aisyah Sumayyah.. Mandinya.. Makan minumnya.. Pakaiannya.. bemrmain dengannya... and then tertidoq.. hehehe.. memang senang nak dijaga.. tak menangis.. tak meragam... time tu Aisyah Sumayyah umoq 5 bulan... baru boleh meniarap.. memang syok bermain la... 

Teringin pula di hati kecil ini nak baby seperti Aisyah Sumayyah..^^.. terlintas la nama tajuk entri... Dulu time sekolah cikgu ana selalu cerita pasal anak dia yang bernama Ilham Alia & Ilham Amanina... kedua2 puterinya ini cantik bangat...comel...pemalu orangnnya... La ni diorang dah besaq2.. Dua2 belajaq kat luaq negara... Ilham Alia dah jadi doktor.. Ilham Amanina pula ana kurang pasti ambik jurusan apa.. teringain sangat nak jumpa kedua2 anak cikgu ana ni.. Ditakdirkan Allah, kami berjumpa time akak ana kawin.. abg ipaq ana tu ayah saudara diorang.. Sungguh... bukan saja comel akan paras rupa, malah perwatakkan diorang cukup menggambarkan kecomelan yang ada dalam dirinya.. bertudung labuh, berjubah dan ciri Islam memang tidak hilang... diorang tidak terpengaruh dengan adat budaya orang2 barat.. Alhamdulillah... 

Nama Aina pula ana ambil sempena nama seorang sahabat ana.. Kenal Aina time p usrah.. Asal dari Kelantan.. Ana sungguh terpesona bila tengok matanya..sesuailah dengan namanya Aina yang bermaksud mata yang cantik.. Aina bukan sahaja mempunyai mata yang cantik, namun mempunyai akhlak yang sungguh cantik.. kagum ana ketika dia menjalankan sesuatu amanah dari sang murabbi.. sungguh dirinya tidak mengenal erti penat lelah apatah lagi untuk mengalah dalam menjalankan dakwah.. la ni dah jarang jumpa.. rindu kat ukhti Aina sangat.. teringat pula kami berdua sedang hangat berbincang pasal niqab dan sama2 bercita2 untuk berniqab..^^.. dulu 1st time berniqab & terserempak dia terus memeluk ana dan menangis coz dia tak mampu berniqab lagi.. Ada sedikit masalah katanya.. 

And last nama Sumayyah... Nama ni baru lagi tercipta dalam kepala ana..hehehee... Walaupun sebenaqnya watak Sumayyah ni telah lama ana kaji.. Mula2 ana kaji bila ana mendapat tugasan dari murabbi untuk membedah buku pasal Sumayyah.. Sumayyah yang bermaksud kebanggaan telah mati dibunuh kerana mempertahankan kalimah La Ilaha Illallah dihatinya..nyawa menjadi taruhan demi Islam yang tercinta...

So..jadilah nama Ilham Aina Sumayyah..^^ Semoga permata hati ummi ini nanti bakal menyambung perjuangan dalam menegakkan kalimah tauhid La Ilaha Illallah.. Menjadi srikandi yang berguna pada ummah suatu ketika nanti.. InsyaAllah...

Dihati ini ku tanamkan azam & tekad agar dapat mencurahkan segala ilmu & pengalaman yang dikurniakan Allah untukku kepadanya... Doaku tidak putus2 dan terus berdoa semoga permata hati ummi nanti menjadi anak yang soleh & hamba yang terbaik kepadaNya... insyaAllah.. suatu ketika nanti jika diizinkan olehNya, dikau akan menbaca coretan ummi ini buat mu..

Buat Ilham Aina Sumayyah...

"Ummah kini kian leka & alpa serta telah berpecah belah angkara diri mereka sendiri.. mereka seringkali berselisih pendapat.. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan begitulah berleluasanya maksiat yang sudah menjadi tunjang kebodohan & kedunguan.. Alah bisa tegal biasa seumpama itu ungkapan yang boleh digambarkan kepadamu tentang dosa-dosa yang mereka lakukan seperti sudah menjadi darah daging mereka sendiri.. pimpin lah mereka kembali kepada Islam yang sebenar2nya sayangku... bawalah saudara2 seislam kita sujud kepadaNya.. Allah yang Esa.. Allah yang Satu... yang Maha mengetahhui segalanya yang telah berlaku dan yang akan berlaku..

Tatkala dikau ingin berkata2, ikhlaskan hati kerana Allah agar dapat engkau melenturkan hati2 mereka yang kian keras seperti batu..berhikmahlah dalam kata2mu agar hati mereka hidup dengan cinta Allah & sentiasa mengingati yang Maha Pencipta... Ummah kini amat memerlukan kita sayangku.. semga dikau menjadi seorang da'ie & pejuang Allah swt sehebat kalungan namamu ILHAM AINA SUMAYYAH..^^

Kehidupan ini seumpama roda..perjalanan kehidupan seumpama roda yang berputar..begitulah hakikat kehidupan kita dibumi yang fana ini..selalunya berada dipuncak roda beerti membawa gambaran yang positif & menyenangkan..dan dibawah itu adalah simbolik sudut yang negatif & menyusahkan... Begitulah... ada waktunya kita benar2 bersemangat, bertenaga& mempunyai perasaan gelora..itulah saat yang mampu membuatkan kita menyulamkan senyuman kegembiraan & asyik menikmati kesenangan hidup...dan ada jua saat yang melemahkan, diselubungi kelesuan yang berpanjangan & jiwa yang hambar..dan saat itu jua, air mata kita mudah mengalir bercucuran tanpa kita sedari..

Bangkitlah.. Bersemangatlah.. Berusahalah.. bersungguh2lah..agar engkau sentiasa  berada dipuncak.. Namun, jangan pula engkau merasa megah, sombong & lalai yang membolehkan kamu lupa padaNya.. Walaupun begitu, bersiap sedialah apabila engkau ditakdirkan Allah berada di bawah, janganlah pula kamu berputus asa.. Bangkitlah kembali menuju redha Ilahi...

Kuatkan semangat..!! Tabahkan hati..!!
Allah swt tak pernah salah dengan takdirNya..!!
Perbanyakkan berdoa, bermunajat & beristigfar kepadaNya...







..::nota buat aina::..

Semoga dirimu menjadi anak yang solehah...setabah & sekuat isteri2 para nabi serta para pejuang seperti Zainab Al-Ghazali...

p/s: huh! berangan! tak salahkan berangan yang baik2 dan mempunyai matlamat serta tujuan kan..??^^ mudah-mudahan.. bukan berangan,tp matlamat hidup..^^


by~shha aina


secubit dr brohamzah & bidadaribesi & ditambah secukup rasa..

Permulaan berniqab...

Sedang umat Islam bergembira menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa, perasaan ana pula bercampur baur... Gembira nak sambut 1 Syawal & gembira nak berniqab....^^.. Alhamdulillah... Hari ke 5 Syawal, ana try pakai.. Just pakai depan cermin ja... 2 hari lagi ana akan ke UUM... Time tu lah masa yang sesuai untuk ana mula berniqab... Tanam tekad dalam hati...Istikharah... Hari ke UUM... Turun ja dari kereta, ana terus pinkan niqab... Ummi, abg ngah & kak ipar tengok... Diorang hanya senyum...

Ditakdirkan malam tu bas meninggalkan ana... Adoi....belum jam 9 lagi.... Terpaksa la berkejar ke stesan minyak coz bas tunggu disitu.. Tak bernafas jugak lah time tu... 1st time berniqab rasa tak boleh nak sesuaikan diri lagi... Tapi ana kuatkan semangat.. Perjuangan mesti diteruskan... Alhamdulillah, segala2nya selamat..

Dalam bas.. Semua orang tengok2, pandang2... Ana mencari tempat duduk yang kosong.. tapi sebelahnya pula lelaki... "camna ni...??mmm" & mengharapkan simpati dari sapa2 yg sudi tukar tempat duduk... Alhamdulillah, Allah bantu ana.. Terasa beg ana ditarik.. Seorang lelaki cina berdiri & menyuruh ana duduk ditempat duduknya yang single sit... Allah... Mengapa non Muslim yang lebih memahami keadaan ana.. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya...insyaAllah...

Hari pertama berniqab di UUM...

Adalah hari pertama masuk ke kelas Sains Pengurusan after raya yang mempunyai sekerat sahaja kaum Adam & majoritinya bangsa cina... Secara ringkasnya, penting bagi ana mengekalkan rasa malu sebagai gadis Islam.. Ana memakai purdah bukan kerana ana cantik atau merasakan diri ini cantik... Jauh sekali.. Ana hanya gadis melayu campuran cina seperti gadis2 melayu lain juga... Namun begitu, ramai kaum Adam bahkan kaum Hawa itu sendiri menganggap wanita berpurdah itu cantik atau merasakan diri cantik... Hakikat sebenarnya bukan semua begitu.. Cantik itu adalah subjektif.. Sifatnya bergantung pada mata yang memandang & cita rasa  seseorang yang sesungguhnya Allah jadikan tidak sama....

Implikasinya, apabila mereka berpeluang melihat wajah yang kian lama tertutup & didapati tidak secantik yang dibayangkan dek mata, mereka mula mengeji & hati mereka mula mendatangkan sikap mazmumah mengutuk wanita berniqab.. Salah siapa?? Tiada siapa yang menyuruh kita bayangkan apa-apa yang sudah disembunyikan. Bahkan pula ia satu khayalan yang amat mensia-siakan diri mereka yang tidak akan memberatkan bahu kanan mereka.. Namun sebaliknya memberatkan bahu kiri pula dengan mengeji kejadian Allah swt yang tidak dapat diubah yakni wajah...

Allah menilai hati & juga akhlak kita... Jika kita menilai bukan daripada neraca Allah, kita memang sengaja mengundang kemurkaanNya... Nauzubillah...

Allah membuka peluang kepada hamba2Nya untuk memburu syurga yang menjadi rebutan para manusia dengan agama yang mampu diusahakan, bukan dengan paras rupa yang sudah ditetapkan oleh Allah.. Hati berkata... Pedulikan dengan penilaian mereka yang tidak mengenal erti bersyukur kerana syurga itu bukan milik mereka... terus terusik hati ini... Menitis jua air jernih membasahi niqab hasil tangan ummi... "Sesungguhnya aku hanya memandang penilaian dari Mu ya Robb..."

Berkata lagi... Sebesar zarah sekali pun, mereka tidak akan mampu memberikan kebahagiaan mahupun penderitaan tanpa keizinan dari Nya...

Ujian berniqab...

Mana2 wanita yang berniqab mesti menjadi perhatian kaum Adam.. Begitulah jua apa yang ana hadapi.. Sehabis baik mungkin ana melarikan diri dari semua itu agar hati tidak terpesong.. Hanya kepada Allah tempat mengadu... Alhamdulillah, dengan kekuatan yang Allah berikan, ana tidak mempunyai walau seorang pun sahabat lelaki di UUM.. Yang dahulunya agak rapat dengan senior lelaki kerana urusan pentadbiran MPP & Majlis Tertinggi (MT) jurusan yang ana ambil, namun sekarang ni telah tiada... Ana letak jawatan sebagai s/u MT dengan alasan yang tersendiri... Niat untuk tidak bertegur sapa & bjumpa lelaki.. Pada awalnya hanya untuk urusan rasmi, tapi setelah itu lain pula jadinya... Ada yang call bertanyakan khabar, kejutkan tidur untuk bangun qiam & subuh.. Ada yang menghadiahkan buku2 agama, malah ada yang mengirimkan surat... Ana akui semuanya silap diri sendiri mengatur semua ini yang dahulunya menganggap jawatan yang dipegang itu sangat penting.. Tiada siapa yang mengetahui tentang lamaran dari mereka kaum Adam.. Namun, pelbagai cara ana fikirkan bagaimana untuk meneruskan istiqomah... Alhamdulillah...Atas nasihat murabbi2, ana letak jawatan... Pelbagai cemuhan & bantahan.. Apakan daya ana... Ana lebih mementingkan maruah diri sebagai seorang muslimah yang pemalu... "Malu itu sebahagian daripada iman"...

Ujian datang lagi.. Ketika membuat presentation.. dalam senarai ada permakahan tentang gaya badan & mimik muka... "Better kamu bukak niqab tu, nanti hilang 10%...rugi tau.." kata seorang sahabat & sahabat2 yg lain turut mengiakan... Ana hanya menyepetkan mata tanda senyum... Namun jauh dilubuk hati ana amat kesal coz sahabat2 ana lebih mementingkan 10% penilaian permakahan dari pensyarah bukan 100% penilaian permakahan dari Allah swt... Ana tetapkan pendirian demi mendapat redha Allah... Alhamdulillah dengan izinnya, ana mendapat carry mark paling tinggi dalam kelas.. Syukur kepada Allah yang tak terhingga...

Ujian Allah tak terhenti disitu sahaja... Wanita berniqab ini terus dikeji kerana menganggu ketenteraman rumah tangga orang.. Hamba Allah itu publishkan di email dengan kata2 yang boleh menimbulkan kemarahan bagi sesiapa yang membacanya samada kaum hawa & kaum adam... Antara kata2 dari hamba Allah ini...

"Apa yang perlu kita buat kalau ada sesorang perempuan yang berjubah litup, bertudung labuh & berpurdah yang menganggu suami kita.. Cuba jawab wahai Nurhidayah yang suka ganggu suami saya..."

Ana tidak sanggup menulis kesemua kata2 yang dihemburkan itu, ana takot ada diantara sahabat2 akan wujud perasaan marah yang teramat apabila membacanya... Tidak satu pun ana membalas komen mahupun email yang diberikan. Namun terus membiarkan nya mencemuh.. Pelbagai reaksi, nasihat & pandangan dari sahabat2 email tentang kata2 yang menikam jiwa ini...

"Bertindak jangan mengikut emosi, berkata jangan sesedap kata, teliti dahulu & usul periksa supaya tidak rosak binasa.. lelaki memang ada haknya, wanita juga ada haknya masing2. Jangan menunding jari sebelum ada jawapan yang pasti kesilapan boleh berlaku di mana2. Jadi, janganlah kita terburu2 tanpa usul periksa. bermuhasabah itu lebih baik & mulia.. Pasti ada hikmah disebaliknya.."

"Bertindak tanpa berfikir..Bertindak mengikut hawa nafsu bukan dengan iman..."

"Subhanallah...menunding jari tak dapat selesaikan masalah.. Jangan salahkan wanita berpurdah, bertudung litup, berselimutkan jubah itu sebagai alasan untuk kamu menundingnya menganggu suami kamu.. Fikirkan & renungkan, sekiranya benar dia menganggu suami anda, anda fikirlah anda bagaimana... Lelaki kalau tidak melayan tak sah..Fikirkan kalau benar suami kamu sukakannya, pasti ada keistimewaan dalam dirinya yang tiada pada anda...Renungkanlah.."

Banyak lagi komen2 dari sahabat2 email.. Alhamdulillah... Semuanya yang positif dan berpihak kepada yang benar... Hampir setiap hari ana bertemankan air mata. Namun ana memandangnya hanyalah masalah kecil berbanding masalah & penderitaan saudara2 kita di bumi Palestin... Syukran ya Robb kerana memilih ku untuk menempuhi ujian mu ini.. Ana masih ingat akan pesanan daripada murobbi.. "Ujian yang Allah berikan kepada hamba2Nya kerana Allah sayangkan akan hamba2Nya & mengetahui bahawa hamba2Nya yang dipilih itu mampu menghadapi & mengharungi ujian yang bakal dihidangkan... Tidak dikatakan beriman seseorang itu jika dirinya tidak diuji..." Setekah dua hari, tiada komen balas dari hamba Allah itu.. Dengan izin Allah jua komen2 dari hamba Allah itu telah hilang... entah mengapa ana sendiri tak tahu.. Namun masih ada tersimpan dalam inbox email...

Ramai yang bertanya dalam inbox... Ana hanya menjawab dengan senyuman.. Tiada bezanya pertanyaan dari sahabat2 di kelas.. Ana turut dipanggil oleh kekanda ana yang menjadi tenaga pengajar di UUM.. Berita ini turut tersebar kepada umi & abi.. Namun ummi abi memahaminya & memberi nasihat..

Ujian Allah datang lagi...... "Akak..akak... sat akak.. tunggu sat.." seorang pelajar perempuan menghulurkan beg kertas.. Ana melihat isi kandungannya... PEEERRRGGGHHH!!! ana dapat hadiah....!! Percaya tak yang ana dapat hadiah sebentuk cincin dan sehelai surat...?? dengan selamba ja ana pulangkan balik hadiah itu kepada pelajar perempuan tadi dan berkata "Dik..akak dah milik orang.. Ni cincin ditangan akak..maaf ya dik..." entah dari siapa ana tak tahu & tidak ingin untuk mengetahuinya... Sudah pastinya ana hak empunya tuan.. Ana hak milik Sang Pencipta... Ana hak milik ummi & abi... Ana juga hak milik zauj yang telah termaktub di lauh mahfuz... Cuma tidak tahu siapakah geranganya ketika itu...

Ujian Allah turut dialami dirumah... Abg ana sendiri mencemuh.. "Kau tutup muka cam ninja tu sbb tak nak bagi nampak jerawat kan??" Ana naik berang terus menjawab.."Nur tak redha apa yang abg ckp kan, abg tau ke apa yang ada dalam hati Nur??" Abg terdiam... Ana terus masuk ke dalam kereta membawa ummi abi ke umah kak long... lajuuu... rapat tekan pedal minyak.. Ummi cakap istigfar...ingat Allah.. Sambil memegang kepala ana... Astagfirullah... Terlalu mengikut perasaan.. melompat gembira syaitann..!!

Alhamdulillah... Family ana dah ok dengan pemakaian ana..dah biasa tengok ana berniqab.. Ana satu2nya ahli keluarga yang memakai niqab.. Baik disebelah ummi mahu pun sebelah abi...

Hari tu ada teman akak p solat hajat kat sekolahnya.. akak cakap bukak la niqab tu.. Nanti pelik orang tengok.. "Kak... Islam datang dalam keadaan pelik (asing) & kembali dalam keadaan pelik (asing) maka beruntunglah orang2 yang pelik (asing) itu.." "Dik..kau doakan akak jadi cam kau ya..." ^___^.. InsyaAllah kak...

Bila terkenangkan kembali perasaan kali pertama memakai niqab, hati ini rasa hiba...sebak... hairan, mengapa & kenapa?? Dalam senario masyarakat yang majoritinya tidak menyukai niqab bahkan ramai pula yang prejudis, Allah telah campakkan ke dalam hati kita yang semestinya kita tidak mampu membelinya dengan harta yang berjuta-juta dolar sekali pun...


..::nota kecil::..

Cukuplah Allah bagi ana.. Baiknya Ana kerana menumpang rahmat Allah swt.. Buruknya ana kerana telah lalai dari mengingatinya.. Juga kerana fitrah ana sebagai manusia yang kerdil yang sentiasa dikelilingi segala kelemahan... Biarlah manusia mahu mencerca & menilik keaiban & kesalahan kita.. namun hakikatnya yang Maha Pengampun adalah Allah jua...

by~shha aina~

"Akak memang pakai purdah ek kat luar umah? Camne eh akak pakai purdah? Kenapa akak pakai purdah? Saya ini cetek ilmu agama, tak faham sangat benda-benda ni, tapi tak tau kenapa saya respect tengok akak pakai purdah.. Kan bagus ramai kawan-kawan perempuan saya bagus dan baik cam akak, takde lah sakit mata saya tengok diorang yang menjolok mata... Bukanlah nak mengata diorang, tapi nak minta penerangan akan hal purdah, mana tau saya boleh sampaikan kat diorang semua disini." saudara ana from egypt

Ukhti.. Sejak bila pakai niqob??
Atas kekuatan apa ya ukhti?

Ukhti..hari tu nampak Ukhti dengan kekanda ukhti kat Radix FC..ana yakin tu ukhti bila ana tgk mata..camna buat niqob?? dan cmne lak time nak makan ya kalau niqob pakai kat dalam..

Kat UUM pakai niqob tak??
kat umah lak cmne lak??

Begitulah soalan-soalan yang menjadi tanda tanya oleh sahabat-sahabat ana kat inbox FB.... Dan semoga dengan sedikit sebanyak jawapan ana kepada sahabat-sahabat memberi kefahaman dan pengertian yang bermakna serta dapat terus mendokan ana moga istiqomah di jalan yang diredhai Allah ini...

Sebenarnya agak sukar untuk menjelaskan dengan terperinci tentang pertanyaan sahabat-sahabat ana tadi... Tapi ana kira pasti ramai yang mempunyai hujahnya yang tersendiri terhadap niqab...

Hembusan angin kala subuh dari celahan teratak bonda berasa begitu dingin sekali memberi rahmat yang sangat besar...

ASSOLATU KHAIRUMMINANNAUUUM....

SODAKTA WABAROKTA...

Begitu lah azan yang dilaungkan kekanda dirumah memecah suasana hening pagi..

Bagaikan satu senjata yang ampuh lagi kukuh yang memberi bukan seribu malah sejuta kekuatan untuk menterjemahkan bait-bait kalam Allah yang begitu lunak dan mengasyikkan telinga ini mendengar yang dialunkan oleh kekanda sebagai imam keluargaku mengantikan abi yang kurang sihat untuk menyahut kalam Allah dari surah Al-Ahzab ayat 39..

Firman  Allah swt yang bermaksud:

"Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang."

Lihatlah...! Renungkanlah..!!

Allah bukan sahaja menyuruh dan menyeru kepada isteri-isteri nabi dan anak-anak perempuannya tetapi kepada isteri-isteri orang mukmin... Begitulah wahai sahabat sahabiah.... Dan ayat-ayat dari kalam Allah itu memberi berjuta-juta suntikan dan semangat dalam hati ana..
Ana juga ingin tergolong dalam golongan-golongan itu ya Allah....

Ditakdirkan oleh Allah swt...
Semasa ana menunggu result exam stpm, sahabat ana "SERI" menelefon dan mengkhabarkan berita yang baik... sahabat ana menawarkan ana bekerja dengan majikannya...Tapi.. Ada syarat-syaratnya...

1. Menutup aurat...
2. Pakai baju kurung...

Terkejut...mendengar syarat2 yang diberikan untuk bekerja disitu...

Mesti sahabat2 terkejut bukan?? Kebiasaannya syarat2 yang diberikan seperti pakai seluar, baju mesti masuk kedalam, make up agar dapat tarik perhatian para pelanggan dll... Tetapi syarat yang diberikan adalah sebaliknya...
Lena ana pada malam itu dituruti dengan senyuman...

1st day bekerja & 1st time kerja...

Takut menyelubungi diri ini.. Takut akan diri ini tidak dapat menjalankan amanah sebagai seorang pekerja... Menunggang motor kesayangan ummi  dengan membonceng sahabat baik "CT" bersama2 menuju ke destinasi dengan berbekalkan semangat yang berkobar2 serta diselimuti baju kurung indah dibadan  dengan bertudung litup bukan sekadar memenuhi syarat2 seorang pekerja malah memenuhi syariat dalam Islam... Maka wajib ke atas kamu menutup aurat walau diamana anda berada..!

Sampai ke destinasi yang ditujui...
Tertanya2 ana akan di mana tempat yang bakal ana menuntut ilmu pekerjaan tu..?? "SERI"  menuntun kami ke sebuah dapur sambil memberi salam... Salam kami disahut oleh seorang wanita muda dari celahan pintu sambil mempersilakan kami masuk...

Allah.....
Ana tidak tau mengapa, semasa bersalaman dengannya timbul perasaan kasih sayang antara kami.. Kami berpelukkan tanda kasih sayang seorang kakak kepada adik & bertaaruf... Beliau memgelarkan dirinya "SUJA" (gelaran su coz anak bongsu)
Penampilannya sungguh mengagumkan kami lebih2 lagi ana sendiri..^^ Patutlah memberi syarat2 yang sedemikian rupa..^__^ lagi lebar ana senyum sampai ke telinga...

Dapur yang sederhana besar menjadi tempat permainankan untuk bekerja...

LELAKI...MAN...MUSLIMIN...NO ENTRY OK!!
KECUALI ADA URUSAN RASMI....

Yang menguntungkan ana bekerja disitu....

1. Dapat menunaikan solat berjemaah coz rumah ustaz muin & ustazah suja berkembar dengan surau kepunyaan bonda mereka... Keluar rumahnya masuk surau... Boleh digambarkan begitulah keadaannya....

2. Alhamdulillah..tidak melewatkan waktu solat.. dengar sahaja bunyi microfon yang diketuk dengan hujung jari oleh bilal, kami bergegas  ke toilet untuk bersiap...

3. Pengisian ilmu agama.. Setiap hari kami disajikan dengan ceramah2 samada dari corong2 radio, dari cd mahupun penceramah yang datang... jadi, bukan sahaja poket kami yang berisi, tapi alhamdulillah ilmu didada turut terisi..insyaAllah..

4. Semestinya terjaga pandangan daripada mana2 lelaki...

Dan banyak lagi perkara2 yang menguntungkan ana sejak bekerja dengan Ustazah Suja...
- Aurat terjaga...
- Hubungan silaturahim terjamin...
- Ukhawah antara kami sangat rapat bagai aur dengan tebing..seperti ibu, kakak, adik & juga anak..

Sahabat2 nak tau ana kerja apa?^^
Ana sebenarnya bekerja membuat kuih segera... seperti karipap & adik beradiknya...

Walaupun zauj ustazah suja kerjnya hantar kuih yang telah siap ke pasaraya2 yang berdekatan, namun beliau tidak melangkah masuk ke tempat ana bekerja dengan sesuka hatinya melainkan mengambil barang2, itu pun hanya membuka pintu dapur sahaja...
Nak mendengar suaranya jauh sekali apatah lagi nak sembang2 dengan anak2 pekerjanya..

Bukan atas dasar majikan atau pun sombong menyebabkan tidak menegur kami walhal kami adalah pekerja2nya, tetapi para sahabat, beliau amat menjaga akan pandangan serta pertuturannya dengan mana2 kaum hawa yang bukan muhrimnya...
Allah...sungguh beliau menjaga semua itu semata-mata kerana Allah swt..
If nak mengambil jumlah bungkusan kuih dalam peti ais sekali pun beliau akan memberi pesanan ringkas sms kepada anak saudaranya merangkap pekerjanya juga...kami akan memindahkan kuih dari peti ais ke dalam bakul dan meletakkannya di hadapan pintu.. Seperti ana begitau sebentar tadi, beliau hanya membuka pintu shaja untuk mengambil barang2 jika perlu...
Kami hanya mendengar suaranya apabila beliau melaungkan azan, menjadi imam ketika solat, bercakap dengan kaum adam serta mengagah anak kecilnya...

Suatu hari yang redup...
Alhamdulillah dapat merehatkan badan sekejap di surau apabila selesai menyiapkan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan..
Tiba2, kedengan sayup suara ustazah suja memanggil ana meminta menemaninya ke bandar untuk membeli barangan...

15 minit berlalu...
Ana menunggu di dalam kereta kepunyaan zaujnya..
Sambil menunggu kedatangannya, tegur seorang wanita yang BERNIQAB mengatakan JOM..!
Tercengang ana..siapakah gerangan muslimat yang mempunyai sepasang mata yang sangat cantik..
Allah..ana kenal mata itu..sangat mengenalinya...
USTAZAH SUJA??
Mengapakah ana tidak mengetahui yang beliau memkai NIQAB??Leka kah ana selama ini??
Sedangkan hati ana sudah lama ingin menemuramah muslimah berNIQAB...
Ini lah peluang ana...!

Siap membeli barang2 ustazah Suja singgah pula ke kedai kecantikkan..salon... Sekali lagi ana tercengang...! Why..?
Ustazah suja membeli make up..?? For what?? Tapi ana hanya mendiamkan diri & ana kuburkan hasrat ana yg ingin berkobar2 nak tau.. Why? What? Where? Who?...


Setelah 5 minit balik dari bandar, sambil menghirup air sirap limau ana pun mulalah menanyakan soalan2 yang sedang terbuku dihati ana...


Sejak bila Suja pakai niqab??
Camne rasanya??
Mengapa berniqab??


Kenapa Suja beli alat make up sedangkan Suja berniqab??
sapa nak tengok??


Lama menanti jawapan....sibuk melayan kerenah si kecilnya... Suja pun bersuara dnegan memberi jawapan yang amat meyakinkan diri ana.. "Bila pakai niqab rasa lebih selamat, orang ramai lebih mudah mengenali kita" 
yang amat memberi kesan pada hati ana
"Merasakan diri ini lebih dekat dengan Allah swt.."


Panjang lebar penerangan yang diberikan seperti yang telah sabahat ketahui "menutup aib, mengelak daripada fitnah dll"..


Mengenai alat solek plak...jawapan suja senang ja... "Untuk suami suja la" itu katanya.. Hiasan seorang isteri hanya untuk seorang suami katanya... make up tu ustazah suja pakai duk dirumah sahaja.. jadi, yang melihatnya sudah tentulah anak2 & suami yang tercinta...


Hari itu....
Ana search about NIQAB.. Berbagai2 pandangan, nasihat, teladan, pengalaman yang ana baca & kaji.. terusss..... membuatkan hati ini semakin berdegup kencang... "Bila..bila..bila nak berniqab..." memandangkan hasrat hati telah tertanam sekian lama.. 2 tahun di uum.. sebleum jangka masa itu lagi ana berhasrat nak berniqob.. tetapi tidak dipersetujui oleh ummi.. Bimbang akan umurku yang masih muda remaja.. Menyebabkan tiada kekuatan dan akhirnya membuka... Sedangkan satu dosa besar tidak melakukan sesuatu yang kita ketahui... Menangis...! coz tak dapat pakai...


Bagaikan suntikan semangat..! Mesti berniqab jugak after raya...! Apatah lagi mendapat dorongan motivasi dari kekandaku & telah membuka fikiran ummi.. Akhirnya ana berniqab walaupun pada awalnya ummi membantah... Yang lebih membuatkan ana rasa sangat terharu, ummi yang buatkan niqab untuk ana..^^..


Pertama kalinya pakai niqab ni bukanlah sebab disuruh oleh sapa2 pun.. Bukan jua sebab memiliki wajah yang anggun & menawan tetapi lebih kepada untuk menjaga hati... Bukan mudah untuk menjaga hati... susah.. payah.. Jadi dengan berniqab sekurang2nya tidak perlu nak pikir apa2 dah..sebab tidak ada sapa2 yang tengok muka kita dah... Dan tak adalah pula timbul istilah perasan & syok sendiri apabila orang tengok... Hati pun jauh dari Riya'.. InsyaAllah... Semoga Allah memelihara hati ini...amin...


..::nota tangan aina::..


Tiap kali berpeluang balik kampung, memang tak penah miss p umah suja... Sangat seronok bergaul & berkumpul  dengan orang2 yang sentiasa mengingatkan kita kepada yang Maha Esa...tak lupa juga, idola ana adalah Ustazah SUJA..
semoga ana terus istiqomah...
doakan ana ya..





Klik ini juga : MENGAPA AKU BERNIQAB? II



"I come, I see, I conquer.." - Julius Ceaser

"German di atas semuanya." - Hitler

"Itali di atas semuanya." - Mussolini

"Majulah Britain memerintah Britain." - Britain

:Globo Cop, War Against Terrorist, The Final Justice." - Pemimpin-pemimoin barat: Nixon, Bush, Clinton, Blair dll..

"Clash of Civilization." - Samuel Huntington

"The End of History." - Francis Fukuyama



TAPI KETAHUILAH....



الاسلام يعلو ولا يعلى  



"ISLAM ADALAH TINGGI DAN TIDAK ADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA."
~Riwayat Baihaqi~


dicedok dari pohon nyiuor melambai ^^


by~shha aina~

BOLA SEPAK DAN KEDUDUKANNYA DALAM AGENDA GHUZWATUL FIKR

pemain bola sepak wanita Iran...Allah..alangkah bagusnya if team Malaysia spt ini juga..tak kira la team lelaki or perempuan...


Pertama sekali ana ingin nyatakan disini ana bukanlah orang besar pun dalam gerakkan dakwah ini... Bukan juga orang yang fikrahnya tinggi, tapi ana ingin sekadar berkongsi sebuah CETUSAN MINDA yang ana rasakan wajar dikongsikan. Jadi, jika ada apa-apa salah silap ana harapkan teguran yang bernas daripada sahabat sahabiah sekalian...

Keduanya, ana rasa sahabat sahabiah semua boleh faham dengan GHUZWATUL FIKR. Kepada yang belum faham, GHUZWATUL FIKR bermaksud  serangan pemikiran ataupun perkataan asalnya daripada dua perkataan arab. GHUZWAH=perang, FIKR=pemikiran. GHUZWATUL FIKR ini telah dilancarkan oleh golongan-golongan kuffar yang ingin melihat ummat Islam lenyap dari muka bumi ini. Lenyap bukan dengan  bermaksud membunuh suluruh ummat Islam didunia ini, tetapi dengan menghilangkan identiti Islam itu sendiri daripada penganutnya..

Ianya disebutkan dalam al-Quran:

ولن ترضى عنك اليهود ولن نصرى حتى تتبع ملتهم

Maksudnya: "dan tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani ke atas kamu, sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka" ~Al-Baqarah ayat 120~

Jadi, mungkin ramai yang masih pening-pening lalat, apa kaitannya dengan bola sepak??kan??
Jawapannya, bola sepak juga adalah antara salah satu agenda Yahudi yang sudah semakin berleluasa sekarang...

Tiga 'S' yang kebanyakkan orang yang berada dalam arena dakwah sudah popular dengan benda ini.. SPORT, SONG, SEX sudah menjadi antara senjata Yahudi  yang semakin menular... Namun, ramai sekarang lebih bersetuju dengan 3'F' daripada 3'S' tadi... FUN,  FOOD, FASHION...  Ini kerana 3'F' tadi orang Islam sudah semakin pandai memanipulasikannya...

SONG, sebagai contohnya sudah menyebabkan kemunculan ramai kumpulan nasyid yang tidak kurang hebat sambutannya di dunia ini... Dengan pelbagai genre yang ada daripada irama tranditional sehinggalah hihop, nasyid sekarang sudah ramai menyebabkan orang Islam berpaling arah. Outlandish, D-Clique, Native Deen 789 Boyz dan bermacam-macam lagi medium untuk ummat Islam hari ini yang menjadikan SONG bukan lagi satu senjata yang berkesan.. (Hanya ummat Islam di Malaysia sahaja yang masih terlena oleh muzik2 non-islamic ini)..opsss..lupa ana nak nyata kan kemunculan Maher Zain yang telah membawa lagu-lagu Islamic yang sungguh mengasyikkan jiwa dan menenangkan hati...

Jadi, berbalik kepada bola sepak... Ianya juga sudah menjadi seperti SONG di atas.. Sudah ramai yang menyedari akan pro dan kontranya bola sepak ini... Malah kadangkala ada yang mengambil manfaat untuk beribadah... Contoh terbaik adalah sebuah Masjid di Singapura telah menyediakan sebuah layar gergasi bagi membolehkan ahli qariahnya menonton perlawanan Euro 2008. Ia adalah untuk menggalakkan ahli qariah mendirikan qiamullail... Sungguh hebattt..!!

Selain itu terdapat juga contoh lain yang terbaik....

MEREALISASIKAN SEBUAH TEAM ISLAM.....

Melihat kepada tajuk di atas, sudah tentunya anda baru teringat, "aiiikkk..baru nak masuk tajuk ka..??" Sedar tak sedar, dari perenggan ke perenggan, tak sedar sudah lari jauh daripada tajuk yang asal.. Sebenarnya tiadalah melencong sangat, cuma hanya mukaddimah untuk menerangkan tentang pendirian penulis blog tentang bola sepak dalam kehidupan.. Bila dah terangkan semuanya, barulah kita masuk kepada tajuk..^^

Jadi antara penyebab agenda Yahudi yang tergolong dalam SPORT ini sedikit gagal ialah kebanjiran pemain Islam yang professional. Yang melalui keturunan, memang tidak ada kepelikan yang timbul.. Tetapi, sekarang sudah ramai yang masuk Islam atas dorongan teman-teman sepermainan... Masya Allah.. Lihat shaja bagaimana Islam itu boleh tersebar melalui  bola sepak...

Contoh terbaik ialah bekas pemain Arsenal iaitu Thierry Henry.. Keislamannya terserlah apabila perpindahannya ke kelab yang mempunyai ramai pemain Islam yang terdiri daripada Eric Abidal dan Yaya Toure..

Baiklah....kembali pada tajuk...Persoalan yang pasti akan timbul, adakah Arsenal dan mengapa??

Jawapannya... Arsenal telah pun dikatakan aktif dalam musim perpindahan pemian.. Dan antara pemian yang dibelinya ialah seorang pemain Islam yang muda warganegara France berketurunan Algeria iaitu Samir Nasri. Dan lebih menyeronokkan, dia telah pun menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya untuk Arsenal.. Kemasukkannya ke dalam Arsenal juga menjadikan Arsenal sebagai kelab paling banyak pemain Islam... Samir Nasri juga dirakamkan berdoa' sebelum bermulanya separuh masa kedua...

Antara pemain Islam dalam kelab Arsenal ialah

Kolo Toure



Atmand Traore



Robin Van Persie



Bacary Sagna



Dan...ini yang terbaru...

Samir Nasri...



Beliau juga pernah dirakamkan membaca doa' ketika membantu pasukan kebangsaannya. Perancis.. dan diaminkan oleh Nicolas Bilal Anelka...



Jadi, berbalik kepada persoalan utama... adakah Arsenal dapat direalisasikan sebagi kelab Muslim..?? Denagn 5 pemain utama yang ada sekarang, ana rasa tidak mustahil... Cuma sekarang tinggal Arsene Wenger sahaja...
Hang dah tua dah..bila lagi nak masuk Islam?? hihihihihiiii...gurau-gurau sajer....


::..nota jari manis..::

pada mulanya baca post sahabat2 lain rasa best & minat...ingat nak menyantaikan minda ja buat post ni..tapi rasanya terpanjang & terlebih la plak...^^
Anyway, penyokong ManU dan Liverpool jangan marah ya...
Anda telah pun menyokong pasukan yang anda sepatutnya tidak sokong sebagai seorang muslim kerana......**hangpa pikiaq la sendiri**
Oppss..kepada Dr. Inventry..mohon maap..bukan mengata pada Dr...tapi yang silap perlu ditegur dengan berhemah..

by~shha aina~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...